You are on page 1of 2

RUJUK: http://maswafi.blogspot.com/2008/05/mengukur-kadar-nadi.

html MENGUKUR KADAR NADI


Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga. i. Carotid Artery ii. Radial Artery Kadar Nadi Rehat (KNR) Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiaptiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit. Contoh:12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm. Kadar Nadi Maksimum (KNM) Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula. Contoh:Umur subjek ialah 33 tahun. KNM = 220 33 = 187 dsm. Kadar Nadi Latihan (KNL) Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL) Contoh :KNM = 220 33(umur) = 187 dsm KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6

= 72 dsm. KNL = KNM KNR = 187 72 = 115 dsm. Kadar Nadi Sasaran (KNS) Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula ini. Contoh :(KNM KNR) x 0.6 + KNR = (187 - 72) x 0.6 + 72 = (115) x 0.6 + 72 = 69 +72 = 141 dsm

You might also like