. Definisi Pusat Sumber Pendidikan Negeri Faridah Abdul Manaff & T. Subahan Mohd.

Meerah (1993) telah memberi beberapa takrif untuk Pusat Sumber Pendidikan Negeri : ‘PSPN merupakan sebuah organisasi yang membudayakan teknologi pendidikan untuk menyepadukan nilai-nilai budaya dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sumber-sumber pendidikan dalam usaha untuk mencapai hasil pendidikan yang dihargai oleh masyarakat.’ ‘PSPN bertujuan menjadi sebuah institusi ikhtisas yang boleh memberi pelbagai kemudahan perkhidmatan kepada guru untuk menambahkan kecekapan ikhtisas serta mengubah sikap guru.’ ‘PSPN mempunyai sifat berdikari dan berkembang dengan daya usaha sendiri serta mempunyai fleksibiliti merencanakan aktiviti-aktivitinya tanpa terlalu terkongkong dengan birokrasi. Semua penyelesaian di antara PSPN dengan guru-guru adalah berupa hasil daripada perundingan, perbincangan dan persetujuan bersama antara guru-guru dan kakitangan PSPN dalam suasana kerjasama, mesra dan muhibah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful