You are on page 1of 2

Hard Skill, Soft Skill dan Ulamak Muda

Sekadar membawakan 2 istilah dalam Bahasa Inggeris untuk dijadikan


sebagai rujukan dalam memberikan takrifan kepada 2 kompenan asas yang perlu
ada bagi seseorang individu muslim dengan melampirkan bersama kosa kata
ulamak muda menjadikan ia seolah-olah punya maksud tersirat. Sememangnya ia
amat mustahak terutama kepada anak-anak muda yang secara langsung
mendalami bidang agama.atau mana-mana individu yang dileluasakan oleh Allah
untuk menjadi faqih dalam memahami selok belok agama. Sabda nabi Sallallahu
Alaihiwasallam yang bermaksud :

“ Barangsiapa yang yang dikehendaki kebaikan oleh Allah Subhanahu


Wata’ala, nescaya dia akan difaqihkan Allah dalam memahami agama Allah
Subhanahu Wata’ala “ (Riwayat

Hard skill yang dimaksudkan dengan merujuk kepada ulamak muda ialah
keupayaan untuk mendalami ilmu teras agama sehingga mencapai tahap mujtahid
atau paling kurang mampu menjadi pakar dalam sesuatu bidang agama yang
didalami. Sebagai contoh seseorang yang mendalami bidang Syariah memilih untuk
menjadi pakar dalam mana-mana cabang ilmu Syariah seperti bidang Fiqh, Usul
Fiqh atau Qawaid Fiqh. Seseorang yang mendalami bidang Usuluddin memilih untuk
menjadi pakar dalam mana-mana pecahan bidang usuluddin seperti Tafsir, Hadis
mahupun Aqidah dan Falsafah.

Jarak masa yang amat jauh daripada zaman nabi Sallalahu Alaihi Wasallam,
kesibukan dunia dengan pelbagai aktiviti dan teknologi dewasa ini mahupun
kelemahan upaya mental, fizikal dan spiritual manusia akhir zaman hari mejadikan
metodologi pengajian agama terpaksa dipecah dan dijuzukkan megikut pecahan
bidang masing-masing. Ibarat ‘mengukur baju di badan sendiri’, metodologi
pengajian yang mengasing dan mengecilkan bidang mengikut pecahan tertentu ini
dilihat sebagai langkah bijak dalam melahirkan pakar atau apa yang diistilahkan
sebagai proses perkaderan ulamak muda.

Proses perkaderan ulamak muda bertujuan melahirkan ulamak yang benar-


benar mahir dalam lapangan ilmu yang dipelajari. Ulamak-ulamak muda yang pakar
ini kemudiannya dikumpulkan membentuk satu kesatuan, saling bertukar
pandangan dan pendapat dalam sebarang persoalan yang timbul dalam
masyarakat. Pakatan secara kolektif ini amat diperlukan dalam keterhadan dan
kesukaran kita dalam melahirkan ulamak mujtahid yang lengkap hebat semua
lapang ilmu di dada dan sarat takwa dihati.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam menjelaskan keperluan pengusaan


ilmu hingga mampu mencapai tahap pakar atau ilmuan agama yang mampu
menterjemah semua idea agama yang bermaksud :
“ Allah mengangkat darjat orag yang beriman diantara kamu dan orang yang
diberikan perbendaharaan ilmu beberapa darjat “
(Surah

“ Adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang orang yang
tidak tahu (tidak berilmu).”

(Surah

“ Sesungguhnya yang takutkan Allah dikalangan hambaNya hanyalah


golongan ulamak (golongan yang berilmu dan bertaqwa). “
(Surah