ISU PENDIDIKAN SENI Ulasan dan kupasan hubungan antara Dasar Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan seni sejagat

dengan Kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia – Isu Perpaduan.

1.

Pengenalan Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita mencapai

kemerdekaan ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang berjudul Education for unity in Malaya telah mencatat: “It is accepted that educations is not the only means available in the taks of achieving national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but it remains the most important single factor for integration in the racial, religious and cultural complexof Malaya.” Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat. Dari segi individu, perpaduan mempunyai ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi, sentimen sikap dan nilai. Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya murid-

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

1

murid dibimbing dan dididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa ke arah perpaduan negara.

2.

Definisi masyarakat majmuk Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan

bermasyarakat.

Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dalam kertas kerjanya yang bertajuk

Perubahan dan Perkembangan Kurikulum ke Arah Pembinaan Negara telah mencatat bahawa J.S. Furnivall mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat di mana: Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada agamanya, budayanya, bahasanya idea-idea dan cara-cara hidupnya. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, membeli dan menjual. Inilah masyarakat majmuk, di mana seksi-seksi yang berlainan dalam masyarakat hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan………(terjemahan) Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu (hlm 145-146) telah mencatat beberapa pandangan penyelidik terhadap masyarakat majmuk antaranya: M.G. Smith menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Van den Bergue juga menyenaraikan beberapa ciri masyarakat majmuk seperti ketiadaan konsensus nilai, kepelbagaian kebudayaan, wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan….. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (hlm 865), perkataan ‘masyarakat majmuk’ memberi maksud: masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa. Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama.

Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR

2

matlamat yang terpenting adalah mencapai perpaduan di kalangan kelompok-kelompok yang berlainan. Bajau. Murut. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. (Surah Ali Imran : 104) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 3 . “pejal” dan “padat”. India. Menjelang kemerdekaan.Dari suku bangsa. 3. Masyarakat majmuk ini bersatu di atas ikatan kerakyatan di bawah pemerintah demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu hidup yang telah dipersetujui bersama. Melanau dan Iban dengan pelbagai bahasa dan dialeknya. kita terdiri daripada Melayu. Kata lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”. Dalam al-Qur’an Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud: Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik. Kadazan. “Perpaduan” ialah “penggabungan”. Cina. “kehancuran” dan “perpecahan”. sistem pendidikan diberi tugas untuk pembinaan negara. Perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu “ma’rof” manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu “mungkar”. Secara langsung dan tidak langsung. serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya. Kadayan. Definisi perpaduan Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”. Serani. Orang Asli.

Timbalan Rektor.Prof. 4. tolong menolong dalam perkara yang mengikut dosa dan permusuhan. 1961. Dan jangan kamu berkerjasama. yang bermaksud: Hendaklah kamu bertolong menolong. Mohd. Dasar Pendidikan Kebangsan dalam isu perpaduan Dalam meninjau sejarah perkembangan pendidikan. Dasar Pendidikan dibentuk atas kesedaran pemimpin dan rakyat Malaysia yang sensitif terhadap keperluan pembinaan negara. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbit dalam tahun 1979. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 4 .” Jadi di situ kita dapat lihat penekanan agama Islam itu kepada kenyataan kepelbagaian kaum dan diseru umat Islam mencari kesempatan untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan bersama. kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. 1957. Dasar Pendidikan telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. UIA dalam satu forum perpaduan kaum berkata “kita juga berpandu kepada ayat Al-Quran yang menyeru semua orang yang beriman. sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji semula dan memperbaiki pelaksanaannya dalam mencapai matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. berbaik-baik dan berkerjasama dalam perkara yang membawa kepada kebaikan. Pada tahun 1974. Melalui Penyataan Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran. Kamal Hasan.

Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Tanpa dasar yang jelas. Mehlinger (1995) dalam bukunya School Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar memberi dua bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan. Justeru. Jelas dilihat Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. corak dan kaedah pendidikan secara kasar. Ia amat penting dalam memberi panduan untuk melaksanakan sistem yang dirancangkan.Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah. (Penyata Razak. walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak menyatupadukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama. Syed Othman Alhabshi yang berjudul ‘Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan’ telah mencatat dapatan seorang penyelidik terkemuka Howard D. sudah tentu sistem dan pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap. Dalam kertas kerja Datuk Dr. Perenggan 12) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 5 . Ia mengandungi matlamat. ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang merangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.

Felman (1970) pula menegaskan budaya. 2003) Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. (dalam Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. mudah lentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa seterusnya. Ini kerana usaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins. Menurut Chapman (1997). walaupun terdapat golongan pendidik seni yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu. dinamik. belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do). 1993 dalam Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. Dalam Dasar pendidikan kebangsaan semua pelajar berhak menikmati pendidikan yang kaya dari seni tanpa mengira latar belakang dan kebolehan. belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together). belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be). ‘pendidikan pelbagai budaya’. namun pengaruh teori ilmiah serta penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi idea sendiri dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai ‘pendidikan kemanusian’.5. seni dan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 6 . kesesuaian kurikulum pendidikan seni berasaskan konsep four pillars of learning umpamanya perlu diteruskan iaitu belajar untuk menguasai ilmu (learning to know). Smith (1982) mendapati bahawa telah pun muncul sekarang seperti apa yang dikatakan sebagai satu kecenderungan yang menuntut kepada pemikiran baru dari kalangan pendidik seni. 2003) Perancangan perlu bersifat strategik. Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan Dalam usaha menyediakan generasi abad ke-21. MacFee (1977) menganggap seni dalam budaya sebagai topik pembelajaran.

Schiller. Begitu juga dalam soal perpaduan masyarakat di negara kita. Seni dapat menyediakan benih cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat sesuatu yang lama dari sudut pandangan atau perspektif yang baru. memahami warisan bangsa dan identiti bangsa. ia perlu satu perubahan paradigma tentang budaya ke Malaysiaan. Hamid. 2000) Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu. Menurut Abd. Melalui aktiviti-aktiviti seni. Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya. halatuju masyarakat. Iberahim Hassan (2000). Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 7 . (dalam Mohd Johari Ab. 2001) memikirkan seni sebagai penyalur kesinambungan kemanusian. Shukor Hashim (1998). keluarga. Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi perkembangan JERIS. masyarakat dan negara. seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni. (1967) (dalam Abu Talib Putih. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup dalam usaha mencari erti tentang diri.kehidupan tidak boleh dipisahkan. tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebih liberal. Walaupun pendekatan mereka berbeza. penglibatan. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi yang lain. iaitu sekurangkurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi penghayat seni. telah banyak menulis tentang Kurikulum Pendidikan Seni dalam buku yang berjudul Pendidikan Seni dan Muzik. seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara.

atau juga membendung tragedi hidup manusia. dari yang lampau hingga masa kini. takulan. Belajar untuk menyesuai dan menghormati orang lain dari segi cara berfikir. Pendekatan kemanusiaan seperti yang dicadangkan oleh Micheal (1983) dan Feldman (1970) (dalam Iberahim Hassan. 2001) Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 8 . Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memufuk peribadi yang lengkap.Seni sebagai disiplin. Pelajar dibimbing pelbagai cara. Dengan adanya unsur kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia. cara berkerja dan berekspresi yang berbeza. menjulang keberanian. Seni membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam cara yang tersendiri. tragedi 13 Mei 1969 menyedari semua warga Malaysia betapa pentingnya sifat memahami antara satu sama lain. memasyurkan keraian. Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan sifat kemanusiaan kita walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan rohaniah turut dibina dengan sempurna. ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan. Dalam menuju ke arah masyarakat aman damai. menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi. membuat persepsi. sifat benci dan syak wasangka dapat dielakan. yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi. imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi dan dinikmati bersama. Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Seni membantu pelajar memahami pengalaman manusia.

Nilai-nilai asas perpaduan yang dapat dipupuk melalui pendidikan … usaha membina satu semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan di kalangan semua rakyat Malaysia sangatlah penting dalam pembangunan nusa bangsa dan membentuk bangsa Malaysia. c. 6. d. dan potensi negara bagi menyemai semangat kekitaan… (Malaysia. MacFee. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus perubahan. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi sesuatu peristiwa.31) Berhubung dengan petikan di atas. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentasi kurikulum. kejayaan. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam. (1993) (dalam Iberahim Hassan.membolehkan pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. hlm. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya. 1996. menyimpan dan menjana idea. 2000) menyatakan bahawa objektif seni bersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu: a. Sebanyak 16 nilai disenaraikan dan secara khusus terkandung dalam mata pelajaran pendidikan Islam dan pendidikan Moral Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 9 . Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti. e. penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSM. Bagi mencapai hasrat tersebut perlulah dipupuk perasaan bangga terhadap warisan. b.

persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan bangsa. Abdul Shukur Abduulah mengatakan kepentingan seni visual dapat menyumbangkan pertumbuhan ekonomi.(Kementerian Pendidikan Malaysia. perkongsian nilai dan persepsi. Dato Seri Dr.” Kerajaan Malaysia mengenalpasti budaya dan kesenian sebagai elemen sama penting dengan perkembangan ekonomi. mempromosi integrasi kebangsaan dan keharmonian pelbagai kaum dan budaya Melayu sebagai asas budaya kebangsaan. Melalui pendidikan seni visual. Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan. sosial dan pendidikan di nagara. kita akan bergerak ke arah mencapai satu warisan bangsa yuang unggul. Usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu perpaduan Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Dasar Bahasa Kebangsaan. Maka. Kemudian dasar dan program ini boleh menyumbang ke arah hubungan sosial yang sihat di kalangann masyarakat majumuk. Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka pada tahun 1971 yang bertujuan menjalankan program kebudayaan yang mengembangkan identiti kebangsaan. 1991. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan. Selain daripada itu. terdapat petikan yang diberi oleh Datuk Seri Dr.6) 7. Mahathir Mohamad iaitu: “Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. kita telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Malaysia – Melangkah ke Hadapan” yang mengandungi satu pemikiran dan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 10 . hlm. semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Tun Dr.

Masyarakat yang sebegini adalah masyarakat yang kurang lengkap. Ianya dikenali sebagai “Wawasan 2020” Dalam sembilan cabaran wawasan. Musa Hitam dalam ucapan di Perasmian Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara pada 29hb Januari 1985 pernah mengata: “Kesenian mencerminkan kematangan perasaan dan pemikiran sesuatu bangsa atau masyarakat” keesahan kenyataan ini tidak dapat dipastikan tetapi apa yang boleh dipastinya ialah sesuatu bangsa atau masyarakat yang tidak mempunyai kesenian diibaratkan sebagai golongan orang-orang yang kurang sempurna hidupnya. Lain kata matlamat negara perlu dikongsi bersama oleh setiap orang.rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Strategi dan kaedah pengajaran Pendidikan seni Visual dalam usaha mencapai perpaduan.” Jelaslah bahawa kedudukan fungsi dan peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah dalam menangani Wawasan 2020 khasnya Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 11 . Bangsa Malaysia yang bersatupadu bermakna setiap rakyat perlu komited untuk menjayakan cita-cita negara. isu perpaduan dalam pembentukan bangsa Malaysia menduduki tempat pertama yang secara tidak langsung telah mengambarkan kepentingannya dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara maju yang tercatat seperti berikut: Membangunkan bangsa Malaysia yang bersatupadu dengan matlamat yang sama bagi membentuk bangsa Malaysia yang setia dan taat kepada negara. Setiap rakyat dengan rasa bangsa mengidentifikasikan diri mereka sebagai warga Malaysia. kehidupan mereka tak ubah seperti lagu tanpa irama.

Sejarah. kritis. geografi dan lain-lain dapat meningkatkan nilai kewarganegaraan. Sebagai contoh guru seni ingin mengajar catan atau arca.dalam cabaran pertama yang berkait dengan perpaduan haruslah dilihat dengan keperihatinan yang serius terutama oleh golongan intelektual pendidikan juga oleh masyarakat keseluruhannya. Ini merupakan salahsatu langkah penting dalam isu perpaduan kaum. kaya dengan maklumat. beliau telah meminta pelajar mengkaji sejarah Pasir Salak. Pengabungjalinan mata pelajaran Pengabungjalinan mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia. mentafsir dan membuat hubungkait antara catatan dengan gambar lukisan atau fotografi sejarah. dan mempunyai kekuatan minda yang kreatif. jaya diri dan keusahawaan yang tinggi. dengan satu bahasa yang dapat difahami oleh semua pelajar. secara tak langsung pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 12 . Melalui apresiasi seni segala dokumentasi dan mencatat sejarah detik perjuangan kemerdekaan akan mendidik pelajar perlu wujudnya nilai cintakan negara. mempunyai semangat jati diri (objektif Ke-10). generasi yang hidup dalam abad ke-21 perlu memperoleh nilai-nilai murni dan luhur yang bersifat sarwajagat. II Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan Bagi menghadapi cabaran yang datang secara bertalu-talu. termasuk dalam bidang sains dan teknologi (objektif ke-6). I. Kes-kes pergaduhan antara pelajar berlainan bangsa yang disebabkan perselisihan faham dapat dielakkan dan dikurangkan. Tambahan pula. Pelajar menjalankan penyelidikan mengumpul. mempunyai ketrampilan yang tinggi.

Semangat patriotik dan nasionalisme penting bagi membolehkan Malaysia lebih bersifat kompetitif di peringkat antarabangsa. Dalam usaha menuju perpaduan. Sebelum menentukan tema pertandingan. bercerai berai kita runtuh. Tujuan kurikulum beliau adalah meningkatkan kualiti individu dan mengenali individu yang lain.” . “Perpaduan pemangkin kemajuan negara”. perabut ukiran. 2000) Dalam melaksanakan kandungan kurikulum. pendidik mesti memahami kandungan seni visual dengan sebenar-benarnya. “Bersatu padu kita teguh. tujuan. Pelajar perlu disedari kepentingan dalam memahami serta wujud perasaan hormat budaya orang lain. negara gemilang” dan lain-lain telah digunakan sebagai tajuk. slogan-slogan seperti. Budaya Malaysia yang dibentuk merupakan identiti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kesemua kaum melalui transformasi soaial melalui aktiviti pendidikan seni. Barangan kraf seperti barangan anyaman. analitis dan futuristik (objektif ke-3). “Tak kenal maka tak cinta”. produk juga diminta mencapai tahap persembahan yang memuaskan. Pengajian Media dan Pengajian Kritikan Seni. saling penuh memenuhi”. objektif dan kehendak tema yang berkaitan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 13 .inovasi . tembikar. Dalam kurikulum pendidikan seni visual selain mementingkan proses penghasilan atau proses artistik. Nilai patriotik (objektif 1. (dalam Iberahim Hassan. pengajian Linguistik Visual. sesi perbincangan diadakan agar semua pelajar benar-benar faham matlamat. Feldman (1972) mencadangkan pendekatan humanistik dalam pencapaian pengajian kognitif. 7 dan 9) boleh dipupuk dengan meningkatkan rasa kebanggaan rakyat terhadap barangan Malaysia dan seterusnya mencapai perpaduan di kalangan rakyat majmuk. pendidik merancang aktiviti seperti pertandingan melukis poster selain bertujuan mencungkil potensi pelajar. Rakyat bersatu padu. “Bagai aur dengan tebing. barang hiasan gangsa melambangkan identiti budaya di Malaysia.

:122-124 telah menyarankan bahawa aktiviti kumpulan merupakan satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar yang berbilang kaum. Michael Day dalam buku mereka yang berjudul Children and Their Art methods for the Elementacy School dalam issues Multi-Cultural.” 4. III. semangat kekitaan dan persefahaman dapat dipupuk dalam situasi yang mesra. Aktiviti pertandingan melukis poster dapat memupuk semangat perpaduan dan menyedari kepentingan perpaduan di peringkat awal sebelum pelajar menunjukkan kemahiran melukis masing-masing. guru hendaklah memastikan pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum. hlm. Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial pelajar di samping mencapai Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 14 . Kata Mumama: “Jiran dan rakan-rakan bersepakat ke arah kemasyarakatan akan membawa kebajikan dan keberkatan. Pelajar diminta memberi pandangan bagaimana hendak mengambarkan perasaan cinta kepada negara melalui seni visual. Apabila menjalankan aktiviti-aktiviti seni dalam kumpulan. Semasa menyiapkan sesuatu projek seni.dengan perpaduan. Pelajar dapat bertukar-tukar fikiran. pandangan dan pengalaman serta bercerita tentang budaya sendiri. Aktiviti kumpulan Al Huswitz. Menurut Ee Ah Meng (1988) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih mengatakan amalan seperti ini akan menjauhkan perasaan benci dan iri hati dikalangan pelajar berbilang kaum.

selain daripada memberi ilmu pengetahuan. ia dapat mengeratkan lagi persahabatan antara pelajar yang berbilang kaum. Stendler dalam penulisan mereka yang bertajuk The Social Dimension telah mengatakan strategi pengajaran melalui koperatif dapat mengalakkan pelajar menetapkan perancangan bersama. Kaedah pembelajaran secara koperatif penting dalam pembentukan perpaduan kaum dapat dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh William Ragan and C. membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan sebagai yang diminta oleh guru melalui perhubungan yang saling bergantung secara positif. segala bimbingan dan bantuan yang diberi kepada pelajar hendaklah menunjukkan keadilan dan kesaksamaan. Dalam sesi kritikan seni. sifat rasional dan mempunyai hati terbuka turut menyumbang dalam usaha memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. Semasa Pengajaran dan pembelajaran Dalam tugas melaksanakan isi kandungan yang telah dirancang. B. interaksi bersemuka yang sihat dan penglibatan yanga saksama. Sesi ini membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat dan memberi pandangan Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 15 . membahagikan tanggungjawab dalam melaksanakan segala aktiviti seni yang diminta. menetukan matlamat.objektif pembelajaran yang ditetapkan. bertanggungjawab. Tindakan diskriminasi perlu dielakkan agar pelajar merasa seronok dan selesa belajar. Secara tidak langsung. Maka. selain melatih dalam penggunaan bahasa tampak. V. sebagai seorang pendidik yang profesiohal. Pelajar akan bekerjasama dalam satu kumpulan kecil. objektif pengajaran perlu sejajar dengan kehendak FPK yang bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju dengan cara yang tersendiri.

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek penting dalam memberi daya tarikan dan menjadi sumber ilham kepada pelajar. Menurut Md. Seni bersifat sejagat. tetapi apa yang penting ialah peranan guru sebagai pembudaya. VI. Sejarah seni Bidang Sejarah Seni yang ada dalam kandungan kurikulum pendidikan seni juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sikap perpaduan. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 16 . Ia memudahkan pelajar berbincang dan menjalankan aktiviti kumpulan. Nasir Iberahim dan Prof. Suasana bilik darjah yang ceria mencerminkan sikap tanggungjawab dan kerjasama antara pelajar yang menuju ke arah perpaduan. Madya Iberahim Hassan (2003) dalam buku mereka yang berjudul Pendidikan Seni Daripada Sudut Sosial mengatakan wujudnya pelbagai kontroversi dalam memperkenalkan ‘multikulturisme’. VII.yang membina. Walaupun budaya orang Melayu lebih diutamakan dalam kurikulum pendidikan seni tetapi guru seni perlu memperkenalkan budaya bangsa lain kepada pelajar agar mereka memahami dan menghormati serta boleh berkomunikasi dengan orang lain. Pelajar juga mempelajari menerima pendapat dan kritikan dari bangsa yang berlainan. Pengurusan bilik darjah Penyusunan meja kerusi dalam bilik atau studio seni seharusnya dalam bentuk kumpulan. Penyusunan meja kerusi yang berasingan seolah-olah mengasingkan dan mengelakkan setiap individu berinteraksi antara satu sama lain.

Perkembangan dunia kian semakin pesat. Sebagai contoh komplas sekolah wawasan pertama di USJ15 Subang Jaya merupakan sekolah wawasan pertama bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara kita. wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan mungkin gagal. Dato’ Onn Jaafar pernah berkata: “Saya ini pro Islam dan pro Melayu. Sebagai seorang pendidik. “Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia)” bukan sesuatu impian yang mustahir. rasional dan langkah-langkah tindakan yang dimajukan. Tanpa perpaduan nasional.Kesimpulan Dalam menangani masalah perpaduan antara kaum. tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat perpaduan nasional. tetapi tidak membenci kepada bangsa-bangsa yang lain. Sesungguhpun. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan. memupuk perpaduan adalah satu usaha yang begitu komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Perluasan pelaksanaan konsep sekolah wawasan ke seluruh negara pada abad ke-21 akan dapat memastikan perpaduan kaum yang terdapat di negara terjamin. Bidang pendidikan perlu sentiasa membuat “enviromental scanning” bagi mengenalpasti keperluan-keperluan negara semasa. ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai dan dilaksanakan. dan persetujuan semua pihak terhadap konsep. penjelasan. Namun dengan adanya kefahaman. jelaslah Kurikulum Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkan berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas.” Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 17 . Jadi. kita harus ingat bahawa perpaduan nasional harus diutamakan.

Abd Rahim Abd Rashid.Biliografi --------. Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. (2000). Abu Talib Putih (2001). Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. UPSI. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perak: Quantum Books. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2000). Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 18 . (1998). Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. Tanjong Malim. Soal Pemikiran Dalam Pendidikan Seni: Asas Pertimbangan Untuk Praktis Pengajaran Di Sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. --------. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI. Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. (2003). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Mohd. (1995). Kassim Ahmad. (1980). (1991). Curriculum. Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Satu Persoalan. Bhd. Sumbangan Kami Terhadap Wawasan 2020. Ensiklopedia Dunia Melayu. Madya Iberahim Hassan. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 19 . Alias Aliana. [On-line] file:///A/perpaduan. Tanjong Malim. Michael Day. Wawasan Pemangkin Negara Maju. (2000). Md. Selangor: Fajar Bakti. Culture and Art Education Comparative Perspectives. Prof. Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Bandung: ITB. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rancangan Malaysia Ketujuh.html Iberahim Hassan. (1998). Musa Hitam. Ee Ah Meng. Kuala Lumpur: Piramid Perdanan Sdn. (1996). Nasir Iberahim. Freedman & Feenam d. (2003). Selangor: Fajar Bakti. Pengisian Misi Pendidikan.Al Hurwitz. [On-line] file:///A/db08fokf. Omar Mohd. Malaysia. United States of America. Bhd. Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Selangor: Fajar Bakti. Haji Abdu. 4. Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah. Haji Mohd. Shahir B. UPSI. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Hashim. Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Kuala lumpur: Percetakan Negara. Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Children and their art: Methods for Elementary School. Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat. Esei-esei Politik. State University of New York: Press Albary. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. (2000). (1993). (1986). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 – 2000. (1991). Filsafat Seni. Manshur B. Malaysia. Hernandez. 1996 – 2000. Jakob Sumardjo. (2001). Kiyai Masyhadi. Kuala lumpur: Percetakan Negara. (1999).html Awang Had Salleh. Perpaduan Kearah Pengukuhan Kepimpinan Ummah. (1998). Selangor: Pelanduk Publications.

Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Habib Mat Som. Falsafah Pendidikan Negara. penyunting (1993). Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 20 . Shahril @ Charil Marzuki. Syed Othman Alhabshi. Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. Educating For Art: Critical Response and Development. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. (1990). (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. (1990). Seni Dan Pendidikan Insan Madani. Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Siti Fatimah Abdul Rahman.Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. UK Limited England: Longman Group. Rod Taylor. (1999). (1997). (1986). Ke Arah Negara Maju Berdasarkan Sistem Nilai. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. [On-line] Tajul Ariffin Noordin.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful