Page
3
of
77
Tuan Yang di-Pertua, kita sedang dilanda krisis kewangan dan ekonomi yang besar. Bagi semuapenganalisis tanpa pengecualian dari yang pemerintah dan yang di peringkat swasta, institusikewangan tempatan dan luar negara dan internasional, tanpa kecuali mengatakan bahawa dalamkeadaan sekarang, masa terdekat mungkin satu atau dua tahun lagi, tidak ada ekonomi yangmungkin selamat. Justeru itu harus ada sesuatu pendekatan yang lebih kreatif, yang dapatmembendung serangan yang hebat ini.Kita pernah dulu menyebut tentang kupasan Joseph Schumpeter, pakar ekonomi yang mengandaikangejala krisis dari semasa ke semasa ini sebagai dengan izin, differential gates of creative destruction.Apakah kita sedia untuk memanfaatkan kegawatan yang ada ini untuk menolak cara yang rosak,rasuah, penyelewengan, kesediaan memberikan projek kepada keluarga dan rakan-rakan ataumengangkat semula ekonomi berdasarkan kepada pertimbangan yang lebih rasional, yang lebihtransparent, telus dan lebih bertanggungjawab.Tentunya creative destruction itu pedih kerana ia hanya mampu dilakukan sekiranya kita terimahakikat apa yang disebut oleh Nabi Allah Shuib dalam Al-Quran… [Membaca sepotong ayat Al-Quran]Iaitu perubahan sedaya upaya kita.Akan tetapi kalau kita terima masalah, kekal dengan kecenderungan untuk bertindak secara angkuhdan cara mengaut keuntungan secara tamak haloba, mengizinkan rasuah tanpa kawalan, mustahil…[Bercakap dalam bahasa Arab] Perubahan itu dapat berlaku. Sekiranya kita bicara soal pembaharuanatau reform , ia juga mencangkup perubahan yang diungkapkan oleh pakar dalam isu politicaleconomy, pengurusan yang lebih baik, sistem politik yang lebih munasabah dan persekitaran yangmembantu mengangkat pertumbuhan ekonomi.Siapa kita Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat jika kita tidak peka dengan permasalahan inidan mengetahui setiap pandangan kita dan kupasan kita. Dasar ekonomi kita akan mencangkupkepentingan bukan sahaja negara, angka dan statistik tetapi kehidupan rakyat iaitu pendidikan anak-anak kita. Harga barang rakan-rakan kita di kampung dan di desa, kesusahan mereka mendapatpeluang dan kemudahan yang baik. Apa yang kita lakukan di sini, belanjawan diputuskan oleh YangBerhormat Menteri akan memberi kesan bukan saja kepada Ahli Yang Berhormat tetapi kepadarakyat jelata.Tuan Yang di-Pertua masih ingat bila Brutus menentang Julius Caesar yang diktator itu, dia bertanyakepada orang-orang Romawi, “Who is here, so based that would be a bondman?’ Siapa di kalangankita? Dia bertanya kepada rakyat Romawi. Saya bertanya kepada Ahli Yang Berhormat di sebelah sinidan lebih-lebih lagi di sebelah sana.Siapa di antara kita yang begitu lemah, jelik dan tidak ada keupayaan sehingga sanggup menjadihamba. Menghina diri mereka sendiri, mengiakan kepada keganasan, kepalsuan, rasuah dankezaliman. Mengiakan kepada sikap racist dan penghinaan etnik. Menelan begitu semata-matakerana kita terlalu kecil dan merasa diri terlalu hina dan tidak mempunyai kekuatan untuk bangunmengatakan Ahli Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat enough is enough. Enough of this…,enough of this corruption, enough of this racist remark against us, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.Sebab itu, kita tidak boleh mampu berbicara soal pengurusan ekonomi dari kalangan yangmempunyai hati kecil walaupun keupayaan dan kekayaannya melimpah.
Leave a Comment