P. 1
PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI

PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI

|Views: 296|Likes:
Published by zulyanie80811286

More info:

Categories:Types, Research
Published by: zulyanie80811286 on Jul 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/17/2015

pdf

text

original

APLIKASI TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU DALAM ENDOI

1.0.

PENGENALAN

Secara umumnya, puisi ialah karangan berangkap, dan memepunyai kalimah yang tidak bebas terutamanya pemilihan diksi, rima dan suku kata. Puisi biasanya memerlukan penggunaan bahasa yang terhad dan padat tetapi mempunyai makna yang mendalam dan berkesan. Oleh itu, puisi menuntut pengkaryanya mempunyai pemikiran yang mendalam dan tinggi disamping keterlibatan perasan yang sangat sensitif. (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:227). Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitan akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan peribahasa. Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak. Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah S.W.T sebagai sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral, etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan.

1

Mat Jani Hassan (1998:263) menjelaskan puisi merupakan karangan atau hasil sastera yang mempunyai rangkap. Manakala bunyinya pula lebih berirama, di mana katakata dan ungkapan di dalam rangkap itu sengaja dipilih begitu teliti supaya dapat menghasilkan bunyi iramanya dengan jelas. Irama itu mungkin terdiri daripada rimanya di bahagian hujung, atau di tengah-tengah, mahupun di pangkal kalimat-kalimatnya. Abdul Halim Ali (2006:9) menjelaskan puisi adalah satu karangan berangkap. Karangan ini terikat dengan bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan iramanya dan jumlah suku katanya. Za’ba (Abdul Halim Ali, 2006:9) menjelaskan puisi adalah satu karangan berangkap yang dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Za’ba (Harun Mat Piah, 1989:1) menjelaskan lagi bahawa puisi adalah karangan berangkap yang disusunkan dengan bahagian-bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyinya atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakannya memakai timbangan atau sukatan tertentu. Semual Taylor Coleridge (Abdul Halim Ali, 2009:10) pula menjelaskan puisi adalah kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Ini bermaksud puisi berada dalam bentuk yang cantik dan kata-kata yang dipilihnya pula menepati konteks. Puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu warisan Melayu yang terdiri daripada puisi terikat dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam. Puisi bebas pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, mantera dan peribahasa berangkap. Kumpulan puisi yang ke dua ialah warisan Arab/Parsi. Kumpulan

2

ini merupakan satu kumpulan puisi terikat yang terdiri daripada syair, nazam, rubai, masnawi, qit’ah, ghazal, berzanji, endoi, rejang dan zikir (Warna Sastera Melayu Tradisional, 2000:xxiv).

2.0.

PUISI MELAYU TRADISIONAL : ENDOI

Endoi adalah satu bentuk nyanyian yang akan dilagukan untuk mengiringi upacara naik buai. Upacara ini merupakan salah satu adat istiadat Melayu. Kata-kata dan ungkapan dalam nyanian tersebut dinamakan puisi endoi (Mutiara Sastera Melayu Tradisonal, 2010:235). Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan normanorma hidup, peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaian terhadap adat resam itu dianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga boleh mengakibatkan jatuhnya status atau maruah si pelaku mahupun keluarganya. Endoi berasal daripada perkataan endul yang bermaksud buaian. Endoi merupakan tradisi lisan yang berbentuk perbuatan yang di sambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin, mencukur rambut dan sebagai untuk memeriahkan suasana. Endoi juga dikenali sebagai bentuk puisi tumpang, menggunakan bentuk syair, nazam dan juga pantun sebagai wadah penyampaian. Puisi endoi menceritakan tentang salasilah dan riwayat hidup nabi-nabi. Selain itu, endoi menceritakan kisah-kisah nabi untuk dijadikan teladan. Endoi menyampaikan nasihat terutamanya kepada golongan kanak-kanak supaya berbuat baik, berbudi dan menghormati ibu bapa. Endoi juga berfungsi sebagai memberi pengajaran tentang Islam seperti rukun iman, dan kitab-kitab Islam. Endoi ditujukan terutamanya kepada anak-anak

3

agar menjadi anak yang taat serta berbakti kepada ibu bapa. Endoi dimulai dengan menceritakan kisah rasul dan wajib beriman dengannya serta diikuti dengan nasihat kepada si anak (NorBaizura Bt Zakaria, 2008). Fungsi endoi mengandungi unsur pengajaran dan nasihat serta hendaklah sentiasa berpegang kepada ajaran agama, mengabdikan hidup kepada Allah S.W.T untuk mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat. Endoi tidak semata-mata di anggap sebagai dunia hiburan malah turut di gunakan sebagai alat untuk menggerakkan dan menyedarkan masyarakat. Mohd Sharifudin Haji Yusop (1999:43), endoi membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan, budi pekerti manusia yang disandarkan kepada ajaran agama Islam dengan tujuan untuk memupuk semangat keIslaman dan kesedaran dalam kalangan orang Melayu. Selain itu, berfungsi sebagai menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa ke atas kelahiran anak sulung yang akan diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari. Puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat. Amalan mencukur rambut biasanya di lakukan olah masyarakat Melayu yang membuat kenduri kecil-kecilan iaitu dengan menyembelih haiwan (akikah) dan memberi nama pada hari ke tujuh kelahirannya, hukumnya dalah sunat. Hukum melakukan kenduri akikah bukan lagi dikatakan sebagai sunat bahkan sebaliknya bagi sesetengah masyarakat Melayu menganggap itu adalah adat dan warisan yang perlu dipelihara oleh generasi yang ada sekarang supaya ia tidak pupus begitu saja (NorBaizura Bt Zakaria, 2008). Secara keseluruhannya, yang dapat dirangkumkan di sini adalah endoi merupakan satu nyanyian yang dinyanyikan dalam upacara naik buai dalam kalangan masyarakat Melayu.

4

3.0.

TEKS ENDOI

( Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil )

Bismillahirrahmanirahim Lailahaillah, Muhammadar Rasullullah Bismillah itu permulaan nama, Keadaan zatnya bersama-sama, Zahirkan sifat menyatakan isma, Kadim dan taat setia lama. Hai segala anaknya Adam. Asalnya wahi nur-ul-khatam, Dipecahnya empat nazirnya Adam, Dipecahnya pula sekian alam. Rahim bapamu turun ke ibumu, Empat puluh hari nutfah namamu, Delapan puluh hari alqah namamu, Seratus dua puluh hari alamah namamu. Dikandung ibumu sembilan bulan, Lebih atau kurang tiada ditentukan, Beranakkan dikau barapa kesakitan, Berapalah pantang minum dan makan. Cukup sembilan bulan bilangannya, Zahirlah engkau ke dalam dunia, Baharulah suka bapa ibunya, Kepada engkau banyak kasihnya. Harap ibumu bukan sedikit, Tinggilah harap daripada bukit, Lama ibumu merasai sakit, Sembilan bulan tiada berbangkit. Kenangkan olehmu sekalian anak, Tatkala engkau lagi kanak-kanak, Apabila sudah tidurmu enak, Dicarikan makan manis dan lemak.

5

Hai anakku,jangan kau bantah, Peliharaan ibumu sangatlah susah, Dialih ke kiri kanan pun basah, Tiada engkau menaruh insaf. Setelah kamu sudahlah ada, Siang dan malam ibumu jaga, Tidur pun tidak barang seketika, Makan dan minum tidak berasa. Berapalah dian dengannya tanglung, Diangkat dituam lalu dibedung, Sudahlah juga lalu didukung, Kasih dan sayang tiada bertanggung. Tiada tentu siang dan malam, Bangun memangku di dalam kelam, Terkejut juga di tengah malam, Tidur pun tidak dapat di tilam. Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Peliharakan dikau sangat kesusahan, Dipelihara daripada angina dan hujan, Takut terkena penyakit sawan. Jika ibumu ada hamba disuruh, Nyamuk pun tidak hamper ke tubuh, Tirai kelambu dibentang dibubuh, Lilin dan tanglung dipasang disuluh. Walaupun ibumu ada berhutang, Kain sehelai juga di pinggang, Basah di ampai kering di pinggang, Didukung digalas tiada berenggang. Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Barang katanya jangan dilawan, Ibu bapamu perhubungan Tuhan, Baharulah sempurna anak bangsawan. Jika ibumu orangnya kaya, Disuruh dipelihara hamba dan sahaya Serta dikampungkan duit belanja, Itu pun engkau kurang percaya.

6

Apabila engkau dapat membilang, Disuruh mengaji pagi dan petang, Rumah gurumu tempat beulang, Pagi dan petang tiada bersilang. Apabila engkau dapat mengaji, Ibu bapamu sukalah hati, Dicarinya ringgit sehari-hari, Hendak disuruhkan engkau ke haji. Pergi ke haji tanah yang suci, Hendak membuang nama yang keji, Syeikh itu suruh mengaji, Baca Quran jangan engkau benci. (Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.):367-370)

7

4.0.

TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU

Dalam meneruskan penulisan tentang endoi, satu garapan teori akan diguna pakai dalam menjayakan penulisan ini. Pendekatan atau teori yang akan diguna pakai adalah teori puitika Melayu. Teori puitika sastera Melayu telah diperkenalkan oleh Muhammad Hj Salleh, seorang profesor sastera Melayu di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsan Malaysia (Kini bertugas sebagai profesor sastera di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia). Muhammad Haji Salleh boleh dianggap sebagai pelopor penerokaan teori sastera tempatan sekitar akhir tahun 1989. Sohaimi bdul Aziz (2003:94), teori puitika sastera Melayu bertunjangkan kepada falsafah dan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Dengan penelitian yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun Melayu, Muhammad Haji Salleh menemukan idealisme keindahan yang mengakar dalam teks-teks kesusasteraan Melayu tradisional itu. Pendekatan ini membuka jalan kepada pembaca bagi memahami fenomena keindahan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu bagi tujuan mengangkat nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu tersebut, di samping mencari makna di sebalik keindahan itu dengan hubungan-hubungan yang berada di luar teks seperti budaya, sikap, pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat Melayu itu sendiri. Teori puitika Melayu adalah satu pendekatan kritik yang berasaskan kepada prinsip-prinsip teori puitika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Teori puitika sastera Melayu meletakkan prinsip puitika atau keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional sebagai dasar teori.

8

Tulisan penting Muhammad Haji Salleh tentang teori ini termuat dalam bukunya berjudul Puitika Sastera Melayu yang diterbitkan pada tahun 2002 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini sebenarnya merupakan hasil pemurnian dan pemantapan gagasan idea awal yang termuat dalam syarahan pengukuhan sebagai profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Syarahan ini dimuatkan dalam sebuah buku kecil dengan judul Puitika Sastera Melayu: Suatu Pertimbangan yang diterbitkan oleh Penerbit UKM pada tahun 1989. Secara keseluruhan daripada buku ini, dapat dirumuskan bahawa estetika atau keindahan menjadi induk yang mendasar pemikiran Muhammad Haji Salleh terhadap kesusasteraan Melayu. Keindahan yang ditonjol sebagai asas yang menteorikan kesusasteraan Melayu itu digali daripada genre prosa dan puisi Melayu klasik. Salah satu kekuatan dan keunggulan kesusasteraan Melayu klasik pada Muhammad Haji Salleh adalah nilai keindahan yang terpadu di dalam karya-karya kesusasteraannya. Mendekati teks kesusasteraan berasaskan teori ini, bermakna pengkritik meletakkan diri mereka pada landasan puitika dengan hasrat untuk membuktikan kehadiran ciri-ciri estetika yang membina makna teks. Muhammad Haji Salleh menjelaskan secara terperinci ciri-ciri keindahan yang menjadi teras puitika kesusasteraan Melayu.

9

Antara ciri-ciri yang mendepani teras puitika sastera Melayu adalah seperti yang berikut : i. keindahan dalam mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam hasil karya kesusasteraan Melayu mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar. ii. keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras ini pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu klasik. Penzahiran kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam hasil-hasil karya tersebut. iii. keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan melayu. iv. keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada penglahiran rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu. Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah. v. keindahan yang asli. Teras ini membincangkan setiap hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair. Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir.

10

Ciri-ciri keindahan yang ditemui oleh Muhammad Haji Salleh kemudiannya mewajarkan hasil penerokaan oleh V.I Braginsky yang menghalusi teks kesusasteraan Melayu klasik pelbagai genre bagi mencari asas-asas untuk membina konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu klasik. Maka terhasillah buku Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik pada tahun 1984. Ruang lingkup keindahan yang ditumpukan dalam teori agak luas. Justeru, pengkritik perlu lebih teliti memilih teks-teks yang benar-benar sesuai yang memiliki kesemua unsur keindahan yang disebutkan itu. Untuk membuktikan unsur keindahan yang bersifat mengajar, mendidik; keindahan yang mengungkapkan kesusahan dan kesedihan dan keindahan dan penceritaan tentu tidak sukar bagi seseorang pengkritik, namun untuk membuktikan keindahan dalam rasa, pengkritik memerlukan ilmu bantu yang lain yang dapat dijadikan piawai mengukur atau menjeniskan rasa.

11

5.0.

KERANGKA APLIKASI TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU Sebelum mengaplikasikan endoi dengan teori puitika sastera Melayu hasil garapan

Muhammad Haji Salleh, satu kerangka aplikasi teori akan dibentuk dalam memahami lagi teori tersebut.

keindahan dalam mengajar atau mendidik.

keindahan yang asli. TEORI PUITIKA SASTERA MELAYU keindahan dalam rasa

keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan.

keindahan dalam penceritaan.

ENDOI Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil

12

6.0.

DAPATAN KAJIAN

Setelah membincangkan konsep teori puitika sastera Melayu, teori tersebut akan diaplikasikan dalam salah satu teks puisi Melayu klasik iaitu endoi. Dalam menghuraikan pengaplikasian teori dengan endoi, dapat dirumuskan bahawa pendekatan teori ini hanya melibatkan lima ciri penting dalam menggarap idea teori tersebut.

i.

KEINDAHAN DALAM MENGAJAR ATAU MENDIDIK

Dalam ciri yang pertama ini, membincangkan unsur keindahan dapat mengajar dan mendidik anak-anak dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mendatang. Selain itu, endoi juga mengajar anak-anak tentang asal-usul mereka agar mereka lebih memahami dan mengerti erti kehidupan sebenar. Dalam Endoi Ucapan mencukur rambut budak kecil mengajar umat Islam digalakkan untuk membaca bismillah sebelum melakukan sesuatu untuk mendapatkan keberkatan kepada Allah S.W.T. Setiap manusia disarankan supaya tiadak mengingkari segala perintah Allah S.W.T. Bismillahirrahmanirahim Lailahaillah, Muhammadar Rasullullah Bismillah itu permulaan nama, Keadaan zatnya bersama-sama, Zahirkan sifat menyatakan isma, Kadim dan taat setia lama. … Ia juga menceritakan tentang asal-usul manusia. Manusia terjadi apabila berlakunya persenyawaan antara manusia iaitu lelaki dan dan perempuan. Manusia terjadi dari setitik air mani kemudian terbentuk segumpal darah dan beberapa minggu kemudian akan terjadi bentuk yang meliputi tulang dan daging sehingga menjadi bentuk fizikal yang lengkap 13

dengan anggota tubuh dan dibarikan kejiwaan dan kerohanian yang sangat penting kerana seseorang akan menyaksikan kebesaran Allah S.W.T apabila dilahirkan kelak. Contoh rangkap dalam endoi yang membincangkan hal tersebut adalah seperti yang berikut : … Hai segala anaknya Adam. Asalnya wahi nur-ul-khatam, Dipecahnya empat nazirnya Adam, Dipecahnya pula sekian alam. Rahim bapamu turun ke ibumu, Empat puluh hari nutfah namamu, Delapan puluh hari alqah namamu, Seratus dua puluh hari alamah namamu. … Selain itu, pengorbanan seorang ibu yang mengalami kesulitan mengandung selama sembilan bulan. Diteruskan lagi dengan pengorbanan seorang ibu yang mengalami kesakitan dan kerumitan semasa melahirkan anak. Diceritakan lagi, seorang ibu yang menempuh alam berpantang selama 44 hari iaitu berpantang dari segi makanan dan minuman demi menjaga kesihatan anaknya dan dirinya supaya tidak mendapat kecelakaan di kemudian hari. … Rahim bapamu turun ke ibumu, Empat puluh hari nutfah namamu, Delapan puluh hari alqah namamu, Seratus dua puluh hari alamah namamu. Dikandung ibumu sembilan bulan, Lebih atau kurang tiada ditentukan, Beranakkan dikau barapa kesakitan, Berapalah pantang minum dan makan. …

14

Seterusnya kegembiraan mengiringi ibu dan bapa kerana mendapat cahaya mata seperti yang di hajati oleh semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak itu di bela dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit kekurangan keperluan dan kehendak. Segala kasih sayang di curahkan kepada anak itu. Anak itu akan mula mengenali ibu bapanya ketika berusia sembilan bulan, dapat melihat dan mengenali alam yang luas ini. Pada masa yang sama, mengingatkan anak-anak tentang liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba. … Cukup sembilan bulan bilangannya, Zahirlah engkau ke dalam dunia, Baharulah suka bapa ibunya, Kepada engkau banyak kasihnya. … Di samping itu, harapan seorang ibu terhadap anaknya begitu tinggi kerana seorang ibu ingin melihat kejayaan anak-anaknya pada masa akan datang. Bebanan seorang ibu akan berkurangan apabila anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Anak-anak perlu mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita. Ibu mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna terhadap bangsa dan agama. Ibu bapa berusaha keras mencari rezeki agar dapat memberi kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya. Ini dapat dipetik daripada contoh endoi seperti yang di bawah : … Harap ibumu bukan sedikit, Tinggilah harap daripada bukit, Lama ibumu merasai sakit, Sembilan bulan tiada berbangkit. Kenangkan olehmu sekalian anak, Tatkala engkau lagi kanak-kanak, Apabila sudah tidurmu enak, Dicarikan makan manis dan lemak. …

15

Alam kanak-kanak merupakan alam yang penuh dengan kegembiraan bagi seorang anak dan mereka tidak pernah terfikir tangtang susah payah kedua orang tua mereka. Ibu dan bapa akan sentiasa berusaha bagi memenuhi permintaan anak-anak. Hal ini adalah kerana ibu bapa mahu anak-anaknya merasai kehidupan zaman kanak-kanak dengan penuh kegembiraan. Anak-anak haruslah menghormati kedua orang tua mereka kerana tanpa mereka di dunia ini tiadalah kita. Anak-anak disarankan supaya mengenang jasa ibu dan bapa yang selama ini mendidik dan memelihara kita sehingga menjadi seorang insan yang sempurna. Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi ibu bapa. Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Alla S.W.T. kepada pasangan yang berkahwin. Anak itu akan dijaga siang dan malam, mereka sanggup tidak makan dan minum,tidak rehat demi menjaga dan melihat anak itu membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna. … Hai anakku,jangan kau bantah, Peliharaan ibumu sangatlah susah, Dialih ke kiri kanan pun basah, Tiada engkau menaruh insaf. Setelah kamu sudahlah ada, Siang dan malam ibumu jaga, Tidur pun tidak barang seketika, Makan dan minum tidak berasa. Berapalah dian dengannya tanglung, Diangkat dituam lalu dibedung, Sudahlah juga lalu didukung, Kasih dan sayang tiada bertanggung. …

16

Pengorbanan ibu dan bapa seharusnya dikenang oleh anak-anak walaupun mereka tidak pernah mengharapkan sesuatu balasan. Ibu dan bapa tidak mengharapkan anakanaknya membalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini dengan harta duniawi tetapi cukup dengan mengambil berat dan memberi perhatian kepada mereka apabila mereka telah tua kelak. Amat dikesali jika seseorang anak itu melupakan kedua orang tuanya apabila mereka telah berjaya kelak. Mereka seharusnya mengenangkan jasa ibu bapa yang selama ini telah berkorban dan memberikan segala didikan sehingga anak-anak berjaya dalam kehidupan. … Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Peliharakan dikau sangat kesusahan, Dipelihara daripada angina dan hujan, Takut terkena penyakit sawan. Jika ibumu ada hamba disuruh, Nyamuk pun tidak hamper ke tubuh, Tirai kelambu dibentang dibubuh, Lilin dan tanglung dipasang disuluh. … Kejayaan anak-anak akan menjadi kebanggaan ibu bapa kerana penat lelah mereka selama ini telah membuahkan hasil. Kejayaan yang dikecapi oleh anak-anak cukup memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Ibu bapa mengharapkan anak-anak dapat mengerjakan umrah atau haji bagi menyucikan diri dan mengabdikan diri kepada Illahi. Anak-anak diharap supaya mendapatkan ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan yang dilaluinya. Ini dapat dibuktikan dengan contoh endoi seperti yang di halaman sebelah.

17

… Walaupun ibumu ada berhutang, Kain sehelai juga di pinggang, Basah di ampai kering di pinggang, Didukung digalas tiada berenggang. Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Barang katanya jangan dilawan, Ibu bapamu perhubungan Tuhan, Baharulah sempurna anak bangsawan. … Pengorbanan ibu bapa dalam memberi pendidikan yang sewajarnya harus diambil perhatian oleh anak-anak. Pengorbanan ibu bapa dalam pelbagai perkara dikerjakan semampu mungkin dalam member rezeki kepada anak-anak. Walaupun dalam kesusahan, ibu bapa tetap memberikan pendidikan yang sedaya mampu dalam menjadikan anakanaknya Berjaya pada masa akan datang. Ibu bapa memberikan pendidikan yang sebaik mungkin telah mendatangkan satu kepuasan dalam hidup mereka. … Jika ibumu orangnya kaya, Disuruh dipelihara hamba dan sahaya Serta dikampungkan duit belanja, Itu pun engkau kurang percaya. Apabila engkau dapat membilang, Disuruh mengaji pagi dan petang, Rumah gurumu tempat beulang, Pagi dan petang tiada bersilang. Apabila engkau dapat mengaji, Ibu bapamu sukalah hati, Dicarinya ringgit sehari-hari, Hendak disuruhkan engkau ke haji. Pergi ke haji tanah yang suci, Hendak membuang nama yang keji, Syeikh itu suruh mengaji, Baca Quran jangan engkau benci.

18

ii.

KEINDAHAN DALAM PENGUNGKAPAN KESUSAHAN DAN KESEDIHAN

Ciri yang kedua dalam menggarap teori tersebut dalam endoi adalah keindahan dalam pengukapan kesusahan dan kesedihan. Ciri ini cuba menerangkan ungkapan-ungkapan dalam endoi yang menunjukkan kesusahan dan kesedihan sebagai satu tanda pengajaran dan pendidikan kepada generasi yang mendatang dalam mengharungi perjalanan hidup di dunia ini. Apabila diteliti, maka lahirlah beberapa rangkap dalam endoi yang menunjukkan keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. ... Hai segala anaknya Adam. Asalnya wahi nur-ul-khatam, Dipecahnya empat nazirnya Adam, Dipecahnya pula sekian alam. Rahim bapamu turun ke ibumu, Empat puluh hari nutfah namamu, Delapan puluh hari alqah namamu, Seratus dua puluh hari alamah namamu. … Dalam rangkap yang di atas, menunjukkan kesusahan membentuk seorang manusia. Walaupun dalam rangkap tersebut menceritakan tentang kesusahan dalam membentuk manusia tetapi ia menjelaskan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kesusahan membentuk manusia ditimbulkan pada ungkapan dipecahkan empat nazirnya Adam, dipecahnya pula sekalian alam. Selain itu, perjalanan benih lelaki ke benih perempuan juga menunjukkan satu perjalanan yang lama (kesusahan) untuk menembusi benih perempuan melalui ungkapan rahim bapamu turun keibumu, empat puluha hari nutfah namamu, delapan pukuh hari alqah namamu, seratus dua puluh hari alamah namamu.

19

Pada rangkap yang seterusnya, menunjukkan kesusahan seorang ibu dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ibu yang hamil. Proses mengandung selama Sembilan bulan menunjukkan satu tempoh yang lama perlu diharungi oleh seorang ibu. Malah pengungkapan kesusahan dapat ditunjukkan pada bait yang menceritakan tentang seorang ibu yang mengharungi proses bersalin dan berpantang. … Dikandung ibumu sembilan bulan, Lebih atau kurang tiada ditentukan, Beranakkan dikau barapa kesakitan, Berapalah pantang minum dan makan. Harap ibumu bukan sedikit, Tinggilah harap daripada bukit, Lama ibumu merasai sakit, Sembilan bulan tiada berbangkit. … Pengungkapan kesusahan dalam endoi jelas dilihat pada rangkap yang di bawah. Pada rangkap tersebut, menunjukkan kesusahan seorang ibu dalam membesarkan anakanak. Ingatanya kepada anak-anak tentang pengorbanan ibu amatlah perit, susah dan menyedihkan. … Kenangkan olehmu sekalian anak, Tatkala engkau lagi kanak-kanak, Apabila sudah tidurmu enak, Dicarikan makan manis dan lemak. Hai anakku,jangan kau bantah, Peliharaan ibumu sangatlah susah, Dialih ke kiri kanan pun basah, Tiada engkau menaruh insaf. …

20

Pengungkapan kesusahan juga jelas terasa pada rangkap yang berikut. Ungkapan kesusahan jelas ditunjukkan tentang kesanggupan seorang ibu dan bapa menjaga anak-anak sehingga sanggup mengabaikan keselesaan diri sendiri. Ibu bapa sanggup berjaga malam dan tidak makan minum dalam memberi pengawasan kepada anak-anak. … Setelah kamu sudahlah ada, Siang dan malam ibumu jaga, Tidur pun tidak barang seketika, Makan dan minum tidak berasa. Berapalah dian dengannya tanglung, Diangkat dituam lalu dibedung, Sudahlah juga lalu didukung, Kasih dan sayang tiada bertanggung. … Selain itu, ungkapan kesusahan dapat dipetik dalam rangkap yang seterusnya. Seorang ibu dan bapa sanggup berjaga malam dalam menjaga anak-anak. Justeru, seorang anak perlu memikirkan kesusahan seorang ibu dan bapa dalam menjaga mereka dari kecil hingga dewasa. Kesungguhan menjaga anak-anak pada lewat malam dapat dibuktikan dengan dipelihara daripada angin dan hujan, takut terkena sawan dan nyamuk pun tidak di hampir ke tubuh, tirai kelambu dibentang dibubuh, lilin dan tanglung dipasang disuluh. Lihat contoh rangkap endoi pada halaman yang di sebelah.

21

… Tiada tentu siang dan malam, Bangun memangku di dalam kelam, Terkejut juga di tengah malam, Tidur pun tidak dapat di tilam. Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Peliharakan dikau sangat kesusahan, Dipelihara daripada angin dan hujan, Takut terkena penyakit sawan. Jika ibumu ada hamba disuruh, Nyamuk pun tidak hampir ke tubuh, Tirai kelambu dibentang dibubuh, Lilin dan tanglung dipasang disuluh. … Ungkapan kesedihan turut diselitkan dalam endoi. Ungkapan kesedihan dapat dipetik menerusi rangkap yang di bawah. Ibu bapa sanggup berhutang demi anak-anak. Kesungguhan dalam mendidik dan mengasuh anak-anak memerlukan kos hidup yang tinggi. Kesungguhan sedemikian merupakan mengharapkan anak-anak hidup dalam serba mampu. Justeru, anak-anak dinasihatkan supaya tidak membantah cakap ibu dan bapa kerana ibu dan bapap adalah sebahagian daripada utusan Allah S.W.T. Mentaati nasihat ibu dan bapa adalah jalan ke pintu syurga-Nya. … Walaupun ibumu ada berhutang, Kain sehelai juga di pinggang, Basah di ampai kering di pinggang, Didukung digalas tiada berenggang. Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Barang katanya jangan dilawan, Ibu bapamu perhubungan Tuhan, Baharulah sempurna anak bangsawan. …

22

Seterusnya, ungkapan kesedihan dapat dibuktikan dengan luahan perasaan seorang ibu. Seorang ibu meluahkan perasaannya sekiranya dia seorang ibu yang kaya. Dia akan menyediakan seorang pembantu untuk menjaga anak-anaknya dan dibelanjakan apa sahaja yang diingini oleh mereka. … Jika ibumu orangnya kaya, Disuruh dipelihara hamba dan sahaya Serta dikampungkan duit belanja, Itu pun engkau kurang percaya. … Disamping itu, ungkapan kesedihan dipetik daripada rangkap-rangkap yang di bawah. Kesedihan dalam kegembiraan ditunjukkan semasa anak-anak sudah memasuki alam persekolahan. Pendidikan diutamakan oleh ibu dan bapa semata-mata untuk menjadikan anak-anak yang berguna. Ibu dan bapa sanggu mengorbankan apa sahaja demi memberikan pendidikan yang semaksimum mungkin tanpa mengira wang dan ringgit. Harapan yang paling tinggi oleh ibu dan bapa adalah ingin membawa anak-anaknya ke Mekkah semata-mata untuk menjadikan anak-anaknya lebih berguna dan dicintai oleh Allah S.W.T. … Apabila engkau dapat membilang, Disuruh mengaji pagi dan petang, Rumah gurumu tempat beulang, Pagi dan petang tiada bersilang. Apabila engkau dapat mengaji, Ibu bapamu sukalah hati, Dicarinya ringgit sehari-hari, Hendak disuruhkan engkau ke haji. Pergi ke haji tanah yang suci, Hendak membuang nama yang keji, Syeikh itu suruh mengaji, Baca Quran jangan engkau benci. 23

iii.

KEINDAHAN DALAM PENCERITAAN

Dalam menghuraikan ciri yang ketiga ini, pengkisahan dalam endoi menunjukkan keindahan dalam penceritaan. Perjalanan cerita dalam endoi yang bersifat kronologi (mengikut urutan waktu) menunjukkan pendengar atau pembaca memahami setiap isi kandung cerita yang di bawa dalam endoi. Setiap jalan cerita dalam endoi membuatkan pembaca atau pendengar memahami setiap isi dalam rangkap endoi. Kefahaman dalam setiap isi kandung tersebut membuatkan penglahiran keindahan dalam penceritaan. Perjalanan cerita dalam endoi adalah seperti yang berikut : Manusia terjadi apabila berlakunya persenyawaan antara manusia iaitu lelaki dan dan perempuan. Manusia terjadi dari setitik air mani kemudian terbentuk segumpal darah dan beberapa minggu kemudian akan terjadi bentuk yang meliputi tulang dan daging sehingga menjadi bentuk fizikal yang lengkap dengan anggota tubuh dan dibarikan kejiwaan dan kerohanian yang sangat penting kerana seseoarang akan menyaksikan kebesaran Allah apabila di lahirkan kelak. Seorang ibu akan mengalami kesulitan selama sembilan bulan, kemudian mengalami kesakitan dan kerumitan semasa melahirkan anak seterusnya ibu akan merempuh alam selepas bersalin iaitu berpantang selama 44 hari. Ibu akan berpantang dari segi makanan dan minuman demi menjaga kesihatan anaknya dan dirinya supaya tidak mendapat kecelakaan di kemudian hari. Kegembiraan mengiringi ibu dan bapa kerana mendapat cahaya mata seperti yang di hajati oleh semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak itu di bela dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun kekurangan. Segala kasih sayang di curahkan kepada anak itu. Anak itu akan mula mengenali ibu bapanya

24

ketika berusia sembilan bulan dan dapat melihat dan mengenali alam yang luas ini. Pada alam ini si anak akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupanya kelak. Harapan seorang ibu terhadap anaknya begitu tinggi kerana beliau ingin melihat kejayaan anak-anaknya pada masa akan datang. Bebanan seorang ibu akan berkurangan apabila anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Anak-anak perlu mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita. Ibu mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna terhadap bangsa dan agama. Ibu bapa berusaha keras mencari rezeki agar dapat memberi kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya. Alam kanak-kanak merupakan alam yang penuh dengan kegembiraan bagi seorang anak dan mereka tidak pernah terfikir tangtang susah payah kedua orang tua mereka. Ibu dan bapa akan sentiasa berusaha bagi memenuhi permintaan anak-anak. Hal ini adalah kerana ibu bapa mahu anak-anaknya merasai kehidupan zaman kanak-kanak dengan penuh kegembiraan. Anak-anak haruslah menghormati kedua orang tua mereka kerana tanpa mereka di dunia ini tiadalah kita. Anak-anak disarankan supaya mengenang jasa ibu dan bapa yang selama ini mendidik dan memelihara kita sehingga menjadi seorang insan yang sempurna. Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi ibu bapa. Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Alla S.W.T. kepada pasangan yang berkahwin. Anak itu akan dijaga siang dan malam, mereka sanggup tidak makan dan minum,tidak rehat demi menjaga dan melihat anak itu membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna. Pengorbanan ibu dan bapa seharusnya dikenang oleh anak-anak walaupun mereka tidak pernah mengharapkan sesuatu balasan. Ibu dan bapa tidak mengharapkan anakanaknya membalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini dengan harta duniawi

25

tetapi cukup dengan mengambil berat dan memberi perhatian kepada mereka apabila mereka telah tua kelak. Amat dikesali jika seseorang anak itu melupakan kedua orang tuanya apabila mereka telah berjaya kelak. Mereka seharusnya mengenangkan jasa ibu bapa yang selama ini telah berkorban dan memberikan segala didikan sehingga anak-anak berjaya dalam kehidupan. Kejayaan anak-anak akan menjadi kebanggaan ibu bapa kerana penat lelah mereka selama ini telah membuahkan hasil. Kejayaan yang dikecapi oleh anak-anak cukup memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Ibu bapa mengharapkan anak-anak dapat mengerjakan umrah atau haji bagi menyucikan diri dan mengabdikan diri kepada Illahi. Anak-anak diharap supaya mendapatkan ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan yang dilaluinya.

iv.

KEINDAHAN DALAM RASA

Dalam endoi, keindahan dalam rasa timbul setelah para pembaca atau pendengar berjaya mendatangkan perasaan dalam diri masing-masing setelah mempelajari endoi. Perasaan rasa kagum, rasa suka dan rasa kasihan jelas terpancar dalam endoi tersebut. Rasa kagum jelas dibuktikan mengenai keajaiban ciptaan Allah S.W.T dalam penzahiran manusia. Diceritakan manusia berasal daripada benih lelaki dan benih perempuan yang disatukan dalam rahim sehingga membentuk janin dan hingga lahirnya seorang bayi. … Rahim bapamu turun ke ibumu, Empat puluh hari nutfah namamu, Delapan puluh hari alqah namamu, Seratus dua puluh hari alamah namamu. … 26

Rasa kagum juga jelas ditonjolkan pada kesungguhan seorang ibu mengandungkan bayi dan mengendongnya ke mana sahaja ibu itu pergi. Selain itu, kekaguman seorang ibu sanggup hidup berpantang selepas bersalin. … Dikandung ibumu sembilan bulan, Lebih atau kurang tiada ditentukan, Beranakkan dikau barapa kesakitan, Berapalah pantang minum dan makan. … Selain rasa kagum, rasa suka juga menunjukkan keindahan dalam rasa yang terdapat dalam endoi. Rasa suka yang jelas pada rangkap yang di bawah menunjukkan kegembiraan terpancar pada ibu dan bapa yang menerima kehadiran cahaya mata setelah mengandungkan selama sembilan bulan. … Cukup Sembilan bulan bilangannya, Zahirlah engkau ke dalam dunia, Baharulah suka bapa ibunya, Kepada engkau banyak kasihnya, … Rasa suka jelas pada rangkap yang di bawah menunjukkan seorang ibu yang gembira setelah anak yang dikandungnya selamat dilahirkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang. … Setelah kamu ada, Siang dan malam ibumu jaga, Tidur pun tidak sebarang seketika, Makan dan minum tidak berasa, …

27

Di samping itu, rasa kasihan juga jelas ditunjukkan dalam endoi. Rasa kasihan yang terdapat dalam setiap rangkap endoi dizahirkan pada anak-anak agar dapat dijadikan pengajaran dan pendidikan kepada mereka tentang pengorbanan seorang ibu dan bapa. Rasa kasihan dapat dipetik dalam rangkap : … Dikandung ibumu sembilan bulan, Lebih atau kurang tiada ditentukan, Beranakkan dikau barapa kesakitan, Berapalah pantang minum dan makan. Cukup sembilan bulan bilangannya, Zahirlah engkau ke dalam dunia, Baharulah suka bapa ibunya, Kepada engkau banyak kasihnya. Harap ibumu bukan sedikit, Tinggilah harap daripada bukit, Lama ibumu merasai sakit, Sembilan bulan tiada berbangkit. Kenangkan olehmu sekalian anak, Tatkala engkau lagi kanak-kanak, Apabila sudah tidurmu enak, Dicarikan makan manis dan lemak. Hai anakku,jangan kau bantah, Peliharaan ibumu sangatlah susah, Dialih ke kiri kanan pun basah, Tiada engkau menaruh insaf. Setelah kamu sudahlah ada, Siang dan malam ibumu jaga, Tidur pun tidak barang seketika, Makan dan minum tidak berasa. … Tiada tentu siang dan malam, Bangun memengku di dalam kelam, Terkejut juga di tengah malam, Tidur pun tidak dapat di tilam.

28

Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Peliharakan dikau sangat kesusahan, Dipelihara daripada angin dan hujan, Takut terkena penyakit sawan. Jika ibumu ada hamba disuruh, Nyamuk pun tidak hampir ke tubuh, Tirai kelambu dibentang dibubuh, Lilin dan tanglung dipasang disuluh. Walaupun ibumu ada berhutang, Kain sehelai juga di pinggang, Basah di ampai kering di pinggang, Didukung digalas tiada berenggang. … Jika ibumu orangnya kaya, Disuruh dipelihara hamba dan sahaya Serta dikampungkan duit belanja, Itu pun engkau kurang percaya. …

v.

KEINDAHAN YANG ASLI

Menghuraikan ciri yang terakhir dalam teori puitika sastera Melayu, keindahan yang asli menjurus kepada ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan syair. Ciri-ciri puisi Melayu klasik ini meliputi aspek rangka luaran puisi. Rangka luaran puisi yang dapat menceritakan tentang keindahan yang asli meliputi jumlah rangkap, jumlah baris serangkap, jumlah perkataan serangkap, jumlah suku kata sebaris dan pola rima akhir. Dibincangkan terlebih dahulu, rangka luaran puisi yang pertama iaitu jumlah rangkap. Jumlah rangkap dalam puisi Melayu klasik bergantung kepada penciptanya. Dalam endoi, jumlah rangkapnya adalah 15 rangkap. Dalam pantun, jumlah baris serangkap diambil kira mengikut jenis pantun. Sekiranya pantun dua kerat, jumlah baris serangkapnya adalah dua baris. Sekiranya pantun 29

empat kerat, jumlah baris serangkap adalah empat baris, pantun enam kerat pula adalah enam baris serangkap dan seterusnya. Dalam syair pula jumlah baris serangkap hanya empat baris sahaja. Justeru, dalam endoi ini, ia merupai syair. Bilangan baris serangkap adalah empat baris serangkap. Bismillah itu permulaan nama, Keadaan zatnya bersama-sama, Zahirkan sifat menyatakan isma, Kadim dan taat setia lama. … B1 B2 B3 B4

Seterusnya adalah jumlah perkataan sebaris. Dalam pantun dan syair, jumlah perkataan sebaris adalah antara tiga hingga lima patah perkataan sahaja. Dalam endoi ini, jumlah perkataan sebaris antara tiga hingga lima patah perkataan sahaja. Ini jelas menunjukkan endoi berada dalam keindahan yang asli. … Hai/ segala/ anaknya/ Adam/. Asalnya/ wahi/ nur-ul-khatam/, Dipecahnya/ empat/ nazirnya/ Adam/, Dipecahnya/ pula/ sekian/ alam/. … Berapalah/ pantang/ minum/ dan/ makan/. …

4 p.p 3 p.p 4 p.p 4 p.p 5 p.p

Di samping itu, dibincangkan juga jumlah suku kata sebaris. Dalam pantun dan syair, jumlah suku kata sebaris adalah antara lapan hingga 12 suku kata sebaris. Manakala dalam endoi pula, jumlah suku kata sebaris adalah antara Sembilan hingga 11 suku kata sebaris. Bukti yang menunjukkan jumlah suku kata sebaris dalam endoi adalah sepeerti yang berikut di halaman sebelah.

30

… Hai/ segala/ anaknya/ Adam/. Asalnya/ wahi/ nur-ul-khatam/, Dipecahnya/ empat/ nazirnya/ Adam/, Dipecahnya/ pula/ sekian/ alam/. … Berapalah/ pantang/ minum/ dan/ makan/. …

9 s.k 9 s.k 11 s.k 11 s.k 11 s.k

Keindahan yang asli terakhir adalah pola rima akhir. Dalam pantun, pola rima akhirnya adalah mengikut jenis pantun. Dalam pantun 2 kerat, pola rima akhirnya adalah a-a, pantun 4 kerat adalah a-b-a-b, pantun 6 kerat pula adalah a-b-c-a-b-c dan pantun 8 kerat adalah a-b-c-d-a-b-c-d. Manakala, pola rima bagi syair pula adalah a-a-a-a. Justeru, dalam endoi yang merupakan syair, pola rima akhirnya adalah a-a-a-a. Apabila engkau dapat mengaji, Ibu bapamu sukalah hati, Dicarinya ringgit sehari-hari, Hendak disuruhkan engkau ke haji. /i/ /i/ /i/ /i/ a a a a

31

7.0.

PENUTUP

Puitika sastera Melayu adalah satu percubaan yang menyeluruh untuk melihat konsep dan prinsip dasar yang menjadi landasan kepada pemikiran dan penciptaan sastera Melayu. Bermula dengan takrif kata dasar, ia terus memasuki daerah konsep teks, genre, pengarang, bahasa, estetika dan khalayak sastera Melayu seperti yang menjelma dalam karya-karya lisan dan tulisan. Konsep-konsep ini perlu digali daripada bait-bait sastera dan lurah kehidupan budaya di Nusantara. Dalam mengembangkan teori puitika sastera Melayu, saya mencadangkan agar teori ini diseminarkan da dikaitkan dengan hasil karya-karya kesusasteraan Melayu klasik. Selain itu, pengaplikasian teori ini dalam karya-karya kesusasteraan Melayu klasik perlu dibukukan dan diterbitkan untuk rujukan dan bahan bacaan kepada pengkritik sastera yang baharu. Di samping itu, teori ini perlu dijadikan satu mata pelajaran elektif dalam bidang kesusasteraan Melayu di semua universiti yang menawarkan bidang tersebut. Ia berperanan dalam menjiwai minat yang lebih mendalam dalam kesusasteraan Melayu. Seterusnya, teori ini perlu didalami oleh mana-mana pengkritik sastera sebagai penyambung kepada pengasas asal teori tersebut. Ia dapat membentuk satu generasi yang mementingkan unsure-unsur keindahan dalam kesusasteraan Melayu.

32

8.0. Abdul

BIBLIOGRAFI Halim Ali, 2006. Mendekati Profesionalisme Baharu. Puisi Melayu. Tanjong Malim:Penerbit

Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2000. Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2010. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Jani Hassan, 1998. Kajian Teks Sastera STPM. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd. Muhammad Haji Salleh, 2006. Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Baizura Zakaria, 2008. Falsafah dan Logika Melayu : Karya Klasik (Endoi), Universiti Malaya:Akademi Pengajian Melayu. Sohaimi Abdul Aziz, 2003. Sasterawan Negara:Muhammad Haji Salleh (Pencari dan Pemikir). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

33

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->