TABUNG HIDUPAN LIAR SEDUNIA (WWF) MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU GESA HARAMKAN AKTIVITI MEMAKAN TELUR PENYU,Tabung

Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu menggesa kerajaan meminda Akta Perikanan 1985 secepat mungkin bagi mengharamkan aktiviti memakan telur penyu di seluruh negara.Sehingga kini telur penyu masih dijual secara berleluasa di negeri ini walaupun sedia maklum haiwan itu diancam kepupusan. “WWF bimbang seandainya kerajaan lewat mengharamkannya, penyu mungkin akan pupus kerana jumlah pendaratan empat spesis penyu iaitu penyu belimbing, penyu karah, penyu agar dan penyu lipas di perairan pantai Terengganu semakin berkurangan.”Setakat ini, hanya telur penyu belimbing sahaja sudah diharamkan, namun WWF mahu pengharaman memakan telur penyu ini meliputi semua spesis.Malah, ia menjadi bualan mulut di kalangan pelancong yang teringin merasai telur penyu itu supaya datang ke Terengganu kerana ia boleh dibeli dengan mudah, berbanding Sabah atau Sarawak kerana kedua-dua negeri itu telah mengharamkan penjualan dan memakan telur penyu.