ERINE M.NOOR
Scribbled:
saudara/saudari, bukan bahasa yang menimbulkan masalah. Lagi banyak bahasa lagi kurang masalah, kerana banyak bahasa banyak yang boleh dipelajari. Tanpa Bahasa Inggeris (BI) kita boleh hidup, tapi tanpa Bahasa Melayu (BM) kita hilang jati diri Malaysia sebagai negara yang mendaulatkan BM. Saya bukan bersifat perkauman, bukan juga menentang penggunaan BI. Saya melihat ini sebgai cabaran rakyat Malaysia untuk mempertahankan budaya, memperkasakan BM serentak mengikut modenasasi memperkayakan ilmu dengan belajar bahasa asing contohnya BI, Arab, Jepun, Mandarin dan sebagainya. Bahasa boleh menyatukan kita. Jangan merendahkan bahasa lain kerana di situ ada ilmu dan kebenaran. Tapi INGAT jangan kita meminggirkan akar umbi Malaysia yang berasal dari TANAH MELAYU!