• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
PPDBS
1.0
Pengurusan Peperiksaan Dan Penilaian
1.1
Pengenalan
Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang,harmonis, berketerampilan, berakhlak dan berilmu. Berdasarkan rasionalinilah perlu ada satu standard atau “benchmark” dalam menguruspeperiksaan dan penilaian di sekolah.1.2
Jenis-jenis PenilaianPenilaian Formatif 
Penilaian ini melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuanmurid-murid selepas hasil pembelajaran yang terhad, misalnya satu bab.Penilaian ini menyampaikan maklum balas secara tersusun kepada guruuntuk memilih atau memperbaiki pengalaman pembelajaran murid.Contoh ujian bulanan. 
Penilaian Sumatif 
Penilaian ini dijalankan pada akhir sesuatu kursus atau tahunpembelajaran murid. Penilaian ini membekalkan maklumat untuk menilaikesan pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh penilaian sumatif ialah Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Penilaian Berasaskan Sekolah
Kaedah penilaian ini dilakukan oleh guru-guru di sekolah berdasarkanarahan-arahan standard daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.Contoh PEKA, Kerja Kursus Kemahiran Hidup, geografi, Penilaian AsasFardu Ain (PAFA) dan Sejarah. KPM melalui Lembaga PeperiksaanMalaysia mengedarkan peraturan melaksana, pentaksiran dan kriteriapemberian markah. Penilaian Berasaskan Sekolah dimasukkan padaperkara 5.6 Pengurusan Program Khas.
1.3Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan Sekolah
 
Organisasi Jawatankuasa
Pengerusi:PengetuaNaib Pengerusi:Penolong Kanan PentadbiranSetiausaha:Ketua Bidang/Guru PenolongAJK:Penyelia Petang/Penolong Kanan HEMKetua-ketua BidangPenyelia-penyelia Tingkatan
1
 
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
PPDBS
Penyelaras Mata PelajaranSetiausaha Peperiksaan DalamanSetiausaha Peperiksaan PMRSetiausaha Peperiksaan SPMSetiausaha Peperiksaan STPMKetua-ketua Pentaksir Sekolah
Fungsi Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan Sekolah
i.Melaksanakan dasar penilaian dan peperiksaan yang telah ditetapkanoleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, Majlis PeperiksaanMalaysia,Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah.
ii.
Menetap bilangan ujian dan peperiksaan untuk setahun bersesuaiandengan amalan semasa atau arahan daripada pihak-pihak berkenaan.iii.Mengawal dan melaksanakan sistem penilaian dan peperiksaan padaperingkat sekolah berdasarkan arahan semasa.iv.Mengubal dan menyediakan takwin penilaian dan peperiksaan padaperingkat sekolah berdasarkan arahan semasa.v.Mengawal kualiti soalan penilaian dan peperiksaan supaya mematuhistandard peperiksaan yang sepatutnya.
vi.
Menyelaras, mengelola dan mengendalikan peperiksaansebagaimana yang sepatutnya sama ada peperiksaan dalaman,percubaan negeri dan awam.vii.Memproses dan mengeluarkan keputusan rasmi peperiksaan padaperingkat sekolah berdasarkan had masa yang ditetapkan.
viii.
Mengurus hubungan luar berkaitan dengan penilaian danpeperiksaan. Hal ini termasuk menghadiri taklimat, mesyuarat dasar peperiksaan dan penilaian serta bertanggungjawab ke atas dokumenpeperiksaan.
1.4.Takwim Pengurusan Ujian Dan PeperiksaanElemen-elemen Penting
i.
Masa ujian dan peperiksaan perlu sesuai dengan jumlah soalan. BagiPeperiksaan Pertengahan Penggal, Peperiksaan Akhir Tahun danPeperiksaan Percubaan hendaklah akur dengan “standardmasaLembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
2
 
PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
PPDBS
Kes ini berkaitan peruntukkan masa peperiksaan. Begitu juga urusanpendaftaran kemasukan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
ii.
Tarikh ujian dan peperiksaan ditetapkan setelah murid melalui jangkamasa pembelajaran yang sesuai umpamanya setelah tiga bulanbelajar untuk ujian dan enam bulan belajar untuk peperiksaanpertengahan penggal.
iii.
Proses penetapan tarikh peperiksaan atau ujian perlu mengambil kirakekangan di sekolah, penglibatan murid dalam kegiatan luar dantarikh-tarikh penting supaya tidak berlaku majoriti murid bertindihantara peperiksaan dengan kegiatan berkenaan. Bagi PeperiksaanPercubaan Negeri, sekolah perlu akur dengan tarikh dan jadual yangtelah ditetapkan oleh pihak berkenaan.iv.Jika perkara (iii) tidak dapat dielakkan, pihak jawatankuasa perlumenyediakan satu mekanisme lain, umpamanya ujian ataupeperiksaan ulangan dilakukan. Hal ini melibatkan ujian ataupeperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah sahaja.
v.
Penyusunan jadual waktu ujian atau peperiksaan perlu mengambilkira kelompok mata pelajaran, iaitu teras, wajib dan elektif, di samping jangka waktu sesi persekolahan serta waktu rehat murid.
Proses Penyediaan Takwim Pengurusan Ujian Dan Peperiksaan
i.
Setiausaha Jawatankuasa bersama Setiausaha PeperiksaanDalaman, PMR, SPM dan STPM bermesyuarat secara “ad hoc” bagitujuan mengumpul maklumat berkaitan arahan semasa(meliputipekeliling peperiksaan yang berkaitan) dan tarikh-tarikh penting.
ii.
Setiausaha Jawatankuasa mengeluarkan surat panggilan mesyuaratJawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan Sekolah meliputi tarikh,masa, tempat berserta dengan agenda. Cadangan agenda: alu-aluanpengerusi; penggubalan takwim pengurusan ujian dan peperiksaan;dasar peperiksaan dan penyediaan soalan pada peringkat sekolah;hal-hal lain.
iii.
Takwim Ujian Dan Peperiksaan dikeluarkan oleh SetiausahaJawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan. Setiausaha PeperiksaanDalaman akan menyediakan Jadual untuk setiap peperiksaan anjuransekolah. [hebahan takwim boleh dilakukan dalam MesyuaratJawatankuasa Kurikulum, Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran dandisertakan dalam Buku Permuafakatan Sekolah yang diuruskan olehPenolong Kanan Pentadbiran]
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...