Bangsa Struktur Masyarakat/ Kelas Sosial Kepercayaan Bahasa Adat Resam Jantina (Gender

)

Dewan Bahasa & Pustaka (DBP): bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya; contohnya Melayu , Cina , India. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai perkataan lain bagi kaum.

CINA

MELAYU

INDIA

BANGSA

  

Melayu merujuk kepada ~> mereka yang bertutur bahasa Melayu

mengamalkan adat resam orang Melayu.

Penakrifan undang-undang:
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut

perlembagaan dalam perkara 160(2).

Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai: Seorang yang beragama Islam Bertutur bahasa Melayu Mengamalkan adat istiadat Melayu Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura serta bagi sesiapa yang bermastautin pada hari merdeka di Persekutuan Tanah Melayu atau di Singapura

 

Menurut Syed Husin Ali ;orang Melayu itu dari segi zahirnya lazimnya ~> berkulit sawo matang berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa Terdapat dua teori yang menyatakan mengenai asal-usul bangsa Melayu:
Bangsa Melayu berasal daripada Yunnan Bangsa Melayu berasal daripada Sumatera

Pecahan suku kaum Melayu di Malaysia :
Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling, Minangkabau, Rawa dan Johor-Riau

Kesemua orang Melayu beragama Islam, tetapi tidak semua yang beragama Islam merupakan orang Melayu. Sejarah menunjukkan bahawa kawasan dimana orang Melayu tinggal ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu.

Dari segi ekonomi, orang Melayu ramai yang bermula dengan :
 ekonomi sektor pertanian dan  industri-industri tradisi yang berproduktiviti rendah.

Ekonomi orang Melayu kini sudah mencapai ke satu tahap yang boleh dibanggakan dan ramai telah berjaya dalam sektor koperat terutamanya sektor perbankan.

Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan semenjak di zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kebanyakan orang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Orang Cina di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu : Hokkien, Kantonis, Hakka, Hainan, Teochew dan Hailam.

Di negara kita kebanyakan orang Cina beragama Buddha namun terdapat juga yang beragama Taoisme dan Kristian. Dari segi bahasa, mereka menggunakan pelbagai dialek berdasarkan kelompok mereka tersendiri. Namun, Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi bagi masyarakat Cina di Malaysia.

Ramai daripada orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan seperti :
 pedagang  peniaga  tukang.

Mereka juga merupakan kaum terbesar yang terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan profesional seperti arkitek dan akauntan.

Kehadiran orang India di Tanah Melayu boleh dikesan melalui sejarah lebih awal daripada kedatangan orang cina. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk aktiviti perdagangan. Sebahagian besar berasal dari India Selatan(Tamil Nadu).

Bagi masyarakat India, mereka dapat dipecahkan kepada beberapa kelompok lagi seperti Tamil, Malayali, Telegu dan Sikh. Orang India di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Islam dan Kristian. Kebanyakannya adalah beragama Hindu. Mereka menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa perantara dalam perbualan sesama mereka.

Pada asalnya, orang India datang ke Malaysia dengan kemahiran dalam bidang perniagaan dan modal. Golongan Chettier terkenal sebagai pemberi pinjam wang. Sekarang orang India di Malaysia berpendapatan rendah dan masih banyak yang terlibat dengan perladangan dan buruh kasar. Namun terdapat juga yang terlibat dalam bidang perubatan dan guaman.

Perlaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan , sosial dan lokasi .

ASIMILASI

PLURALISME

AKOMODASI INTEGRASI

AMALGAMASI AKULTURASI

Merupakan satu proses percantuman & penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompo kebudayaan dan identiti yang sama. Budaya A + B + C = A , walaupun berlaku penyerapan budaya antara tiga kumpulan tersebut, tetapi budaya A tetap kekal diterima umum. Contoh : kewujudan komuniti peranakan di Malaysia.

Proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza namun menghormati norma dan nilai kolektif satu sama lain. Contoh : kewujudan fenomena Konsi – Raya ( Cina & Melayu) , Deepa – Raya ( India & Melayu)

Proses penerimaan dan pinjam meminjam unsur / perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza. Contoh : wujud pinjam meminjam antara kelompok etnik dari segi pakaian,makanan dan sebagainya. Apa yang dipinjam itu disesuaikan pula dengan nilai dan norma kumpulan etnik yang meminjam.

Proses yang dilakukan secara sedar oleh beberapa kumpulan etnik , atau pemerintah , untuk mencantumkan beberapa unsur yang berbeza antara kumpulan etnik dalam satu entiti yang bersatu. Sama ada secara sementara atau berkekalan.

 

Contoh : wujudnya Sekolah Wawasan.
Perkahwinan campur juga merupakan proses amalgamasi kerana satu kelompok baru dalam kehidupan masyarakat dan juga akan membentuk satu budaya baru. A+B+C=D

 

Proses mempertahankan kepelbagaian budaya. Masyarakat menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok. Setiap etnik dikatakan berhak terhadap warisan kelompok. Pluralisme berpegang bahawa setiap perbezaan adalah lazim dan tidak dapat dielakkan. A+B+C=A+B+C

KESEDARAH
KEPELBAGAIAN
SOSIO-BUDAYA

(STRUKTUR
MASYARAKAT/ KELAS SOSIAL)
By : SITI NUR AFIQAH BT MOHAMAD NARASHID

MASYARAKAT???
 Merupakan

kelompok manusia yg hidup saling berhubungan berasaskan satu budaya dan bidang tertentu yg mempunyai matlamat yg sama masyarakat : MASYARAKAT BUDAYA PERPADUAN

 Konsep

CIRI-CIRI MASYARAKAT
ADA BUDAYA MENGALAMI PERUBAHAN

BERINTERAKSI ANTARA 1 SAMA LAIN

ADA KEPIMPINAN

ADA ATURAN SOSIAL (SUSUN LAPIS)

HIDUP BERKELOMPOK

ETNIK

• Kelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir sama • Golongan yg berbeza dari segi kebudayaan • ETNISITI : rasa kekitaan sesuatu kumpulan atnik tertentu • ETNOSENTRISME : satu sikap @ kepercayaan bhw kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilai drpd kelompok lain

RASISME

• Pandangan, pemikiran @ kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial @ para anggotanya terhadap kelompok yg lain • Terbahagi kepada 2 tahap : tahap individu (kepercayaan) dan tahap institusi (dasar bersikap diskriminasi)

PREJUDIS

• Pandangan negatif mengenai ahli yg tersemat dlm hati seseorang @ kelompok etnik tertentu

STEREOTAIP

• Kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik • Gambaran yg berlebihan ttg perlakuan baik @ buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan

Mewujudkan perpaduan dlm masy.

Dapat mengurangkan masalah t/laku yg tidak diingini

PERANAN STRUKTUR MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN

Suasana pembelajaran yg kondusif

Wujudnya nilai yg baik dlm sesuatu hubungan

Mewujudkan interaksi +ve tanpa mengira kaum dan kelas

BAHASA

Definisi
• Merupakan alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubungan, baik dari segi tulisan, lisan, ataupun gerakan (bahasa isyarat) bertujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain.

Beberapa pendapat daripada tokoh…
• Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole,1998) • Bahasa ialah sistem oerisyaratan (semiotic) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur. Bahasa terbuka untuk penafsiran = fonologi + morfologi + sintaksis. (Nababan)

• Bahasa adalah kebolehan inat (semulajadi) penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu. (Chomsky) • Bahasa adalah sistem manusiawi yang instingtif (arbitrary) untuk menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang dikeluarkan secara voluntari. (Edward Sapir)

• Melalui bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat, tingkah laku, peraturan masyarakat dan sekali gus mudah membiasakan dirinya dengan segala bentuk masyarakat.

Komunikatif
– Untuk menggambarkan suasana / menyampaikan maklumat antara penutur dan pendengar, - Unsur dialek

Apelatif

- supaya pendengar menyambut

FUNGSI BAHASA
Kognitif
– menaakul kebijaksanaan

Akspresif
– untuk menyatakan perasaan

DIALEK
• Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri yang membezakannya. • Orang India bertutur dalam bahasa Tamil yang diambil dari negara Tamil Nadu. • Orang Cina dari Pulau Pinang dan Melaka bertutur dalam bahasa Hokkien, manakala orang Cina di KL, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. • Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka dan Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis. • Orang Cina Johor pula cenderung kepada Mandarin.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI
• Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. • Sebagai alat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. • Oleh itu, semua rakyat Malaysia hendaklah berupaya menguasainya dengan baik bukan sekadar untuk berkomunikasi, malah sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat serta kedaulatan negara.

Akta Pendidikan 1996
• Bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan, di mana bahasa kebangsaan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib.

Untuk meningkatkan penggunaan bahasa…
• Aktiviti ilmiah seperti pertandingan, syarahan, perbahasan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah. • Sekolah Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan akan membolehkan murid-murid di SRJK menguasai bahasa Melayu. • Hal ini kerana penguasaan mereka agak lemah dan dengan adanya interaksi antara murid, akan dapat membuka peluang luas untuk mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan. • Malah, membolehkan murid memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain.

KEPERCAYAAN

KEPERCAYAAN
Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara disertai oleh perasaan ‘pasti’/kepastian terhadap perkara berkenaan. Konteks psikologi – suatu keadaan jiwa yang berkait dengan sikap berkedudukanmemihak (propositional attitude)

Kamus Dewan (1994) - Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.

Konteks agama – merupakan sebahagian daripada batu asas pembangunan moral; akidah /iman.

KEPERCAYAAN MELAYU
• Masyarakat Melayu dahulu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan juga nasihat yang berguna kepada anak cucunya. • Tujuannya : 1) Untuk mendidik tetapi disampaikan secara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur. 2) Untuk memperkayakan adat dalam masyarakat.

Contoh…
Kepercayaan terhadap pawang dalam apa jua situasi seperti waktu-waktu kecemasan dan sebagainya. Masyarakat Melayu melarang anak duduk di atas bantal kerana mempercayai boleh mendapat bisu. Walhal, tujuan sebenarnya kerana hendak menjaga bantal daripada terkoyak dan ia adalah tidak sopan tempat letak kepala dilakukan sedemikian rupa. Menjahit pada waktu senja, jika lakukannya, dikatakan mata mereka akan buta. Sebenarnya, adalah untuk menjaga kesihatan anak mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak.

Tidak boleh bersiul atau bernyanyi di dapur. Anak gadis yang menyanyi ketika memasak diakatakan akan mendapat suami tua. Larangan ini mengelakkan berlakunya kecelakaan semasa kerja di dapur dan mesti dibuat dengan sempurna. Hasil masakan juga akan lebih baik dan segala kekuranga n dari segi rasa akan dapat diatasi.

Tidak boleh tunjuk pelangi menggunakan jari, nanti jari menjadi kudung.

KEPERCAYAAN CINA
• Masyarakt Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa. • Semangat itu berada dan hidup dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam yang lain.

• Fenomena alam diklasifikasikan kepada ‘Yin’ dan ‘Yang’. ‘Yin’ merupakan prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap(malam), dan segala yang bersifat pasif. ‘Yang’ pula merupakan prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya(siang) dan segala termasuk keaktifan. • Masyarakat Cina percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian. • Feng-shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan.

Merupakan fahaman, bukan agama.
Berasal daripada negara China

Menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.

KONFUCIANISME

Fahaman ini mengandungi tatasusila yang boleh diamalkan oleh rakyat dalam hubungan politik dan sosial.

Menurut Konfucius, kemanusiaan bererti kebolehan mengamalkan lima kebaikan di dunia, iaitu budi bahasa, kemurahan hati, amanah, rajin dan baik hati.

KEPERCAYAAN INDIA
• Masyarakat India pula dikatikan dengan dewadewi, unsur alam, unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. • Sesiapa yang melanggar kepercayan biasanya dikataka akan menerima nasib buruk atau kesan negatif.

Bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah.

Contoh
Sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga akan sentiasa bergaduh.

Jika makan di tempat gelap, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama hantu, roh, atau penunggu.

Amalan Sati

Mazhab

Pembahagian Kasta

Penjelmaan Dewa

Hukum Karma

AGAMA HINDU

Kitab Agama

HUKUM KARMA
• Merupakan tindakan-tindakan untuk mencapai kehidupan selepas mati jika melakukan amalam-amalan dan berbakti semasa hidup. • Oleh sebab itu, penganut agama ini digalakkan untuk berbuat baik semasa hayatnya.

PEMBAHAGIAN KASTA
• Berdasarkan hierarki seperti ‘Brahmin’, ‘Kesateria’, ‘Vaisya’, ‘Sudra’ dan ‘Harijan’. • Brahmin merupakan golongan pendeta dan rohaniwan dalam suatu masyarakat, merupakan golongan yang paling dihormati. • Kesateria pula merupakan golongan bangsawan yang menjalankan bidang pemerintahan negara. Golongan ini juga merupakan para kesatria atau para raja yang mahir dalam bidang ketenteraan dan mahir menggunakan senjata. • Biasanya sistem jati boleh mengikut peredaran masa.

AMALAN SATI
• Terdapat beberapa amalan yang berkaitan dengan sistem kasta, iaitu ‘sati’. • Dalam amalan ‘sati’, janda kepada si mati perlu berkorban nyawa dengan membakar dirinya bersama mayat suaminya yang meninggal dunia. • Selain itu, terdapat juga larangan terhadap si janda untuk berkahwin semula.

Mazhab
Agama Hindu memiliki lima mazhab, iaitu : • ‘Saivisme’ (menyembah dewa Siva) • ‘Vaishnavisme (menyembah dewa Vishnu) • ‘Ganapathy’ • ‘Saura’ • ‘Sakhta’ (menyembah dewa Sakti)

PENJELMAAN DEWA
Penganut Hindu juga percaya kepada tiga penjelmaan, iaitu : • Dewa ‘Brahma’ (dewa pencipta) • Dewa ‘Vishnu’ (dewa pelindung) • Dewa ‘Siva’ (dewa pemusnah)

KITAB AGAMA
• Mereka juga berpegang teguh kepada kitab agama terutamanya kitab ‘Veda’. • Kitab ini menyatakan bagaimana upacaraupacara keagamaan, takafur dan sebagainya harus dilakukan.

KEPERCAYAAN ANIMISME
• Kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala. • Mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini seperti kawasan tertentu, gua, pokok, atau batu besar mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. • Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan dan penunggu.

SEMANGAT PADI
• Kepercayaan terhadap semangat padi ini merupakan kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme. • Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan budaya masyarakat yang menanam padi secara turuntemurun dan tidak terhad kepada orang Melayu sahaja. • Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan perkembangan teknologi. • Ia menjadi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

NILAI & KEPERCAYAAN
• Nilai dan kepercayaan saling berkaitan. • Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan. • Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat.

• Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut. Terdapat beberapa nilai dalam masyarakat, antaranya adalah : a) Etnosentrik – menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. b) Relativisme – sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri. c) Xenosentrisme – anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.

ADAT RESAM
Sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat.  Amalan yang piawai iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat.  Diwarisi dari turun temurun.  Setiap kaum mempunyai adat yang berbeza.

Adat Resam Melayu
Melenggang Perut

Meminang dan bertunang

Bercukur Jambul

Kematian

Bersunat

Adat ini merupakan satu amalan yang dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7 bulan hamil.  Bertujuan - meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya iaitu kepala di pintu rahim.  Bagi memudahkan ibu untuk bersalin.

Bertujuan - mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum akad nikah.  Diuruskan oleh wakil kedua-dua pihak.  Tempoh pertunangan ditentukan atas persetujuan kedua pihak secara bersama.

Biasanya waris atau saudara-mara si mati akan mengadakan kenduri arwah untuk disedekahkan kepada arwah.  Terdapat sebilangan pihak yang mengadakan kenduri arwah selama 3 malam berturut-turut, 7 malam berturutturut atau pada malam ke- 40.

Satu adat yang diamalkan untuk mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan.  Adat ini biasanya dijalankan setelah ibu tamat tempoh berpantang.

Adat ini dilakukan kepada individu lelaki dan perempuan apabila telah cukup umur dan syarat yang sepatutnya.  Sebagai persediaan untuk menempuh alam remaja dan dewasa.

Adat Resam Cina

Kelahiran (sewaktu mengandung dan selepas kelahiran)

~ Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung. ~ Anak lelaki penting kerana mereka dapat melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang. ~ Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan. ~ Dimulai dengan nama keluarga. Patah ke-2 mewakili nama segenerasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

Kenduri Selepas Kelahiran
Mereka membuat sejenis kuih khas yang berbentuk merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara mara yang terdekat.

~

Mencukur rambut
Sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat mereka.

~

Adat Resam India
 Semasa Mengandung ~ Adat Valaikaappu - adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia 7 hingga 9 bulan. Wanita hamil akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru - dikenali sebagai Suulkaappu. ~ Suul (kandungan ibu) dan Kaappu 'perlindungan‘). ~ Gelang ini dipakai untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin

Selepas Bersalin ~ membisikkan nama Tuhan-Gayatti Mantiram ke telinga bayi. ~ selepas itu diadakan upacara potong tali pusat ~ menyapu madu juga diadakan – kecantikan (disapu pada lidah bayi)

JANTINA
Menurut Butler dan Mannning (1998), “The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behaviour that identify one as either male or female”.  Guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.  Jantina mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah.

Memberi peluang murid-murid lelaki dan perempuan:
1. Bergaul lebih tertib 2. Bertanggungjawab

3. Menghormati perbezaan yang wujud dari

segi jantina 4. Meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.

Pemilihan aktiviti yang bersesuaian akan menentukan motivasi murid ketika menjalani proses pembelajaran mereka.  Seorang guru harus mempertimbangkan faktor jantina semasa penyediaan rancangan mengajar agar aktiviti yang ingin dilakukan adalah bersesuaian dengan perbezaan jantina di dalam kelas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful