INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG , 14000 BUKIT MERTAJAM.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU VI PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 KOHOT 1 ( Bengkel Guru Inovatif )
TEMPAT : DEWAN HJH ROHANI IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN TARIKH : 1O JULAI 2012 ( SELASA ) ANJURAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DAN IPG, KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 MENGKUANG, BUKIT MERTAJAM ,

1.0 TUJUAN
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru .

Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara

2.0 LATAR BELAKANG
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi . Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti yang dirancang , pelajar dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi . Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan , “...... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir , membina , membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

3.

ASAS PERTIMBANGAN
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan Program Bengkel Bina Insan Guru (BIG).

4.

STRATEGI PELAKSANAAN.
4.1 Nama Program Program Bina Insan Guru Komponen Bengkel Guru Inovatif

4.2

Objektif : Pengisian kurikulum BIG semester 8 ialah Bengkel Guru Inovatif yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat . Fokus utama bengkel adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :  Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan .  Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.  Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.  Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. ini

 Merancang,

melaksana, memimpin program, bekerjasama dan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.  Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

4.3

Peserta

( Rujuk Lampiran )

Peserta program ini terdiri daripada pelajar program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ( PGSR ) ambilan Nov.2008. Kelas yang terlibat ialah:

a) Pengajian Sosial b) Pengajian Matematik c) Pengajian Pemulihan d) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

4.4

Tarikh Program Program ini akan diadakan pada hari Selasa bertarikh 10 Julai 2012 bermula jam 8.00 pagi.

4.5.

Tempat Program Pihak penganjur merancang untuk mengadakan program ini di Dewan Hajjah Rohani, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

4.6

Tentatif Program (Rujuk Lampiran 1 )

4.7

Jawatankuasa Program ( Rujuk Lampiran 2 )

5.

IMPLIKASI PERKARA
MAKANAN CENDERAMATA

KOS
RM 5 X 105 PELATIH RM 20 X 5 JUMLAH BESAR

JUMLAH
RM525.00 RM100.00 RM 625.00

SUMBER
IPG/LDP PELATIH

6.

PENUTUP Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponen latihan yang sangat penting. Ianya perlu didedahkan kepada semua insan yang bergelar guru. Diharapkan program sebegini mampu memberikan ketahanan fizikal dan mental serta jati diri guru pelatih dalam usaha melahirkan para pendidik yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada sistem pendidikan negara .

7.

Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan di atas maka kami kumpulan PGSR ambilan November 2008 memohon

pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan Institut untuk melaksanakan program ini.

SEKIAN. DISEDIAKAN OLEH .................................... NORAZURA BINTI ABDUL HAMID SETIAUSAHA BINA INSAN GURU VI

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA KURSUS BINA INSAN GURU FASA VI PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 KOHOT 1 BENGKEL GURU INOVATIF INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran

: 07 Jun 2012 : Khamis : 5.30 pm- 07.00pm : Bilik Kuliah Kokurikulum (atas kantin) : 1) 19 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK ) 2) Puan Hajjah Rohaya Bt Ahmad (Pensyarah)

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu – alukan kedatangan Puan Hajjah Rohaya serta semua ketua ajk. 1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat BIG VI ini hendak dilaksanakan. Ia perlulah boleh melibatkan keempat-empat kursus PGSR ini. 1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 4 Julai 2012, jam 8.00 pagi, bersamaan hari Rabu di Dewan Aminuddin Baki untuk jamuan tengahari dan Dewan Hajjah Rohani untuk bengkel dan ceramah diadakan. 1.4 Kesemua ajk yang hadir telah bersetuju sebulat suara.

1.5 Pengerusi memperkenalkan barisan ajk induk dan ketua ajk setiap biro kepada Puan Rohaya. Pengerusi seterusnya mempersilakan Puan Rohaya untuk meneruskan mesyuarat.

2. Ucapan Pensyarah

2.1 Puan Rohaya memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan semua ajk. 2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk terlibat antaranya ialah : 2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk penceramah dan perasmi BIG VI ini. 2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah. 2.2.3 AJK Pendaftaran diminta memohon fail, kertas A4 dan pen dari LDP. 2.2.4 AJK Persiapan Tempat diminta menempah Dewan Aminuddin Baki untuk jamuan tengaharidan Dewan Hajjah Rohani untuk ceramah dan bengkel. 2.2.5 Penceramah akan diuruskan oleh Encik Fadil (PGSR MT) dengan kerjasama Puan Rohaya . 2.2.6 AJK Sambutan diminta menyediakan kad jemputan VIP dan VVIP. AJK Sambutan adalah terdiri dari keempat-empat ketua kelas dengan disertai oleh 6 orang pelajar PISMP sebagai pembawa bunga manggar. 2.2.7 Bagi sumber kewangan pula, RM20 akan dibayar oleh para peserta dan RM5 akan diperolehi dari IPGKTB.

3. Hal – hal lain

3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. 3.2 Puan Rohaya menyatakan bahawa mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 19 Jun 2012. 3.3 Puan Rohaya meminta agar setiausaha mencatatkan nama semua ajk berserta nombor fax sekolah masing-masing untuk urusan penghantaran surat panggilan mesyuarat kali kedua nanti. 3.4 Pengerusi meminta semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memainkan peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang akan dilaksanakan. 3.5 Pengerusi juga amat berharap agar semua ajk dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali kedua nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.00 petang.

Disediakan oleh : ………………………………… (NOR AZURA BT ABDUL HAMID) Setiausaha Program Bina Insan Guru Fasa VI

Disemak oleh : ……………………………… (SHAZLI B TALIB) Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa VI

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA KURSUS BINA INSAN GURU FASA VI PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 KOHOT 1

BENGKEL GURU INOVATIF INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran

: 19 Jun 2012 : Selasa : 9.00 am- 12.30 pm : Bilik Kuliah Kokurikulum (atas kantin) : 1) 19 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK ) 2) Encik Teh (Pensyarah)

1. Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu – alukan kedatangan Encik Teh serta semua ketua ajk.

2. Pengesahan minit mesyuarat lalu

2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Maheran Bt Aris dan disokong oleh Puan Suraya Bt Mansor.

3. Ucapan Pensyarah

3.1 Encik Teh meminta supaya ketua ajk membentangkan perkembangan terkini tugasan biro masing-masing. 3.2 Berikut ialah laporan daripada setiap biro yang berkenaan :

3.2.1 Laporan Bendahari - semua kutipan berjalan lancar dan jumlah di tangan ialah RM1640. 3.2.2 Laporan Persiapan Tempat – Dewan Aminuddin Baki akan

digunakan pada 4 Julai 2012 bagi tujuan peperiksaan ulangan pelajar PPG. Setelah berbincang , persetujuan dicapai iaitu tarikh BIG VI akan ditunda pada 10 Julai 2012 bersamaan dengan hari Selasa. 3.2.3 Laporan Makanan – Pengesahan kehadiran kesemua pensyarah dan VIP yang di jemput dilakukan untuk mengelakkan pembaziran makanan berlaku dan juga untuk memastikan makanan yang dipesan adalah dalam kuantiti yang mencukupi. Pesanan makanan untuk jamuan tengahari telah dibuat pada pihak Barakah Catering. 3.2.4 Laporan Sijil – Tidak dapat disediakan memandangkan para pelajar PGSR masih belum menamatkan pengajian. 3.2.5 Laporan Buku Program – Telah siap dan diberikan pada Encik Teh untuk semakan. Hasilnya, terdapat beberapa pembetulan.Pembetulan segera telah pun dilakukan oleh Encik Rosidi selaku ketua buku program. 3.2.6 Laporan Sambutan – Dalam perancangan akan menjemput Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan (20 orang), Tutor (4 orang), Gerko (13 orang), Pemegang Bunga Manggar (6 orang). 3.2.7 Laporan Siaraya – Slide show dari BIG I hingga BIG VI akan dipaparkan sambil diiringi dengan alunan muzik sentimental.Dua buah lagu telah disediakan iaitu lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang. 3.2.8 Laporan Cenderahati – Penceramah dan perasmi akan diberi penghargaan sebakul buah-buahan tempatan sebagai tanda terima kasih dari semua pelajar PGSR yang terlibat. 3.2.9 Secara keseluruhannya, semua ketua ajk berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh kesemua ajk masing-masing bagi memastikan kelancaran program BIG VI ini.

4.0 Hal-hal lain 4.1 Pengerusi amat mengharapkan kelancaran perjalanan program BIG VI ini akan

terlaksana dan menjadi kenyataan. 4.2 Encik Teh mengingatkan bahawa kerjasama antara semua ajk yang dilantik adalah amat penting demi memastikan kelicinan perjalanan program BIG VI ini nanti. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh : ………………………………… (NOR AZURA BT ABDUL HAMID) Setiausaha Program Bina Insan Guru Fasa VI

Disemak oleh : ……………………………… (SHAZLI B TALIB) Pengerusi Program Bina Insan Guru Fasa VI

Laporan Jawatankuasa Cenderahati BIG VI 2012

Setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bina Insan Guru (BIG) Fasa VI yang diadakan pada 7 Jun 2012 dan 19 Jun 2012, telah diputuskan bahawa cenderahati akan diberikan kepada perasmi sempena Majlis Penutupan BIG Fasa VI serta penceramah jemputan bagi bengkel yang akan diadakan nanti. Pada 10 Julai 2012, hari Selasa, pendaftaran peserta bermula seawal jam 8:00 pagi. Aturcara program adalah seperti yang dirancang. Alhamdulillah, selesai majlis perasmian, cenderahati disampaikan kepada En. Azmi bin Abdul Hamid selaku penceramah pada

bengkel yang telah diadakan dan juga kepada Dr.Abdul Razak bin Othman selaku perasmi pada majlis tersebut. Dikesempatan ini, saya selaku ketua yang dilantik untuk Jawatankuasa Cenderahati ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Aieda binti Ledi yang memberi kerjasama sehingga terlaksananya tugas ini dan juga kepada rakan-rakan lain yang turut sama menyumbang idea dan tenaga.

Sebarang ketidakpuasan pada mana-mana pihak, saya mohon maaf. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Disediakan oleh, …………………………. (SURAYA BT MANSOR) Ketua Jawatankuasa Cenderahati

Laporan Jawatankuasa Makanan BIG VI 2012

Ajk makanan telah menempah makanan untuk minum pagi untuk 110 orang termasuk pensyarah dan makan tengah hari untuk 150 orang termasuk semua ketua jabatan , tutor keempat-empat bidang pengajian dan pembawa bunga manggar. Perbelanjaan untuk minum pagi berjumlah RM330.00 dibayar dengan LO iaitu RM 3.00 x 110 orang. Menu yang disediakan ialah mihun goreng, kuih dua ketul dan teh o panas. Makanan ditempah daripada pengusaha kantin IPGKTB. Perbelanjaan untuk makan tengah hari berjumlah RM1785.00 untuk 150 orang . Makanan ditempah daripada Barakah Catering, Sungai Petani. Perbelanjaan meliputi bidang berikut: i) Makanan RM7.5 x 150 = RM1125.00 ii) Meja VIP RM 120.00 x 4 buah = RM 480.00 iii) Meja biasa RM 12.00 x 15 buah = RM 180.00

Jumlah perbelanjaan RM1785.00

Kesimpulannya, saya bersyukur kerana perjalanan tempahan berjalan lancar walaupun ada kekalutan pada waktu akhir untuk menyiapkan LO kerana kelewatan kertas kerja. Alhamdulillah semua makanan mencukupi dan majlis berjalan lancar.

Disediakan oleh, ………………………………… ( PN MAHERAN BINTI ARIS ) Ketua Jawatankuasa Makanan

Laporan Jawatankuasa Buku Program BIG VI 2012

Pengenalan Pelajar-pelajar PGSR (KDC) Ambilan November 2008, Kohot 1 telah menghadiri satu kursus wajib Bina Insan Guru ( BIG ) yang telah diadakan pada 10.07.2012 di Dewan Hajjah Rohani. Satu jawatankuasa telah dibentuk dan telah bermesyuarat pada kali pertama iaitu pada 07.06.2012 bertempat di kafeteria IPGKTB. Mesyuarat bertujuan untuk mencari kata sepakat untuk merangka kertas kerja bagi pelajarpelajar menghadiri BIG terakhir untuk semester kali ini. Ini juga merupakan satu strategi pembelajaran secara kolaborasi antara pihak IPGKTB dengan pelajar PGSR ( KDC ) Ambilan November 2008 untuk melahirkan pelajar yang lebih berkemahiran dan berketrampilan untuk menganjur sesuatu program di sekolah mereka kelak. Rasional Bengkel ini akan mendedahkan kemahiran dan pengetahuan yang luas dan mendalam kepada semua yang terlibat dalam usaha meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan ketrampilan diri yang terbaik. Bengkel ini adalah satu langkah yang

positif untuk menyempurnakan keperluan segera bagi menyediakan langkah yang positif untuk bakal guru-guru siswazah yang serba boleh untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan tambahan lagi mereka akan setiasa berdampingan dengan ibubapa serta murid-murid di sekolah.

Objektif Harapan kepada pelatih-pelatih atau semua peserta akan dapat mencapai beberapa objektif seperti berikut: 1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan masalah serta menyelesaikan

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan

penambahbaikan secara berterusan. 2. Menunjukkan komuniti. 3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak keguruan. 5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. 6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,mental,emosi,rohani dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

Jawatankuasa Buku Program telah bermesyuarat dengan jawatankuasa induk pada 7.6.2012. Satu ketetapan telah dibuat untuk mengadakan bengkel ceramah dan satu lawatan penanda aras yang mesti diadakan oleh semua pelajar-pelajar yang mengikuti Program PGSR di Kampus Tuanku Bainun. Bertolak daripada itu jawatankuasa buku program yang diketui oleh Encik Rosidi b Mohd Isa telah mengadakan taklimat ringkas dengan ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya. Seramai tiga orang pelajar telah dilantik untuk menganggotai jawatankuasa buku program. Mereka ialah Puan Khairiyah bt Mohd Akhir, Puan Nor Saitun bt Ibrahim dan Puan Zety Akhzam bt Zahari. Kami telah ditugaskan untuk merangka buku program yang berkaitan dengan bengkel ceramah yang akan diadakan di Dewan Hajjah Rohani. Rata-rata semuanya telah memberikan kerjasama dengan baik. Jawatan kuasa ini telah berjaya menyiapkan satu buku program dan mencapai matlamatnya. Usaha ini adalah ada kerjasama antara pelajar-pelajar dengan bantuan pensyarah

pembimbing yang sentiasa memberi nasihat dan komen-komen yang membina dalam menyiapkan buku program tersebut. Disediakan oleh, ........................................................ ( ROSIDI BIN MOHD ISA) Ketua Jawatankuasa Buku Program

Laporan Pengacara BIG VI 2012

Program kali ini djalankan dalam dua sesi . Sesi pertama: Ceramah Ceramah bertajuk guru inovatif telah disempurnakan oleh En. Azmi b. Abdul Hamid dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Untuk sesi ini skrip tidak disediakan. Saya hanya menjalankannya secara spontan berdasarkan pengalaman. Ini kerana pada peringkat ini tiada ketentuan yang jelas bagaimana corak perjalanan program ini.Jadi, banyak yang dikendalikan oleh penceramah itu sendiri. Walaubagaimanapun majlis untuk sesi ini berjalan lancer dan penuh muhibah. Sesi kedua : Jamuan Akhir Program BIG Majlis penutup kali ini dikendalikan secara bersama dengan Pn. Rodziah Teh dari kumpulan pengajian Pemulihan. Skrip disediakan awal oleh saya bagi mengelakkan berlaku kecelaruan dalam menguruskan perjalanan majlis selari dengan aturcara yang telah disusun dalam buku program. Terdapat sedikit pengubahsuaian dalam skrip. Skrip hanya panduan. Walaubagaimanapun 90% daripada skrip itu diikuti. Irama dalam pengacaraan perlu dipelbagaikan .Oleh itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Rodziah Teh kerana secara sukarela sudi menemani saya dalam mengacara program penutupan ini.Terima kasih juga kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan program kali ini. Sekian . Disediakan oleh ,

……………………………… ( ZAMRI BIN NAYAN )

Ketua Pengacara

Laporan Jawatankuasa Bacaan Doa BIG VI 2012

Saya telah berjaya melaksanakan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Petikan bacaan doa:

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. ‫يا اللهم ياعظيم حكيم‬ Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. ‫يا اللهم ياخبير عليم‬ Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
Disediakan oleh , ……………………… ( MOHAMAD BAHIR B MAGHRIBI ) Ketua Bacaan Doa

Laporan Jawatankuasa Persiapan Tempat BIG VI 2012

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Persediaan Tempat program penutupan BIG 2012, Jawatankuasa Persediaan Tempat yang dipengerusikan oleh Encik

Zanilnazhar bin Ahmad Raffie telah mengambil keputusan untuk menggunakan dua buah dewan bagi tujuan Seminar dan Makan tengahari untuk para peserta seramai lebih kurang 150 termasuklah tetamu kehormat iaitu Pengarah IPG Tuanku Bainun sendiri dan para pensyarah. Dewan LDP akan digunakan sebagai dewan Seminar dan Ceramah BIG yang akan bermula jam 8.30 pagi, manakala Dewan Aminuddin Baki akan digunakan sebagai Majlis Perasmian penutup dan makan beradab untuk semua peserta PGSR dan tetamu jemputan. Borang tempahan telah diisi dan dihantar bersama dengan kertas kerja ke jabatan LDP IPG Tuanku Bainun untuk tempahan Dewan Hjh Rohani dan Jabatan R and I untuk Dewan Aminuddin Baki.Permohonan menggunakan Dewan untuk program BIG VI telah di luluskan dan digunakan pada hari Selasa 10 Julai 2012 jam 8.00 pagi ( Dewan Hjh Rohani ) hingga 1.30 tengahari ( Dewan Aminuddin Baki ). AJK Persiapan Tempat juga bekerjasama dengan AJK Siaraya dan AJK Makanan untuk menyediakan kemudahan kerusi dan alatan media untuk tayangan slaid dan lagu selingan. Perjalanan Majlis Seminar dan Majlis Penutupan BIG kumpulan PGSR berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Sekian , Terima Kasih. Disediakan oleh ,

…………………….

(ZANILNAZHAR B AHMAD RAFFIE)

Ketua Jawatankuasa Persiapan Tempat

Laporan Jawatankuasa Persembahan BIG VI 2012

Kumpulan PGSR Ambilan November 2008 yang terdiri daripada Kursus Pendidikan Jasmani, Kursus Matematik, Kursus Kajian Sosial dan Kursus Pemulihan telah melaksanakan Majlis Penutupan Program Bina Insan Guru VI di Dewan Aminudin Baki pada 10 Julai 2012. Antara acara yang dijalankan pada majlis tersebut ialah acara persembahan. Acara persembahan tersebut dimulakan setelah daif – daif kehormat mengambil tempat. Pembuka tirai persembahan ialah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya , alunan muzik instrumental diperdengarkan buat santapan halwa telinga para hadirin serta tetamu kehormat ketika menjamu selera. Acara akhir slot persembahan ialah tayangan slide .Tayangan slide tersebut mempamerkan aktivitiaktiviti yang telah dijalankan sepanjang program BIG iaitu dari BIG Fasa 1 hingga BIG Fasa 6. Tayangan tersebut melibatkan semua kumpulan kursus PGSR. Tujuan tayangan slide adalah untuk mengembalikan nostalgia para peserta terhadap program BIG.

Disediakan oleh , …………………….. ( NOOR ADLINA BT AWALLUDIN ) Ketua Jawatankuasa Persembahan

Laporan Bendahari BIG VI 2012

PERBELANJAAN PROGRAM BIG VI TEMPAT : IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN TARIKH : 10 JULAI 2012 PENDAPATAN Kumpulan Pengajian Sosial 26 orang X RM 20.00 Kumpulan Pengajian Pemulihan 26 orang X RM 20.00 Kumpulan Pengajian Matematik 30 orang X RM 20.00 Kumpulan Pengajian Pendidikan Jasmani 23 X RM 20.00 RM RM 520.00 RM 520.00 RM 600.00 RM 460.00 ---------------RM 2100.00 JUMLAH PENDAPATAN TOLAK : PERBELANJAAN Makanan Cederahati Fotostat Runcit RM 1785.00 RM 100.00 RM 60.00 RM 155.00 -----------------RM 2100.00 JUMLAH PERBELANJAAN

Disediakan oleh : …………………………………. ……………………………………. ( MOHAMAD YANI B HUSSAIN ) Bendahari BIG Fasa VI

Disemak oleh :

( SHAZLI B TALIB ) Pengerusi BIG Fasa VI

Laporan Jawatankuasa Pendaftaran BIG VI 2012

Ahli jawatankuasa telah berbincang dan menyetujui saranan AJK induk supaya menyediakan fail, pen, kertas A4 dan menyertakan buku program bagi BIG VI dan diedarkan semasa pendaftaran. Borang pendaftaran juga telah disediakan setiap satu untuk setiap kumpulan pengajian bagi melancarkan lagi pendaftaran dan pengedaran fail - fail kepada peserta program. Walaupun terdapat beberapa kekangan pada awalnya iaitu untuk memperolehi fail, pen dan sebagainya tetapi dengan bantuan beberapa orang pensyarah di Unit LDP dan Pn. Rohaya masalah ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Urusan pendaftaran telah berjalan dengan lancar. Kehadiran para peserta adalah penuh. Semua peserta telah hadir dan menjayakan program BIG VI berserta majlis penutupan BIG bagi peserta - peserta kursus PGSR Kohort 1 secara rasminya. Salinan pendaftaran peserta disertakan untuk rujukan. Disediakan oleh , ……………………………………………. (PREMALATHA A/P JOTHINATHAN) Ketua Jawatankuasa Pendaftaran

Laporan Jawatankuasa Kebersihan BIG VI 2012

Bengkel dan ceramah BIG VI akan bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan Hajjah Rohani . Ajk Kebersihan telah memastikan dewan dalam keadaan yang bersih dan kemas sebelum

bermulanya sesi bengkel dan ceramah.. Kami mendapat kerjasama yang erat daripada ajk-ajk lain . Kami cuba sedaya upaya untuk memastikan keadaan dewan bersih dan teratur. Begitu juga keadaan kafeteria yang digunakan untuk jamuan pada pukul 10.00 pagi untuk majlis minuman pagi. Segala bungkusan kuih-muih, cawan dan polisterin bihun dikumpulkan. Sisa-siasa makanan dan sampah dimasukkan ke dalam bungkusan plastik dan dikumpulkan berhampiran tong sampah. Dewan Aminuddin Baki digunakan untuk Jamuan dan Majlis Penutupan BIG pada pukul 12.00 tengahari. Sebelum majlis terlebih dahulu ajk kebersihan memastikan keadaan bersih dan kemas. Terima kasih juga kepada pihak katering dan ajk persiapan tempat yang telah sama-sama memastikan keadaan dewan dalam suasana bersih dan teratur sebelum majlis bermula. Pihak katering telah mengambil inisiatif menyediakan bekas untuk sisa-sisa makanan. Setelah majlis selesai pada pukul 1.30 petang, pihak katering telah mengemas meja dan tempat hidang. Kami ajk kebersihan hanya perlu membantu dan bekerjasama agar keadaan dewan kembali seperti sedia kala. Disediakan oleh , ……………………… ( JAMIL B SAID @ SHUIB ) Keua Jawatankuasa Kebersihan

Laporan Jawatankuasa Sijil BIG VI 2012

Mesyuarat AJK BIG kali pertama 7hb. Jun 2012 Dalam mesyuarat pertama Jawatan kuasa telah memutuskan untuk mengeluarkan sijil penyertaan BIG kepada semua peserta iaitu seramai 105 orang dan satu sijil

penghargaan untuk penceramah. Walau bagaimana pun pensyarah penasihat iaitu Pn. Rohaya menyatakan sebelum ini Pihak Institut belum pernah mengeluarkan sijil BIG untuk peserta-peserta. Walau bagaimanapun cadangan untuk mengeluarkan sijil untuk peserta-peserta BIG akan cuba diusahakan. Dengan itu, ajk sijil diminta untuk berhubung dengan pihak LDP untuk memohon sijil kosong.

Mesyuarat AJK BIG kali kedua 19hb. Jun 2012

Dalam mesyuarat kedua, Pensyarah penasihat BIG iaitu En. Teh memaklumkan bahawa sijil untuk peserta-peserta BIG tidak dapat dikeluarkan kerana pengajian PGSR belum tamat. Lagipun keputusan lulus/gagal BIG telah dimasukkan dalam slip peperiksaan. Oleh yang demikian jawatan kuasa memutuskan bahawa sijil penyertaan untuk para peserta BIG tidak akan dikeluarkan. Manakala sijil untuk penceramah pula akan diuruskan oleh penasihat setelah selesai beberapa siri ceramah oleh penceramah yang sama.

Disediakan oleh , ............................... ( RODZIAH BT TEH ) Ketua Jawatankuasa Sijil

Laporan Jawatankuasa Sambutan BIG VI 2012

Laporan sebelum BIG Pada semester kali ini iaitu semester lapan, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu bengkel dan ceramah mengenai guru inovatif . Sebelum itu, kami dari PGSR Kohot 1 telah beberapa kali bermesyuarat untuk

menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, dan mendapat nasihat daripada Puan Rohaya kami telah bersetuju untuk mengadakan Program Ceramah pada sebelah pagi dan Majlis Penutupan BIG serta jamuan di Dewan Aminuddin Baki pada sebelah petang. Tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 10 Julai 2012 (Selasa). Semua ketua unit PGSR telah dilantik sebagai jawatankuasa penyambut tetamu iaitu seperti berikut: En. Jamal bin Hashim (PGSR Pemulihan) En. Abdul Samad bin Fadzil (PGSR Kajian Sosial) En. Anuar bin Ahmad (PGSR Pendidikan Jasmani) En. Fadil bin Osman (PGSR Matematik) Tugas pertama kami ialah membuat kad jemputan kepada semua tetamu VVIP dan VIP. Tugas ini telah diserahkan kepada En Abdul Samad untuk menjalankannya. Laporan semasa BIG Kami telah berkumpul di Dewan Hajjah Rohani seawal jam 8.00 pagi lagi.Fasa pertama ialah ceramah dan bengkel mengenai Guru Inovatif yang disampaikan oleh Encik Azmi. Pada ketika itu juga kami perlu memastikan tetamu -tetamu jemputan yang dapat hadir ke majlis jamuan penutupan BIG nanti. Kami dimaklumkan ramai pensyarah termasuk timbalan pengarah dan pengarah berada di luar institut untuk urusan rasmi. Kerana itu pihak institut telah melantik Dr Haji Abdul Razak bin Othman. Kami sebagai ahli jawatankuasa jemputan telah pergi menjemput Dr Haji Abdul Razak di Foyer IPGM Kampus Tuanku Bainun tepat jam 12.30 tengah hari dengan diiringi bunga manggar ke Dewan Besar Aminuddin

Baki.Di

samping

itu

kami

memastikan

semua

pensyarah

jemputan

mendapat tempat duduk di meja VIP.. Laporan selepas BIG Setelah tamat majlis ucapan penutupan rasmi dan penyampaian cenderahati kami semua jawatan kuasa penyambut tetamu mengiringi Dr Haji Abdul Razak dan tetamu kehormat yang lain keluar dari dewan. Akhir sekali kami sebagai ketua unit kelas -kelas PGSR mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan

bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Disediakan oleh : ………………………….. ( JAMAL B HASHIM ) Ketua Jawatankuasa Sambutan

Laporan Jawatankuasa Siaraya BIG VI 2012

Secara keseluruhannya, peralatan siaraya (P.A Sistem) dapat disediakan dengan lengkap dan mencukupi serta berfungsi dengan baik di Dewan Hjh. Rohani semasa sessi seminar dijalankan. Begitu juga di Dewan Besar semasa majlis jamuan tengahari. Tidak ada sebarang masalah dan kesulitan yang timbul semasa program berjalan. Ucapan terima kasih kepada barisan AJK Siaraya kerana telah memberi kerjasama dan komitmen yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kepada juruteknik IPTB yang telah menyediakan peralatan P.A Sistem sepanjang program ini berjalan.

Sekian , Terima Kasih.

Disediakan oleh , ……………………………. ( KAMAL B LAT ) Ketua Jawatankuasa Siaraya

Laporan Jawatankuasa Dokumentasi BIG VI 2012

Semua peserta mendaftarkan diri di Dewan Hajjah Rohani bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Program berjalan lancar seperti yang dirancang. Pensyarah yang hadir pada sesi ceramah yang bermula pada pukul 8.30 pagi tersebut ialah Pn Hajjah Rohaya bt Ahmad, Encik Teh,dan Encik Azmi b Abdul Hamid.

Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah En. Azmi b Abdul Hamid. Untuk slot pertama ceramah , penceramah jemputan membuat aktiviti dalam

kumpulan yang terdiri daripada 6 kumpulan yang telah diberntuk dalam tempoh masa satu minit. Penceramah telah mengutarakan soalan yang harus dibentang, di mana setiap kumpulan perlu membentangkan refleksi yang lalu sepanjang menjalani lima program BIG. Setiap ahli kumpulan perlu berbincang tentang kekuatan, kelemahan dan plan tindakan yang diambil untuk penambahbaikan lagi.

Semua peserta berhenti untuk sarapan pagi pada pukul 10.25 pagi dan ceramah untuk slot kedua disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Untuk slot kedua ini, penceramah telah membentangkan tajuk ceramah yang bertajuk ‘Guru Cemerlang’. Di dalam sesi ceramah ini banyak input-input menarik yang telah disenarai. Penceramah meminta para peserta membuat ‘check list’ tentang kedudukan diri sama ada seorang guru yang cemerlang atau sebaliknya.

Di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderahati untuk penceramah jemputan iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid. Pihak urusetia BIG VI mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi tip-tip yang menarik sepanjang sesi ceramah berlangsung. Foto-foto sekitar majlis BIG VI berlangsung

Urusetia pendaftaran

Peserta mengambil tempat

Pn Rohaya sedang memperkenalkan tuan penceramah

Barisan pensyarah yang hadir dan tuan penceramah

Ahli kumpulan terdiri daripada Kumpulan yang telah dibentuk pelbagai unit

Wakil kumpulan 1 membuat pembentangan

Wakil kumpulan 2 membuat pembentangan

Wakil kumpulan 3 membuat pembentangan

Wakil kumpulan 4 membuat pembentangan

Wakil kumpulan 6 membuat pembentangan

Cenderahati kepada wakil tuan pengarah iaitu En Abdul Razak b Othman

Cenderahati kepada penceramah iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid

Disediakan oleh , ……………………………. ( SURIANI BT ABU HASSAN ) Ketua Jawatankuasa Dokumentasi
Laporan Setiausaha BIG VI 2012

Saya Nor Azura Bt Abdul Hamid dari PGSR PJ telah diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai setiausaha untuk program BIG Fasa VI yang diadakan pada 10 Julai 2012 bertempat di Dewan Hajjah Rohani dan Dewan Aminuddin Baki IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada awalnya, saya berasa amat berat hati untuk memikul tanggungjawab ini memandangkan ia merupakan satu jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi. Namun , saya tetap menjalankan tanggungjawab saya dengan penuh azam serta mendapat bantuan serta dorongan daripada rakan – rakan seperjuangan. Sebagai persiapan untuk program ini, saya telah menghadapi sedikit masalah tentang tarikh pelaksanaan. Pada mulanya, kami ingin menjalankan program ini pada 4 Julai 2012 di Dewan Amnuddin Baki dan Dewan Hajjah Rohani . Hal ini kerana masa tersebut adalah bersesuaian dan dapat melibatkan keempat – empat kursus PGSR iaitu pendidikan jasmani, matematik, sosial dan pemulihan . Namun begitu, peperiksaan ulangan untuk kursus PPG akan dilakukan pada hari tersebut di Dewan Aminuddin Baki. Oleh sebab itu, kami terpaksa mengubah tarikh tersebut kepada suatu tarikh yang lewat sedikit iaitu pada 10 Julai 2012 . Walau

bagaimanapun, saya berasa amat bersyukur kerana segala kesukaran yang dialami sebelum terlaksananya program ini dapat diatasi dengan bantuan dan kerjasama dari semua pihak. Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa telah memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kertas kerja BIG VI ini iaitu Puan Hajah Rohaya dan Encik Teh di atas segala bimbingan dan teguran yang telah diberikan. Segala kerjasama dan sokongan antara semua ahli jawatankuasa juga amat saya hargai dan di ucapkan jutaan terima kasih. Akhir kata , saya amat berharap agar kemesraan dan persahabatan yang terjalin antara para peserta dari keempat-empat kursus PGSR ini akan terus berkekalan selamanya. Sekian , Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

( NOR AZURA BT ABDUL HAMID) Setiausaha, Kursus Bina Insan Guru Fasa VI

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful