• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAANRingkasan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan telah menjadi salah satu daripada enamagenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia dan akan diteruskan dalamRancangan Malaysia Kesembilan. Ini adalah kerajaan yakin Sekolah Kebangsaanmerupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangatcintakan negara di kalangan anak-anak kita. Dengan bermatlamat pendidikanberkualiti untuk semua, maka semua organisasi dalam Kementerian Pelajaran mestiberoperasi secara bersepadu ke arah mencapai matlamat tersebut. Sehubungan itu,setiap lapisan pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan perlumenggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yangmungkin wujud dalam rangka pelaksanaan program itu. Di samping itu, kecekapandan keberkesanan pengurusan dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalahberbeza-beza mengikut keupayaan dan kebolehan seseorang pegawai. Selaindaripada itu, beberapa faktor lain yang dikenal pasti sebagai penghalang utamaterhadap peningkatan kecekapan dan keberkesanan pengurusan adalah kurangnyakomunikasi serta kerjasama di kalangan kakitangan dalam organisasi, kurangnyatahap koordinasi antara unit-unit dalam organisasi,
incompatibilities
di kalangankakitangan dan etika kerja yang kurang memuaskan, pertentangan kepentingan dikalangan para pentadbir dalam organisasi yang menyebabkan perbezaan komitmenterhadap usaha-usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan kelemahansistem pengurusan maklumat organisasi. Kesemua faktor-faktor yang dinyatakanitu menyukarkan kerja-kerja pentadbiran dan melemahkan jentera pengurusan
-1-
 
dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Oleh itu, langkah-langkah segeraperlu diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud dan seterusnyameningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiranorganisasi untuk memastikan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dapatdilaksanakan sehingga tercapai matlamat yang telah ditetapkan oleh KementerianPelajaran Malaysia. Skop penulisan ini tertumpu kepada sekolah rendah sahaja dankepada peranan pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah dalamkonteks memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
Pendahuluan
Pada tahun 2002, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untukmengkaji isu Pendidikan Islam, peranan Sekolah Agama Rakyat dan MemperkasaSekolah Kebangsaaan. Tan Sri Murad bin Mohd. Noor, bekas Ketua PengarahPelajaran Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas itu. Antaraobjektif jawatankuasa itu ialah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan menarikkepada semua kaum dan tempat untuk memupuk perpaduan. Dalam satu kajianyang telah dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2003, beberapa
 
isu-isutelah dikenal pasti menjadi penghalang kepada ibu bapa menghantar anak-anakmereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) dan sebaliknya menghantar mereka bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah JenisKebangsaan Cina (SJKC). Antara isu-isu yang telah dikenal pasti adalah sepertiberikut:
Ramai ibu bapa Melayu menganggap SK sebagai sekolah sekular dan tidakislamik walaupun menyedari SAR kekurangan kelengkapan dan guru terlatih
-2-
 
Orang Cina melihat SK terlalu islamik melalui nama-nama, aktiviti-aktivitii dancara pakaian
Orang Cina memilih SJKC dengan dakwaan kelengkapan, kaedahpengajaran dan pembelajaran dan guru yang lebih baikDari aspek refleksi pula, ibu bapa atau masyarakat tertentu mempunyai pendapat-pendapat yang menjurus kepada perkara-perkara berikut:
Kepimpinan SK dipersoalkan
Komitmen guru SK diragui
Kualiti pengajaran dan pembelajaran di SK kurang diyakini
Penggunaan masa untuk pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum
Amalan-amalan terbaik (
best practices
) berlaku di SJKC dalam bidang:Amalan Pengurusan Sekolah:
a.
Kelas tambahan sepanjang tahun
 b.
Membangunkan persaingan sihat antara murid
c.
Mendapatkan sumbangan kewangan pihak luar 
d.
Memantau berterusan program akademik sekolahAmalan Guru :Menggunakan waktu lapang dengan memeriksa kerja muridMemberi kuantiti kerja yang banyak terutama MatematikMenekankan disiplin dan penguasaan fakta asasMenggunakan Buku Kerja Tambahan terutama MatematikAmalan Murid
a.
Menguasai fakta/kemahiran asas matematik
-3-
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...