• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
WATAK DAN PERWATAKANPengenalan:Watak 
ialah pelaku yang memainkan peranan dalam sesebuah cerita. Watak diceritakanoleh pengarang secara luaran dan dalaman. Watak berfungsi untuk menggerakkan danmengembangkan jalan cerita. Biasanya, watak terdiri daripada manusia. Adakalanya pengarangmemaparkan watak binatang atau objek lain untuk menggerakkan cerita. Tetapi watak-watak tersebut diberi sifat manusia. Misalnya, Novel Perlumbaan Kedua memaparkan watak haiwanantarnya kura-kura, arnab, kancil, harimau, dan haiwan lain.
Perwatakan
pula menggambarkan
ciri dalaman
 
watak 
(perwatakan dalaman) dan
luaran watak 
(perwatakan luaran).
Ciri dalaman watak 
meliputi aspek kejiwaan watak yang positif dan negatif.Perwatakan positif seperti rajin, berani, penyabar, berdedikasi. Perwatakan negatif pula seperti pemalas, pendendam, pemarah, bakhil, dan iri hati.Manakala,
ciri luaran watak 
pula dapat dilihat dengan mata kasar, seperti berambut ikal, berbadan gemuk, berkulit hitam, gagah dan tampan.
JENIS WATAK 
Dalam sesebuah novel banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis
 
watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utamadan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yangdimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita.
1.Watak Utama:
watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyamenumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalamcerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarangsebagai watak protagonis atau antagonis.
Watak Protagonis
:Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arahkeadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.
Watak antagonis:
Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya,watak Pak Soh dalam Novel Mereka Yang Tertewas.
Watak bulat/bundar:
Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifatmanusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca.
 
Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukanoleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah.Misalnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.
Watak Dinamik:
Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama adadalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini digambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Contohnya,watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.
Watak Pipih:
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak inidiperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalauseseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yangnegatif sahaja di sepanjang cerita.Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telahdapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...