/  3
 
GURU KANAN MATA PELAJARANBidang Tugas
1.Bertanggungjawab dalam hal Kurikulum dan Pentadbiran yang berkaitandengan bidangnya.2.Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusankokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya.3.Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran danpembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.4.Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dansahsiah pelajar.5.Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusanpendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.6.Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan denganbidangnya, dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti danseumpamanya.
7.
Mengajar mata pelajaran Teknik dan Vokasional.
Senarai Tugas1.Kurikulum
1.1
Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan PelajaranTahunan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.1.2Memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
1.3
Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran yang digabungkan.
1.4
Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.5
Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan,pemulihan dan pengkayaan.
1.6
Membimbing guru terlatih, guru baru dan guru sandaran dalammenjalankan tugas-tugas mereka.
1.7
Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman.1.8Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya sertamengambil tindakan sewajarnya.1.9Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggaradengan berkesan.1.10Membantu dalam pemilihan buku sumber/rujukan, bahan pusat sumber,alat pandang dengar dan bahan-bahan pendidikan lain.1.11Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan(kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, JPN dan KPM.1.12Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa- jawatankuasa lain yang diarahkan oleh Pengetua.1.13Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan disekolah dalam konteks perkembangan staf.1.14Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahandan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yangberkesan kepada guru.
 
1.15
Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskanamalan-amalan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmumerentasi kurikulum.1.16Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkahuntuk mengatasinya.
2.Kokurikulum
2.1Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulumyang bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkankecemerlangan akademik pelajar.2.2Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan dibawah bidangnya.
3.Pengurusan
3.1
Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas gurumata pelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
3.2
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihanuntuk guru.
3.3
Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data ataumaklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan denganbidangnya.
3.4
Memastikan pengurusan bengkel dilaksanakan dengan baik.
3.5
Membantu merancang takwim sekolah.
3.6
Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.7
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolahdan mengawal perbelanjaan berkaitan bidangnya.
3.8
Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untukurusan audit tahunan.
3.9
Membantu dan menyelia pengurusan aset alih kerajaan yangberkaitan dengan bidangnya.3.10Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni berlaku di bilikdarjah dan sekolah.
3.11
Menyelia dan menyelaras kerja kursus pelajar dalam PentaksiranBerasaskan Sekolah (PBS).
4.Tugas-tugas lain
4.1
Berhubung dengan PKG, PPD dan BTPN tentang apa jua maklumat danbantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
4.2
Berhubung dengan GKM(TV) sekolah lain yang berhampiran bagi tujuanberkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkankeupayaan dan pengetahuan.4.3Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumatmengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya denganberkesan dan berhasil.4.4Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihansekolah.4.5Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatansukan, penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber.

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...