You are on page 1of 22

BAB 1 PENGENALAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan berlakunya sejenis wabak influenza, juga dikenal sebagai

Infleuenza A (H1N1) di beberapa buah negara. Pada 15 Mei 2009, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan kes pertama Infleuenza A (H1N1) di negara ini. Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A, B dan C. Ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia. Virus Infleuenza A adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia. Virus Infleuenza A boleh menjalani mutasi iaitu perubahan genetik dan menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya. Ini akan mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik

influenza. (http://www.cybermedik.com) Virus Infleuenza A tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melalui saluruan pernafasan. Penyakit ini mempunyai tanda dan gejala awal seperti demam, iaitu demam panas secara mendadak melebihi 38C, sakit-sakit otot atau sakit sendi, sakit tekak, batuk dan sakit kepala. Ini akan diikuti dengan kesukaran bernafas, yang mana boleh melarat menjadi radang paru-paru yang lebih teruk dan boleh membawa maut. Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. (http://h1n1.moh.gov.my) Aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini. Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima. (http://ms.wikipedia.org)

BAB 2 INFLUENZA A HINI 2.1 Apakah Influenza A H1N1?

Influenza A H1N1 adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh sejenis virus baru iaitu virus Influenza A H1N1. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus Influenza babi, burung dan manusia. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988. Disahkan bahawa virus Influenza A H1N1 ini adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. (http://pmr.penerangan.gov.my)

Gambar di atas menunjukkan gabungan virus selesema burung,babi dan manusia oleh www.AFP.com pada 29/04/09. Gejala jangkitan virus Influenza A H1N1 adalah serupa dengan gejala selesema bermusim seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit yang dilaporkan. Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Ancaman virus ini amat besar terhadap wanita mengandung, pesakit yang mengidap penyakit kronik.

(http://h1n1.moh.gov.my)

2.2

Punca Sebenar Influenza A (H1N1)

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan, sebahagian besarnya berpunca daripada babi. Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox mengatakan berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut. Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi. (http://www.cdc.gov) Selain itu menurut artikel yang dikeluarkan oleh website tersebut, Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini. Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.

(http://www.cdc.gov) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut. Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini. Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.

(http://papisma.org) Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campurancampuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi. Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999. Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri. (http://papisma.org)

2.3

Perbezaan Influenza A H1N1 Dengan Selesema Lain

Menurut Dr Zakuan Zainy Deris, Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (2009), mengatakan pada asasnya adalah kita hanya mempunyai sebahagian immuniti terhadap selesema bermusim iaitu influenza A H3N2. Influenza A H1N1 adalah asing dan badan kita masih belum mempunyai immuniti terhadap kuman ini. Jadi terdapat kemungkinan kita akan mendapat selesema yang teruk apabila mendapat jangkitan influenza A H1N1. (http://papisma.org) Influenza A H1N1 juga menyebabkan kematian yang banyak dalam pandemik influenza pada tahun 1918-1919 iaitu dianggarkan sebanyak 50 juta orang. Namun kita sungguh bertuah kerana kadar kematian akibat jangkitan influenza A H1N1 sekarang adalah lebih rendah daripada dijangkakan walaupun kita tidak mempunyai immuniti terhadap kuman ini. Berbanding dengan influenza A H5N1 iaitu selesema burung yang mempunyai kadar kematian lebih 50%, influenza A H1N1 cuma melibatkan kematian sekitar kurang dari 1%. (http://www.mypositiveparenting.org) Sehingga 16hb Ogos 2009 Kementerian Kesihatan melaporkan kematian yang berkaitan dengan jangkitan influenza A H1N1 adalah 59 kes. Angka ini dijangka terus meningkat memandangkan beberapa kes masih dirawat di unit rawatan rapi serta wabak ini masih dalam peringkat awal. Jumlah mangsa yang dipastikan H1N1 melalui ujian makmal sehingga kini adalah sebanyak lebih 2000 orang. Jumlah yang dipastikan H1N1 adalah lebih kecil dari jumlah sebenar kerana ujian makmal hanya dilakukan untuk kes yang teruk sahaja. (http://www.mypositiveparenting.org) Melihat kepada keadaan ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa H1N1 merupakan satu bencana yang dasyat untuk negara kita kerana bencana lain seperti banjir dan tanah runtuh hanya melibatkan beberapa kematian sahaja. Kita juga tidak terdedah kepada bencana yang besar seperti tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi. (http://www.mypositiveparenting.org)

2.4

Kenapa Influenza H1N1 Digelar Selesema Babi?

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Dr Zakuan Zainy Deris, Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (2009), Influenza A H1N1 adalah kuman selesema yang biasa dalam kitaran babi. Wabak H1N1 dikalangan babi pernah dilaporkan sebelum ini. Kali pertama influenza A H1N1 dikesan daripada babi pada tahun 1930. (http://papisma.org) Menurut artikel yang dikeluarkan beliau akan tetapi kuman influenza A H1N1 terbaru ini tidak dipastikan daripada mana ia berasal. Kemungkinan adalah percampuran genetik antara kuman daripada burung, babi dan manusia di Amerika Utara. Ia dilaporkan sebagai selesema babi pada 24 April 2009. Selain itu, Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menukarkan istilah ini kepada influenza A H1N1 supaya lebih menggambarkan penyebab sebenar kepada selesema ini. Tetapi istilah selesema babi masih digunakan oleh media umum dan WHO masih mengekalkan swineflu dalam alamat webpage H1N1. (http://papisma.org) Pada 11 Jun 2009, pihak WHO mengisytiharkan influenza A H1N1 pandemik Fasa 6. Ini merupakan kali pertama WHO mengistiharkan wabak pandemik selepas selesema Hong Kong pada tahun 1968. Fasa 6 pandemik diisytiharkan apabila terdapat penularan wabak ini antara manusia dengan manusia secara signifikan dan melibatkan lebih dari dua benua. Malaysia melaporkan kes pertama influenza H1N1 pada 15 Mei 2009. (http://papisma.org) Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Datuk Mohd Johari Baharom berkata 529 ladang berdaftar serta 93 ladang tradisional diperiksa. Setakat ini semua ladang babi bebas daripada jangkitan wabak Influenza A (H1N1). Terdapat 700 ladang babi di seluruh Malaysia. Sebanyak 13,076 sampel (calitan hidung) dan 8,932 sampel darah babi diambil dari ladang-ladang babi berdaftar yang diperiksa, manakala 339 sampel darah dan 435 sampel (calitan hidung) pula diambil dari ternakan ladang tradisional. Permit import daging babi dari negara China, Eropah, Australia dan Vietnam akan ditarik balik jika perlu. (http://ms.wikipedia.org)

BAB 3 PENULARAN INFLUENZA H1N1 3.1 Penularan Virus Merebak

Tempoh transmisi adalah bermula sehari sebelum gejala sehingga tujuh hari selepas gejala bermula. Ini menyebabkan kawalan penyakit ini agak sukar kerana kita tidak dapat menjangkakan bila seseorang akan mendapat demam selepas jangkitan ini. Bagi pesakit kanak-kanak dan pesakit kurang daya immune pula, tempoh ini mungkin lebih panjang dijangkakan sehingga tujuh hari selepas gejala berakhir. Kuman influenza A H1N1 dianggarkan boleh bertahan di persekitaran sehingga 2-8 jam. Di persekitaran yang kering dan panas, kuman ini akan mati dalam tempoh yang lebih singkat. Kuman ini boleh dibunuh dengan menggunakan sabun, spirit dan ubat-ubat anti septik. (http://www.mypositiveparenting.org) 3.2 Penularan Influenza A (H1N1) di Malaysia

Influenza A (H1N1) di Malaysia atau wabak selesema babi bermula pada Mei - Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia. Sampel klinikal dihantar untuk ujian makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan kes Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie dan penyakit SARS. (http://ms.wikipedia.org) Berikutan daripada wabak selesema babi yang berlaku di Mexico bermula pada Mei 2009, kerajaan Malaysia mula mengambil langkah kawalan untuk mencegah wabak ini daripada menular. Pada 25 Jun 2009 Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan influenza A (H1N1) (1 % ) tidaklah berbahaya berbanding dengan wabak selesema burung (avian influenza) (60 %). Beliau menggesa media khususnya televisyen tidak menggunakan istilah selesema babi. Lagipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf istilah Influenza A (H1N1).

Stesen RTM1 dan TV3 beralih semula menggunakan istilah mudah difahami iaitu 'selesema babi' dan memang berpunca daripada babi di Mexico, Australia dan Amerika Syarikat. Istilah 'selesema babi' bukan bertujuan menghina sesiapa. (http://ms.wikipedia.org)

Semua jenis virus tidak ada ubat. Virus ini tiada 'persenyawaan' sebaliknya berkembang melalui 'pemecahan satu kepada dua' apabila hinggap pada perumah seperti manusia. Industri ternakan babi bimbang saham dan jualan ternakan akan merosot jika istilah selesema babi digunakan. (http://ms.wikipedia.org) 3.3 Catatan Angka Kematian di Malaysia

Menurut sumber di http://ms.wikipedia.org sehingga 2 Ogos 2009, 5 orang disahkan mati di Malaysia akibat selesema babi ini. 21 Julai 2009 didapati seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia. Berdasarkan akhbar online Bernama.com, 24 Julai 2009, seorang rakyat Indonesia, 46 tahun mati kerana degupan jantung tidak terkawal dan berkait dengan H1N1. Dia mati akibat pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. 27 Julai 2009 melalui Bernama.com juga didapati wanita berumur 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital

Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari selepasnya dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru. 31 Julai 2009, Bernama.com juga mengeluarkan beritanya bahawa terdapat pula seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Bagan Serai, Perak. Mangsa sesak nafas dengan suhu 39 darjah Celcius dancyanosis. Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian. Bedah siasat dilakukan di Hospital Alor Setar. 3 Ogos 2009 juga didapati seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia di Miri,Sarawak selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya. Ia menjadi kes pertama korban H1N1 di Sarawak dan ketujuh di seluruh negara setakat ini. Manakala menurut akhbar online Malaysiakini.com, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), R David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga

28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Dalam akhbar terbut juga menyatakan kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), R David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %. Sehingga Ogos 9, 2009, 26 kes kematian telah dicatatkan dan kesemua kes ini melibatkan warganegara Malaysia. 11 Ogos 2009, kes kematian yang dicatatkan di Malaysia adalah 32 orang.

BAB 4 BAGAIMANA MENGESAN DIJANGKITI H1N1 4.1 Tanda-Tanda Mengidapai Influenza H1N1

Menurut website http://pmr.penerangan.gov.my tanda-tanda mengidap jangkitan H1N1 kebiasaannya adalah demam, batuk, berhingus dan sakit kerongkong. Terdapat juga tanda-tanda yang tidak khusus seperti sakit kepala, sakit badan, cirit birit, muntah dan lain-lain. Kebanyakan orang yang mendapat jangkitan ini hanya mendapat gejala ringan. Anggaran sekitar 10% mendapat gejala yang teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung), jangkitan telinga tengah, kurang cecair badan serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi bertambah teruk contohnya asthma. Tambahan pula jangkitan pandemik influenza A H1N1 tidak dapat dibezakan H1N1 dengan selesema lain tanpa ujian makmal. Tanda klinikal pengidap H1N1 adalah sama dengan selema lain. Walaubagaimanapun pihak Kementerian Kesihatan menganggarkan sebanyak 95% selesema adalah disebabkan sekarang influenza A H1N1. Keadaan yang sama diperhati seluruh dunia. Dapat ertikata lain, semua kes selesema sekarang perlu dianggap sebagai influenza A H1N1. Sehubung dengan itu juga, ujian makmal untuk memastikan H1N1 secara umumnya tidak diperlukan untuk pengurusan pesakit. (http://pmr.penerangan.gov.my)
8

4.2

Tanda AMARAN Bagi Kes Ringan

Mengikut laman website http://www.moh.gov.my tanda AMARAN yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu: 1. Masalah pernafasan seperti sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru atau ungu. 2. Batuk berdarah atau kahak berdarah. 3. Sakit dada berterusan. 4. Cirit-birit atau muntah yang kerap. 5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih. 6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan. 7. Rasa pening apabila berdiri. 8. Kurang kencing. 4.3 Golongan Yang Berisiko di Jangkiti Influenza A H1N1

Mengikut sumber dapatan daripada Kementerian Kesihatan malaysia, golongan yang berisiko dijangkiti Influenza A H1N1 ialah : (http://h1n1.moh.gov.my) 1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun.Individu berusia 65 tahun dan ke atas. 2. Kanak-kanak dan remaja (kurang daripada 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang. 3. Wanita mengandung. 4. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal,

neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus. 5. Dewasa dan kanak-kanak yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression). 6. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.

BAB 5 RAWATAN KEPADA PESAKIT JANGKITAN INFLUENZA H1N1 5.1 Rawatan Bagi Jangkitan Influenza A H1N1

Mengikut maklumat http://papisma.org secara umumnya, pesakit menghadapi gejala yang ringan dan tidak mempunyai penyakit sampingan hanya memerlukan rawatan gejalanya sahaja iaitu ubat demam, batuk dan selesema. Pesakit juga perlu mengamalkan banyak minum air dan makan buah-buahan. Perokok-perokok dinasihatkan berhenti merokok. Pesakit yang mengidap gejala selesema perlu mengelakkan kunjungan ke tempat awam dan mengamalkan isolasi sendiri. Bagi pesakit yang di nasihatkan kuarantin di rumah, mereka perlu memerhati tanda-tanda AMARAN. Menurut Dr Zakuan Zainy Deris, Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, (http://papisma.org) pesakit-pesakit selesema yang mempunyai penyakit sampingan berikut perlu mendapat rawatan antivirus lebih awal iaitu : 1. Penyakit respiratori seperti asthma dan penyakit paru-paru kronik 2. Mengandung 3. Kegemukan 4. Kurang daya immun 5. Kanser, diabetes, penyakit jantung 5.2 Rawatan Khusus Untuk Jangkitan Selesema Influenza A H1N1

Kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan khusus penyakit ini iaitu ubat antivirus. Dalam kes di Malaysia ubat anti virus yang digunakan adalah Oseltamivir (Tamiflu). Sebahagian kecil pesakit dianggarkan sekitar 30% memerlukan ubat ini. Pesakit yang mendapat komplikasi sederhana dan teruk adalah kumpulan yang patut mendapat rawatan antivirus. (http://papisma.org) Menurut Dr Zakuan Zainy Deris, Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (2009) juga menasihati pesakit ini perlu dimasukkan dan diberikan rawatan dalam wad. Pesakit yang mempunyai penyakit sampingan dan pesakit dari kalangan
10

anggota perubatan yang mendapat jangkitan melalui merawat pesakit selesema juga perlu mendapat rawatan anti virus. Pihak Kementerian Kesihatan terus memantau keadaan ini dan kumpulan sasar antivirus akan berubah mengikut keperluan semasa. Pada waktu-waktu ini juga dicadangkan pesakit kanak-kanak kurang dari umur lima tahun dan pesakit yang mendapat demam berterusan lebih dari tiga hari juga mendapat rawatan antivirus. (http://papisma.org) Pesakit yang mengidap gejala ringan tidak memerlukan rawatan khusus. Tiada jawapan yang tepat adakah pesakit yang mengidap gejala ringan hanya terus berada di rumah tanpa mendapat pemeriksaan dari pengamal perubatan. Pertimbangan perlu diberikan kemudahan kesihatan yang mendapat kunjungan pesakit melampaui kemampuan mereka. Sudah pasti kakitangan kesihatan tidak mampu memeriksa dengan teliti setiap pesakit yang hadir. Namun begitu, sekiranya terdapat tanda AMARAN, mereka yang mengidap gejala ringan ini perlu diperiksa.

(http://papisma.org) Kerajaan Malaysia telah mula menyimpan simpanan lebih 2 juta dos ubat antivirus selesema Tamiflu sebagai langkah berjaga-jaga. Pesakit yang mengalami masalah asma, kegagalan organ, wanita hamil, diabetes dan penyakit kronik paru-paru mudah dijangkiti selesema babi ini. Kes ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan dibenar tinggal di rumah. Setakat ini belum ada vaksin bagi H1N1 dan ia hanya akan dihasilkan pada sekitar hujung 2009. 21 buah hospital swasta telah diberi bekalan antiviral influenza untuk digunakan bagi merawat pesakitpesakit influenza A (H1N1) atau yang disyaki. Rawatan antiviral influenza diberikan dengan dos diganda. Jadi hospital swasta tidak perlu merujuk pesakit kepada hospital kerajaan. (http://ms.wikipedia.org/wiki) Menurut artikel Utusan Malaysia bertarikh 19/06/2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pelancong dikehendaki mengisi borang mandatori. Mereka yang engkar boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Ia akan diwartakan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988. Borang pengisytiharan itu memerlukan orang ramai mencatatkan nombor tempat duduk dan nombor penerbangan bagi memudahkan mereka dikesan. Pemeriksaan suhu badan ke atas penumpang dari Amerika Syarikat (AS) Melbourne dan
11

Manila kerana mempunyai penularan wabak influenza yang tinggi dan berisiko bagi Malaysia. Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dimaklumkan kerana kini pada tahap 6 WHO. Orang ramai dilarang pergi ke tempat-tempat yang sesak dan ramai orang serta negara-negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan H1N1. Saringan dijalankan di di tiga pintu masuk darat utama di negara ini iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga. Jumlah disaring ialah 15,483 orang sehingga 22 Mei 2009. (http://ms.wikipedia.org/wiki) 5.3 Wad Pengasingan

Menurut laman web http://ms.wikipedia.org Kementerian Kesihatan menyediakan wad pengasingan di beberapa hospital. Petugas akan mengambil calitan tekak untuk ujian makmal. Seperti yang telah dikeluarkan dalam artikel Utusan Malaysia bertajuk Kes Berisiko Diberi Keutamaan Rawatan di Hospital bertarikh 18/07/2009, wad pengasingan disediakan di: 1. Hospital Sungai Buloh, Selangor - 6 kes 2. Hospital Kuala Lumpur - 4 kes 3. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban - 3 kes 4. Hospital Queen Elizabeth, Sabah - 2 kes 5. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh - 1 kes 6. Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu - 1 kes 7. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru - 1 kes 8. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar 9. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan 1 10. Hospital Kuala Lumpur - 6 kes 11. Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu - 1 kes 12. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang - 1 kes 13. Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah - 3 kes 5.4 Ujian Pengesahan Influenza A H1N1

Terdapat tiga ujian pengesahan iaitu melalui kaedah PCR, kultur virus atau ujian serologi. Ketiga-tiga ujian ini memerlukan kos yang tinggi dan sangat membebankan kakitangan makmal. Dalam wabak fasa mitigasi ini, ujian makmal tidak lagi penting
12

untuk pengurusan pesakit. Sebaliknya ujian makmal seharusnya tertumpu kepada kluster wabak selesema, pesakit yang mengidap gejala yang teruk serta pengesanan virus yang rintang kepada antivirus. (http://papisma.org) 5.5 Kecelaruan Pengurusan di Kalangan Pengamal Perubatan

Banyak orang berpandangan bahawa arahan yang tidak tetap seperti sekejap tutup sekolah, sekejap boleh buka ataupun kumpulan sasar antivirus yang berubah-ubah sebagai satu kecelaruan. Sebenarnya ini bukan kecelaruan pengurusan, tetapi sebaliknya ia adalah langkah yang bersesuaian dengan tahap wabak ini sendiri. (http://papisma.org) Sebagai contohnya, dalam fasa mitigasi, tidak semua pesakit boleh dimasukkan ke dalam wad begitu juga tidak semua sekolah boleh ditutup. Dalam suasana bencana, perubahan arahan dan strategi serta cara mengurangkan kesan bencana boleh berubah mengikut kesesuaian. Perubahan ini untuk kebaikan umum mengikut maklumat dan masalah semasa. Sebagai kumpulan yang terdedah dengan bencana ini, kita seharusnya peka dengan arahan semasa pihak berkuasa khususnya Kementerian Kesihatan dalam hal ini. (http://papisma.org) 5.6 Adakah Ubat Antivirus Mencukupi?

Bekalan antivirus adalah mencukupi. Pihak Kementerian Kesihatan telah menambah bekalan kepada sebanyak 20% jumlah penduduk. Ini adalah kerana kebiasaan bagi sesuatu wabak pandemik influenza yang mana 20% daripada mereka yang dijangkiti akan mengidap gejala selesema. Ubat ini perlu mendapat preskripsi samada dari pengamal perubatan kerajaan atau swasta. Ubat ini tidak dijual di farmasi pada masa ini kerana terlalu mudah mendapat antivirus boleh menyebabkan tiada kawalan dalam bekalan ubat ini. Ia juga dibimbangi akan menyebabkan kuman H1N1 menjadi kalis kepada ubat antivirus. (http://papisma.org) Antivirus dan vaksin adalah berbeza. Antivirus adalah ubat untuk membunuh virus, manakala vaksin pula untuk merangsang pembentukan antibodi bagi melawan virus. Antivirus seperti Oseltamivir (Tamiflu) yang diambil secara oral dan Zanamivir (Relenza) yang diambil secara sedutan adalah ubat untuk merawat jangkitan influenza A(H1N1). Kadang-kadang antivirus digunakan sebagai pencegah bagi golongan yang

13

terdedah kepada risiko jangkitan teruk seperti perempuan mengandung yang terdedah kepada pesakit H1N1. (http://papisma.org) Vaksin untuk Influenza A H1N1 masih belum ada sama ada di Malaysia atau di dunia. Vaksin selesema yang ada di pasaran sekarang ini hanya meliputi selesema bermusim iaitu H3N2. Namun begitu, pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC) masih mencadangkan vaksin ini bagi tujuan mengelakkan selesema terutama di kalangan kumpulan berisiko. Ini juga bertujuan mengelakkan seseorang mendapat dua jenis selesema berbeza dan seterusnya menyebabkan percampuran dua strain kuman influenza berbeza dalam satu badan. (http://papisma.org)

BAB 6 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN 6.1 Langkah Pencegahan Mengurangkan Penularan Selesema Ini

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama. (http://h1n1.moh.gov.my) 6.2 Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak. Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin). Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut sepertimana dalam Garis Panduan Pengendalian Influenza A (H1N1) Di Klinik Kesihatan pindaan 09 September 2009. 1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul.
14

2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam. 3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat. Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak. 4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital. 5. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal. 6. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan, batalkan atau kurangkan menghadiri majlis keramaian. 7. Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan. 8. Adab batuk yang baik (cough etiquette). 9. Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap. 10. Pengudaraan dalam rumah yang baik. 11. Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan. 12. Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat. 13. Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama. 14. Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru. 15. Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit. 16. Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
15

6.3

Sekolah Yang Mempunyai Kes H1N1

Seperti dimaklumi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah mengeluarkan surat pekeliling bilangan 10/2009, dalam fasa mitigasi, sekolah ditutup adalah sebagai langkah terakhir. Sekiranya sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, pelajar hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut Sekiranya sekolah tidak ditutup, pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut. Dalam fasa mitigasi ini sepatutnya pelajar atau guru yang mempunyai tanda selesema akan bercuti. Tindakan penutupan sekolah hanya akan dilakukan oleh pihak sekolah atau institusi bila kehadiran pelajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memutuskan status penutupan sekolah atau kelas. Pihak sekolah boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan daerah jika perlu. (http://h1n1.moh.gov.my) Ibu bapa atau penjaga dan guru hendaklah memastikan pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala selesema tidak hadir ke sekolah dan mereka perlu mendapatkan rawatan. Pihak sekolah diminta untuk membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap murid sekolah setiap hari dan merujuk ke klinik untuk rawatan lanjut. Prosedur Kementerian Kesihatan menetapkan sesuatu tempat yang mempunyai simptom influenza A(H1N1) akan diarah tutup sekiranya 5 % daripada jumlah keseluruhan penghuninya didapati mengalami demam sehingga mencecah 38 darjah Celcius. (http://h1n1.moh.gov.my) Mengikut laman web http://ms.wikipedia.org antara sekolah yang diarah tutup seminggu ialah : 1. SRJK(C) Jalan Davidson, Jalan Pudu, Kuala Lumpur ditutup dari 19-26 Jun 2009 2. SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup 22-26 Jun 2009. 3. Seri Cempaka International School, 1 kelas ditutup mulai 22 Jun 2009 4. SMK Seksyen 9 Shah Alam - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun 5. SMK Damansara Utama, Petaling Jaya - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun
16

6. SMK Wangsa Maju, Kuala Lumpur - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun 7. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka, Maran 8. Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan 9. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub 10. Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis 11. Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir 12. Sekolah Agama Al-Iqwan, Teluk Kumbar 13. Maktab Perguruan Tuanku Bainun di Pulau Pinang 14. Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang, Selangor 15. Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor 16. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor 17. Sekolah Kebangsaan Stella Marris Tanjung Aru 18. Sekolah Menengah (SM) Agama Kota Kinabalu 1 19. Sekolah Kebangsaan St. Agnes 20. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Shan Tao 21. Sekolah Menengah Bandaraya 22. SM Agama Kota Kinabalu 23. SM Sains Lahad Datu 24. SM Sains Kota Kinabalu 25. Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu 26. Sekolah Rendah Tebobon Kota Kinabalu. 27. Sekolah Menengah Sains Matang, Kuching, Sarawak 28. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya 29. Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield , Subang Jaya 30. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang, Kg Melayu Subang (3/8/20097/8/2009) Kem PLKN yang ditutup. Terdapat 83 buah kem PLKN di seluruh Malaysia. Kem PLKN yang ditutup mengikut sumber http://ms.wikipedia.org ialah : 1. Kem PLKN Bina Semangat YPJ di Mersing, Johor 2. Kem PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak 3. Kem PLKN Sri Impian, Pulau Pinang 4. Kem PLKN Merang Suria, Merang, Terengganu 5. Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Melaka.
17

6. Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 7. Kem PLKN Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan 8. Kem PLKN Jiwa Murni, Semanggol, Perak 9. Kem PLKN Peladang, Setiu, Terengganu 10. Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor 11. Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh,Ayer Keroh, Melaka. Institut Pengajian Tinggi yang ditutup mengikut sumber http://ms.wikipedia.org ialah 1. Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM) 2. Kolej Yayasan Melaka 3. Kolej Profesional Mara 4. Sekolah Kejururawatan Nilam 5. Univervisiti Teknologi Mara kampus Lendu 6. Politeknik Kota, Melaka Tengah, Melaka - luster 'influenza-like illness' (ILI) 7. Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, dikuarantin di Pusat Kesihatan Bandar Alor Setar seminggu. 6.4 Penggunaan Mask Mencegah H1N1

Ini adalah satu yang sangat subjektif. Keterlaluan penggunaan mask menyebabkan harga mask meningkat dan sukar diperolehi dalam pasaran. Mask kertas berkemungkinan tidak mempunyai kesan untuk mencegah penularan influenza A H1N1. Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak atau tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema. Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit. (http://h1n1.moh.gov.my) Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul atau baik.Hanya surgical mask (iaitu mask tiga lapis yang bahagian luarnya berwarna) mempunyai kesan sekiranya digunakan dengan betul. Penggunaan mask bukanlah satu alternatif kepada penjagaan kebersihan diri, tangan serta muka dan hidung. Pihak Kementerian mahukan supaya surgical
18

mask tidak boleh digunakan lebih dari sehari dan dibuang atau ditukarkan sekiranya kotor, basah atau tercemar atau terkoyak. (http://h1n1.moh.gov.my) Memandangkan mask di pasaran adalah terhad, dicadangkan hanya kumpulan khusus yang menggunakan mask iaitu orang yang mempunyai gejala selesema dan orang yang menguruskan, berhubung langsung dan merawat pesakit selesema. Orang ramai boleh menggunakan mask apabila mereka berada di khalayak ramai. Namun begitu, penggunaan mask bukanlah alternatif kepada social distancing, penjagaan kebersihan tangan dan muka serta adab batuk dan sebagainya itu.

(http://h1n1.moh.gov.my) Cara penggunaan mask yang betul mengikut laman yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia,

http://www.moh.gov.my ialah : 1. Basuh tangan sebelum dan selepas memakai mask. 2. Basuh tangan selepas menyentuh mask. 3. Bahagian berwarna dipakai sebelah hadapan. 4. Pastikan mask menutupi hidung, mulut dan sebahagian dagu. 5. Dawai logam perlulah di letakkan di bahagian atas hidung dan dilipat sewajarnya supaya mask tetap di situ dan kebocoran dielakkan. 6. Elakkan dari menyentuh bahagian hadapan mask kerana kawasan ini banyak kuman. 7. Surgical mask tidak boleh digunakan lebih dari sehari, dan mesti ditukar serta merta sekiranya dikotori rembesan hidung, air atau rosak. 8. Selepas menggunakan mask, mask hendaklah dilipat, dimasukkan ke dalam bag plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

19

BAB 7 KESIMPULAN Jika sebelum ini, wabak Influenza A H1N1 ini bermula di Mexico dan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Swine Flu atau Selesema Babi. Begitu cepat ia menular sehinggalah ke negara kita, Malaysia. Kemudian, namanya ditukar kepada Influenza A H1N1 setelah para saintis telah membuat kajian analisa genetik yang menyatakan ia tidak berpunca dari mereka yang memakan babi atau bahan yang mengandungi babi yang diproses dengan cara betul. (http://www.h1n1.net.my) Wabak sebegini sebenarnya berpunca daripada genetik beberapa bakteria yang bercampur dan mewujudkan genetik baru (Influenza A H1N1). Seperti sebelum ini, mereka yang mengalami demam, selesema dan batuk biasanya cepat sembuh. Apabila genetik ini membiak dengan kata lainnya bercampur dengan genetik lain, ia mewujudkan satu penyakit atau wabak (Inflenza A H1N1) yang tidak dapat diatasi dengan imunisasi yang ada di dalam badan manusia. (http://www.h1n1.net.my) Tidak dapat dinafikan penularan wabak sememangnya cepat terutamanya rakyat Malaysia juga akan bergerak ke luar negara atas tugas atau tanggungjawab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Sekarang negara kita telah membuka Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan untuk mengawal dan mencegah penyakit ini. Sekarang apa yang perlu kita lakukan adalah menjaga kebersihan diri. Pastikan kita membasuh tangan dengan menggunakan sabun dengan bersih sebelum memulakan kerja. Amalan kebersihan diri menjadi keutamaan sejak dari dulu lagi, sepatutnya kita perlu utamakan kebersihan dan juga mementingkan alam sekitar. (http://www.h1n1.net.my)

20

RUJUKAN H1N1 Malaysia Apa Yang Anda Patut Tahu. http://www.cybermedik.com. Fakta H1N1. http://h1n1.moh.gov.my. Influenza A (H1N1) di Malaysia. http://ms.wikipedia.org. Selesema Babi Atau Swine Flu. http://pmr.penerangan.gov.my. Virus A/H1N1. www.AFP.com. 29/04/09. Swineflu Investigation. http://www.cdc.gov. Dr Zakuan Zainy Deris Pakar Mikrobiologi Klinikal, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan. Influenza Pandemik H1N1 - Apa Yang Patut Anda Tahu. Panduan Kesihatan. http://papisma.org. Child Care. http://www.mypositiveparenting.org. Kanak-Kanak Perempuan Berusia 10 Tahun, Mangsa Korban Kelima Virus A(H1N1). Bernama.com. 2 Ogos 2009. Tujuh Lagi Kes Influenza A(H1N1) Dalam Negara. Bernama.com.21 Julai 2009. Kes Baru H1N1, Kesemuanya Jangkitan Tempatan. Bernama. 24 Julai 2009. H1N1 Catat Kematian Kedua. Bernama.com. 27 Julai 2009. Bernama.com. 31 Julai 2009. Bernama.com. 3 Ogos 2009. Hingga 28,000 di M'sia mungkin mati akibat H1N1. Malaysiakini.com. 11 Ogos 2009. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. http://www.moh.gov.my. Borang Isytihar Kesihatan Diwajibkan di Pintu Masuk Negara. http://www.utusan.com.my. 19 Jun 2009. http://www.utusan.com.my. 18 Julai 2009. Garis Panduan Pengendalian Influenza A (H1N1) Di Klinik Kesihatan. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Kementerian Kesihatan Malaysia. Pindaan 9 September 2009.

21

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bil. 10/2009. Kementerian Kesihatan Malaysia. Pandemik (h1n1) 2009 Malaysia: a) langkah pencegahan bagi mengurangkan kematian, b) langkah kawalan penularan di institusi pengajian tinggi/sekolah. Jangkitan Influenza Di Sekolah Atau Institusi. http://h1n1.moh.gov.my. PenggunaanMaskDalamKomuniti. http://h1n1.moh.gov.my. Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Sakit. http://www.h1n1.net.my.

22

You might also like