You are on page 1of 10

PERANAN

DAN

TANGGUNGJAWAB

AGEN

SOSIALISASI

DALAM

PENDIDIKAN MORAL

PENGENALAN Sosialisasi atau pemasyarakatan merupakan suatu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu. Individu itu mempelajari bagaimana berkelakuan sebagai seorang ahli masyarakat iaitu tentang nilai, sikap dan peranan yang sesuai dan diterima oleh kelompok atau masyarakat itu. Proses sosialisasi ini penting dalam Pendidikan Moral kerana ia

mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku setiap individu. Individu itu dijangka akan menghayati norma-norma dan nilai masyarakatnya. Dengan kata lain, melalui proses sosialisasi, seseorang individu mempelajari skrip untuk berfikir, berperasaan dan bertindak selaras dengan jangkaan masyarakat supaya dapat hidup dalam masyarakat itu, dan memberi sumbangan dalam mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Sememangnya, kebanyakan peraturan sosial ini berkait dengan moral, iaitu apakah yang dianggap patut dan tidak patut dilakukan dalam masyarakat.

GURU Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di

sekolah. Oleh itu, guru sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan, sikap kepimpinan seseorang guru memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu. Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada guru yang bersifat autokratik, demokratik dan laissez-faire. Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat murid. Murid akan menjadi pasif serta tidak terdorong untuk memberi pendapat. Suasaan sosio emosinya yang dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan interaksi guru dan murid. Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka.Suasana sosio emosi yang demokratik akan
1

menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial.Guru yang laissez-paire memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk memikir dan menyusun aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan inisiatif terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru juga tidak menilai tingkah laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin. Seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti ingin membaca untuk menambah ilmu, berupaya berfikir secara kritis, ingin belajar dan menitik beratkan pendidikan seumur hidup. Guru juga hendaklah mempunyai personaliti yang sesuai dengan profesion perguruan dan memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya. Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan Pendidikan Moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan. Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai role model yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi. Sebagai role model bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima. Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan
2

sahsiah dan mind set seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih sayang sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka. Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia.

KELUARGA Selain memenuhi keperluan asas kanak-kanak seperti makanan, pakaian dan perlindungan, keluarga merupakan agen utama untuk sosialisasi dan kemoralan kanak-kanak. Keluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa mendedahkan anak-anak kepada pola tingkah laku masyarakat dengan memberi mereka maklumat tentang peraturan pergaulan, norma dan nilai masyarakat yang diperlukan untuk berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ibu bapa secara langsung dan tidak langsung menyebarkan mesej tentang tingkah laku yang penting, sesuai dan bermoral dan sebaliknya. Kanak-kanak biasanya tidak mempunyai pilihan tetapi menerima mesej yang disampaikan itu. Dengan kata lain, melalui ibu bapa mereka, kanak-kanak mempelajari tingkah laku moral yang diterima oleh masyarakatnya. Walaupun tidak dapat dinafikan ada individu yang boleh atau sudah berubah tingkah lakunya, khususnya apabila mereka terdedah kepada agen sosialisasi yang lain, kebanyakan ahli sosiologi masih mengakui keluarga merupakan unit yang utama dalam mensosialisasikan kanak-kanak. Ini bermaksud ibu bapa boleh menyumbang kepada perkembangan moral kanak-kanak. Keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada didikan ibu bapa. Ibu bapa yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin. Didikan ibu bapa yang yang longgar banyak menghadapi masalah. Keluarga yang porak peranda latar

belakangnya tidak akan berjaya melahirkan anak-anak yang optimis sudut pandangannya dalam kehidupan.

RAKAN SEBAYA Rakan sebaya seseorang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang sebaya dengannya serta berkongsi minat dan aktiviti yang sama. Kumpulan rakan sebaya kebanyakkannya dari status sosial yang sama. Apabila mencapai peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya bertambah penting kerana mereka menghabiskan lebih banyak masa daripada bersama dengan ibu bapa. Individu ini cenderung untuk mengikuti pandangan, nilai dan sikap rakan-rakan sebaya mereka. Rakan sebaya yang tinggi sahsiahnya akan dapat membentuk kumpulannya ke arah peribadi yang mulia dan begitulah sebaliknya jika tersalah memilih kawan. (a) Rakan sekolah Rakan sekolah boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Rakan sekolah ialah kumpulan individu yang mempunyai umur dan taraf sosial yang hampir sama. Mereka mempunyai minat dan matlamat yang sama dalam alam persekolahan. Contohnya bermain, belajar, hobi dan lain-lain aktiviti secara bersama selaras dengan kehendak budaya dan iklim sekolah. Di sekolah, interaksi antara rakan sebaya menyumbang kepada proses sosialisasi seseorang murid. Murid-murid sekolah merujuk kepada proses sosialisasi seseorang murid. Murid-murid sekolah merujuk kepada rakan-rakan sebaya lebih daripada gurunya untuk mendapat sokongan emosi dan bimbingan. Rakan sebaya biasanya mempengaruhi keputusan seseorang murid itu berkaitan pelajaran di sekolah, pakaian, hubungan dengan orang lain, hobi, minat dan sebagainya. Contohnya, masalah sosial seperti lepak, ponteng sekolah, kecurian, dadah, merokok dan sebagainya ada kaitan dengan pengaruh rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja. (b) Rakan luar sekolah Adalah kumpulan rakan sebaya dalam kumpulan bermain, satu gang atau satu clique. Aktiviti-aktiviti kumpulan lebih berbentuk acara sukarela. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma-norma kumpulan tersendiri. Ahli
4

kumpulan remaja biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, cara bercakap,jenis-jenis pakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya. Mereka cuba menghayati sub-budaya ini supaya mereka diterima dan disanjung oleh kumpulannya. Kadang-kadang nilai dan norma ini bertentangan dengan nilai dan norma keluarga atau tradisi. Ini akan menimbulkan bibit-bibit konflik antara golongan tua dan golongan muda.

SEKOLAH / INSTITUSI Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Ini bermakna individu-individu, kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-kanak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanakkanak atau pelajar. Apabila kanak-kanak bertambah dewasa, mereka akan dipengaruhi oleh beberapa institusi pemasyarakatan yang lain. Keluarga merupakan institusi yang pertama dan apabila kanak-kanak bersekolah, mereka akan disosialisasikan pula secara formal oleh institusi sekolah. Sekolah sebagai agen sosialisasi biasanya melaksanakan peraturan yang preskriptif. Selain itu, sekolah juga berfungsi menyediakan seseorang murid supaya dapat memainkan peranan sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab. Ini diusahakan dengan mendidik dan melatih muridmurid tentang kemahiran-kemahiran yang sesuai dan cirri-ciri perwatakan dan sikap yang secara universal diterima oleh masyarakat seperti berdikari, kejayaan, hormatmenghormati dan bekerjasama. Dalam hal ini, cara sekolah melaksanakannya adalah lebih formal berbanding dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa. (a) Pentadbir Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana mendorong pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas, membuat refleksi dan amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek berikut: mengesan kecekapan pentadbiran sekolah.
5

menilai budaya moral sekolah. menilai secara moral guru-guru di bawah pentadbirannya Untuk membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akan merasa mereka diberi perhatian. Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama. (c) Budaya, Iklim dan Fizikal Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu, insan, moral, budaya kerja, budaya komunikasi, budaya bilik darjah dan budaya kepimpinan. Dua faktor utama membentuk budaya sekolah ialah input sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz bilik darjah, nisbah guru-pelajar, pembelajaran setiap pelajar, keadaan bangunan sekolah, bentuk kurikulum, bahan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan fizikal yang lain. Faktor kedua ialah faktor-faktor proses pengurusan sekolah iaitu kepimpinan pentadbiran, kepimpinan guru, tahap penyeliaan, misi dan visi sekolah, perasaan kekitaan dan iklim pengajaran dan pembelajaran. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat membantu keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap maksimum. Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah. Iklim sekolah sangat penting untuk melahirkan insan yang baik dan dapat membantu perkembangan pelajar selaras dengan FPN iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal sekolah, aspek sosial sekolah dan aspek budaya sekolah. Aspek fizikal sekolah meliputi semua insfrastruktur yang terdapat di kawasan

sekolah seperti bangunan, padang, tandas bengkel, makmal, pusat sumber, kantin dan lain-lain. Terdapat beberapa ciri keberkesanan pengurusan aspek fizikal sekolah iaitu kebersihan, keselamatan, keselesaan dan keindahan persekitaran. Pengurusan fizikal yang berkesan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru dalam suasana yang tenteram, selesa, harmoni dan menyeronokkan. Keadaan fizikal
6

sesebuah sekolah memainkan peranan penting dalam mencorakkan tingkah laku pelajar-pelajarnya.

KOMUNITI / MASYARAKAT Masyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersosial bersama di sesuatu tempat dengan adanya peraturan serta menjalankan amalan hidup untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin, peraturan dan norma-norma tertentu untuk mewujudkan satu keadaan yang harmonis. Jika pemimpin menekankan nilai kerajinan dan peningkatan produktiviti akan

menghasilkan ahli-ahli yang bersikap tekun, rajin membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh tanpa mudah putus asa. Slogan seperti 1 Malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Malaysia Boleh! dan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sering dilaungkan oleh pemimpin kita bertujuan untuk membentuk masyarakat yang dinamik dan progresif serta mengamalkan nilai-nilai murni, cekap bersih dan amanah. Perubahan sosial dalam masyarakat juga menyebabkan perubahan dalam tingkah laku moral. Sesungguhnya terdapat contoh-contoh perubahan sosial yang menyebabkan ada orang yang anti sistem moral masyarakatnya seperti dalam hal penganiayaan kanak-kanak, pembuangan bayi, pecah amanah, rompakan dan sebagainya. Adalah penting masyarakat mensosialisasikan anggotanya supaya mereka mengetahui apa yang moral dan tidak moral. (a) Komuniti Komuniti merujuk kepada sekelompok manusia yang hidup setempat dan kerap berinteraksi antara satu sama lain. Bilangan ahli dalam sesuatu komuniti adalah lebih kecil berbanding dengan masyarakat. Ada dua corak komuniti dalam masyarakat iaitu komuniti yang bersifat homogenous dan hetrerogenous. Contoh komuniti homogenous ialah guru pelatih yang tinggal di asrama. Mereka mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti umur, matlamat dan gaya hidup. Dalam komuniti kampus ada sikap positif seperti semangat

bersaing untuk berjaya, nilai kekitaan, hormat kepada pensyarah. Manalaka sifat negatif adalah seperti merokok, bersembang, pulang lewat pada waktu malam dan lain-lain. Contoh komuniti hetererogenous ialah jiran di kawasan perumahan bandar terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, agama dan peringkat umur. Mereka mempunyai gaya hidup, latar belakang, profesion dan matlamat hidup yang berbeza. Komuniti mempunyai pengaruh yang penting dalam penghayatan dan amalan nilainilai murni dalam membentuk kehidupan ahli-ahlinya. (b) Sosio ekonomi Perbezaan status sosio ekonomi mempengaruhi proses sosiolisasi seseorang individu. Keluarga kelas pertengahan sentiasa berusaha kearah membentuk sifat autonomi dan kebolehan membuat keputusan sendiri pada diri anak-anak mereka. Mereka lebih bersifat demokratik terhadap anak-anak. Keluarga kelas bawahan adalah lebih autokratik. Anak-anak mereka digalakkan untuk mematuhi peraturan-peraturan tanpa banyak soal. (c) Organisasi/pertubuhan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan atau Non Government Organization(NGO) mempengaruhi sosiolisasi individu sebagai sukarelawan yang bermoral. Dengan cara ini nilai murni individu NGO dapat diperkukuhkan untuk membantu masyarakat dalam pelbagai bidang kebajikan. Contohnya bencana tsunami, bencana banjir di Pakistan dan peperangan di Palastin, ramai sukarelawan dari Yayasan Salam, Peace Malaysia, MERCY dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah, Lions Club, Interact Club, Kelab Rotary dan Program Rakan Muda telah banyak membantu tenaga, kepakaran, kewangan, motivasi, sumber bagi meringankan beban mangsa. Pengalaman tersebut memberi kesedaran tentang pentingnya nilai kasihan belas dan nilai kemanusiaan. Program Khidmat Negara juga merupakan salah satu daripada proses sosialisasi yang akan membentuk dan melahirkan remaja Malaysia yang tahan cabaran dan tinggi sikap patriotiknya.

MEDIA MASSA Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa menjadi agen sosialisasi yang utama juga pada masa kini. Media massa seperti akhbar, radio dan
8

televisyen serta filem-filem boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan amalan nilai-nilai masyarakat yang sedia ada. Media massa sama ada media eletronik atau media cetak menyediakan sebahagian besar dari maklumat sosial dalam kehidupan seharian kita. Media massa boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang individu. Akhbar-akhbar tabloid dan majalah seperti URTV, Mangga lebih banyak memberikan pendedahan seks negatif kepada pembaca remaja. Akibatnya mereka lebih matang dalam aspek keseronokan seks daripada hal-hal kemanusiaan. Melalui peniruan dan modelling, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh model yang simbolik daripada televisyen, filem ataupun bahan bacaan seperti buku dan majalah. Secara tidak disedari, melalui program dan bahan yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak, pengajaran moral dan peranan kanak-kanak sebagai anggota masyarakat disampaikan kepada mereka. Contohnya, cerita-cerita dongeng dan Aesop seperti Burung dengan Semut , Singa dengan Tikus dan sebagainya. Masalah yang serius mungkin apabila program dan bahan bacaan yang tidak sesuai timbul, misalnya, keganasan, kebendaan dan pergaulan bebas ditonton dan dibaca oleh kanakkanak. Pengiklan, khususnya iklan memukuk, yang menumpukan kepada keinginan memiliki barang atau perkhidmatan, juga boleh meninggalkan pengaruh atau kesan yang buruk dan tidak baik. Dengan perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat, media massa boleh mempengaruhi kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan masyarakat itu kepada norma dan nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan suatu tahap atau standard moral untuk sebarang tingkah laku yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak tercemar. Muridmurid pula hendaklah diberi perlindungan dan dididik agar dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana pula yang sebaliknya.

RUMUSAN Perwatakan dan tabiat kanak-kanak pada amnya dibentuk oleh masyarakat dan dikekalkan melalui proses sosialisasi. Proses sosialisasi penting kerana jika seseorang individu itu tidak memahami dan tidak sanggup mematuhi peraturan kelompok atau
9

masyarakatnya, dia tidak akan diterima oleh masyarakat itu. Sebaliknya dia akan dianggap sebagai ancaman kepada masyarakat. Ketidaksanggupan mematuhi peraturan yang ditetapkan mungkin mendatangkan kesan buruk kepadanya seperti menerima tekanan ataupun dipulau oleh masyarakatnya. Oleh sebab pentingnya mematuhi peraturan masyarakat, maka kanak-kanak sebagai ahli-ahli baharu mesti diajar tentang norma dan nilai masyarakat melalui beberapa institusi sosial. Antara yang utama ialah guru, keluarga, rakan sebaya, sekolah/institusi, komuniti/masyarakat dan media massa.

10

You might also like