Psikososial

PJM3117

HUBUNGAN ORIENTASI MATLAMAT TUGASAN (TASK) DAN SEMANGAT BERPASUKAN.
1.0 Pengenalan Mengikut Wann (1997), psikologi sukan ialah satu bidang kajian saintifik yang melibatkan kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif ke atas mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Weinberg dan Gould (1999) pula menjelaskan yang psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Secara ringkasnya, psikologi sukan dapat ditakrifkan sebagai satu bidang kajian tingkahlaku secara saintifik yang berkaitan dengan kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti jasmani terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif seseorang individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam sesuatu aktiviti jasmani. Kejayaan sesuatu pasukan dalam sukan pula adalah berdasarkan kewujudan

semangat berpasukan untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama. Carron (1982), menyatakan bahawa apa yang disebut sebagai semangat berpasukan sebenarnya merupakan ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan. Semangat berpasukan adalah berpunca dari perasaan dipunyai atau tergolong dalam satu kumpulan atau pasukan yang merupakan elemen penting dalam memenuhi keperluan individu pemain sekaligus menyemarakan semangat berpasukan, meningkatkan hubungan sesama pemain, kesetiaan terhadap pasukan, menghormati jurulatih serta meningkatkan pencapaian pasukan. Semangat berpasukan adalah berkaitan dengan kesepaduan pasukan, proses pembentukan sesuatu pasukan, pengukuran pasukan serta kaitan di antara kesepaduan pasukan dan pencapaian pemain dalam sukan. Mengikut penjelasan Carron (1982), kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu dan bersama mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut. Setiap ahli dalam pasukan harus mempunyai orientasi
1

matlamat

tugasan

yang

tinggi

untuk

Psikososial

PJM3117

menyemarakan semangat berpasukan yang mantap bagi mencapai sesuatu kejayaan. Williams (1994), menjelaskan bahawa orientasi matlamat merujuk kepada situasi pencapaian sebagai objektif dan matlamat utama dalam penyertaan sukan dengan menunjukkan tahap kebolehan yang tinggi. Duda (1989), mengatakan bahawa orientasi matlamat tugasan merujuk kepada atlet yang berusaha gigih ke arah mencapai matlamatnya tanpa membandingkan prestasi individu lain, akan berusaha untuk berlatih sehingga menguasai kemahiran, melakukannya dengan seronok khususnya dalam bidang yang sesuai dengan minatnya dan cuba sebaik mungkin untuk mencapai matlamatnya. Dalam proses pembentukan sesebuah pasukan, orientasi matlamat tugasan akan dapat membentuk kesepaduan tugasan dan kesepaduan social kerana semua ahli akan

berusaha untuk mencapai matlamat yang sama tanpa mementingkan kepentingan individu. Kesepaduan tugasan merujuk kepada tahap di mana ahli kumpulan bersamasama berkerja untuk menyelesaiakan masalah atau sesuatu tugasan yang spesifik. Sementara kesepaduan sosial pula merujuk kepada tahap hubungan interpersonal di kalangan ahli kumpulan iaitu pemain akan berkerjasama dengan pemain yang lain atas dasar adanya hubungan kekeluargaan dan hubungan sosial diantara mereka. 2.0 Masalah Yang Dikenalpasti Semangat kerjasama secara berpasukan merupakan elemen yang penting bagi pemain bola jaring kerana kerjasama antara pemain akan mempengaruhi tahap prestasi pemain serta menggambarkan tahap kerja atau intensiti aktiviti yang dijalankan. Latarabelakang dan personaliti setiap pemain bola jaring adalah berbeza walaupun minat terhadap permainan bola jaring adalah sama. Memandangkan permainan bola jaring memerlukan semua pemain bekerjasama bukan sahaja semasa dalam permainan ketika dalam sesuatu perlawanan dalam pertandingan, tetapi juga ketika mengikuti latihan di mana setiap ahli pasukan perlu menghadiri latihan yang kerap mengikut jadual latihan serta menghadapi latihan yang keras dan meletihkan. Pasukan bola jaring bawah 15 tahun SMK Wira Penrissen 2012, terdiri daripada 12 orang pelajar yang terdiri daripada individu bukan sahaja mempunyai personaliti dan
2

Psikososial

PJM3117

latarbelakang sosial berbeza diantara satu sama lain, tetapi mereka juga bermasalah dari aspek kecergasan fizikal, tahap kemahiran yang berbeza-beza, dan kemampuan untuk berhadapan dengan tekanan latihan yang keras dan meletihkan. Melalui permasalahan seperti ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran di dalam periodisasi latihan perlu dirancang dengan sistematik supaya para pelajar bukan sahaja dapat menunjukkan perubahan tahap kecergasan fizikal serta kemahiran yang baik untuk menghadapai pertandingan yang akan disertai, tetapi juga perubahan tingkahlaku yang positif khususnya semangat berpasukan yang mantap. Psikologi sukan adalah satu usaha untuk mengaplikasikan fakta-fakta kejiwaan serta prinsip-prinsip pembelajaran, penampilan, dan perilaku manusia yang berkaitan dengan sukan. Fuoss dan Troppmann (1981), menyatakan bahawa seseeorang atlet seharusnya memberikan perhatian terhadap manfaat faktor-faktor kejiwaan, emosi,

dan sosial; dan bukan hanya terhadap faktor-faktor fizikal saja. Cox (2002) pula menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan yang menerapkan prinsip-prinsip psikologi di dalam situasi sukan adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi seseorang dalam suatu kegiatan sukan. 3.0 Huraian Masalah Mengikut Teori pembelajaran 3.1 Pengenalan Semangat berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan sesebuah sukan iaitu pemain dengan pemain dan jurulatih dengan pemain dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan pemain dan jurulatih secara menyeluruh ke atas program dan perlawanan atau kejohanan yang disertai bagi memastikan adanya peningkatan kualiti dari segi “performance” pemain. Membina dan membentuk semangat berpasukan bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada pemain secara individu kerana masalah-masalah dalam pasukan adalah bersifat komplek, melibatkan semua yang terlibat dalam pembentukan pasukan tersebut. Dalam keadaan yang demikian setiap pemain dan jurlatih perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dalam pasukan dapat digemblengkan
3

Psikososial

PJM3117

sepenuhnya disamping semua pihak perlu bertindak secara berpasukan untuk meningkatkan moral pemain dan kepuasan bermain. Pembinaan amalan semangat berpasukan akan secara langsung boleh

mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses pengukuhan pembentukan pasukan iaitu melalui pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai di kalangan pemain dan komunikasi yang lancar di dalam pasukan. Melalui aktiviti-aktiviti penyerapan semangat berpasukan, pemain-pemain

akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sebaya dan keadaan ini akan meningkatkan kebolehan seseorang pemain untuk mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti pasukan yang diinginkan. Dalam suasana perlawanan dalam sesuatu kejohanan, pemain akan mempunyai perasaaan percaya-mempercayai sesama pemain dan ini membolehkan setiap individu merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab mengikut posisi masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusankeputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti. Selain itu, keadaan sperti ini akan memudahkan proses komunikasi di dalam pasukan dan seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan pemain, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi pasukan. 3.2 Sejarah Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04 Disember 1925. Teori pembelajaran sosial Albert Bandura merupakan perluasan dari teori pembelajaran behaviourisme. Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini adalah berdasarkan sebahagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori behaviourisme, tetapi memberi lebih banyak penekanan kepada kesan daripada isyarat-isyarat tingkahlaku, dan proses-proses mental internal. Teori

4

Psikososial

PJM3117

Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura memberikan penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkahlaku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan

(reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu proses peniruan secara langsung seperti cara lontaran aras dada yang ditunjukkan oleh jurulatih dan ditiru berulang kali oleh pemain. Proses peniruan yang kedua ialah melalui sekat lakuan dan tak sekat lakuan iaitu contohnya kemahiran gerakan kaki yang betul tidak perlu ditegur dan pergerakan kaki yang salah yang perlu ditegur. Sementara proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi iaitu peniruan yang timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Dalam pembentukan pasukan, teori pembelajaran social ini menekankan kepada kepentingan pemerhatian dan pemodelan tingkahlaku, sikap dan tindakbalas emosi orang lain. Teori ini memberikan focus kepada pembelajaran melalui pemerhatian dan pemodelan. Dari konteks sosial, teori ini adalah tentang bagaimana kedua-dua factor alam sekitar dan kognitif mempengaruhi pembelajaran tingkahlaku manusia. Ia memberikan tumpuan kepada pembelajaran dan tingkahlaku manusia yang berlaku dalam bentuk pemerhatian, peniruan dan permodelan. Dalam sesebuah pasukan, kemantapan semangat berpasukan adalah berdasarkan orientasi matlamat tugasan setiap pemain yang membentuk pasukan tersebut kerana setiap pemain adalah dari latar belakang sosial dan personaliti yang berbeza. Ini akan menyebabkan komunikasi dan hubungan setia kawan antara pemain agak longgar menyebabkan suasana latihan tidak begitu mesra antara pemain. Ini menyebabkan pretasi latihan untuk membina, meningkat dan mengekalkan prestai para pemain menjadi agak sukar.
5

Psikososial

PJM3117

Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura (1961). Menurut Bandura, individu dipergaruhi oleh keadaan persekitaran mereka dan setiap pemain dalam sesebuah pasukan adalah saling memerlukan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Melalui permerhatian dalam suasana latihan, tumpuan seseorang pemain terhadap tindakan pemain lain dapat membantu pemain tersebut untuk lebih memahami arah pergerakan rakannya untuk menghantar ataupun menerima bola. Dengan merekod dan menyimpan maklumat tingkahlaku yang diperhatikan, diakhir sesi latihan, mengingat kembali apa yang direkod iaitu situasisituasi yang telah berlaku dengan tujuan untuk memotivasikan pemain untuk menghasilkan satu prestasi latihan yang lebih baik dan juga meningkatkan saling memahami dan mempercayai antara satu sama lain untuk meneguhkan semangat berpasukan. Bandura mengatakan individu lebih cenderung meniru gaya atau perlakuan orang lain, berdasarkan kajiannya terhadap patung Bobo yang menfokuskan kepada pola tingkahlaku berhubungkait dengan peniruan tingkahlaku. Dalam keadaan ini, pemain yang kurang didedahkan dengan aktiviti latih tubi dan juga tayangan-tayangan video permaianan semasa yang sebenarnya akan menyebabkan para pemain tidak dapat menunjukkan sikap meniru dan memahami tujuan tingkahlaku yang telah ditiru dalam situasi permainan yang sebenarnya. Selain itu, latihan yang membosankan boleh menyebabkan pemain kurang

bersemangat untuk berlatih bersungguh-sungguh dan boleh menyebabkan pemain berasa tidak puas hati serta berklik dalam sesebuah pasukan. Keadaan seperti ini, boleh menyebabkan melemahkan semangat berpasukan sehingga menyebabkan pemain mengamalkan sikap sambil lewa terhadap latihan yang dilaksanakan. Kesannya, pemain tidak akan ada komunikasi yang baik dan kurang kesepakatan

antara satu sama lain kerana semangat berpasukan adalah rendah menyebabkan matlamat untuk berjaya semasa mengharungi pertandingan tidak dapat dicapai.

6

Psikososial

PJM3117

3.3 Kajian-kajian yang lepas 3.3.1 Kajian Mengenai Orientasi Matlamat Tugasan Orientasi matlamat tugasan yang ada dalam diri setiap pemain sesebuah pasukan adalah faktor penting untuk membentuk semangat berpasukan yang tinggi. Gano Orway (2008) menyatakan bahawa pemain yang menunjukkan orientasi matlamat

tugasan ialah pemain yang dapat menggunakan lebih kawalan kendiri dan kurang mengamalkan strategi pemikiran mudah mengalah jika dibandingkan dengan pemain yang lebih menggunakan strategi orientasi matlamat ego. Van Yperen (1999) pula menjelaskan bahawa pemain yang mempunyai orientasi matlamat tugasan dapat meningkatkan pemerolehan kemahiran sukan serta sentiasa mematuhi arahan jurulatih untuk sepanjang musim latihannya. Melalui kajian Gano Orway pada tahun 2008, orientasi matlamat tugasan juga mampu menunjukkan bahawa pemain yang mempunyai kawalan kendiri yang tinggi dalam membina semangat berpasukan yang tinggi kerana mereka lebih ke arah tugasan penglibatan secara berpasukan. Hubungan antara orientasi matlamat tugsan dan semangat berpasukan sememangnya boleh mewujudkan satu kemahuan untuk berjaya secara bersama. Mengikut kajian Raja dan Williams (1997), mereka mendapati korelasi positif antara orientasi matlamat tugasan dengan kepuasan dan prestasi yang ditunjukkan, dan kesimpulan kedua-dua pengkaji ini berpendapat bahawa orientasi matlamat tugasan boleh dijadikan sebagai peramal prestasi, mengawal pemerolehan pengalaman melalui latihan. Kajian Raja dan William ini disokong oleh Van Yperen & Duda(1997), iaitu melalui kajian mereka yang dijalankan terhadap pemain bola sepak elit “American Football” yang hasilnya

menunjukkan hubungan yang positif antara peningkatan prestasi, menurut tunjuk cara jurulatih, serta berorientasikan matlamat tugasan yang tinggi. Semua kajian ini adalah berdasarkan kajian menggunakan ujian TEOSQ (Task Ego Orientation Sport Questionaire) yang diasaskan oleh Duda pada tahun 1989. Orientasi matlamat tugasan boleh membawa kepada kejayaan dalam sesuatu sukan kerana setiap atlet akan mempunyai kawalan mental yang lebih baik. Mereka juga mempunyai penetapan matlamat kejayaan yang dapat dikawal, serta percaya bahawa kejayaan
7

Psikososial

PJM3117

adalah hasil pemikiran yang positif, usaha dan sokongan berpasukan, serta kerja berpasukan. Hubungan positif antara orientasi matlamat tugasan dan pencapaian dalam sukan iaitu atlet yang mempunyai orientasi matlamat tugasan yang tinggi cenderung untuk mempamerkan kawalan kendiri yang lebih baik, merasai keseronokan penglibatan dalam aktiviti fizikal, mempunyai imuniti kepada fikiran negatif, dan dapat menunjukkan prestasi keseluruhan baik dalam pelbagai jenis sukan kerana adanya semangat berpasukan yang tinggi. 3.3.2 Kajian Mengenai Semangat Berpasukan Semangat dan kerjasama berpasukan merupakan faktor penting untuk mendapatkan prestasi yang tinggi serta kejayaan dalam sukan secara berpasukan. Ukuran kejayaan sesebuah pasukan berdasarkan keputusan menang dan kalah dalam sesuatu perlawanan berkaitrapat dengan semangat berpasukan yang mana setiap pemain dalam sesuatu pasukan bersatu untuk mencapai matlamat secara bersama. Memetik artikel ibnu Suhali (2009) dalam blognya, mengatakan bahawa Esprit de Corps berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud semangat bekerjasama, semangat kekitaan ataupun semangat berpasukan. Dengan kata lain ini adalah suatu semangat yang dapat menyatukan pemain khususnya dalam sesebuah pasukan seperti pasukan bola jaring dan seumpamanya. Esprit de Corps amatlah penting dalam sesebuah pasukan. Semangat ini harus diterapkan dari peringkat awal pembentukan pasukan melalui kepelbagaian aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekitaan dalam pasukan. Dalam sukan, semangat berpasukan merupakan suatu unit sesebuah pasukan yang berinteraksi untuk berkongsi kemahiran, matlamat dan tujuan bagi membantu ahli-ahli pasukan berkerjasama dalam ruang sempadan tanggungjawab ataupun posisi permainan yang telah ditetapkan. Menurut Daft (1999), semangat berpasukan merujuk kepada sekumpulan dua atau lebih manusia yang berinteraksi dan menyelaras tugasan atau kerja mereka bagi mencapai matlamat umum yang disasarkan bersama. Manakala Lussier dan Achua (2001) menyatakan bahawa semangat berpasukan sebagai satu

8

Psikososial

PJM3117

pemahaman dan komitmen di antara ahli pasukan ke arah pencapaian matlamat pasukan dan mengurangkan perselisihan faham yang wujud dalam ahli pasukan kerja. Dalam permainan bola jaring, apabila pemain dan jurulatih menghargai dalam suatu suasana saling hormat-menghormati, maka mereka akan bekerja pada tahap mutu dan daya produktiviti yang tinggi. Menurut Mokhtar (1999) pula, apabila sesuatu kumpulan menjalankan tugas bersama-sama dan berusaha untuk mewujudkan kerjasama di antara ahli, ia telah berfungsi sebagai kerja berpasukan. Dengan ini, semangat berpasukan wujud apabila ahli dalam pasukan dapat merasakan bahawa mereka berada dalam satu pasukan dan diterima baik oleh anggota-anggota lain dalam pasukan tersebut, ada sesuatu sumbangan yang boleh mereka berikan kepada pasukan, pandangan mereka di terima baik oleh anggota pasukan dan mereka rasa tanggungjawab untuk memastikan kejayaan pasukan mereka. Semangat berpasukan juga boleh merujuk kepada satu set nilai yang menggalakkan tingkah laku seperti mendengar dan memberi respon yang membina terhadap pendapat rakan sepasukan, menjelaskan keraguan, serta memberi sokongan penuh kepada ahli pasukan. Ini termasuklah menghargai minat serta mengiktiraf pencapaian ahli pasukan yang lain (Katzenbach & Doughlas, 1993). Ia merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan berkomunikasi serta saling mempercayai yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi permainan melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Melalui usaha ahli pasukan membolehkan pasukan meningkatkan kadar latihan tanpa mementingkan kerperluan personaliti kendiri. Walaubagaimanapun, semangat berpasukan yang mantap turut dirundung

kebimbangan terhadap kesan negatif perubahan tingkahlaku rakan sepasukan. (Ab. Menurut Aziz Yusof (2004), antaranya berpunca daripada norma pasukan, keakraban pasukan dan pemikiran pasukan.

3.3.3 Kesimpulan Kajian kajian yang lepas Kerjasama dalam pasukan memainkan peranan penting dalam menghasilkan kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Ini kerana kerjasama secara berpasukan mempunyai
9

Psikososial

PJM3117

banyak

kelebihan

daripada

kerja

individu

ataupun

secara

perseorangan.

Kelebihan begitu kerjasama berpasukan dalam membentuk satu semangat berpasukan adalah dari segi pemerolehan pengalaman, kemahiran, dan pemahaman percaturan strategi yang telah direncanaka. Kajian dan pendapat ini telah menunjukkan bahawa penglibatan secara kolektif lebih produktif adalah asas kejayaan permainan secara berpasukan. 4.0 Penyelesaian Masalah Berdasarkan Teori 4.1 Pengenalan Setiap masalah yang wujud sudah pasti ada jalan penyelesaiannya berdasakan teoriteori pembelajaran dan juga melalui kajian terhadap subjek-subjek yang terlibat. Teori pembelajaran sosial Albert Bandura (1986) dan kajian mengenai tahap orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego (Duda, 1989) tersebut mempunyai implikasi terhadap sesuatu perancangan latihan. Teori dan kajian TEOSQ ini mengatakan yang kejayaan sesuatu pasukan adalah disebabkan perlunya tindakan pengukuhan yang positif. Pengukuhan yang positif jika diamalkan dalam proses latihan akan memotivasikan pemain untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri untuk mencapai kejayaan yang diharapkan. Dengan hal demikian, maka objektif penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan akan tercapai dengan jayanya. Teori motivasi pencapaian kognitif sosial pula memberi tumpuan kepada perspektif matlamat dan pengaruhnya terhadap pencapaian berdasarkan tingkahlaku, (Ames, 1984; Dwek dan Elliot, 1983; Nicholls, 1989). Teori ini didasari oleh dua perspektif matlamat yang mengambarkan kriteria kecekapan seseorang individu untuk

menentukan kegagalan ataupun kejayaan dalam tindakannya , iaitu orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego. Teori pembelajaran sosial dan teori motivasi kognitif social serta kajian TEOSQ adalah beriringan dan boleh dijadikan sebagai

panduan oleh guru dalam merancang dan melaksanakan strategi latihan sukan di sekolah untuk memotivasikan atlet peri pentingnya semangat kerjasama secara berpasukan. Latihan sukan yang berkesan bukan hanya menekankan kepada perubahan tingkahlaku, malah pembangunan individu secara menyeluruh mengikut

10

Psikososial

PJM3117

prinsip perkembangan JERIS iaitu dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. 4.2 Langkah-langkah penyelesaian masalah Semangat berpasukan di kalangan pemain pasukan bola jaring bawah 15 tahun boleh diperkukuhkan melalui beberapa tindakan yang menjuruskan usaha untuk menbina tahap keberkesanan komunikasi, kerjasama, komitmen, usaha dan saling mempercayai dikalangan pemain. Tindakan-tindakan yang sesuai diambil bagi tujuan ini ialah: 4.2.1 Mengadakan Ujian TEOSQ Kajian ini dijalankan di awal pembentukan pasukan bola jaring bawah 15 tahun iaitu untuk mengenalpasti motif penglibatan pelajar ini dan corak orientasi matlamat di kalangan para pemain ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik Task Ego Orientation Sport Questionaire (TEOSQ). Daripada soal selidik ini, dapat diperhatikan bahawa keseluruhan pelajar yang menyertai pasukan bola jaring bawah 15 tahun ini lebih berorientasikan matlamat tugasan, berbanding dengan orientasi matlamat ego.(Rujuk Jadual 1.0) Ini menunjukkan bahawa keseluruhan pemain ini mempunyai penetapan matlamat kejayaan yang dapat dikawal, serta percaya bahawa kejayaan adalah hasil pemikiran yang positif, usaha dan sokongan berpasukan, serta kerja berpasukan. Tingkahlaku sebegini sudah pasti dapat membantu jurulatih untuk merancang latihan dengan lebih berkesan kerana semangat berpasukan adalah dibentuk melalui kesepaduan kerjasama di antara pemain adalah tinggi. 4.2.2 Mengadakan Tayangan Video Tindakan ini diadakan bertujuan meningkatkan minat dan kesedaran pemain tentang perlunya semangat berpasukan wujud dalam sesebuah pasukan. Mengikut teori pembelajaran sosial, tingkahlaku yang diperolehi melalui peniruan iaitu mengikut Bandura (1977) menyatakan bahawa "Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most human behaviour is learned observationally

11

Psikososial

PJM3117

through modelling: from observing others one form an idea of her new behaviour are performed, and on later occasion this coded information serves as a guide for action". Aspek-aspek yang sesuai ditekankan di tindakan ini ialah Konsep semangat berpasukan. faedah kepada prestasi kerja secara berpasukan, dan peranan individu untuk menjayakan semangat berpasukan. 4.2.3 Mengadakan latihan mengikut periodisasi latihan yang sistematik

Tujuan mengadakan latihan berdasarkan periodisasi latihan yang sistematik ini diadakan untuk melengkapkan perkembangan kecergasan fizikal, pengetahuan dan kemahiran asas bola jaring pemain adalah setara secara berpasukan. Dengan yang demikian, pemain akan dapat mempamerkan peningkatan prestasi yang berkesan disamping dapat mewujudkan semangat kesepaduan dan kekitaan dalam membentuk sebuah pasukan bola jaring yang mantap. Semasa latihan ini tindakan yang dilakukan ialah memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran kerjasama berpasukan, kemahiran komunikasi, dan kemahiran mengaplikasikan strategi permainan. Mengikut Johnson dan Johnson (1994), untuk sampai ke tahap sebuah pembentukan pasukan yang mantap, para pemain perlu melalui beberapa fasa iaitu pembentukan, pertelagaan, pembentukan norma, dan prestasi. a) Fasa pembentukan Ciri-ciri utama dalam fasa ini adalah percubaan untuk mengenali serta membiasakan diri dengan ahli pasukan yang lain, membuat perbandingan sosial khususnya dari segi kemampuan dan kebolehan, menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing serta menilai kemampuan aksi masing-masing. Pada tahap ini jurulatih perlu peka tentang wujudnya budaya negatif atau berlakunya pergeseran di kalangan pemain, dan tindakan segera perlu diambil agar ianya tidak menganggu prestasi serta tumpuan semasa latihan. b) Fasa pertelagahan Fasa ini seringnya dipenuhi dengan pertelagahan serta persaingan di kalangan pemain kerana wujudnya polarisasi, konflik serta tentangan di antara pemain dengan pemain
12

Psikososial

PJM3117

serta pemain dengan jurulatih. Ini kerap berlaku khususnya semasa latihan pramusim, apabila pemain berusaha menempatan diri sebagai pemain utama atau mendapat tempat dalam pasukan dan juga berusaha untuk mendapatkan perhatian jurulatih. Jumlah serta tahap pertelingkahan ini tertakluk kepada kebijaksanaan jurulatih mengenal pasti kekuatan serta kelemahan setiap pemain. Jika kekuatan serta kelemahan ini dijelaskan secara objektif kepada para pemain, pertelagahan ini akan berkurangan dan para pemain mengetahui ekspektasi jurulatih terhadap mereka (Carron, 1984). Untuk mengatasi masalah ini, jurulatih perlu meletakkan satu piawai tentang satu perlakuan yang diingini bagi mengurangkan tekanan dan perpecahan di kalangan pemain. c) Fasa pembentukan norma Pada fasa ini, pemain sudah dapat melupakan persaingan dan pertelagahan yang timbul pada fasa sebelumnya iaitu fasa pertelagahan. Pemain sudah mula menjalin hubungan yang positif serta mula menunjukkan sikap berkerjasama serta saling membantu rakan sepasukan yang lain. Fasa ini amat penting kerana pada fasa iniah konsep kesepaduan serta identiti pasukan mula terbentuk di kalangan pemain. Para pemain mula mementingkan kehendak pasukan berbanding kehendak diri sendiri. Jika wujud atau pemain atau atlet yang mementingkan diri pada tahap ini, ia perlu ditangani segera agar tidak mengugat kesepaduan pasukan serta menyebabkan pemain tadi dipinggirkan oleh rakan sepasukan yang lain. Pada fasa ini juga, para pemain mula melihat dan menilai sumbangan unik setiap pemain demi kejayaan pasukan. Persaingan sesama sendiri kini bertukar menjadi bantuan kepada rakan-rakan yang memerlukan. Jurulatih perlu bijak menggunakan peluang ini untuk menanam semangat pasukan yang jitu, membincangkan tentang matlamat pasukan serta menjelaskan sumbangan yang boleh diberikan oleh setiap ahli pasukan demi untuk menyemarakkan lagi semangat pemain utuk berjaya dan berfungsi sebagai satu pasukan.

13

Psikososial

PJM3117

d) Fasa prestasi Pada fasa ini, para pemain sudah bersedia sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Fasa ini dinamakan sebagai fasa “kematangan hubungan”. Ini adalah kerana para pemain sudah mengetahui peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu dalam pasukan, menghargai setiap sumbangan yang diberikan serta memeberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi kejayaan pasukan. Untuk mencapai tahap ini, jurulatih perlu mewujudkan suasana berkerjasama di kalangan pemain serta mengelakkan persaingan yang negatif dalam pasukan. Pujian, harus diberikan kepada pasukan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada individu tertentu dalam pasukan. Pujian kepada individu haruslah kepada peranan yang dimainkan demi untuk pasukan dan bukannya pujian yang bersifat individu. Ini akan memupuk semangat serta kesepaduan yang berterusan dalam pasukan. 4.2.4 Kesimpulan Mengikut Carron (1984), menyatakan bahawa kejayaan sesuatu pasukan bukanlah kerana wujudnya hubungan yang baik antara pemain, tetapi lebih terarah kepada kemampuan berinteraksi dengan menggunakan kemahiran dan strategi yang berkesan dalam sesuatu pertandingan. Oleh yang demikian, orientasi matlamat tugasan yang ditunjukkan oleh setiap pemain dalam sesebuah pasukan adalah asas pembentukan kesepaduan yang akan mewujudkan semangat berpasukan yang mantap kerana penyertaan dalam sesuatu pasukan yang kukuh tahap kesepaduannya mendatangkan kepuasan jika dibandingkan dengan menyertai pasukan yang kurang mantap dari segi kesepaduan pasukannya. Seseorang jurulatih perlu memastikan untuk menerapkan nilai-nilai semangat berpasukan di kalangan pemain kerana ia dapat membantu meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya serta menimbulkan kepuasan di hati semua individu yang terlibat dalam pasukan berkenaan. 5.0 Kepentingan Psikologi Sukan Mengikut Cox (1998), psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan
14

Psikososial

PJM3117

psikologi sukan. Menurut pakar psikologi sukan, Wann (1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Cox (1998) pula menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula mengatakan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Penjelasan ahli-ahli psikologi ini memberikan satu skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padang permainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh. Secara amnya, psikologi sukan merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada “Psych-out” lawan dan proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) dan penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist). Psikologi sukan berperanan dalam mengkaji serta membantu untuk mengetahui serta cara mengatasi kemerosotan prestasi seseorang atlet yang disebabkan oleh faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Disamping itu, psikologi sukan juga memainkan peranan dalam membantu untuk dalam masalah atlet yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Psikologi sukan merupakan satu perkara yang amat penting dalam dunia sukan yang semakin kompetatif dan perlu dipraktikkan dalam bidang sukan bukan sahaja yang melibatkan ahli sukan tetapi semua yang melibatkan diri dalam sukan. Sebagai kesimpulannya, psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung
15

Psikososial

PJM3117

dengan aktiviti sukan. 6.0 Kepentingan Sosiologi dalam Sukan Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak, apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat, dan bagaimana semua ini bergabung dan mempengaruhi tingkahlaku manusia. C. Wright Mills (1916-1962) mengatakan bahawa untuk kita memahami sosiologi, kita perlu terlebih dahulu memahami masyarakat di mana kita tinggal agar kita mendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentang kehidupan masyarakat kita. Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diuji berdasarkan bukti. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif, tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Ahli sosiologi mencari sesuatu yang objektif, konsisten dan baru. Sosilogi sukan pula adalah satu bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami secara saintifik apa yang berlaku dalam dunia sukan. Kajian saintifik sosiologi sukan termasuklah usaha untuk mengkaji dan memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan seperti guru pendidikan jasmani, jurulatih, murid, penonton, pengurusan dan media masa. Sosialisasi sukan ialah satu proses mengkaji hubungan manusia dalam mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi dalam sesuatu kumpulan dalam masyarakat. Proses sosiolisasi dalam pendidikan jasmani dan sukan berlaku menerusi dua cara iaitu; a) Sosiolisasi yang berlaku ke dalam pendidikan jasmani dan sukan itu sendiri iaitu bagaimana individu melibatkan diri ke dalam proses pendidikan jasmani dan aktiviti sukan adalah kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosiolisasi. Secara ringkasnya, dapat dikatakan pengaruh agen-agen sosiolosasi ini membantu untuk membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan.

16

Psikososial

PJM3117

b)

Sosialisasi menerusi pendidikan jasmani dan sukan pula ialah bagaimana

pendidikan jasmani dan aktiviti sukan itu sendiri menjadi alat kepada proses sosiolisasi. Elemen-elemen dalam proses pendidikan jasmani dan aktiviti sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisplin, serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu yang terlibat. Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa sosiologi sukan merupakan satu kajian saintifik yang disokong oleh fakta yang konsisten untuk membuat pentafsiran dan rumusan terhadap perubahan tingkahlaku yang terjadi akibat proses penerimaan ataupun penolakkannya dalam kumpulan ataupun masyarakat.

Rujukan: Lussier. R.N. and Poulos.M.(1998). Organizational Behaviour: A Skill Building Approach. Australia: Irwin and McGraw-Hill. Mohd Anuar Abdul Rahman (2007). Keberkesanan Dan Kepimpinan Kerja Berpasukan Peringkat Jabatan Sekolah Menengah Di Malaysia. Tesis Ph.D: Universiti Teknologi Malaysia. Duda, J.L., (1989). Relationship between task and ego orientation and the perceived purpose of sport among high school athletes. Journal of Sport and Exercise Psychology, 11, 318-335. Weinberg, R.S., & Gould, D. (1999). Foundations of sport and exercise psychology, Champaign, IL: Human Kinetics. Ibnu Suhaili. Menyemai semangat spirit de corps. 2009 dirujuk pada 15 April 2012 daripada http://ibnusuhaili88.blogspot.com Carron, A.V.(1982). Cohesiveness in Sport groups:Interpretation and consideration. dalam Journal of Sport Pyschology,4 123-138 Johson, W.D.& Johnson,P.F (1994). Joining together.Group theory and group skills. Bosto,MA:Allyn and Bacon Wann, D.L (1997). Sport Physcology. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall
17

Psikososial

PJM3117

Mahmood Nazar Mohamed, Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990. Atan Long, Psikologi Pendidikan, DBP, Kuala Lumpur, 1978. Anshel, M H. (2003). Sport Psychology: From theory to practice. USA: Pearson, Education, Inc. Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kula Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

18

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful