• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
25 Pesanan Luqmanul Hakim
www.iluvislam.com
Kiriman: KhAlIfAh IsLaM
Editor : b_b
1.
Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan
SAMPAN
yang bernama
TAKWA
,
ISI
nya ialah
IMAN
dan
LAYAR 
nya adalah
TAWAKKAL
kepada
ALLAH
.
2.
Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk
menerima nasihat
,maka dirinya akan mendapat
penjagaan
dari ALLAH. Orang yang
insaf dansedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima
kemuliaan
dari ALLAH juga.
3.
Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalamberibadat
dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, diaakan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiatkepada ALLAH.
4.
Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yangdilakukanmu, maka
marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagitanam tanaman
.
5.
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya
berhutang itu bolehmenjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam
.
6.
Dan selalulah
berharap kepada ALLAH
tentang sesuatu yang menyebabkanuntuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenarbenar takut ( takwa ), tentulah engkau akan
terlepas dari sifat berputusasa dari rahmat ALLAH
.
7.
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidakdipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasabanyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batubesar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada
memberi pengertiankepada orang yang tidak mahu mengerti
.
8.
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batubesar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai
tetangga (jiran)
yang jahat.9.Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagaiutusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yanglayak menjadi utusan.
10.
Jauhilah bersifat dusta
, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikanmemakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telahmemberikan akibat yang berbahaya.
11.
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atauhadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati
, sebabianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiripesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawisahaja.
12.
Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan
, keranasesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bilamakanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
 
13.Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnyabarang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barangitu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belumtentu menimbulkan kesengsaraan.
14.
Makanlah makananmu bersama sama dengan
orang - orang yang takwa
dan
musyawarahlah
urusanmu dengan para alim ulamak dengan carameminta nasihat dari mereka.
15.
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu
mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya
. Hal itutidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak iatidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16.
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari
kawan sejati
, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalamkemarahan itu dia masih berusaha
menginsafkan kamu
,maka bolehlahengkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhatihatilah.
17.
Selalulah
baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta maniswajahmu
, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanyaseseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yangberharga.
 
18.
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu
daripadanya. Namun biarkanlahdia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19.
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang
tidak inginmenerima pujian atau mengharap sanjungan
orang lain kerana ituadalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20.
Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimuselalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlahuntuk dunia sahaja. Sesungguhnya
tiada makhluk yang lebih hinadaripada orang yang terpedaya dengan dunianya
.
21.
Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu
 jangan mengeluarkan kata katayang busuk dan kotor serta kasar
, kerana engkau akan
lebih selamatbila berdiam diri
. Kalau berbicara, usahakanlah agar
bicaramumendatangkan manfaat
bagi orang lain.22.Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatuyang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlahmensia siakan hartamu.23.Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiamakan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yangtidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24.
Hai anakku;
bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu
.Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati inimendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah darimutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25.
Hai anakku;
ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dannafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu
. Janganengkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nantiengkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya keranasesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.J
anganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talamdua muka
, kelak akan membinasakan dirimu.
 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...