• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 2
    CommentGo Back
Download
 
PENGENALANJalan-jalan sepanjang jalan,Singgah-menyinggah dipagar orang,Mata terpukau pemandangan halaman,Melihat megah burung terbang.
Sebagaimana adat, halaman kediaman Melayu juga begitu tersusun rapi. OrangMelayu mencintai alam semula jadi. Mereka menghargai khazanah ini, terpesona,kagum dengan unsur-unsur semula jadi ini sehingga di puja melalui pantun dan menjadikiasan yang sering di bahaskan. Alam sekitar dianggap pakaian yang memenuhikehidupan mereka. Tempat mereka mencari rezeki dan tempat mereka bersemadi.Alam sekitar mengilhamkan sesuatu kepada mereka, memberi kreativiti, motif dan penemuan. Daya kreatif ini menghasilkan tenunan, ukiran, anyaman, seni kraf danbinaan. Binaan itu begitu sebati dengan alam sekitar kerana ia di ambil daripadanya.Pangkin, guri, perigi, wakaf, pengadam, sangkar ayam, jamung andang, pelita, adalahsebahagian daripada inspirasi air, tanah dan tumbuhan yang menjadi pelengkap dalamkehidupan masyarakat Melayu. Daripada unsur-unsur diatas maka, lahirlah lanskapMelayu dengan daya kreativiti orang Melayu dengan alam sekitar. Gubahan yangdihasilkan penuh dengan hasil seni yang indah dan perlu dihayati oleh masyarakatumum terupamanya orang Melayu. Sebelum perbincangan yang lebih menyeluruhmengenai lanskap Melayu, eloklah kita tahu apa yang di maksudkan dengan Melayudan konsep Melayu.
 
Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripadasatu punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segipengaruh alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebihluas sebagai penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yangdapat dikesan daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapatdidefinisikan sebagai nama suatu bangsa dan bahasa termasuk di SemenanjungMalaysia iaitu mengikut cara hidup orangMelayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga : 874). Pembinaan masyarakatdan budaya Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompoksosial dan sub budaya yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanahbudaya Melayu. Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayudidefinisikan sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkanadat resam orang Melayu. Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anaksungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sanaletaknya sebuah Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasaadanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu"itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit"ataupun tanah tinggi.Terdapat juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu"ialah berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.Pengertian Melayu di Malaysiadinyatakan dengan lebih khusus lagi dalam Perlembagaan Malaysia yangmengandungi kepentingan daripada aspek sosial dan politik. Pengertian itu adalahberasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam. Menurut Perlembagaan
 
Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayuyang menganuti agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yangberketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang Melayu.Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan sebahagian daripada konsepMelayu yang luas.Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri daripadapenduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupidalam pengertian Perlembagaan ini. Pengertian Melayu yang digunakan dalampentadbiran dan kepentingan politik terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yangdigunakan dalam realiti iaitu ebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengansub budaya masing-masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurutPerlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayuditakrifkan sebagai :1. Seorang yang beragama Islam2. Bertutur dalam bahasa Melayu3. Mengamalkan adat istiadat Melayu4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura ataupada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik dinegara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat bahawasebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar PersekutuanMalaysia contohnya di selatan Thailand terdapat segelintir kelompok manusia yang
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

alhamdulillah jmpe site ni..dpt membantu in my research

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...