1
SOSIALISASI AGAMA DI KALANGANPELAJAR-PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI SELANGOR
1
Prof. Madya Dr. Jaffary Awang, Prof. Madya Dr. Rozmi Ismail,Kamaruddin Salleh dan Hairunnizam Wahid
Kumpulan Kajian Dunia Melayu & Islam
2
Institut Alam dan tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
jaffaryawang@hotmail.com.my;rozmi@ukm.my;
dins@ukm.my;hairun@ukm.my
Abstrak
Sosialisasi agama merupakan satu proses penyerapan dan penghayatan nilai-nilai agamadalam kegiatan seharian. Prasyarat kepada penghayatan tersebut adalah pengetahuanberkaitan dengan nilai-nilai agama dan persekitaran yang mendokong kepadapembentukan perlakuan yang positif, khususnya di kalangan para pelajar. Artikel ini akanmembincangkan proses sosialisasi yang berlaku di kalangan para pelajar di sekolah-sekolah menengah agama terpilih di Selangor yang dikelolakan di bawah Jabatan AgamaIslam Selangor (JAIS). Kajian ini menggunakan pendekatan secara lapangan denganedaran soal selidik di kalangan para guru untuk mendapatkan pandangan merekamengenai proses sosialisasi pelajar. Artikel ini juga membincangkan konsep sosialisasidan hubungannya dengan pengetahuan. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah konsepsosialisasi agama di kalangan pelajar, hubungan antara pengetahuan dengan sosialisasiagama dan akhirnya hubungan sosialisasi dengan pembentukan identiti diri pelajar.Perbincangan ini merumuskan bahawa, pengetahuan dan perlakuan serta persekitaranmempengaruhi proses sosialisasi pelajar serta menentukan bentuk identiti diri pelajar.Kata kunci: Sekolah agama, proses sosialisasi, persepsi guru, regresi logistik
PENDAHULUAN
Sosialisasi agama merupakan satu proses yang melibatkan hubungan antara pengetahuan, persekitaran danpemikiran serta perlakuan. Interaksi antara komponen-komponen ini akhirnya membentuk watak dan diriseseorang individu yang boleh disebut sebagai pembentukan identiti. Dalam konteks pelajar, faktor persekitaransekolah serta hubungan yang berlaku antara murid dan guru, murid dengan murid dan kegiatan pembelajaran baik sewaktu dalam bilik darjah atau semasa kegiatan luaran sebenarnya mempengaruhi diri dan pemikiran. Dalamkonteks perbincangan kertas kerja ini, penulis akan menumpukan terhadap hubungan epistemologi Islam terhadappemikiran dan perlakuan pelajar.
KONSEP SOSIALISASI PELAJAR
Sekolah merupakan salah satu tempat berlakunya pertembungan, asimilasi dan pembentukan watak dan pemikiranseseorang pelajar. Melalui interaksi dan komunikasi yang berlaku baik antara pelajar dengan pelajar atau antarapelajar dengan para guru, ianya memberi kesan yang mantap. Demikian juga dengan sekolah agama yangmenjadikan pendidikan Islam sebagai asas dalam membina karakter serta watak para pelajar. Proses ini dikenalisebagai proses sosialisasi yang secara khusus dapat disebut sebagai proses sosialisasi agama. Secara umumnyasosialisasi agama membabitkan faktor budaya kelompok dan pengetahuan agama Islam sebagai sumber yang
1
Kertas kerja dibentangkan di National Seminar Science, Technology and Social Science 2008. Anjuran UiTM Pahang, 3-4Jun 2008, M.S Garden Hotel, Kuantan Pahang.
2
Penyelidikan di bawah Program Malim Sarjana iaitu DAMAI di ATMA, UKM
Leave a Comment