You are on page 1of 1

Ibadah puasa merupakan sebaik-baik ibadah dan seagung-agung ketaatan kepada Allah Taala.

Ia dinyatakan di dalam nas sama ada al-Quran mahupun as-Sunnah Diantara kelebihan iabadah puasa di bulan Ramadhan ialah Pertama - Ia difardhukan keaatas semua umat sepanjang zaman. Firman Allah SWT : . Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa keatas kamu sepertimana telah diwajibkan keatas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa (al-Baqarah: 183) Kedua - Ia adalah merupakan penyebab kepada keampunan daripada dosa dan kemaksiatan yang dilakukan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda : Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Apa yang dimaksudkan dengan berpuasa sepenuh iman ialah reda sepenuhnya dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, manakala pengharapan pula bermaksud mengharapkan ganjaran pahala darinya dan tidak ada perasaan syak terhadap panji-panji Allah SWT tersebut. Dengan itu orang yang berpuasa akan diampun dosanya yang telah dilakukan. Abu Hurairah r.a juga meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda : Solat lima waktu, solat jumaat hingga solat jumaat berikutnya dan Ramadhan (puasa) hingga Ramadhan berikutnya adalah merupakan penebus dosa diantara selagi mana dosa-dosa besar dijauhi. (Riwayat Imam Muslim Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.

You might also like