/  14
 
HASIL KAJIAN..Wau.. Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layangdi negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masalapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzamansekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telahmempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Jenis-jenis Wau:Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak,wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wausewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasikebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi pembuatan wau yangmenarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan danhiasan dinding.Membuat Wau..Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja merautbuluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkankertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangkabuluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikatdengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis danlutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat,lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitubercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga
 
pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akandihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagirupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianyamengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat daridaun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkankering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahukepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.Cara Bermain..Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akanmemegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan caramenghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauancahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakatMelayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian olehmasyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai danada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkanpertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutamaketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
 
Galeri Wau..Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebihpopular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapangseperti di padang, sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaumtermasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa sepertidi Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiaptahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya pesertadari luar Negara.Latar Belakang Wau..Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasaldari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu,Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti diPantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakanbahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda sertakerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wauSelain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripadabusur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

redzzkingleft a comment

new friend come in

Zharfan95left a comment

cool!nanti aku x yah kene rotan ngan cikgu aku

Lyena94left a comment

hai bole mntk kha folio wau kuau ni....

nazrul hafizleft a comment

TRIME KSIH BNYK2.....:)

magglerr_gurlzleft a comment

thanx a lot erk......smoga ko sntiasa dberkati...chaiyooook2..