5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilahsifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang keduaiaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah.Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman)kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengansabar.”C.
SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A
.Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affanr.a. Di antaranya:1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.c. Ketika menyeru kepada kebaikan.d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.
2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.
3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
Leave a Comment
Thanks lizzahaziqah. Menarik.