Nama No i/c Unit

: Nur Aisyah bte. Mohd. Yusof : 8912209 – 23- 5062 : PISMP Prasekolah 2 ambilan Januari 2009

Tajuk laporan : Projek Keceriaan Laman Prasekolah Cahaya Ria. ___________________________________________________________________ Pada semester akhir iaitu pada semester lapan , kami sebagai pelajar PISMP ambilan Januari 2009 dikehendaki untuk mengendalikan dua program minor sebagai gandingan bersama satu program major. Saya dan rakan seperjuangan telah berbincang untuk menjalankan projek keceriaan laman Prasekolah Cahaya Ria di Sekolah Kebangsaan Klebang Besar. Saya telah bergandingan bersama rakan seperjuangan memandangkan gerak kerja yang dilakukan agak berat dan merumitkan. Lantaran, melalui kerjasama dan kolabarasi antara dua pihak akan menjadikan gerak kerja berjalan dengan lancar dan sempurna.

Projek ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang diwajibkan kepada guru pelatih semasa menjalani internship di sekolah. Projek yang dirancang khususnya memberi fokus kepada keceriaan laman prasekolah. Sehubungan itu, projek ini adalah satu aktiviti yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru pelatih PISMP Prasekolah Ambilan Januari 2009, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dengan kerjasama daripada Pihak Pengurusan dan Pentadbiran serta Jawatankuasa Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar Melaka.

Objektif kami menjalankan projek keceriaan laman ini ialah untuk mewujudkan kawasan laman prasekolah yang lebih ceria harmonis. Hal ini kerana, murid-murid prasekolah memerlukan satu semangat untuk menghadirkan diri ke sekolah. Sekiranya mereka tidak mempunyai tarikan yang mendalam mengenai sekolah, maka secara tidak langsung akan menjadikan mereka tidak mahu menghadirkan diri ke sekolah kerana faktor bosan dan tidak menarik.

Saya merasakan bahawa ini merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi seorang guru prasekolah. Seorang guru prasekolah yang berdedikasi dan berkaliber haruslah bijak mengatur langkah untuk menjadi seorang guru yang kreatif dalam memastikan murid terus dapat menuntut ilmu yang ingin dicurahkan. Persekitaran sekolah yang ceria dapat memberi keselesaan dan menggambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.

Keceriaan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya visi dan misi sekolah. Saya juga berpendapat bahawa kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Melalui projek keceriaan laman prasekolah juga dapat memupuk sikap bertanggungjawab terhadap sekolah. Ini merupakan satu nilai murni yang harus ada pada semua hati dan jiwa murid agar mereka mencintai sekolah. Namun, dalam projek minor ini, kami lebih menumpukan kepada memujuk jiwa dan hati murid – murid prasekolah agar mempunyai sikap bertanggungjawab. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah, melalui projek ini, mereka akan menyedari kepentingan menjaga kebersihan dan sentiasa memastikan keadaan persekitaran dalam mahupun luar kelas dalam keadaan yang kondusif.

Lantaran itu, saya dan rakan seperjuangan telah berusaha bersungguhsungguh bagi memastikan gerak kerja ini berjalan mengikut seperti apa yang telah kami cadangkan. Kami bersyukur kerana mempunyai mentor yang sangat membantu dan sering memberikan galakan dalam memastikan projek ini berjalan dengan baik. Kami juga telah membentuk ahli jawatankuasa supaya melalui organisasi yang teratur akan menjadikan projek keceriaan mudah dikendalikan.

Saya dan rakan seperjuangan juga telah merancang sudut dan corak-corak yang ingin dilakukan agar laman akan menjadi lebih ceria dan menarik. Kami telah berbincang secara kerap dan berpendapat bahawa kami ingin menjadikan laman tersebut sebagai laman ilmu. Laman ilmu yang dimaksudkan ialah murid-murid bukan sahaja boleh bermain , malahan mereka juga boleh menimba ilmu. Ini merupakan satu bonus yang baik kepada murid dalam menjana pemikiran dan pengetahuan mereka,.

Bak kata pepatah “ sambil menyelam, minum air” yang bermaksud dapat melakukan dua perkara dalam masa yang sama ,contohnya bermain sambil membaca. Kami begitu teruja dalam menghasilkan laman keceriaan ini, namun kami memahami bahawa kami juga mempunyai komitmen lain yang perlu diselesaikan mengikut kadar waktu yang telah ditetapkan.

Disebabkan itu, kami telah menyusun atur tarikh yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti , agar kami dapat melakukannya dengan tenang dan tidak tergopoh- gapah. Kami telah memilih tarikh pada 12 sehingga 19 Julai 2012 sebagai waktu yang sesuai. Dalam masa seminggu yang telah ditetapkan, saya dan rakan seperjuangan berusaha untuk memberikan yang terbaik terhadap projek minor kami ini.

Semasa kami sedang mengendalikan beberapa projek lain yang harus diselesaikan mengikut kadar waktu yang diberikan, saya dan rakan seperjuagan telah merancang anggaran perbelanjaan dan kos pelaksanaan aktiviti. Kami telah menyenaraikan senarai barangan yang kami perlukan dan kami telah usulkan kepada mentor mengenai perbelanjaan yang kami ingin gunakan untuk menghias laman keceriaan prasekolah.

Kami juga menggunakan alternatif lain sebagai salah satu cara untuk mendapatkan dana dengan menggunakan kewangan biasisiwa kami. Kami tidak berasa terbeban untuk mengeluarkan sedikit kewangan dari pihak kami kerana saya merasakan ini satu amal ibadat yang akan berkekalan pahalanya hingga ke akhirat kelak. Lantaran itu , saya dan rakan seperjuangan merasa sungguh bertuah kerana dapat menyumbang sedikit dana untuk memastikan projek ini dapat dikendalikan dengan baik.

Kekuatan yang saya dapat dalam projek laman keceriaan Prasekolah Cahaya Ria ialah dapat menarik minat murid-murid prasekolah untuk menuntut ilmu. Mereka akan teruja untuk menghadirkan ke prasekolah apabila melihat pelbagai corak dan hiasan yang menarik di dalam mahupun di luar kelas mereka. Tumpuan mereka untuk belajar juga akan lebih berkembang kerana dapat mendapat ilham dan ilmu pengetahuan melalui persekitaran mereka yang berinfomatif dan ceria.

Kekuatan kedua yang saya dapati berdasarkan pengalaman menyiapkan projek keceriaan laman prasekolah ialah kerjasama dan toleransi yang telah diberikan oleh rakan seperjuangan. Saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai rakan seperjuangan yang begitu memahami dan sering membantu ketika memerlukan. Kerjasama merupakan satu elemen yang penting bagi memastikan setiap gerak kerja dapat dijalankan dengan baik dan mesra tanpa perlu bermasam muka dan bermusuhan.

Sekiranya, kita mempunyai masalah antara rakan setugas, ia sekaligus akan menganggu gerak kerja dan menjadikan kita menjadi kurang selesa untuk bekerja dalam situasi yang sebegitu. Rakan seperjuangan saya telah memberikan idea-idea yang bernas dan saling memberikan pendapat dan teguran yang membina ketika menjalankan projek keceriaan ini. Setiap pendapat dan teguran rakan seperjuangan akan saya abadikan dalam ingatan dan akan saya aplikasikan apabila telah menjadi seorang guru prasekolah kelak.

Kekuatan ketiga ialah melalui sokongan dan galakan yang positif daripada mentor dan pembantu mentor yang tidak pernah padam. Ini merupakan satu faktor yang sangat penting bagi memastikan kami lebih bersemangat dalam menjalankan setiap program yang dijalankan. Saya berasa sungguh bertuah kerana mempunyai mentor pembimbing iaitu Puan Shamilla dan pembantu mentor pembimbing iaitu Puan Marliyana kerana telah memberikan bantuan berupa bahan dan peralatan keceriaan dan adakalanya mereka akan membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan seperjuangan berasa sungguh bertuah kerana mempunyai mentor pembimbing yang sangat efektif dan kreatf kerana sering memberikan pendapat dan idea yang bernas. Saya dan rakan seperjuangan juga berpeluang untuk keluar bersama seramai empat orang ketika membeli bahan untuk menyiapkan projek keceriaan laman prasekolah. Kami berasa sungguh bertuah kerana mempunyai mentor pembimbing dan pembantu mentor pembimbing dan saya akan menyimpan setiap memori yang telah dilalui sebagai kenangan yang indah.

Saya tidak menafikan terdapat juga beberapa kelemahan yang kami lalui sepanjang mengendalikan projek laman keceriaan ini . Namun, saya dan rakan seperjuangan menganggap bahawa itu adalah cabaran-cabaran yang mematangkan fikiran kami agar menjadi lebih berdikari dalam membuat sesuatu keputusan. Saya dan rakan seperjuangan juga menganggap ia merupakan satu kemahiran baru

kepada kami dalam menyelesaikan masalah yang mendatang secara tiba-tiiba. Lantaran itu, setiap cabaran itu pasti punya hikmah tersendiri.

Cabaran pertama yang saya perolehi ketika melaksanakan projek keceriaan ini ialah kekurangan bahan yang terdapat di prasekolah menjadikan idea dan gerak kerja agak terbatas namun dapat di atasi dengan kecekapan mentor dan pembantu mentor mencari bahan dengan segera. Saya dan rakan seperjuangan telah dimaklumkan lebih awal oleh pihak sekolah bahawa mereka kekurangan dana untuk menyediakan perbelanjaan projek keceriaan kami. Sungguhpun begitu, kami tidak mengalah dan berputus asa. Saya sentiasa percaya setiap masalah ada penyelesaiaannya .

Sebagai solusi, saya dan rakan seperjuangan telah menggunakan peralatan sedia ada yang terdapat di dalam kelas prasekolah. Kami juga mengitar semula bahan-bahan yang sudah lama tidak dipakai untuk dijadikan sebagai medium menghias laman keceriaan kami. Ternyata, dengan berkat pertolongan Allah s.w.t dan berkat usaha kami , akhirnya kami dapat menggunakan peralatan di dalam kelas dengan secukup tanpa menggunakan dana daripada pihak lain, Ini merupakan satu kebanggaan kepada kami kerana melalui usaha yang tidak putus, ia berjaya mencipta satu solusi yang terbaik.

Kami dapat membina lanskap sebagai pelengkap taman mini. Tujuan taman mini diwujudkan agar murid-murid dapat mempelajari cara pertumbuhan pokok dan tumbuhan secara fizikal. Saya dan rakan seperjuangan percaya bahawa kanakkanak akan lebih memahami apabila mereka melihat dengan secara fizikal. Taman mini juga dapat menyemaikan nilai mencintai alam sekitar dan kepentingan menjaga alam sekitar di persekitaran terutamanya di kawasan sekolah.

Cabaran kedua yang saya dapati ialah cuaca yang tidak menentu menjadikan kami terpaksa menangguh gerak kerja buat seketika. Hal ini kerana, laman tersebut berada di luar kawasan kelas menjadikan adakalanya kami terpaksa berhadapan dengan risiko seperti ini. Sungguhpun begitu, kami tidak mudah mengeluh dengan setiap dugaan yang mendatang. Bagi pendapat saya dan rakan seperjuangan, setiap yang hadir itu adalah satu semangat untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.

Saya dan rakan seperjuangan sanggup menggunakan waktu senggang kami dengan menghias laman selepas waktu persekolah. Kami telah menggunakan waktu tersebut sebagai emas dan ia menjadikan kami lebih bersemangat untuk menyiapkan projek tersebut mengikut kadar masa yang telah ditetapkan. Kami telah menghabiskan masa senggang di Sekolah Kebangsaan Klebang Besar selama beberapa hari bagi memastikan projek keceriaan berjalan dengan lancar.

Saya berasa sungguh bertuah kerana mempunyai rakan seperjuangan yang mempunyai semangat untuk menghias laman keceriaan prasekolah .Rakan seperjuangan yang sehati sejiwa dan saling memahami menjadikan saya begitu selesa bekerja dengan beliau. Alhamdulilah, saya memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah dikurniakan rakan seperjuangan yang baik hati dan sentiasa bertoleransi. Saya percaya, bahawa sekiranya mempunyai masalah bersama rakan seperjuangan mahupun pihak pentadbir, pasti akan merosakkan suasana kerja. Saya tidak mahu mengambil itu sebagai risiko dalam mengendalikan projek ini, lantaran itu kerjasama adalah satu faktor penting kejayaan.

Kesimpulannya,

keceriaan

kawasan

sekolah

adalah

penting

bagi

meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya visi dan misi sekolah di samping dapat menyediakan suasana yang ceria, selesa dan harmoni untuk kanak-kanak. Sekiranya pihak sekolah tidak dapat menyediakan suasana pembelajaran yang kondusid kepad murid-murid prasekolah, saya percaya ia akan sedikit sebanyak membantut minat

mereka untuk menghadirkan diri ke sekolah untuk menuntut ilmu. Benarlah kata pepatah, didikan awal itu bermula dari rumah. Sekolah juga merupaka rumah kepada murid-murid untuk menjadi selamat dan selesa. Lantaran itu, guru bertanggungjawab dalam memastikan “rumah” ini dapat dijadikan sebagai teduhan yang berilmu kepada isinya.

Saya juga ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Allah s.w.t kerana telah memudahkan gerak kerja kami. Benarlah firmanNya bahawa setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan kasih kepada warga Sekolah Kebangsaan Klebang Besar kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Jasa kalian tidak dapat kami lupakan sehingga bila-bila dan Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan setugas kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi seorang ketua. Saya berharap agar amanah ini telah dijalankan dengan sempurna, walaupun terdapat kekurangan dari beberapa sudut, namun saya akan berusaha untuk melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Semoga projek keceriaan laman prasekolah ini akan dijadikan sebagai tempat yang kondusif untuk muridmurid prasekolah menimba ilmu.