TERAS 2 : Strategi Pelaksanaan bagi Membangunkan Modal Insan
Halaman 9
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN1.0 Pendahuluan
•
Modal insan adalah aset yang paling berharga bagi sesebuah negara. Aset ini boleh ditambah nilai dengan mempertingkat nilai intelekserta diperkaya modal budayanya. Selaras dengan itu, pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama programpembangunan pendidikan negeri. Hanya melalui pendidikan, usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengatahuan dan kemahiran tinggi dapat dicapai.
•
Cabaran JPN Perak adalah untuk menyediakan insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni yangdapat memenuhi keperluan semasa bagi menyediakan individu yang dapat dilatih di pelbagai institusi atau agensi sebagai tenaga kerjayang dapat membantu meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Sebelum itu, tenaga kerja ini mestilah dibentuk oleh sekolahsupaya mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mengenal pasti potensi diriuntuk perkembangan bakat dan kerjaya diri. Paling penting ciri-ciri insan yang akan dibentuk oleh acuan di sekolah negeri Perak mestilahmenepati hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana kejayaan dalam aspek fizikal akan tidak bermakna jikatidak dipandu oleh aspek intelek , emosi dan kerohanian.
•
Modal insan berkualiti yang dihasilkan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut :i) Berfikir secara kritis dan bertindak secara rasionalii) Bersedia untuk bersaing dan membudayakan semangat untuk meneroka bidang baruiii) Menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individuiv) Berhemah dan berkeperibadianv) Menjadi pemimpin kepada diri, keluarga dan masyarakatvi) Mengaplikasi dan meningkatkan pengetahuan serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayatvii) Mengakses dan menggunakan ICTviii) Belajar, bekerja dan berkomunikasi dengan berkesan
Add a Comment