You are on page 1of 2

NASIONALISME

Oleh: Indera Pura

DALAM konteks bangsa Melayu dan negara-bangsa Malaysia, nasionalisme itu terbahagi kepada tiga; (1) Nasionalisme Melayu (2) Nasionalisme Malaysia (3) Internasionalisme Api nasionalisme Melayu harus dimarakkan. Jangan segan dan jangan malu tersipusipu. Api ini hakmilik kita. Biarkan ia menyala-nyala dan berkobar-kobar di dalam dada setiap manusia yang bernama Melayu.. Tetapi nasionalisme Melayu tanpa nasionalisme Malaysia merentungkan semangat patriotisme. Dan nasionalisme Malaysia tanpa nasionalisme Melayu membunuh identiti dan meruntuhkan kesatuan bangsa.. Begitu juga, nasionalisme Malaysia tanpa internasionalisme boleh melahirkan negara-bangsa yang kehaiwanan - yakni tidak manusiawi. Dan internasionalisme tanpa nasionalisme Malaysia menafikan kedaulatan negara-bangsa.. Maka ketiga-tiga bhgn nasionalisme Melayu - Malaysia - internasionalisme harus kita dukung secara bersepadu dan harmoni. Oleh yang demikian, dalam konteks bangsa Melayu, semangat 1Malaysia saja tidak cukup. Ia harus diimbangi dengan semangat nasionalisme Melayu. Jika Najib menggagaskan slogan 1Malaysia sebagai PM Malaysia dan Pengerusi BN, apakah pula yang beliau gagaskan sebagai Presiden sebuah pertubuhan Melayu, UMNO? Identiti Melayu wajib kita jaga dan pelihara, dan kesatuan bangsa ini wajib diperkukuhkan. Hidup Melayu! Secara literal, nasionalisme bererti kebangsaan. Ini bermakna PEKEMBAR atau UMNO mengiktiraf nasionalisme Melayu bukan saja pada dasarnya, bahkan juga pada namanya! Menjadi ahli UMNO bererti kesanggupan untuk mendukung nasionalisme Melayu. Tetapi apakah kita benar-benar mendukungnya? Atau sekarang ini kita berada di puncak hanya kerana dukungan parti? Jika beginilah keadaanya, maka kita akan terhempap 'bila' UMNO tersungkur. Sesungguhnya semangat nasionalisme dan internasionalisme itu adalah hak asasi manusia. Sememangnya Allah menciptakan manusia itu berbangsa-bangsa dan bersukupuak; "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan yang sama dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersukupuak, supaya kamu berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” 49:13. Maka janganlah kita menjadi bebal dengan menafikan kejadian Tuhan ini. Yang penting, setiap manusia harus diperlakukan dengan adil dan saksama, baik sebagai individu, sebagai sebuah bangsa, sebagai sebuah negara-bangsa, maupun sebagai penduduk dunia. Ini merupakan salah satu daripada tiga tuntutan takdir Tuhan ke atas manusia (tuntutantuntutan itu ialah;

di mana kebajikan keluarga sendiri harus kita jaga. terutamanya Arab Muslim dari Mekah.". golongan monoteis Yathrib yang lain. Mereka yang dimaksudkan dalam Fasal itu berbeza dalam ertikata bahawa mereka mempunyai negara-bangsa tersendiri yang berdaulat. Bukankah seluruh umat manusia ini sebuah keluarga yang maha besar? Sebagai penutup. Jika tuan-tuan mengkaji Quran. serta menyeru ke arah kerjasama dalam soal-soal kebajikan dan takwa. kenapa nasionalisme didakwa sesat? That is what we want to know! 2    . Jika tuan-tuan tidak mengkaji Quran. Bahkan. dan membentuk satu kerakyatan. tanpa melupakan keluarga orang lain. Fasal 2 Piagam Madinah .." 5:2.. kita harus jaga kebajikan bangsa sendiri. membezakan mereka dalam kelompok umat manusia. tunduk dan patuh pada Tuhan yang Esa. sebagaimana Quran mengiktiraf kemajmukan bangsa dan suku-puak. 'Mereka' merujuk kepada seluruh warga Madinah. Sila baca mahakarya reformis bangsa Za'aba . Tuan sekutah buana ini. Jaga rakyat negara sendiri. Arab Muslim dari Yathrib. kita ingin mengajukan beberapa soalan kepada sebahagian ulama yang menuduh nasionalisme sebagai sesat. yang menganjurkan nasionalisme negara-bangsa!.hadis Nabi yang paling sahih . tetapi jangan lupa pada kerabat yang jauh.berbunyi.(1) Memerintah dan menakluk segala benda kejadian dalam alam ini. kenapa tuan-tuan bergelar ulama?. dan tidak lupa akan bangsa lain. dan tidak lupa pada rakyat negara orang.. (2) Memperlakukan sesama manusia dengan adil dan saksama. jaga kebajikan kaum kerabat terdekat.'Falsafah Takdir') Nasionalisme mengiktiraf kewujudan bangsa yang beraneka ragam dan menganjurkan hubungan baik antara bangsa. (3) Menyerah diri. Jangan bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan perseteruan. "Bekerjasamalah dalam soal-soal kebajikan dan takwa. yang terdiri daripada pelbagai komuniti. Begitulah. Analogi konsep nasionalisme – internasionalisme adalah seperti semangat kekeluargaan. "Mereka adalah umat yang satu. Apakah tuan-tuan tidak mengkaji Quran?. Ini mencelikkan mata kita bahawa Piagam Madinah yang digubal oleh Rasulullah itu sendiri mengiktiraf nasionalisme! Terutama sekali Fasal 2.. dan golongan yang masih beragama pagan pada ketika itu (rujuk juga Fasal 1).