P. 1
Modul BMM3108

Modul BMM3108

|Views: 362|Likes:
Published by Robin Kaufman

More info:

Published by: Robin Kaufman on Jul 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/14/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0KANDUNGAN ISI
  • 1.1.1 Fonetik Artikulasi
  • 1.1.2 Fonetik Akustik
  • 1.1.3 Fonetik Auditori
  • 1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
  • 1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
  • 2.0KANDUNGAN ISI
  • 2.1Definisi Artikulasi dan Artikulator
  • 2.2 Alat-Alat Artikulasi
  • 2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal
  • 3.0KANDUNGAN ISI
  • 3.1Definisi Diftong dan Konsonan
  • 3.2Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 4.0KANDUNGAN ISI
  • 4.1Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.2Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.3Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
  • 5.0KANDUNGAN ISI
  • 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
  • 5.2 Simbol Konsonan
  • 5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop.1. bibir. 5 . seperti lidah. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran. iaitu fonetik artikulasi. dan sebagainya. lelangit lembut. Dua cabang lagi. lelangit keras. 1.Dari ketiga-tiga cabang ini.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. anak tekak. fonetik akustik dan fonetik auditori.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. 1. frekuensi dan amplitud.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).1. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. 1. Selain itu.1.

dan fonetik auditori. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . 2. Aziz. menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Input kepada kajian linguistik tinggi. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. fonetik akustik. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. (Siti Hajar Abd. 2008: 90) 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. 1. Banding beza bahan tersebut. iaitu morfologi dan sintaksis. Asas kepada kajian fonologi.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Dapat merumuskan.

Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. sintaksis dan semantik. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . dan kosa kata. tatabahasa. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi. Menurut Awang Sariyan (2004). Bahasa baku ialah bahasa standard. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh.1999). morfologi. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Kini. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. Penggiat bahasa risau. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. dengan asas yang padu dan kukuh ini.

supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. ii. iv. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). dan laras bahasa. Secara khusus.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. iii. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). sistem ejaan. dan tidak ada huruf yang senyap”. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. ahli. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 . untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.

Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. tertutup. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . di tengah atau di akhir kata. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.

Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. KVK + KVK. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. KVK . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV . sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. KV + KV . Indonesia dan Inggeris 10 .

Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab . Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. seperti khatib. vi. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. kebosanan. kekecualian. iii. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. sama ada ayat penyata biasa. seperti kegembiraan. kekejutan. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. 2. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. 12 . keakraban. Ada beberapa fungsi intonasi. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Antaranya: i. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. penjual ubat atau sarjan tentera. ayat perintah. v. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. ii. kemarahan. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. positif atau negatif dan seumpamanya. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. ayat tanya. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. 3 dan 4. iv.

lẼnd] [sun.go. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.dé.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.vi.nia her.san] [bos. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.na] [pyong.gun] 13 .ros but.la.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.wéi le.sen man.la] [lim kéng yék] [but.rul éh.mad hat.ham.ros gha.ngor da.ze.yang] [niu zi.

nan mul. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.nés.ti ték.dia] atau [a.nan mul.mé.ngi.ver.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.si peng.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Scientific and Cultural Organization) [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.gén. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.lé.mé.la.no.di.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.lé.ti. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.ra] [ra.bi.ko] atau (United Nations Educational. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu.syen me.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .te.sia] [u.lé.sia] [a.gén.la.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.di.vi.si.ké.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.si pe.gi me.él. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.mi.lo. Öik.pu.ké.ni.ti.dio té.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Agensi Penerbitan Nusantara. Awang Sariyan. (1982).o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi. (1977). (1988).ti. Ilmu Fonetik dan Linguistik.él. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 . Sebutan Baku Bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 .

tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. iaitu mengunyah makanan. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. gusi. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah). bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. 2.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. gigi. lelangit keras dan lelangit lembut. 2. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. gusi. lelangit keras dan lelangit lembut. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Oleh itu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. menelan dan menghembus nafas. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. 17 . iaitu lidah.

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Lelangit keras 7. Lidah 10. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. Gigi bawah 5. lidah.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. Gigi atas 4. Gusi 6. Epiglotis 11. Bibir atas 2. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. anak tekak.2: Alat-Alat Artikulasi 2. Tenggorok Rajah 2. Pita suara 12. Huruf-huruf tersebut ialah a. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. Lelangit lembut 8. iaitu tinggi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Rongga mulut 15. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. separuh 18 . e. i. Anak tekak 9. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Rongga tekak 13. Bibir bawah 3. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. Rongga hidung 14. separuh tinggi. o.

bibir terhampar. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: D epan ham par T in g g s e m p it) (i i S e p a ru h tin g g i e (s e p a r u h s e m p it) S e p a r u h r e n dε h a ( s e p a r u h lu a s ) R e n d a(lu a s )a h T engah n e u tr a l B e la k a n g bundar u  o  Rajah 2. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. hampar dan bundar. seperti beg dan bos. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. iaitu [ε] dan []. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. separuh sempit. u. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. o. bibir bundar 19 . Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris.3: Bahagian Lidah Seterusnya. a. iaitu depan. iaitu [i. iaitu neutral. iaitu sempit. separuh luas dan luas. e.

4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan.___________________________ x.___________________________ vi.______________________________ xii. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa._______________________________ xi.___________________________ v.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.__________________________ ix.___________________________ 20 ._______________________________ iii.______________________________ iv. berdasarkan rajah di bawah._______________________________ ii. i.__________________________ viii.______________________________ vii.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rencana Linguistik. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Abdullah Hassan. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Mardian Shah Omar (2006). (1980). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. (1982). Indirawati Zahid. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3. Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.0 KANDUNGAN ISI 22 .1: Kerangka Tajuk 3 3.

jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. [au] dan [oi]. menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. dan [au] dalam [pulau] pulau?. 3. [ai] dalam [pandai] pandai. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. gigi-gusi. 2006:42). Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong. mengenai (Abdullah Hassan. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. anak tekak dan lain-lain. lelangit keras. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya.2006:44). letusan. 3.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa. iaitu [ai]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #].1997:63). sama ada letupan. seperti dua bibir. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. geseran dan sebagainya. sengauan.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . 3. lelangit lembut. [# panau #] dan [# amboi #].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi.

iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. malaran dan getaran. letusan. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. [ai] dalam [pantai]. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). lelangit lembut atau pita suara. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. anda juga perlu mengetahui bahawa. (iii) diftong menurun. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. [oi] dalam [sepoi] sepoi. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. sengauan.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. sisian. dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau. Bunyi Letupan 24 . [ai] dalam [pandai] pandai. geseran. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. lelangit keras.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa.

Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. []. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. Ini menghasilkan bunyi [l]. iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. dan []. **bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. 25 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu] [kad] [kata] * [garau] [bεg] ** [ana] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. [n]. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). geseran (frikatif) dan malaran. manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat).

dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [] [aa] [buja] [] [ai] * *Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . [v]. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. [s]. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. iaitu [r]. dan [h]. [š]. [z]. Untuk menghasilkan bunyi malaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis.

Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. dan [maaf] ‘maaf’. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. [f]. [r]. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. dan [univərsiti] ‘universiti’. [n]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. [vərsi] ‘versi’. [hafal] ‘hafal’. (iv) Geseran gigi bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Perbezaannya ialah. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. [k]. [w]. Contoh sebutan: [vkal] ‘vokal’. (iii) Geseran gigi tak bersuara. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. [d]. [s]. seperti bunyi [p]. [g]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. [t]. 27 . [m]. seperti bunyi [b]. pita suara tidak digetarkan. dan [h]. [l].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vεn] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. dan [y]. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara.

Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44). [axbar] ‘akhbar’. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). Perbezaannya ialah. dan [bale] ‘baligh’. [iθnen] ‘Isnin’ (Ithnin). Contoh sebutan: [aeb] ‘ghaib’.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Contoh sebutan: [θalaθa] ‘Selasa’ (thalatha). Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah. dan [axer] ‘akhir’. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. Akhirnya. [loat] ‘loghat’. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. dan [hadeθ] ‘hadis’ (hadith). 28 .

Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. LATIHAN 1. BAHAN BACAAN 29 . Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari.

Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Lutfi Abas. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. (2006). (1977). Asmah Hj Omar. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. (1980). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Indirawati Zahid. Mardian Shah Omar (2006).Bhd. (1975). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1985). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997). Raminah Sabran dan Rahim Syam. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Marzukhi Nyak Abdullah.

Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. PINJAMAN. konsonan dan diftong. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. iaitu konsonan asal. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. pinjaman. gandingan dan rangkap. pinjaman. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal. gandingan dan rangkap.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi.2006:44).1 Definisi Huruf Vokal. 4. Rajah 4.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. 4. iaitu konsonan asal. iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. jenis-jenis huruf vokal. iaitu huruf a. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. pinjaman. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. e pepet. e taling dan o. Seperti yang telah dipelajari. i. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. 1977:42). hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal. Dengan perkataan lain. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. u. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan . Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.dah] [naf.la] [pa.pat] [sa..lik] [bo.kir] [ga.zal] [har.ham] [syi.ran] .duk] Rajah 4.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.la] [ca.kah] [nge.lai] [ma.lem] [yu.rik] [ta.ri] [nya.tol] [du.da] [fa.3 di bawah.tat] [da.par] [qa.ri] [ra.rat] [la. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.bus] [gha.la] [ka.di] [khai.jam] [vi.lak] [bi.mak] [se.ga] [ja.ga] [ka. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.da] [sé.rus] [wa.jah] [zi.

tai] [pu. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.pin] Rajah 4. Pinjaman. letusan.lau] [se. 34 . Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan.5 di bawah. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh. 2006). iaitu ai. gandingan dan rangkap. getaran. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. sisian. iaitu letupan.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. Daripada segi cara sebutan. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 Konsonan Asal. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. sengauan dan separuh vokal.poi] Rajah 4. geseran. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.4 di bawah. pinjaman.al.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4.

digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. Selain itu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan KerasLelangit Gusi-L Keras Lelangit Lembut Gusi Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6  h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal Tidak Bersuara Bersuara Tidak Bersuara Bersuara Bersuara Tidak Bersuara Bersuara Bersuara Bersuara Bersuara w p b 2 t d 3 4 5 k g č m f v r l y n j  s z Š  x Rajah 4. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na. huruf ‘i (‘ilmu). ‘u (‘umur) digugurkan. sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. 35 . ‘a (‘alam). Sa’odah.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Pada tempat lain. digantikan dengan huruf k menjadi makna. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. skuasy. Ejaan nama seperti ‘Abdullah.

ch. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. (Abdullah Hassan. ng. dz menjadi z. iaitu empat kekal. ny dan ng. dz. dh dan th. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. 36 . AKTIVITI Secara berpasangan. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. 2006:95-96). dh menjadi d dan th menjadi s. iaitu kh. sh.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. Akan tetapi. bunyi sebutannya tetap sama. Namun. ny. manakala satu berubah satu huruf. iaitu ch menjadi c. Selain itu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. walaupun huruf berubah. iaitu kh. Sebenarnya jika anda peka. gh. gh.

Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j   h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6  1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal b w b b 2 t d 3 4 l 37 .

Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Mardian Shah Omar (2006). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (2006). Tatabahasa Dewan. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Nik Safiah Karim et. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. (2006). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. 38 . Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lutfi Abas. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan.Bhd.Bhd. Indirawati Zahid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1975). (1980). Marzukhi Nyak Abdullah.al. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Abdullah Hassan. (1985).

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. simbol konsonan. anda seharusnya dapat: 1. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 . 2.

berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). simbol konsonan rangkap.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 . simbol konsonan. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. Untuk mencapai tujuan tersebut.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. dan simbol diftong. 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu. [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5. 2.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k]. 41 . [/]. dan 3.

4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ] [ð] [x] Rajah 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. Agensi Penerbitan Nusantara. Linguistik Pengenalan. 2005. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Secara individu. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. (1982).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->