You are on page 1of 9

AGEN PERUBAHAN

Peranan guru di sekolah adalah untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Buku Panduan KBSR Walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam sesebuah sekolah..

JENIS PERUBAHAN
Menurut Dessler (1995) dalam Mohamad Sani (2000) mengemukakan empat jenis perubahan:

Perubahan ke arah peningkatan


Perubahan strategik organisasi

Perubahan dalam cara melaksanakan tugas. Cth : perubahan yang sepatutnya dilakukan oleh guru untuk meningkatkan keputusan peperiksaan murid.

Pencapaian strategik adalah satu perancangan yang berstrategi untuk mencapai matlamat. Penglibatan keseluruhan organisasi penting kerana kurikulum yang baik atau lengkap perlukan peralatan yang mencukupi, teknik mengajar diperbaiki dari semasa ke semasa.

Perubahan reaktif / proaktif Perubahan akibat daripada jangkauan

Dilakukan ke arah memenuhi kehendak pelanggan. Cth : JPA menghantar murid ke luar negara berdasarkan guna tenaga mengikut pengkhususan dan keperluan masa depan

Dilakukan untuk menghadapi pesaing baru. Cth : ancaman pesaing baru daripada kemunculan sekolah sekolah swasta. Perubahan dalam corak tenaga kerja.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN


Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. Guru perlu bersifat terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan. Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu. Memberikan perkhidmatan dalam bidang yang dikuasai Menjalankan kajian pendidikan dalam mengatasi masalah murid dalam bilik darjah agar dapat meningkatkan mutu pendidikan.

PENGGANTI IBU BAPA


IN LOCO PARENTIS bahasa latin yang membawa makna ibubapa gantian. Ibubapa paling hampir dengan pelajar. Pembelajaran peringkat awal diperoleh daripada ibubapa. Perkembangan awal kanak-kanak bermula dirumah aspirasi,nilai&sikap ibubapa menjadi model ikutan. Aspirasi dan nilai guru disekolah perlu seiring dgn ibubapa. Keprihatinan & kepekaan guru terhadap aspirasi,nilai & sikap ini akan membantu mereka menghadapi persekolahan dengan yakin. Dengan mempamerkan kasih sayang,kemesraan & menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna & berkualiti, guru boleh berperanan sebagai pengganti ibubapa.

Kanak kanak berkembang melalui persekitaran mereka. - Model Pengajaran Sim persekitaran dan tempat belajar haruslah selesa dan sesuai agar kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan kondusif tanpa gangguan. - Oleh itu, menjadi tugas guru untuk menyediakan persekitaran yang kondusif.

Kerjasama antara ibu bapa dan guru. - Setiap guru dan ibu bapa mempunyai peranan dalam menyokong dan melengkapi antara satu sama lain. - Murid mempunyai peluang terbaik untuk berkembang. - Pelbagai usaha perlu dipergiatkan untuk menggalakkan penyertaan keluarga yang lebih bermakna. - Komunikasi yang berkesan merupakan asas dalam menjalin sebarang bentuk kerjasama.

PEMBENTUK TINGKAH LAKU


Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

PEMBENTUK TINGKAH LAKU


Mengurus tingkah laku pelajar agar sejajar dengan norma. Guru merupakan model yang sangat penting dlm menyampaikan maklumat tentang amalan nilainilai, kepercayaan, falsafah & sikap pelajar. Guru perlu memahami matlamat pembelajaran membentuk insan yang boleh berfikir dengan matang, dapat menyelesaikan masalah dengan kebolehan berdikari serta dapat membuat keputusan dengan penuh hikmah & bijaksana.

You might also like