1.1 Seni Muzik
Menurut Kamus Dewan
Muzik
didefinisikan sebagai gubahan bunyi yangmenghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian. Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiapmanusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksimanusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusiadilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.
Muzik Tradisi Warisan Istana
Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :a.Tradisi tinggi (great tradition) b.Tradisi rendah (little tardition)Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yangmerupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusatkebudayaan. Raja-raja menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik diistana dan latihandianjurkan untuk meningkatkan mutu persembahannya. Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak abab ke 15 lagi. Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian raja dan upacara mengadap oleh para pembesar di hadapan balairung. Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi istana di Malaysia ialahgamelan. Gamelan yang terkenal diTanah Melayu berasal dari kerajaa Riau-Lingga danJohor. Alat-alat muzik yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang,kerompong, gendang dan gong.
Tradisi Muzik Rakyat
Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendahdikalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembanganseni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggotamasyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alatmuzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yangdiperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu
Leave a Comment