You are on page 1of 9

IRC - Perosak kepada Jemaah PAS.

Posted on Sunday, April 22 @ 00:22:29 MYT by greenboc

Oleh pas_pro

"Saya meneruskan usaha mendedahkan strategi untuk me'nyah'kan ulama' daripada PAS dengan
mengambil alih sedikit demi sedikit kepimpinan ulama' PAS. (termasuk golongan profesional
yang mendapat tarbiyah PAS)

Golongan ini telah mendapat tarbiyah daripada IRC yang berpusat di UK dan kemudiannya balik
ke Malaysia menubuhkan NGO dengan dinamakan Jemaah Islah Malaysia (JIM). Dibawah ini
saya siarkan artikel yang pernah disiarkan dalam media elektronik suatu masa dulu.

Oleh (Saya rahsiakan penulisnya)


[Risalah "Gerakan Islam - Satu Sejarah Dan Pengalaman" Selongor, 1989]

GERAKAN ISLAM

Apakah yang dimaksudkan dengan Gerakan Islam atau Harakah Islamiah ?

Sebelum itu kita cuba memahami dulu maksud perkataan jamaah. Menurut Hadith yang masyhur
tiga orang yang bermusafir hendaklah melantik seorang amir atau ketua dari kalangan mereka.
Dalam perkataan lain tiga (atau lebih) orang yang sedang bermusafir dikehendaki menubuhkan
sebuah jamaah. Bagaimanapun jamaah ini bersifat sementara sebab sekembalinya musafirin
tersebut ke tempat asal mereka jamaah pun dibubarkan.

Berdasarkan kepada pengertian ini setiap pertubuhan atau organisasi, sama ada berdaftar dengan
Pejabat Pendaftaran atau tidak, adalah sebuah jamaah. Harakah (Gerakan) bolehlah ditakrifkan
sebagai sebuah jamaah yang bergerak/bergiat/berjuang bagi mencapai matlamat yang lebih besar
seperti menegakkan ideologi dan cara hidup dengan melibatkan massa atau orang ramai. Oleh itu
satu golongan massa yang berjuang bagi menegakkan demokrasi contohnya adalah satu gerakan
atau harakah, dan dipanggil Gerakan Demokrasi atau Harakah Demokrasi. Begitu juga dengan
Gerakan Nasionalisme bagi menegakkan ideologi dan cara hidup yang berlandaskan perkauman,
dan Gerakan Komunis bagi menegakkan sistem komunis, dan sebagainya.

Apa yang dinamakan Harakah Islamiah atau Gerakan Islam merupakan satu jamaah yang
berjihad bagi menegakkan sistem hidup Islam (Nizomul Hayatul Islami). Tergolong dalam takrif
ini termasuklah jamaah-jamaah Tabligh, Al-Arqam, ABIM, IRC dan PAS.

Harakah Islamiah Syumuliah pula adalah sebuah jamaah yang bermatlamat menegakkan Sistem
Hidup Islam yang lengkap (komprehensif), lengkap dari segi keahlian (ulamak, intelek,
profesional, petani, buruh, nelayan, dsb.) dan juzuk-juzuk kehidupan (siasah/politik, ekonomi,
perundangan (syariat), ketenteraan, dakwah/tabligh, pendidikan (tarbiyah), dsb.) Oleh kerana
kesemua ini hanya boleh dilaksanakan dengan tertegaknya sebuah Negara Islam atau Daulah
Islamiah, keutamaan perjuangan diberikan kepada jihad dalam bidang siasah, dakwah dan
tarbiyah, di samping tidak mengabaikan bidang-bidang lain. Matlamat perjuangan adalah untuk
mengembalikan kekuasaan kepada orang-orang mukmin yang bertaqwa dan menyambung
semula Khalifah Rashidah.

Di negara kita Harakah Islamiah terbesar dan paling berpengaruh yang menepati takrif ini
hanyalah PAS. Di negara-negara lain harakah-harakah yang setanding adalah Ikhwanul Muslimin
di Meslr, Jamaatul Islami di Pakistan, Partisi Refah di Turki. Kesemua jamaah ini terlibat di
dalam pilihanraya bagi menegakkan Negara Islam, sungguhpun pilihanraya diyakini bukan jalan
tunggal untuk mencapai matlamat. Di negara-negara lain yang tidak membenarkan Ummah
Muslimin mengambil bahagian di dalam pilihanraya, ataupun negara berkenaan tiada
pilihanraya, perjuangan mengambil bentuk jihad bersenjata dan/atau jihad bawah tanah. Contoh
jihad bersenjata termasuklah Mujahidin Afghanistan, Mujahidin Patani, Mujahidin Eriteria dan
Mujahidin Moro. Contoh jihad bawah tanah ialah Mujahidin di negara-negara komunis, Iraq dan
Syria.

Apabila sahaja Negara Islam dapat ditegakkan Harakah Islamiah tidak lagi berfungsi seperti
sebelumnya, dan sistem pemerintahan kini berpandu kepada pemerintahan Rasulullah (saw) dan
Khalifah-Khalifah Rashidah, khasnya Khalifah Abu Bakr AlSiddiq, Omar Ibnul Khattab, Osman
bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Omar bin Abdulaziz, semoga Allah meredhai kesemuanya.

GERAKAN ISLAM DI UNITED KINGDOM

Kita mulakan pembicaraan dengan melihat kepada Gerakan Islam di United Kingdom.

Usaha dakwah di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom sebenarnya bermula di


Tanah Air sendtri iaitu di Institut Teknologi Kebangsaan (kini dinaikkan taraf kepada Universiti
Teknologi Malaysia), sekitar hujung tahun 60'an dan awal 70'an. Sekumpulan pelajar,
kebanyakannya pelajar-pelajar kejuruteraan, telah dilatih dan ditarbiyah (dididik) oleh seorang
pensyarah pinjaman dari Institut Teknologi Bandung bernama Pak Imaduddin Abdul Rahim
untuk menjadi kader-kader dakwah.

Pada awal tahun 70'an perjuangan Islam di Malaysia didukungi oleh dua kumpulan
(jamaah/harakah) terbesar: Parti Islam Se Malaysia, PAS (wadah berpenekanan politik) dan
Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (wadah belia dan non-partisan). Bagaimanapun,
hubungan antara keduanya adalah erat bak kata pepatah seperti isi dengan kuku, tiap satu
memainkan peranan yang saling menguatkan perjuangan Islam (complimentary roles). Kader-
kader dakwah ini merasa diri masing-masing berintima' (bersama-sama) dengan ABIM dan PAS
sekaligus. Oleh kerana medan perjuangan ABIM adalah di kalangan belia, usaha dakwah di
kalangan pelajar dan siswa/i pada masa itu mempunyai hubungan hampir langsung dengan
ABIM.

MELANJUTKAN PELAJARAN

Di awal tahun 70'an juga, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan polisi menghantar
seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat ijazah di United Kingdom. Di antara yang merebut peluang ini termasuklah sebilangan
besar kader-kader tersebut. Menerusi program ini mereka dapat mendaftarkan diri di berbagai-
bagai universiti dan politeknik di United Kingdom (U.K.). Walaupun demikian, sebahagian besar
daripada mereka bertumpu di kawasan Brighton (Selatan U.K.) dan Glasgow (Selatan Scotland).
Semasa di U.K. pelajar-pelajar ini berpeluang meneruskan perjuangan Islam disebabkan di sana
sudahpun wujud dua kumpulan dakwah besar tiap satu mempunyai hubungan dengan jamaah
induk masing-masing di India dan Pakistan. Kumpulan-kumpulan ini adalah Jamaah Tabligh dan
United Kingdom Islamic Mission, [cawangan Jamaatul Islami (Maududi), Pakistan].

PERPECAHAN

Pertemuan ini telah memberi pengalaman baru kepada kader-kader tersebut tetapi ada padahnya.
Kumpulan yang sebelum itu merupakan satu ikatan yang padu dari segi fikrah dan tanzim telah
terbelah dua - satu mengikut stail tabligh sementara satu lagi mengikut stail Jamaatul Islami yang
juga menjadi manhaj harakah-harakah lain saperti PAS, ABIM dan Ikhwanul Muslimin, Mesir.
Sudah menjadi resam perpecahan maka berlakulah tidak bertegur sapa, bermasam muka dan
perbalahan antara kedua kumpulan tersebut di khalayak ramai. Perbalahan itu contohnya berlaku
selepas solat Jumaat di mana pengikut Tabligh akan meminta orang ramai supaya tunggu untuk
mendengar bayan (ceramah) dan ini ditentang oleh kumpulan satu lagi yang menganggap
tindakan itu tidak syari' kerana seolah-olah menghalang orang ramai daripada pulang ke rumah
masing-masing setelah selesai solat Jumaat.

PENUBUHAN IRC

Lanjutan daripada itu timbullah kesedaran di kalangan beberapa orang daripada kader-kader
untuk berusaha supaya kedua-kedua kumpulan bercantum semula. Usaha ini mengambil bentuk
satu wadah atau platform yaNg dikenali sebagai Islamic Representative Council (IRC). Tepat
dengan namanya, objektif utama IRC adalah untuk menjemput wakil-wakil daripada dua
kumpulan tadi dan juga mereka yang mirip kepada Islam tetapi tidak menyertai mana-mana
kumpulan untuk bersama-sama dalam satu majlis yang akan berusaha menyatupadukan semula
pelajar-pelajar Islam. Maka diwujudkanlah usrah-usrah yang dianggotai oleh wakil-wakil
tersebut.

Malangnya usaha yang murni itu gagal mencapai objektifnya - yang tabligh tetap tabligh, yang
mirip kepada nasionalisme tetap dengan pegangannya sementara bakinya merubah corak IRC
daripada satu platform semata-mata menjadi satu jamaah yang memiliki amir serta majlis syura
dan tanzimnya sendiri. Bagaimanapun, IRC telah memilih jalan untuk menyembunyikan barisan
kepimpinannya daripada pengetahuan dan penilaian ummah. Yang dapat dilihat oleh orang ramai
hanyalah program-program dakwah dan rehlah. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1975/1976.

SUARA AL-ISLAM

Belum sempat IRC merasai ketenangan, kepimpinannya mula bergolak. Beberapa orang
kepimpinan telah keluar daripada IRC dan menubuhkan jamaah baru yang diberi nama Suara Al-
Islam. Perbezaan antara keduanya hanyalah pada cara perjuangan hendak diteruskan. IRC ingin
cara yang berteraskan tarbiyah sementara Suara Al-Islam memilih cara radikal dan revolusioner
yakni dengan menimbulkan isu-isu penting dan asas di tengah-tengah masyarakat dan dengan itu
program tarbiyah tidak menjadi isu utama. Bagi mereka tarbiyah adalah pertembungan langsung
dengan kuasa-kuasa toghut di dalam masyarakat.

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu kepimpinan serta ahli-ahli Suara Al-Islam memilih
jalan yang wajar dan menepati syara' untuk menyertai PAS sekembali mereka ke Malaysia. PAS
memiliki ciri-ciri yang lebih lengkap yang merangkumi ciri-ciri perjuangan IRC dan Suara Al-
Islam. Lagipun PAS merupakan harakah/jamaah tertua yang ditubuhkan oleh ummah Muslimin
di Malaysia untuk berjuang bagi menegakkan Daulah Islamiah di negeri ini.

Satu babak penting dalam asam garam perjuangan Islam di Malaysia berlaku sekitar tahun
1976/77, iaitu apabila beberapa orang pemimpin dan ahli IRC kembali ke Tanah Air. Mereka
bukan sahaja tidak mahu menyertai jamaah yang sedia ada iaitu ABIM-PAS, tetapi sudah mula
mengkritik daripada luar kepimpinan perjuangan Islam masa itu. Kalau objektif asal IRC
ditubuhkan adalah untuk menyatupadukan kumpulan-kumpulan yang berpecah di U.K., kini IRC
(secara disedari ataupun tidak disedari ?) memainkan peranan sebaliknya iaitu untuk memecah
dan melemahkan barisan perjuangan ummah yang telah bersatupadu seperti yang dituntut oleh
Allah s.w.t. dalam surah As-Saff, ayat 4 :

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang
teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

JAMAAH BARU DI MALAYSIA

IRC telah memilih jalan yang sangat-sangat ditegah oleh Allah dan Rasulnya iaitu menubuhkan
jamaah baru di Malaysia sungguhpun sudah wujud jamaah Islam. Allah (s.w.t.) telah melarang
tindakan ini secara keras dan jelas di dalam Kitab Suci AlQuran:

"Dan berpegang teguhlah kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai berai, dan
ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah
menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang
bersaudara." (Surah Ali Imran, Ayat 103)

"Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agamanya dan mereka menjadi


bergolongan, tidak ada sedikitpun tangggungjawabmu terhadap mereka (mereka bukan daripada
kamu - tafsir)." (Surah AlAn'am, Ayat 159)

Di samping itu terdapat juga banyak hadith Rasulullah (s.a.w.) yang melarang ummah daripada
berpecah atau membuat jamaah baru: Sabda Baginda yang bermaksud "Hendaklah kamu
bersama-sama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka." Lagi sabda Baginda yang bermaksud,
"Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab."

Pada masa yang sama kepimpinan ABIM dan IRC mengadakan rundingan bagi mencari jalan
persefahaman demi untuk kebaikan perjuangan Islam. Maka satu persefahaman tidak resmi, atau
tidak bertulis telah dicapai, iaitu ABIM tidak akan mengembangkan sayapnya ke United
Kingdom dan sebagai balasan ahli-ahli dan kepimpinan IRC akan menyertai ABIM
sekembalinya mereka ke Malaysia.

Sungguhpun ABIM telah menepati janjinya, sebahagian besar kepimpinan dan ahli IRC yang
pulang ke Tanah Air tetap bertegas tidak mahu menyertai ABIM. Di antara tuduhan terhadap
ABIM termasuklah matlamat perjuangan ABIM tidak jelas, tiada tarbiyah dll, meskipun aspek-
aspek ini dapat diperbaiki dengan pernyertaan mereka ke dalam ABIM (jika benar IRC
mempunyai matlamat yang jelas dan ada tarbiyah!). Lagipun tuduhan-tuduhan itu bukanlah
hujjah-hujjah syara' dan boleh dipertikai. Anihnya, ABIM yang memiliki beberapa lulusan Al-
Azhar dari kalangan kepimpinannya, malah ada yang mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimun,
diragui tentang kejelasan perjuangan mereka oleh kumpulan yang rata-rata berpendidikan bukan-
agama, yang mempelajari Islam selama sejam atau dua jam seminggu sahaja !?

IRC mulai bergiat di Malaysia khasnya di kalangan pelajar-pelajar dan kakitangan-kakitangan


akademik universiti. Seperti yang dijangkakan, berlakulah peristiwa-peristiwa pijak memijak
kaki satu sama lain dengan ABIM. Kepimpinan pelajar yang mempunyai hubungan langsung
dengan ABIM cuba diambil alih oleh IRC. Akibatnya ABIM tidak ada pilihan lain kecuali
mengembangkan sayapnya ke United Kingdom sebab ABIM menghadapi keadaan buntu di mana
keahliannya dari kalangan lulusan United Kingdom semakin merosot. Maka ditubuhkanlah
ABIM-U.K. sekitar awal 80'an.

PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA BERPECAH LAGI

Dengan tertubuhnya ABIM-U.K. perpecahan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia menjadi lebih


buruk. Kini pelajar-pelajar Malaysia di Britain berpecah kepada empat kvunpulan besar -
Tabligh, IRC, Suara Al-Islam dan ABIM di samping wadah nasionalist UMNO-U.K.

Berlakulah kepada pejuang-pejuang Islam di rantau orang apa yang tidak berlaku kepada
penjajah British sendiri semasa mereka di negeri kita, iaitu perebutan kuasa sesama sendiri bagi
mencari pengaruh. Masing-masing menyediakan strategi bagi merampas pertubuhan-pertubuhan
pelajar seperti "Islamic Society" dan "Malaysian Student Society" di hampir setiap institusi di
mana terdapat pertubuhan-pertubuhan seperti itu. Contohnya, apabila diadakan Mesyuarat Agong
Tahunan sesebuah pertubuhan maka ahli-ahli akan mengambil tempat masing-masing di dalam
dewan mesyuarat - sebelah dewan diduduki oleh ahli-ahli IRC sementara sebelah lagi oleh ahli-
ahli ABIM.

Berlakulah tikam lidah antara kedua-dua puak masing-masing cuba menegakkan kepentingan
puaknya. Begitu juga dengan tempat penginapan. Satu tempat didiami oleh orang-orang IRC dan
orang-orang ABIM pula mencari tempat lain. Apabila diadakan kenduri maka ahli-ahli kumpulan
sahaja dijemput. Panduan perkahwinan seperti yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w.) diubah
daripada empat perkara (ugama, keturunan, kecantikan dan kekayaan) kepada lima dengan
ditambah satu lagi syarat, iaitu bakal suami/isteri hendaklah menjadi ahli jamaah yang sama.

Jika direnung dengan tajam maka terasalah sedih dan malu terhadap apa yang berlaku. Islam
adalah Ugama Suci, Ugama Benar, Ugama Tunggal Diridhai Allah tetapi malangnya "seolah-
olah" ugama ini tidak mampu menyatupadukan satu kelompok umatnya yang kecil yang rata-rata
terdiri daripada orang-orang yang boleh berfikir sendiri tanpa dipengaruhi oleh mereka yang
berkepentingan. Yang sedihnya ini berlaku di rantau orang dan di negeri orang kafir pula.
Sepatutnya orang-orang mukmin menunjukkan akhlak yang tinggi kepada orang-orang kafir
sebagai contoh dan uswah hasanah supaya hati mereka dapat dijinakkan kepada Islam. Konsep
ukhwah atau persaudaraan dalam Islam telah menjadi kabor, daripada menjadi sesuatu yang
memisahkan antara iman dan kufur kepada sesuatu yang memisahkan satu jamaah Islam
daripada jamaah Islam lain. Sebenarnya, Allah (swt) telah menganugerahkan kepada kita konsep
ukhwah yang betul, iaitu seperti firmanNya:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara ... " (Surah Al-Hujurat, Ayat 10)

bukannya "Sesungguhnya orang-orang IRC sahaja bersaudara" atau "Sesungguhnya orang-orang


ABIM sahaja bersaudara," atau sebagainya. Oleh itu berilah hak persaudaraan kepada setiap
individu yang mengaku ia beriman kepada Allah dan Rasulnya. Allah (s.w.t.) telah menyatukan
hati-hati orang-orang beriman dan menghapuskan permusuhan sesama mereka maka siapakah
anda, dengan membuat jamaah baru, tergamak meletakkan hijab dan tembok antara individu-
individu mujahid mukmin - yang satu mengikut anda sementara yang satu lagi mengikut jamaah
yang sedia wujud ?

ABIM BERGOLAK

Satu lagi peristiwa penting yang menggemparkan keutuhan perjuangan Islam di Malaysia
berlaku pada tahun 1982 apabila Saudara Anuar Ibrahim, iaitu Presiden ABIM mengisytiharkan
dirinya menyertai parti asobiyah, iaitu UMNO. Akibatnya ABIM terpecah dua - satu kumpulan
menyokong tindakan Sdr. Anuar dan yang satu lagi menentang. Mereka yang menentang
kebanyakannya mengambil tindakan keluar daripada ABIM lalu menyertai PAS. Maka ramailah
pejuang-pejuang Islam termasuk dari kalangan pelajar berduyun-duyun mula menyertai PAS
yang dipimpin oleh satu barisan kepimpinan baru yang dinamik, berani dan berwibawa.

IRC BUNTU

IRC di Malaysia pada masa itu menghadapi keadaan yang sangat buntu di mana mereka yang
inginkan Islam memberi thiqah dan walak kepada kepimpinen PAS sementara kepimpinan IRC
masih "bersembunyi", tidak mengistiharkan siapa mereka. Oleh itu ummah tidak dapat menilai
sejauh mana kepimpinannya berwibawa, apakah mereka itu berani berdepan dengan toghut
ataupun tidak, ataupun mereka hanya berani menghentam toghut di dalam usrah dan tamrin
tertutup saja yang dihadiri oleh orang-orang terpilih, apakah mereka benar-benar memiliki
akhlak yang tinggi ataupun akhlak dan jamaah mereka lebih kepada indah khabar dari rupa.
Apakah amir IRC seorang ulamak atau jurutera sahaja. Tahukah dia tentang selok belok ugama
khasnya hukum-hukum feqah yang sememangnya menjadi pra-syarat kelayakan seseorang
pemimpin Harakah Islamiah. Persoalan ini menjadi tandatanya kepada ummah supaya amir IRC
dapat dipertanggungjawabkan di khalayak ramai terhadap setiap tindakan yang diputuskannya,
sama ada sesuatu tindakan itu menepati syara' atau tidak.

Sebaliknya barisan kepimpinan PAS kebanyakannya adalah dari kalangan ulamak yang
berwibawa, bukan sahaja bijak dan berani menjelaskan isu-isu ultra-sensitif seperti isu
kemurtadan, kristiani-sasi dan hak-hak istimewa orang Melayu tetapi juga berani dikenakan ISA
(Akta Keselamatan Dalam Negeri) malah ada yang telah syahid di jalan Allah, contohnya
Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmud bersama 13 orang sahabat di Memali (semoga Allah
mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh Syuhada' Memali).

STRATEGI BARU

Keadaan kebuntuan tersebut telah menyebabkan IRC merubah strateginya sekitar tahun 1982.
Maka disusunlah satu strategi atau "grand design" terhadap ABIM dan PAS, lalu diperkenalkan
konsep Harakah Islamiah Syumuliah, HIS [Takrif HIS IRC adalah tidak sama dengan HIS yang
diterangkan sebelumnyaj. Dalam rangkakerja HIS IRC, ABIM dan PAS hendak dijadikan
"wajah-wajah" jamaah (wujuuhul jamaah) IRC semata-mata. Dalam istilah politik moden,
strategi ini akan menjadikan ABIM dan PAS sebagai gerakan-gerakan depan (front
organisations) semata-mata dan kepimpinan ABIM dan PAS sebagai boneka-boneka (maaf kasar
sedikit di sini) yang hanya boleh bertindak menurut arahan kepimpinan IRC. Oleh itu kekuasaan
sebenar berada dalam tangan amir IRC bukan amir ABIM atau PAS.

Menurut strategi ini orang-orang tertentu IRC yang mampu mendapat pengaruh akan dihantar
bertugas hampir sepenuh masa di dalam PAS dan ABIM. Mereka akan memainkan peranan
untuk mewujudkan satu suasana jamaah-dalam-jamaah di mana jamaah baru ini akan terdiri
daripada mereka yang memiliki fikrah IRC dan berwalak kepada IRC. Kumpulan ini akan
memainkan peranan bagi melaksanakan strategi HIS untuk IRC. Paling kurang hasil yang
diharapkan dari kumpulan ini ialah mereka akan bersikap lembut terhadap IRC.

Menerusi strategi baru ini IRC telah dapat meyakinkan kepimpinan PAS tentang niat ikhlas (?)
mereka untuk bersama membantu PAS khasnya dalam program-program tarbiyah. Lujnah
tarbiyah PAS pusat telah menjemput dua orang ahli majlis syura IRC untuk bersama-sama dalam
lujnah tersebut. Serentak dengan itu hampir keseluruhan program tarbiyah PAS, termasuk di
institusi-institusi pengajian tinggi, diserahkan kepada ahli-ahli IRC untuk dikendalikan.

HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI

Malangnya IRC telah mengingkari janjinya dan bertindak bak kata pepatah "harap pagar pagar
makan padi". Tujuan sebenar mereka menyertai PAS mulai terbongkar. IRC bukan sekadar
mengendali program tarbiyah PAS tetapi juga dikumpulkannya secara rahsia ahli-ahli PAS yang
berpotensi (yang bakal menjadi pemimpin) dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk
menyertai jamaah sulit mereka IRC. Lunas-lunas akhlak Islam telah tidak diikuti oleh
kepimpinan IRC. Apabila tembelang IRC diketahui oleh pucuk pimpinan PAS mereka telah
diberi kata-dua dan diminta supaya membuat pilihan, iaitu sama ada kekal di dalam PAS dengan
meninggalkan IRC ataupun berhenti terus daripada mengkhianati PAS. Sungguhpun begitu
sebagai mematuhi syariat berjamaah tiada seorang pun ahli IRC dipecat daripada jamaah PAS.
Lanjutan daripada itu program-program dakwah yang ada kaitan dengan PAS khasnya di pusat-
pusat pengajian tinggi berpecah kepada dua: satu kumpulan yang jauh lebih ramai kekal bersama
PAS sementara yang satu lagi menyertai IRC.

Tindakan IRC selanjutnya jelas menunjukkan strateginya terhadap PAS masih diteruskan sebab
meskipun sebahagian besar ahli IRC telah berundur daripada PAS masih ada beberapa individu
yang berpangaruh kekal di dalam PAS. Kehadiran mereka bukan disebabkan mereka telah
mufaraqah (istihar keluar) daripada IRC tetapi atas arahan kepimpinan IRC sendiri - mereka
tidak pernah mengistiharkan diri mereka keluar daripada IRC, malah hubungan mereka dalam
bentuk usrah-usrah sulit (rahsia) masih diteruskan.

Perlu ditekankan di sini semasa kepimpinan IRC berulang-ulang menemui kepimpinan PAS
(sebelum perpecahan berlaku) mereka telah mengisyhtiharkan bahawa IRC tidak wujud di
Malaysia, yang ada hanya bekas ahli-ahli IRC. Oleh sebab itu kepimpinan PAS tidak
menimbulkan soalan siapakah amir mereka atau siapakah ahli-ahli majlis syura mereka. Malah
sebahagian besar pengikut-pengikut IRC sendiri termasuk dari kalangan siswa/siswi tidak diberi
maklumat tepat atau tidak diberitahu langsung tentang siapakah barisan kepimpinan jamaah yang
mereka sedang ikuti. Sebenarnya IRC mengamalkan sistem pengkelasan dalam keahliannya.
Daripada empat peringkat hanya peringkat tertinggi diberi hak mengetahui dengan tepat struktur
dan kepimpinan jamaah.
PERJUANGAN DI LUAR MALAYSIA

Sekarang kita kembali kepada masalah dakwah di kalangan pelajar. Semasa PAS mempercayai
IRC telah bersatu dengannya tiada usaha dijalankan di luar negeri, sama ada di United Kingdom,
Amerika Syarikat atau Timur Tengah untuk menubuhkan cawangannya di sana sebab peranan ini
dimainkan oleh IRC di U.K. dan MISG (dikuasai oleh IRC setelah dirampas dari ABIM yang
menubuhkannya) di Amerika. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang adalah mustahil PAS dapat
mengharapkan mereka yang menerima tarbiyah IRC di luar negeri pulang untuk menyertai PAS.
Alhamdulillah, kepimpinan PAS sedang mengambil langkah-langkah tertentu supaya pelajar-
pelajar di seberang laut dapat menyertai perjuangan PAS, insyaAllah. Oleh itu sekarang sudah
wujud sayap-sayap PAS (secara tidak resmi) dl luar negeri termasuklah di U.K., USA dan Timur
Tengah.

WAHAI MUJAHID ILALLAH

Akhir kata, jadilah anda tentera-tentera dan srikandi-srikandi Allah yang sentiasa peka kepada
perpaduan ummah dan cita-cita perjuangan mereka. Jauhkan diri daripada tindakan-tindakan
negatif yang membawa keretakan dan perpecahan pada saff para mujahidin ila Allah. Sebab
ummah mukminin adalah ummah yang satu. Seruan dan perintah Allah dan RasulNya adalah
jelas iaitu semua orang-orang beriman hendaklah bersatu dalam satu jamaah. Oleh itu jika anda
terdengar seruan dan ajakan yang sebaliknya maka pastilah ianya bukan dari ajaran Allah dan
RasulNya tetapi ajaran orang-orang yang tidak betul yang sanggup mengkhianati dan
melemahkan perjuangan ummah yang sedang berjihad menegakkan kembali Ugama Yang Suci,
meskipun mereka mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang yang berakhlak meninggi
langit. Lagipun orang yang berakhlak tinggi sifatnya tidak sekali-kali suka menceritakan tentang
kebaikan dirinya kepada orang lain, jauh sekali daripada menjaja ke sana sini memberitahu orang
betapa akhlaknyalah yang terbaik.

Dalam keadaan apa sekali pun jangan berganjak walaupun seinci daripada manhaj perjuangan
orang-orang beriman, iaitu : "Alghaayah laa tubarrirul wasilah." maknanya "Matlamat tidak
boleh membersihkan (menghalalkan) cara. "

Maksudnya, jika matlamat sesuatu tindakan itu adalah baik untuk mencari keridhaan Allah
(s.w.t.) maka cara yang diambil bagi mencapai matlamat itu juga hendaklah syar'i atau diridhai
Allah.

Oleh itu jika menubuhkan jamaah baru setelah sudah wujud jamaah Islam adalah haram di sisi
Allah (lantaran ia memecah belahkan ummah) maka anda hendaklah yakin ianya adalah haram;
atas alasan apa pun jangan sekali-kali terlibat di dalam penubuhannya ataupun menyokongnya.
Ataupun jika berbohong dan menipu sesama mukmin itu adalah haram menurut Allah dan
Rasulnya maka jangan sekali-kali menjadikan sifat-sifat dayus ini sebagai bahan tarbiyah dan
senjata perjuangan. Dan lagi jika bekerjasama dengan musuh-musuh Allah bagi menjatuhkan
kumpulan Islam adalah sangat-sangat dilarang oleh Allah dan RasulNya maka anda hendaklah
yakin orang yang terlibat tidak langsung layak memimpin ummah meskipun beliau seorang
lulusan ugama. Sebab apakah anda tidak hairan Ugama Islam yang Suci ini dapat ditegakkan
dengan cara-cara yang bathil seperti ini ?!!.

Dalam satu riwayat Imam Syafie rahimahullah dikatakan tidak tidur malam kerana memikirkan
masalah ummah termasuk masalah perpecahan ummah di zamannya meskipun institusi khalifah
masih berjalan dan syariat Islara masih tertegak. Sekarang sisem khalifah sudah tiada lagi dan
syariat Islam sudah lama tumbang, maka ummah sangat-sangat memerlukan lebih ramai orang
memikirkan masalah perpecahan dan bagaimana penyelesaian dapat dicapai. Ummah sudah
bosan dengan sikap negatif kumpulan yang sengaja mencari-cari kelemahan pejuang-pejuang
sejati serta suka menimbulkan keraguan terhadap kepimpinan mereka.

RUMUSAN

Beberapa rumusan penting boleh dikutip daripada huraian sejarah ringkas Gerakan Islam di
Malaysia:

1. Penubuhan jamaah-jamaah baru khasnya IRC bukan didasarkan kepada tuntutan syara' dan
ia lebih banyak mendatangkan mudharat daripada menafaat kepada kejayaan perjuangan Islam
di Malaysia kerana terlalu banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan lantaran pergeseran
sesama pejuang-pejuang Islam

2. Hadith Rasulullah (saw), "Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab" adalah tepat
sekali. Dulu pejuang-pejuang Islam bersatu padu dan ummah melihat pertentangan di dalam
masyarakat hanya antara kumpulan Islam dengan kumpulan yang tak nak Islam (iaitu gabungan
antara orang fasiq, munafiq dan kafir) tetapi kini terlalu banyak hijab dan tembok ditegakkan di
tengah-tengah para mujahidin ila Allah yang menjadikan mereka seperti orang-orang asing
(strangers) dan musuh (enemies) sesama mereka. Sudah terlalu ramai pejuang yang dulunya
bersahabat karib kini menjadi musuh ketat.

3. Setiap mukmin hendaklah berjihad bagi menyatupadukan kembali ummah dengan tidak
menyokong atau menyertai jamaah-jamaah baru. Jika ada pemimpin atau anggota jamaah baru
yang merasai dirinya lebih layak memimpin ummah (sebab akhlaknya lebih baik, jelas manhaj
dan matlamat perjuangannya, dll) maka tinggalkanlah jamaah baru itu dan sertailah jamaah
tertua PAS dan jika benar seperti yang dirasai sudah tentu ummah akan memilihnya untuk
memimpin mereka.

Ikuti juga artikel saya yang telah lepas.