Jom, ikut sunnah Rasulullah!!

Buletin Ramadan
PUSAT ISLAM AL-HIDAYAH IPG KAMPUS IPOH

3/8/2012

SUNNAH Duduk tahiyat awal kemudian lutut kanan didirikan ketika makan.

FADHILAT/HIKMAH  Dapat memberikan keselesaan kepada perut.  Menjaga keseimbangan ruang dalam perut agar terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 untuk air.  Dapat mengelakkan untuk tidak makan dalam keadaan bersandar seperti hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Juhaifah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.”  Apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan Karbon Dioksida(CO2) yang apabila bercampur dengan air (H20) dan akan menjadi H2CO3 iaitu sama dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid.  Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

Ahlan Ya Ramadan
1433h/2012m

Waktu solat IPG Ipoh Ims 6/8 7/8 8/8 9/8 Sub Zoh Asa Magh 7.32 7.32 7.32 7.32 Isyak 8.45 8.44 8.44 8.44 5:44 5:54 1:25 4.44 5.44 5.44 5.44 5.54 5.54 5.54 1.24 4.43 1.24 4.43 1.24 4.42

Kuliah Khas Kamboja

10/8

5.44

5.54

1.24 4.42

7.31

8.43

Cara Rasulullah minum:      Tidak minum berdiri Tidak meniup air yang panas Tidak minum daripada bekas air yang besar Tidak bernafas ketika sedang minum Minum seteguk diselang seli dengan bernafas.

Rabu, 1 Ogos 2012– Satu Kuliah Khas Kamboja telah diadakan bersempena program Khidmat Masyarakat Bersamamu Kamboja bagi memberi pendedahan kepada warga kampus mengenai

situasi masyarakat di sana. Kuliah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad b. Hj Abdul Hamid, yang merupakan wakil daripada Kampung Ropapopram, Kamboja. Beliau memulakan ceramah dengan menyentuh kelebihan dan fadilat malam lailatul qadar. Selain itu, beliau juga banyak berkongsi mengenai keadaan kehidupan masyarakat Islam di sana. Menurut beliau, kebanyakan penduduk di sana mengerjakan sawah padi bagi meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, mereka juga menanam ubi untuk dijadikan mee. Beliau yang juga merupakan tenaga pengajar di salah sebuah madrasah di sana turut berkongsi mengenai keadaan pelajar di sana yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Oleh yang demikian, peserta program bercadang untuk membantu mereka dari segi pemberian wang saguhati kepada guru kuliah Dhuha yang jumlah 500 orang, alat tulis, peralatan sukan dan kain pelikat. Usai ceramah, Hj. Zakaria selaku penasihat program telah menyampaikan wang sumbangan daripada warga IPG Kampus Ipoh bagi membiayai kos lembu, pam air dan Al-Quran. Wang yang terkumpul isetakat ini alah sebanyak RM10780. Namun begitu, kutipan dan sumbangan masih dibuka kepada semua warga IPG Ipoh yang berminat. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat ganjaran daripada Allah taala.

Makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat.

 Melahirkan dan mewujudkan kemesraan dan meningkatkan rasa kasih dan sayang.  Dapat mengelakkan pembaziran.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama), kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud)  Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak akan memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur.  Mengingati bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat, rezeki dan anugerah dari Allah Taala.  Terhindar dari sikap berlebih-lebihan dan membazir.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Membaca Bismillah ketika hendak makan dan akhirinya dengan membaca Alhamdulillah.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan."

JADUAL TAJAAN JUADAH BERBUKA PUASA BULAN RAMADAN 1433 H / 2012 MINGGU 3 SUNTIKAN DI SIANG HARI RAMADHAN
Soalan : Adakah suntikan perubatan di siang hari bulan Ramadhan mempengaruhi puasa? Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin: Suntikan perubatan ada dua jenis. Pertama, suntikan (infusion), yang mana dengan suntikan ini boleh mencukupi keperluan makan dan minum. Maka suntikan ini termasuk perkara yang membatalkan. RABU 8/8 (19 Ramd) KHAMIS 9/8 (20 Ramd) Unit J, K dan L Jab. Pengajian Melayu K2, dan J18 J1, J2 dan J4 TARIKH SELASA 7/8 (18 Ramd) PENAJA Tim.Pengarah (1), HEP (10) & Unit Asrama (4) TESL Cohort 1 (Program Kembar) PETUGAS JPP, K3, TESL A &B

Adapun jenis yang kedua adalah suntikan yang tidak mengandungi zat makanan dan minuman. Jadi suntikan jenis ini bukan bererti seperti makan dan minum. Maka hukum puasanya sah sampai ada dalil syar’i yang menetapkan bahawa hal itu membatalkannya.
[Fatawa Ash-Shiyam, dikumpulkan oleh Muhammad Al-Musnad, hal. 58] Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

Sekalung penghargaan dan infiniti terima kasih diucapkan kepada semua penaja juadah berbuka puasa pada Ramadan kali ini. Tidak ketinggalan juga setinggi-tinggi tahniah kepada petugas yang bertugas bertungkus-lumus dalam menyediakan juadah berbuka puasa yang enak. Semoga usaha kita yang sedikit ini besar nilainya disisi Allah swt.

DETOKSIFIKASI Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Proses ini dapat dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan. Lemak yang ada dalam badan manusia menyumbang sebanyak 9,000 kalori bagi setiap satu kilogram. Bagi tubuh badan yang berfungsi secara normal, sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori diperlukan bergantung kepada aktiviti yang dijalankan. Bermakna setiap satu kilogram lemak mampu menyumbang tenaga cukup bagi 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku apabila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari. Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita? Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis berlaku dimana bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dilepaskan dan seterusnya dapat disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas. Selain itu, terdapat toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut. Bahan itu juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis.

FATHUL MAKKAH (PEMBUKAAN KOTA MEKAH) DAN PENGHANCURAN BERHALA Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid AlAsyhaly.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

“Ke arah peningkatan kualiti dan kuantiti ibadah puasa”