permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakatMelayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing sertateknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumahtradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannyadibina di halaman rumah dan di bawah pohon yang rendang yangmeredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu jugamengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapisesuatu situasi.ALAT – ALAT YANG DIGUNAKANKayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbaudarah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidakmudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati sepertimanggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuatgasing.Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz danbentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besipaksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segibulatnya dapat dilakukan ketika melarik.Setelah gasing disiapkan makakerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasingtadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tandukkerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan denganvarnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.CARA DIMAINKANDalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiranmemusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.Dalam permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiappemain untuk bermain gasing ialah:-1) Melilit Tali Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan ataumelilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakanpermainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akanmenghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakaidengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecinciniaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Iniakan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit
Add a Comment
Yana Nanaleft a comment
deleted_fbuser_1298464216left a comment
ariff husainileft a comment
tuaranleft a comment
fhulop_98left a comment