Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “
A Guide ToCareers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”
. Buku tersebut mengandungi analisissenarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepasitu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke
Special Malay Class
, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London dinegeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chautelah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confuciousdengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikankepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen antiBritish. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dankurikulumnya menjadi bertambah baik.
Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah,kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telahdiambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuahsekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubalighKristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalambahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamilkerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamilswasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu,sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India.Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.
Add a Comment
Halimah_Harkim_4252left a comment