Tafsir Fi Zilalil Quran – Ayat-ayat Pilihan________________________________________________
2
Salah Faham Terhadap Pemikiran Sayyid Qutb
lnilah penjelasan yang amat penting untuk pembaca Tafsir Fi Zilal danbuku-buku karangan asy-Syahid Sayyid Qutb yang lain yang kami petikkansebahagiannya dan muqaddimah buku
"
ﻼﺳﻻارﻮﺼﺘﻟاﻪﺕﺎﻣﻮﻘﻣو
ﻲﻣ
"
bahagianyang kedua dari buku
ﻪﺕﺎﻣﻮﻘﻣو
ﻲﻣﻼﺳﻻارﻮﺼﺘﻟا
"
"
ﺺﺋﺎﺼﺧ
iaitu karangan-karangan akhir beliau sebelum buku
"
ﻖﻳﺮﻄﻟا
ﻲﻓ
ﻢﻟﺎﻌﻣ
"
.
Muqaddimah ini ditulis oleh saudara beliau penulis Islam terkemukadi akhir abad ini iaitu al-Ustaz al-kabir Muhammad Qutb
1
dan dalammuqaddimah ini beliau telah mendedahkan beberapa salah faham yangditimbulkan oleh pembaca-pembaca yang tidak menghayati karangan SayyidQutb secara menyeluruh atau membacanya secara tebuk-tebukan di sana sinilalu membuat kesimpulan-kesimpulan yang gopoh dan zalim yangmencemari persepsi beliau yang sebenar tanpa usaha menyelaras danmensepadukannya dengan keterangan-keterangan beliau yang lain ditempat-tempat yang lain untuk mendapatkan satu persepsi yang betul yangdikehendaki beliau atau salah faham dan fitnah yang sengaja diada-adakanoleh musuh-musuh Islam yang begitu ghairah semasa hayat beliau untukmenghapuskan beliau dan memburuk-burukkan pemikiran Islamiyahnyayang tegas dan murni. Semoga muqaddimah ini menjadi garis panduan yangpenting kepada para pembaca apabila menemui sesuatu ungkapan dalam FiZilal atau lainnya yang sekali imbas mendorong ke arah kesimpulan-kesimpulan yang melulu. Dengan pembacaan dan penelitian yangsedemikian hemat dapat menghindarkan pembaca dan kemungkinan-kemungkinan terperangkap dalam tompokan tompokan buih yang tidakdimaksudkan yang terjana dalam curahan arus pemikiran Sayyid Qutb yangbegitu meluas dan mendalam.
— Penterjemah
“Satu perkara lagi yang saya kemukakan sebagai jawapan kepadasahabat-sahabat saya yang bertanya dan membuat cadangan itu, iaitu sayaselama lamanya telah bersumpah ketika mengulangi cetak buku-bukukarangan saudara saya bahawa saya akan mengekalkan segala isikandungannya sebagaimana asalnya tanpa sebarang tambahan, potongandan penerangan agar para pembacanya dapat membaca sebagaimana yangditulis sendiri oleh beliau tanpa sebarang pindaan, walaupun di sana padapandangan setengah orang terdapat ungkapan-ungkapan yang memerlukanpindaan dengan dipotong atau ditambah atau diulas atau dinotakakikan danwalaupun setengah setengah orang itu sendiri sibuk menimbulkan setengah-setengah isu yang sebenamya tidak wujud seperti (mengatakan beliauterpengaruh dengan) isu kesatuan kewujudan atau
"
دﻮﺟﻮﻟاةﺪﺣو
"
1
Di antara karangan beliau yang telah saya terjemahkannya ke bahasa ibunda ialah “
Salah Faham Terhadap Islam
” dan “
Memahami Jiwa Manusia Menurut Perspektif Islam
”.
Leave a Comment