M U H A S A B A H R A M A D A N

“Ke arah peningkatan kualiti dan kuantiti ibadah puasa”

Buletin Ramadan
PUSAT ISLAM AL-HIDAYAH IPG KAMPUS IPOH Ims 27/7 30/7 31/7 1/8 Sub

25/7/2012

Waktu solat IPG Ipoh

Ahlan Ya Ramadan
1433h/2012m Rukyatul Hilal

Zoh Asa Magh 7.34 7.34 7.33 7.33 7.33 7.33

Isyak 8.47 8.47 8.46 8.46 8.46 8.46

5:42 5:52 1:25 4.47 5.43 5.43 5.43 5.43 5.43 5.53 1.25 4.46 5.53 1.25 4.46 5.53 1.25 4.46 5.53 1.25 4.45 5.53 1.25 4.45

2/8 3/8

C

SOLAT TARAWIH MEMETABOLISMEKAN MAKANAN

antik sekali apabila bulan puasa turut diiringi dengan sembahyang sunat tarawih pada sebelah malamnya. Hal ini adalah kerana ia membantu proses pencernaan makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga (sehingga 200 kalori). Di samping itu, ia juga bertindak sebagai satu cara senaman yang ringkas dan baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular (jantung dan aliran darah). Subhanallah! “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan pohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.” (HR. Muslim) Rasulullah yang merupakan kekasih Allah dan insan yang dijamin syurga ke atasnya juga beristighfar memohon keampuna Allah, Pencipta dan pemilik alam. Kita bagimana? Apa yang pasti, balasan neraka sudah tentu tetapi syurga belum tahu untuk kita dek kerana dosa kita yang menggunung tinggi. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita bertaubat sementara masih bernafas.

Khamis, 19 Julai 2012- Satu rombongan dari IPG Kampus Ipoh telah dijemput bagi menghadiri Program Mencerap Anak Bulan Ramadan di Baitul Hilal, Pasir Panjang, Segari, Perak. Jemputan tersebut telah dikelolakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak yang turut membabitkan institut-institut lain di negeri Perak. Rombongan dari IPG Kampus Ipoh yang terdiri daripada ahli Lujnah Penerbitan, Penerangan dan Publisiti Biro Kerohanian dan Moral, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh beserta 7 orang pelajar daripada Unit J14 bertolak dari kampus pada pukul 4.30 petang bersama pensyarah pengiring yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Mufti Negeri Perak dan tiba disana pada jam 6.30 petang. Slot program diisi dengan ucapan daripada mufti Perak tersendiri dan Ahli Jawatankuasa Falak. Pelbagai maklumat berkaitan ilmu astronomi dan falak dapat diperoleh melalui taklimat yang disampaikan. Proses mencerap anak bulan Ramadan dijalankan sehinggalah 7.30 malam, yang mana akhirnya pengumuman secara rasmi dikeluarkan, iaitu anak bulan tidak kelihatan. Justeru, umat Islam akan mula berpuasa pada hari Sabtu. Usai solat Maghrib, jamuan ringkas disediakan buat pengunjung. Rombongan dari IPG Kampus Ipoh bertolak pulang pada pukul 8.30 malam.

Kuliah Khas Kamboja
Bersempena program korban/akikah dan khidmat masyarakat yang akan dijalankan di Kemboja, satu kuliah khas akan diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga IPG Kampus Ipoh mengenai situasi sebenar disana. Butirannya adalah seperti berikut: Tarikh: 1/8/2012 Hari: Rabu Masa: Selepas tarawikh Penceramah: Ustaz Ahmad(Wakil dari Madrasah Kg Cham)

Ceramah Ambang Ramadan
HUKUM MENGELUARKAN DARAH DARI ORANG YANG BERPUASA
Soalan:Adakah mengambil sedikit darah di siang bulan Ramadhan untuk pemeriksaan perubatan atau derma darah membatalkan puasa ? Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin; Jika seseorang mengambil sedikit darah yang tidak menyebabkan tubuhnya lemah, maka hal itu tidak membatalkan puasanya. Darah boleh diambil samada untuk pemeriksaan kesihatan atau pemindahan darah kepada orang lain (blood transfusion) ataupun untuk didermakan kepada seseorang yang memerlukannya. Tapi jika pengambilan darah itu dalam jumlah yang banyak yang menyebabkan lemah tubuh badan, maka hal itu membatalkan puasa. Hal ini diqiyaskan kepada berbekam yang telah ditetapkan oleh As-Sunnah bahawa hal itu membatalkan puasa. Berdasarkan hujah ini, seseorang yang tengah melaksanakan puasa wajib, seperti puasa Ramadhan, tidak boleh mendermakan darah dalam jumlah banyak, kecuali apabila terpaksa (darurat). Kerana dalam keadaan ini bererti dia telah batal puasanya sehingga dibolehkan makan dan minum pada baki hari tersebut. Kemudian dia mengqadha pada hari lain di luar bulan Ramadhan. [Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2] Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id http://fiqhmedic.wordpress.com/2009/09/23/mengeluarkandarah-dari-orang-yang-berpuasa/
Khamis, 19 Julai 2012- Satu ceramah sempena kedatangan bulan Ramadan telah dianjurkan oleh KESUKEB yang disampaikan oleh Hj. Zakaria Nasirudin, penyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Ipoh. Ceramah yang bertajuk Ahlan Wasahlan Ya Ramadan (Selamat Datang Ramadan) itu dihadiri oleh staf sokongan dan beberapa orang wakil pelajar. Antara isu yang disentuh oleh penceramah ialah matlamat berpuasa bagi orang islam iaitu bagi meraih taqwa dan kelebihan bulan Ramadan yang tidak terdapat dalam sebelas bulan yang lain. Sebagai seorang pengamal perubatan Islam, beliau juga menyentuh mengenai isu gangguan makhluk halus yang berlaku ketika Ramadan sedangkan syaitan sepatutnya dibelenggu pada waktu tersebut. Menurut beliau, hanya syaitan sahaja yang dibelenggu sedangkan jin tidak. Belau juga membuat perbezaan rigkas mengenai syaitan asli dan syaitan terbitan (jin dan manusia). Selain itu, beliau banyak menyentuh mengenai tarbiah yang terdapat dalam bulan Ramadan, amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan dan juga beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika berpuasa di bulan Ramadan supaya ibadah yang dilakukan lebih berkualiti dan juga meningkat dari sudut kuantiti. Satu sesi soal jawab diadakan sejurus selepas ceramah dan seterusnya diakhiri dengan penyampai cenderahati kepada penceramah.

PENAKLUKAN ANDALUSIA PADA BULAN RAMADAN
Pada bulan ramadan tahun ke-92 H,kaum muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Ziad,berjaya membuka Andalusia(Sepanyol).Peristiwa ini dikenali “Futuh Andalusia”ini begitu menyemarakkan semangat perluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Islam Berjaya menyeberangi selat diantar Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam ketika itu. Thariq memerintahkan semua kapal perang Islam dibakar sambil berkata dengan penuh semangat: “musuh didepan kamu.Apabila kamu mundur ,lautan di belakang kamu.Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya,berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan.” Semangat ini membakar jiwa tentera Islam dan akhirnya Andalusia berjaya ditakluki tentera Islam pada bulan ramadan.

JADUAL TAJAAN JUADAH BERBUKA PUASA BULAN RAMADAN 1433 H / 2012 MINGGU 2
TARIKH ISNIN 30/7 (10 Ramd) SELASA 31/7 (11 Ramd) RABU 1/8 (12 Ramd) KHAMIS 2/8 (13 Ramd) PENAJA KUKP (1), , Unit Kokurikulum (11) Unit Peperiksaan (2) & Unit Praktikum (2) Jab. PJK (17) Jab. Matematik (12) & Jab. Sains (7) Dr. Ismail b. Md Zain PETUGAS J14 dan K17

J3 dan K18 K1, K4 dan K14 K11 dan K13