PENGUDARAAN DAN ALIR UDARA DI DALAM BANGUNAN SERTA PERMASALAHANNYA.

oleh Dr.Abdul Majid Ismail

2.0 PENGENALAN
Di dalam negara yang beriklim panas-lembap tropika seperti negara kita, tiupan angin atau alir udara diperlukan untuk mempercepatkan peroses sejatan supaya ketidakselesaan oleh kelekitan kulit dapat dikurangkan. Proses ini sahajalah yang didapati amat berkesan untuk memberi keselesaan kepada kulit di samping penurunan suhu udara yang kerap kali amat sukar untuk dipenuhi sekiranya kita bergantung kepada kaedah semulajadi tanpa bantuan alat-alat mekanikal seperti pendingin hawa. Pengudaraan dan alir udara untuk sesebuah bangunan perlu disediakan sama ada secara semulajadi atau secara mekanikal. Perkara ini jelas diperuntukkan di dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) yang menghendaki bukaan-bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Perkara 39(1) hingga (4), 40(1) dan (2) dan 41 (1) hingga (4) di dalam undang-undang kecil ini lazimnya dikuatkuasakan oleh penguasa-pengusa tempatan terhadap pelanpelan bangunan yang baru sebagai salah satu syarat kelulusan. Di dalam hal ini kita jarang sekali mempersoalkan sama ada peruntukan yang disediakan di dalam pelan itu pada akhirnya benar-benar dimanfaatkan oleh penghuninya ataupun sebaliknya. Kita seringkali bertembung dengan beberapa kes yang melibatkan pengubahsuaian bangunan diluar kawalan, seumpama penutupan secara kekal telaga udara "air-wells" pada rumah-rumah teres yang pada asalnya diperuntukkan untuk tujuan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi. Di dalam kes untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan, terdapat juga kes pelepasan peruntukan untuk mematuhi perkara 39 dan 40, hanya dengan menuliskan di atas pelan bangunan perkataan "penghawa dingin akan digunakan". walhal setelah bangunan siap dan diduduki tiada sebarang alat penghawa dingin dipasang dan kalau dipasang sekalipun hanya seketika sahaja iaitu sewaktu pemeriksaan untuk sijil menduduki sedang dilakukan. Contoh kes-kes diatas menggambarkan bahawa penguatkuasaan tidak akan berkesan tanpa kefahaman terhadap kepentingan setiap peruntukan undang-undang yang berkaitan oleh orang ramai. Untuk menghargai peruntukan-peruntukan bukaan bangunan yang minimum sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang kecil bangunan seragam, kita perlu meneliti beberapa perkara asas yang berhubungkait dengan diri kita daripada segi kesihatan dan keselesaan. Penyediaan bukaan pada bangunan sama ada dalam bentuk telaga udara, tingkap, kekisi dan elemen-elemen dekoratif untuk tujuan pengudaraan sebenarnya mempunyai kesan secara langsung dari segi fisiologi khususnya di dalam hal kebersihan dan pergerakan udara di dalam bangunan. Secara tidak langsung pengudaraan juga mepengaruhi suhu dan kelembapan udara di dalam ruang ataupun pada permukaan dinding bilik. Sebenarnya peruntukan penyediaan bukaan minimum sebagaimana yang termaktub di dalam undang-undang kecil bangunan ini masih lagi tidak mencukupi sekiranya tahap keselesaan sebenar ingin dicapai, khususnya didalam iklim panas lembap tropika seperti negara kita. Garispanduan rekabentuk berteraskan iklim menghendaki luas bukaan pada bangunan di sekitar 40% hingga 80% daripada luas dinding. Undang-undang kecil bangunan seragam pula hanya menghendaki bukaan seluas 10% hingga 20% daripada keluasan lantai. Nyatalah bahawa bukaan yang lebih besar diperlukan untuk pengudaraan semulajadi yang lebih berkesan, bukan sebaliknya iaitu mengecilkan bukaan hingga ketahap kritikal dan memudaratkan. Rajah (1) menggambarkan contoh bukaan tingkap pada rumah tradisional yang lazimnya memiliki bukaan boleh tutup dan juga bukaan kekal yang terdiri daripada elemen dekoratif di bahagian atas tingkap.

Oleh itu sekiranya kehendak-kehendak ini tidak dipatuhi. perkara-perkara negatif yang mengancam kesihatan seperti sesak nafas.2 Pengudaraan untuk keselesaan terma Kandungan kelembapan udara dan panas matahari yang sentiasa tinggi menyebabkan kulit kita sentiasa terasa lekit dan tidak selesa.Rajah (1) Elemen-elemen dekoratif yang berfungsi sebagai bukaan kekal untuk alirudara semulajadi 3. Kegagalan kita untuk menilai perkara ini akan menyebabkan kita mengambil ringan kehendak-kehendak asas rekabentuk bangunan yang sensitif kepada iklim dan dapat memberi keselesaan kepada penghuninya. iaitu menukarkan udara terpakai dengan udara bersih. Secara mudah kehendak ini bermaksud membekalkan oksigen dengan secukupnya untuk pernafasan dan aktiviti-aktiviti lain. sekiranya sebuah ruang dapur tidak mempunyai lubang udara.1 Pengudaraan untuk memenuhi keperluan kesihatan Keperluan asas ini perlu dipenuhi tanpa sebarang pengecualian. Oleh itu penentuan awal iaitu semasa peringkat rekabentuk perlukan penelitian yang mendalam . b) Untuk menghasilkan keselesaan terma . Sebagai contoh. Kadar aliran dan kelajuan udara pula dipengaruhi oleh geometri ruang dan lokasi bukaan. c) Untuk menyejukkan struktur bangunan apabila berlaku keadaan suhu didalam ruang bangunan meningkat lebih tinggi daripada suhu di luar bangunan. Syarat-syarat minimum seperti yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 adalah untuk memenuhi fungsi kesihatan ini. bekalan udara yang cukup kelajuan dan kadar tukarannya adalah diperlukan. 3.ia mestilah dilengkapi dengan peralatan pengudaraan mekanikal lain yang berupaya mengurangkan kandungan karbondioksid dan hasil pembakaran lain dibawah paras bahaya. Berikut ialah peranan-peranan yang asas pengudaraan dan alir udara didalam bangunan: a) Untuk memenuhi kehendak kesihatan iaitu mengekalkan kualiti udara di dalam bangunan di atas satu paras minimum. Suasana tidak nyaman ini kerapkali berlaku pada waktu malam atau waktu hujan apabila penghuni menutup semua tingkap dan tidak terdapat bukaan kekal diperuntukkan pada dinding atau bumbung bangunan. iaitu untuk menambahkan kehilangan haba badan dan mengurangkan ketidakselasaan oleh kulit yang lembab dan lekit. Di dalam hal menyediakan keadaan terma yang selesa iaitu mencegah ketidakselesaan yang disebabkan oleh kepanasan dan kelekitan kulit ini. 3. serta untuk mencegah kenaikan kadar kandungan karbondioksid dan bau yang tidak diingini. Keadaan ini mesti dipatuhi dalam sebarang situasi dan rekabentuk.0 PERANAN PENGUDARAAN DAN ALIR-UDARA Kita perlu memahami peranan atau fungsi pengudaraan dan alir udara terlebih dahulu sebelum kita dapat menghargai betapa pentingnya peruntukan bukaan kepada bangunan yang sewajarnya dipatuhi. rasa terpengap dan bau yang tidak di ingini sentiasa mengganggu hidung akan dialami oleh penghuninya. Fenomena iklim panas lembap ini hanya boleh diredakan dengan meniupkan angin untuk mempercepatkan proses sejatan pada kulit.

Mekanisme ini dapat memenuhi keperluan kesihatan tetapi tidak berupaya meyebabkan udara bergerak laju untuk memenuhi keperluan keselesaan terma. Oleh itu sekiranya sesebuah bangunan tidak berpengudaraan. Terdapat perhubungan terus di antara purata suhu permukaan luar dan dalam.3 Pengudaraan untuk penyejukan struktur Udara sebenarnya memiliki kapasiti terma yang rendah. Syarat-syarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyediakan tukaran udara bersih secara semula jadi berlaku tanpa gangguan sepertimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam. 4. 3. Di Pulau Pinang.supaya perkara. iaitu ia dipengaruhi pula oleh warna dinding luar bangunan berkenaan. udara akan mengalir keluar pada bahagian atas bukaan yang disebabkan oleh tekanan yang lebih tinggi terbentuk pada bahagian atas ruang bangunan. satu pada bahagian atas dan satu lagi pada bahagian bawah dinding. suhu udaranya tetap berada pada aras suhu permukaan dalam. Terdapat dua bentuk tekanan yang akan menyebabkan aliran ini berlaku iaitu: a) Tekanan terma iaitu cerunan suhu antara bahagian luar dan dalam bangunan. b) Tekanan angin yang akan mangalirkan angin luaran kedalam bangunan. Suhu permukaan dalam pula berubah mengikut purata suhu permukaan luar. Matlamat rekabentuk kita mestilah memafaatkan angin yang sedia ada dengan memasukkannya kedalam bangunan serta melengkapkan bangunan dengan kaedah bantuan sekiranya angin tidak diperolehi. . 4. Majlis Perbandaran Pulau Pinang biasanya mensyaratkan bangunan dilengkapi dengan serombong asap pada bahagian dapur kecuali dapur gas digunakan dan semua telaga udara tidak dibenarkan ditutup samasekali kecuali dengan penutup boleh ubah dan bumbung bertingkat yang berbukaan kekal (sila rujuk Rajah 2). Suhu lazimnya meningkat sekiranya warna digelapkan. maka perbezaan ketumpatan juga berlaku dan menyebabkan cerunan tekanan udara secara menegak terbentuk.perkara ini dapat diterapkan dan bukan sekadar agakan yang kurang tepat. Oleh itu kaedah-kaedah yang innovetif perlu difikirkan agar keselesaan masih dapat dikekalkan walaupun kesan keikliman meningkat menjadi lebih kritikal khususnya pada waktu tengah hari dan lewat petang. Oleh itu suhu adara didalam bangunan terbukti dipengaruhi oleh ciri-ciri komponen binaan atau struktur banguanan.1 Tekanan terma Apabila purata suhu udara di luar dan di dalam bangunan adalah berbeza. Sementara itu tekanan rendah terbentuk pada bahagian bawah yang menyebabkan udara sejuk mengalir masuk kedalam bangunan. telah terbukti bahawa kesan penyejukan oleh pengudaraan sememangnya bergantung kepada perbezaan suhu luar dan dalam bangunan. Hasil daripada beberapa penyelidikan. rintangan terma dan julat suhu permukaan luar bangunan.0 MEKANISME PENGUDARAN DAN ALIR UDARA Udara akan mengalir atau bergerak melalui sebuah bangunan hanya sekiranya terdapat perbezaan tekanan. Sekiranya suhu didalam lebih tinggi dan dua bukaan disediakan. Tahap ketinggian turun-naik suhu ini pula ditentukan oleh kapasiti terma. Pengudaraan berupaya menurunkan suhu pada bahagian luar bangunan dan seterusnya mengakibatkan penurunan suhu bahagian dalam dan suhu udara yang terkandung di dalamnya. Peranan ini perlu diambilkira khususnya bagi penurunan suhu bumbung dan ruang loteng bangunan. Perlu juga diingat bahawa kelajuan udara untuk keselesaan perlu bertambah apabila suhu semakin meningkat.

Rajah 3: Penerapan kosep isipadu berganda ( Tekanan terma menjadi lebih berkesan apabila perbezaan tingginya lebih besar) Satu lagi cotoh penerapan pengalirkan udara secara tekanan terma ialah menerusi prinsip peneduhan dengan menggunakan elemen landskap. Udara panas dari dapur akan bergerak keatas dengan lebih berkesan oleh kesan isipadu berganda dan keluar menerusi rongga di puncak bumbung. konsep "split level" dan isipadu berganda dapat diterapkan dalam rekabentuk rumah kediaman untuk memastikan kesan yang optimum terhadap pertukaran udara. Rajah 3 menggambarkan bagaimana dapur berperanan sebagai sumber udara panas di dalam sebuah rumah diterapkan dengan konsep isipadu berganda untuk menghasilkan kesan tekanan terma yang lebih berkesan. Rajah (4a) menggambarkan peneduhan dan pengudaraan secara terus iaitu pohon-pohon yang rimbun meneduhi bumbung rumah supaya panas matahari dapat dikurangkan. Rajah (4b) pula menggambarkan bagaimana udara sejuk daripada rimbunan pohon-pohon yang berada berhampiran dengan rumah dapat disedut kedalam rumah secara tidak langsung dengan kaedah tekanan terma. Prinsip rekabentuk ini sebenarnya lebih berkesan daripada rekabentuk lazim yang meletakan dapur pada tingkat bawah dan mengharapkan tukaran udara berlaku menerusi bukaan pada tingkat bawah sahaja.Rajah 2: Telaga udara boleh ditutup dengan bumbung bertingkat Prinsip tukaran udara menerusi tekanan terma dapat berfungsi dengan lebih aktif lagi sekiranya ketinggian rumah yang lebih dapat diadakan dengan bukaan pada bahagian teratas dan terbawah sekali. Rajah 4a: Penyejukan secara terus . Seterusnya udara sejuk akan mengalir masuk melalui ruang tamu ke ruang dapur oleh proses perolakan. Sebagai contoh.

Rajah 4: Fenomena tekanan angin Disamping perubahan arah dan kelajuan. Salah satu kesan sampingan ini ialah kesan sedutan dan aliran undur yang juga berupaya mengalirkan angin pada arah yang bertentangan tetapi memiliki kelajuan yang bersesuaian untuk keselesaan. kesan sedutan oleh aliran undur menjadi lebih aktif lagi. Sekiranya terdapat bukaan pada kedua-dua bahagian bangunan ini. Bahagian bangunan yang menghadap arah angin akan mengalami tekanan dan bahagian yang membelakangi arah angin akan mengalami kesan sedutan. Rajah 5a: Bangunan tinggi berada di belakang deretan rumah-rumah .Rajah 4b: Penyejukan secara tidak langsung 4. alirannya yang lurus akan terpecah-pecah dan terlencong keatas dan kesisi bangunan berkenaan. kesan-kesan sampingan lain juga akan terjadi apabila angin menghadapi halangan.2: Tekanan angin Salah satu sumber pengudaraan semulajadi ialah tiupan angin yang bertiup dengan kelajuan dan arah yang tertentu. angin akan mengalir masuk menerusi ruang dalam bangunan (sila rujuk rajah 4). Rajah 5b pula menggambarkan sekiranya bangunan tinggi ini berada di hadapan. Apabila angin bertiup kearah sebuah bangunan. Kesan negatif ini sebenarnya dapat dimanfaatkan untuk tujuan pengudaraan di dalam bangunan. Rajah 5a menunjukkan bagaimana sebuah bangunan tinggi yang diletakkan dibahagian belakang deretan rumah menyebabkan aliran undur terjadi.

Taburan tekanan disekeliling bangunan b. tekanan terma dan tekanan angin kerap bertindak bersama untuk menghasilkan alir udara dan pengudaraan didalam bangunan. Sebagai contoh. Kaedah ini sebenarnya akan menjadi lebih berkesan sekiranya saloran ventilasi boleh diadakan untuk bangunan bertingkat dengan mengambil kira ketinggian keseluruhan atau sebahagian bangunan ini. objek-objek tiga dimensi seperti bangunan dan tembok akan menyebabkan taburan tekanan di sekeliling dan di luar bangunan berubah atau menyebabkan arah asal angin utama melencong. Untuk bangunan kediaman. kecuali tandas dan bilik air yang mempunyai paip pengudaraannya sendiri. Apabila keadaan agak panas. kuasa terma terlalu rendah untuk menghasilkan aliran udara yang berkesan.3: Kesan campuran Dalam keadaan sebenar. perbezaan tingginya terlalu kecil iaitu disekitar 2 meter sahaja. Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi corak aliran udara di dalam sesebuah bilik: a. rumah tradisonal Melayu kerap menerapkan bukaan tingkap yang memanjang hingga keparas lantai dan tiada bersiling supaya ketinggiannya menjadi optimum. . sementara aliran oleh kuasa terma hanya tertumpu di bahagian yang berhampiran dengan bukaan sahaja. Kuasa terma yang membentuk aliran udara dengan perbezaan tekanan sahaja menghasilkan aliran dengan kelajuan yang rendah. Oleh yang demikian udara panas akan naik dan terus keluar pada bahagian tebar layar dipuncak bumbung. menyebabkan keberkesanannya kurang nyata.Rajah 5b: Aliran undur oleh halangan dihadapan 4. Inersia udara yang bergerak. alir udara yang lebih berkesan daripada segi tukaran udara dan kelajuan akan dapat di hasilkan. Sebagai contoh pohon-pohon yang sederhana rimbunnya boleh ditanam pada jarak yang sesuai supaya angin akan tertumpu pada arah yang dikehendaki (sila rujuk rajah 6). Pengudaraan oleh kuasa terma bergantung kepada hasil perbezaan suhu di dalam dan di luar bangunan serta perbezaan tinggi diantara bukaan yang teratas dan terbawah. 5. Sekiranya kedua-dua makanisme ini dapat dikawal menerusi perincian rekabentuk yang tepat dan dibenarkan bertindak bersama. Aliran udara yang dihasilkan oleh tekanan angin akan mengalirkan angin hampir keseluruh ruangan bilik. Angin pula akan bertiup merentasi ruang rumah tanpa halangan.0 FAKTOR REKABENTUK YANG MEMPENGARUHI ALIRAN UDARA Untuk menghasilkan taburan aliran udara yang berkesan di dalam sesebuah ruang faktor-faktor yang mempengaruhinya perlulah diteliti terlebih dahulu. Kelajuan udara juga boleh ditingkatkan sekiranya angin dibenarkan menumpu melalui dua deretan pokok-pokok sebelum masuk kedalam bangunan (sila rujuk rajah 7). Keadaan topografi.tumbuh-tumbuhan. Kedua-dua kaedah ini saling bantu membantu untuk menghasilkan pengudaraan semulajadi yang paling berkesan. Oleh itu objek-objek seperti tembok dan tumbuh-tumbuhan boleh diterapkan untuk memperbaiki taburan dan arah atau sebaliknya.

aliran udara tidak akan berlaku di dalam bangunan. Walaubagaimanapun pengudaraan rentas masih boleh berlaku dengan menyediakan dua bukaan pada sisi yang sama dengan syarat aliran angin pada arah oblik. c.sekatan di dalam ruang akan menjadi penghalang terus aliran angin. Ukuran tingkap Sekiranya sebuah bilik itu mempunyai bukaan masuk dan keluar dengan pengudaraan rentas yang baik. Pengudaraan yang lebih baik dicapai apabila aliran udara bertukar arah di dalam bilik daripada aliran yang terus menerus daripada lubang masuk ke lubang keluar. terdapat juga faktor-faktor geometri yang boleh dikawal oleh perekebentuk serta berupaya menentukan corak dan juga kelajuan angin didalam ruang. Sebenarnya . Dengan memperbesarkan bukaan masuk dan keluar secara serentak. Penemuan-penemuan ini amat berfaedah kerana dapat membantu para perekabentuk dari terus terkonkong oleh andaian secara teori yang memerlukan arah angin mestilah menghala tepat kearah dinding dan sekatan. Oleh itu orientasi untuk kemasukan angin adalah lebih fleksibel daripada orientasi untuk haba matahari yang agak spesifik dan sekatan boleh diadakan tetapi mestilah dapat menghasilkan pengudaraan yang baik. Pengudaraan rentas Pengudaraan rentas dapat dipenuhi dengan menghubungkan ruang pada bahagian sedutan dan tekanan angin.Rajah 6: Pelencungan angin oleh pohon-pohon Rajah 7: Kesan penumpuan untuk meningkatkan kelajuan Disamping dua faktor yang tersebut di atas. Sekiranya sais tingkap bilik berbeza-beza. Lazimnya bukaan pada dua sisi dinding yang bertentangan diperlukan untuk membolehkan keadaan ini berlaku. b. angin pada arah 45 darjah kepada lubang masuk akan bertindak memenuhi seluruh bilik dengan peningkatan kelajuan pada sisi dinding dan pada penjuru bilik. Berikut ialah faktor yang berkenaan: a. Sekiranya angin datang pada arah 90 darjah tepat kepada dinding. kelajuan udaranya juga akan bertambah. kelajuan udaranya boleh dikawal dengan menambahkan sais tingkapnya. Tetapi di dalam keadaan sebenar. kelajuan udara yang lebih tinggi boleh diperolehi dengan sais bukaan keluar yang lebih besar daripada bukaan masuk. kita mungkin tidak dapat menyediakan bukaan pada sisi yang bertentangan kerana susunan bilik yang tidak mengizinkannya. Orientasi tingkap Berdasarkan kepada beberapa kajian. Keadaan ini boleh dimanfaatkan di dalam rekabentuk bangunan khususnya di dalam mempelbagaikan rekabentuk fasad disamping memenuhi keperluan pengudaraannya.

Rajah 10: Susunan bilik yang optimum . Oleh itu pilihan yang paling baik dapat dibuat berdasarkan kepada keperluan. tingkap "nako" yang mempunyai bilah-bilah pepisau boleh laras berupaya menyalorkan angin pada arah yang dikehendaki hanya dengan mengubah bilah-bilah pepisaunya (sila rujuk rajah 9). Ketinggian ambang tingkap akan menentukan samaada angin akan bertiup pada zon kediaman atau sebaliknya. Masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan bilik yang lebih besar menghadap arah angin dan bilik yang lebih kecil pada bahagian belakangnya ( sila rujuk rajah 10).pengudaraan yang lebih baik dapat dicapai dengan melengkapkan kedua-dua tingkap dengan unjuran menegak (sila rujuk rajah 8). kerana ia akan menentukan corak aliran angin yang akan masuk ke dalam bilik. Sekiranya ambang tingkap terlalu tinggi. Lokasi tingkap secara menegak Kedudukan tingkap pada kedudukan menegak dan rekabentuk bukaan masuk adalah lebih kritikal daripada bukaan keluar. Begitu juga tingkap yang berbagai jenis berupaya mempengaruhi aliran angin di dalam bangunan. Sebagai contoh. Kesimpulannya. d. sudah tentulah angin tidak akan bertiup pada bahagian kepala sahaja dan begitulah sebaliknya. Rajah 9: Aliran dilaraskan oleh tingkap boleh laras e. perubahan yang menggalakkan masih dapat dicapai oleh bangunan yang memiliki satu bahagian dinding luar seumpama bangunan pejabat atau bilik-bilik darjah. pengudaraan untuk setiap bilik lazimnya bergantung bilik-bilik yang lainnya. dengan syarat aliran angin mestilah pada arah oblik di antara 20-30 darjah dan bukaan ditambah dengan unjuran menegak tetapi tidak terlalu panjang sehingga mengganggu aliran tingkap yang satu lagi. Rajah 8: Memperbaiki pengudaraan rentas bukaan pada satu sisi.Sekatan dan pembahagian ruang dalaman Apabila lebar bangunan melebihi lebar sebuah bilik.

Rujukan 1. jarak bangunan. Kefahaman terhadap peranan bukaan (tingkap. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. persamaan dan perbezaan sais. Faktor-faktor seperti sais. taburan dan pembahagian tempat lapang dan taman mempengaruhi aliran angin. S V Szokolay. Housing Climate and Comfort.Ltd. Seperti yang telah disentuh di dalam bahagian 4. Van Nostrand Reinhold Co. keratan. 2. Evans M. Kita sepatutnya memperbaiki dan meperluaskan kefungsian bukaan secara kreatif dan bijaksana untuk memakmurkan dan memanjangkan hayat bangunan. Peruntukan bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan pengudaraan secara semulajadi telah pun tersedia sepertimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984. pengawalan sinar matahari. England.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada penjelasan yang telah diberikan. jalan dan tempat permainan. Oleh itu adalah penting untuk menanamkan kefahaman dan peri pentingnya asas-asas prinsip pengudaraan secara menyeluruh di dalam aspek perancangan bandar dan wilayah supaya penerapan elemenelemen perancangan tidak bercanggah dengan keperluan keselesaan manusia dan seluruh penghuni alam. Seterusnya keseluruhan elemen-elemen landskap yang dapat membantu memberi keselesaan menerusi pengudaraan secara semulajadi juga perlu disepadukan. H J Cowan & P R Smith (1983). Environmental Systems. tinggi. hujan.dan ciri-ciri lain adalah di dalam kawalan perekabentuk. Perancangan bandar mempengaruhi faktor-faktor persekitaran yang penting kepada keselesaan manusia. kehaziran dan kelajuannya dipengaruhi oleh keadaan persekitan yang sebahagian besarnya ditentukan pada tahap yang lebih asas iaitu di tahap perancangan lagi. The Construction Press Ltd. debu di luar bangunan dan keadaan pengudaraan di dalam dan di luar bangunan. (1980). perlu diterapkan dari peringkat awal lagi iaitu semasa diperingkat rekabentuk bangunan. (1980). Environmental Science Handbook. 3. terutamanya cahaya matahari. pengzonan. kedudukan bukaan. pintu dan bukaan-bukaan kekal lain) pada bangunan khususnya di dalam menyediakan alir-udara secara semulajadi dan kaitannya dengan kesihatan dan keselesaan penghuni serta penyejukan ruang dalamam sesebuah bangunan akan dapat menginsafkan kita agar sentiasa mematuhi kehendak (UBBL) dan kehendak-kehendak penguasa tempatan. pengudaraan perlu diadakan didalam bangunan samaada secara semulajadi atau mekanikal. Matlamat perancangan bandar di kawasan yang beriklim panas lembap tropika ialah mengioptimumkan pengudaraan semulajadi serta memaksimumkan kawalan peneduhan matahari kepada bangunan. . Ketinggian sesuatu struktur merentasi keratan bandar. 7. Oleh itu kawalan angin serta hujan yang khusus amat perlu untuk keselesaan penduduk di sesebuah daerah. 4.6. Sesebuah bangunan yang lebih tinggi daripada bangunan di sekitarnya boleh mengubah corak aliran angin disekitar bahagian bawah bangunan. New York.0 PENGUDARAAN DAN PERANCANGAN BANDAR Pengudaraan semulajadi bergantung sepenuhnya kepada angin yang sedia ada. peneduhan. The Architectural Press Ltd. Warta Kerajaan Malaysia. London. Disamping itu faktor-faktor luaran yang terangkum di dalam aspek perancangan bandar seperti susunatur. kawasan terbuka dan sebagainya juga perlu pertimbangan awal agar tiupan angin dapat dimanfaatkan. (1985). ketinggian bangunan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful