You are on page 1of 8

UJIAN SELARAS 1 SEJARAH TINGKATAN 5 2012

NAMA: . Sila jawab semua soalan. Bahagian A TINGKATAN .

x
Faktor-faktor Imperialisme Barat di Asia Tenggara Persaingan Kuasa-kuasa Eropah

Sistem Pengangkutan Revolusi perindustrian

1. Rajah di atas menjelaskan tentang faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara. (a) Apakah maksud Imperialisme? (1markah) (b) Apakah X dan Y? (i) X .. (ii) Y ... (2 markah) (c) Berikan dua cara kemajuan sistem pengangkutan membantu perluasan Imperialisme Barat. (i) (ii) (2 markah) (d) Bagaimanakah penciptaan telegraf membantu meningkatkan imperialisme barat di Asia Tenggara? (i) .. (1 markah)

(e) Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan negara daripada imperialisme Barat. (i) (ii) ... (iii) .. (iv) ... (4 markah)

2.

Gerakan nasionalisme di Thailand mempunyai perbezaan dengan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara yang lain.

(a) Apakah perbezaan gerakan nasionalisme di Thailand dengan gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara? ....................................................................................................................................................... (1 markah) (b) Nyatakan sebab berlaku nasionalisme tahap pertama di Thailand. (i) . (ii) . (iii) . (3 markah) (c) Apakah kesan Revolusi Thai 1932 terhadap sistem pemerintahan di Thailand. (i) (ii) (2 markah) (d) Nyatakan dua sebab berlaku gerakan nasionalimse tahap kedua di Thailand. (i) .... (ii) ... (2 markah)

(e) Pada pendapat anda, apakah langkah yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk memajukan sosio-ekonomi rakyat pribumi di Thailand? (i) ................ (ii) ................ (2 markah) BAHAGIAN B

3. (a) Jelaskan faktor-faktor kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara. (10 markah) (b) Jelaskan bagaimana media massa dan karya kesusasteraan mempengaruhi penduduk di Di Asia Tenggara untuk menentang penjajah. (5 markah) (c) Sebagai Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah, bagaimanakah anda memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar di sekolah kamu. (5 markah)

~MEREKA YANG MELUPAI SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA ~

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.. (SURESH A/L POTTARAJOO) KETUA PANITIA SEJARAH S.M VOKASIONAL SLIM RIVER.

(TN HJ BAHARIN BIN ZAINUDDIN) GURU KANAN KEMANUSIAN S.M VOKASIONAL SLIM RIVER.

SKEMA JAWAPAN UJIAN SELARAS 1 TINGKATAN 5 2012..

1 (a) Apakah maksud Imperialisme? Imperialisme bermaksud dasar atau tindakan sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negaranegara lain untuk kepentingan tertentu. (1 markah)

(b) (b) Apakah X dan Y? (i) Kekayaan bahan mentah (ii) Mencari Pasaran (2 markah)

(c) Berikan dua cara kemajuan sistem pengangkutan membantu perluasan Imperialisme Barat. (i) Penggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepatkan perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat (ii) Pada tahun 1896, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui Benua Afrika. (iii) Pembukaan Terusan Suez dan penggunaan kapal wap membolehkan kos dijimatkan dan perjalanan lebih selamat dan cepat. (mana-mana 2 x 1m)

(d) Bagaimanakah penciptaan telegraf membantu meningkatkan imperialisme barat di Asia Tenggara? (i) Membawa perubahan terhadap perhubungan antara barat dan timur. (ii) Kuasa-kuasa imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan (iii) Arahan dapat diberikan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan (iv) Ahli-ahli perniagaan dapat berhububung dengan wakil-wakil mereka di Timur.

(v) Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat. (mana-mana 1 x 1m) (e) Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan negara daripada imperialisme Barat. (i) Bersama-sama mempertahankan Negara. (ii) Menanamkan sikap cintakan Negara. (iii) Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. (iv) Mencari jalan penyelesaian tanpa tumpahan darah. (v) Mempersiapkan tentera dengan kelengkapan moden. (vi) Mendapatkan bantuan daripada negara luar. ( mana-mana jawapan yang munasabah)

Gerakan nasionalisme di Thailand mempunyai perbezaan dengan gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara yang lain

Apakah perbezaan gerakan nasionalisme di Thailand dengan gerakan nasionalisme di negara lain di Asia Tenggara? F1. F2 Tidak bersifat antipenjajah Tetapi menentang kuasa mutlak raja Mana-mana 1 x 1m 1 1 [1m]

b F1 F2 F3 F4 F5 F6

Nyatakan sebab berlaku nasionalisme tahap pertama di Thailand Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik kerabat diraja Penentangan sistem raja berkuasa mutlak Perkembangan sistem pendidikn Barat Pendedahan terhadap fahaman liberal / demokrasi / raja berpelembagaan Kelemahan sistem pentadbiran Sikap boros Raja Vajiravudh 1 1 1 1 1 1

F7 F8

Penubuhan Parti Rakyat Dipimpin tokoh seperti Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram Mana-mana 3x 1m

1 [3m]

c F1 F2

Apakah kesan Revolusi Thai 1932 terhadap sistem pemerintahan di Thailand Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak Mewujudkan sistem raja berperlembagaan Mana-mana 2 x 1m

1 1 [2m]

d F1 F2

Nyatakan dua sebab berlaku gerakan nasionalimse tahap kedua di Thailand. Tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi kapitalis Barat Tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi orang Cina Mana-mana 2 x 1m

1 1 [2m]

Pada pendapat anda, apakah langkah yang dilakukan oleh Phibul Songram untuk memajukan sosio-ekonomi rakyat pribumi di Thailand? F1 F2 F3 F4 F5 Lulus undang undang sekat kebebasan dan penguasaan ekonomi orang cina Sekolah Cina da akhbar cina dibubarkan Penduduk Peribumi digalakkan libat diri dalam kegiatan ekonomi Jawatan tinggi kerajaan untuk penganut agama Buddha Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud Tanah Bebas Mana-mana 2 x 1m 1 1 1 1 1 [2m]

3. (a) Jelaskan faktor-faktor kemunculan Nasionalisme di Asia Tenggara. (10 markah)

(b) Jelaskan bagaimana media massa dan karya kesusasteraan mempengaruhi penduduk di di Asia Tenggara untuk menentang penjajah.

(i) karya digunakan untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penjajah. (ii) Membangkitkan semangat bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. (iii) Di Filipina Novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal mencetus semangat nasionalisme dan menjadi inspirasi kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. (iv) Di Indonesia cerpen Kerikil kerikil Tajam dan Makam Bonda Chairil Anuar begitu berpengaruh. (v) Di Tanah Melayu Putera Gunung Tahan karya Pak Sako. (vi) Media massa telah menyemarakkan semangat nasionalisme (vii) Menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan anti penjajah. (viii) Akhbar seperti Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah contoh akhbar yang terdapat di Tanah Melayu. (ix) Penjajah menganggap media massa sebagai ancaman kepada kepentingan politik penjajah di tanah jajahan mereka. (iix) Sikap ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan di negara penjajah. (mana-mana 5 x 1m)

You might also like