• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
JURNAL MINGGUANMINGGU 1 (28/1/2008 – 1/2/2008)Oleh : MOHD ALI BIN JEMALIInstitut Perguruan Temenggong IbrahimTARIKH : 1/2/2008TAJUK : PAKAIAN KESELAMATAN1. PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN :
Hari ini saya menjalankan tugas menyelia praktikum Ustaz A di SK XYZ. Oleh keranakelas bermula 7.45 pagi, saya telah datang lebih awal iaitu dalam 7.15 pagi. Inilah kali pertama ke SK XYZ. Apabila menghampiri sekolah, saya dapati di hadapan pintu masuk sekolah ini mempunyai lampu isyarat untuk memudahkan pelajar melintas jalan. Disamping itu ada individu yang mengawal lalu lintas yang turut membantu pelajar tersebut. Saya rasa beliau ialah pengawal lalu lintas sekolah ini.Sesekali saya terlihat ada motosikal yang memecut laju melintasi pengawal lalu lintas danantara celah-celah pelajar terutama apabila lampu jalan utama bertukar hijau. Cis!Tak  boleh berhenti ke sekejap untuk pelajar sekolah ini selamat melintas jalan. Anak mudazaman sekarang, kurang ajar!!, bentak hati saya. Tiba-tiba bila melihat pakaian pengawallalu lintas itu, saya baru perasan satu perkara, PAKAIANNYA: baju T shirt kelabu danseluar slack hitam pada awal pagi yang masih gelap. Astaga, beraninya, bahayanya, tak sayang nyawa!!!
2. BISIKAN HATI
Saya tertanya-tanya, adakah pengawal lalu lintas ini tidak sedar dengan warna pakaiannya atau memang begitulah amalannya selama ini. Adakah pengawal lalu lintasini melakukan kawalan secara sukarela ataupun memang dalam bidang kerja mereka?Tiadakah pakaian khas untuk mereka sewaktu mengawal lalu lintas?Saya banyak melihat kawalan lalu lintas oleh pengawal lalu lintas di sekolah-sekolah lain
 
seperti di Sek Keb (P) Sultan Ibrahim di Johor Bahru dan sewaktu saya berkhidmat diKota Tinggi dahulu. Mereka ini biasanya memakai baju labuh bewarna putih, sarungtangan putih, memakai topi mirip polis dengan papan tanda bulat bewarna merah dengantulisan besar BERHENTI. Pakaian ini senang dilihat dan mudah ditafsirkan dan pengguna jalanraya memberikan kerjasama dengan baik Melihat pada kes pengawal di sekolah X, baju t shirt kelabu berlengan pendek dan berseluar slack hitam berdiri di tengah jalan, apa tafsirannya? Orang kampung? Bapa pelajar nak menyeberangkan anak? Cikgu? Memang pengguna jalanraya boleh tak mengendahkannya. Kalau berlaku kemalangan pun saya rasa jawapan yang diberi ialah“saya tak nampak”, “siapa suruh dia berdiri tengah-tengah jalan”, “tunjuk berani konon, padan muka kena langgar”.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...