Saya fikir jumlah jenayah yang berlaku sekarang ini lebih daripada dahulu dan satu perkara yangterpaksa kita sebut ialah penjenayah jarang sekali didapati bersalah. Kita dapati orang yangbunuh didapati tidak ada kes. Orang yang menyogok wang, tidak mengaku dia menyogok,dengan itu tidak ada kes juga. Jadi kalau kita bunuh orang dan kita mengaku kita tidak bunuhmaka tidak ada kes lah! Ini cara-cara baru dan kita...saya terbaca satu rencana yang ditulis olehseorang yang mempunyai kredibiliti, iaitu bekas IGP (Ketua Polis Negara) Tun Hanif Omar. Sayadiberitahu saya tidak harus menyebut perkara ini kerana dia melibatkan polis. Tetapi ini bukansaya kata. Yang kata ini ialah Tun Hanif dalam rencananya yang membuat satu tuduhan yangamat serious. Dia berkata polis terbahagi dua, satu dipimpin oleh IGP, satu lagi dipimpin olehseorang director polis bersama-sama dengan Timbalan Menteri. Ini ditulis dengan terang.Demikian juga kegagalan AG (Peguam Negara) umpamanya membawa kes ke mahkamah,mendapat kemenangan dalam mahkamah juga disebut, dan kredibiliti AG juga dipersoalkan. Dandia juga berkata bahawa sukar untuk mempercayai apa yang dilaporkan, atau apa yangdisebutkan oleh mereka-mereka ini. Banyak lagilah yang ditulis dalam rencana ini yang memberigambaran bahawa keadaan sosial dalam negara kita ini tidak begitu baik, bahkan Malaysia bolehdikatakan tidak lagi selamat kerana jenayah berlaku di mana-mana sahaja dan apabila jenayahberlaku penjenayah kalaupun ditangkap tidak kena hukum walaupun kita nampak terang bahawayang membunuh ialah sipolan-sipolan tetapi akhirnya didapati oleh mahkamah, evidence, bukti,yang didakwa oleh pihak prosecutor (pendakwaraya) tidak mencukupi. Dengan itu banyaklahpembunuh yang terlepas, tidak dikena apa-apa hukuman. Apabila kita lihat penjenayah yang kitatahu memangpun penjenayah terlepas begitu sahaja, dianya menjadi satu galakan kepadapenjenayah yang lain.4
Leave a Comment