You are on page 1of 6

PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL II (HBD 1093)

TAJUK TUGASAN: HEMOLYTIC DISEASE NEWBORN

NAMA: ADIBAH KASSIM ID: 1012010061189 INTAKE : JUN (04) 2010 TUTOR: NOOR AZURA ZUN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN KAJIAN KES-HURAIAN MAKLUMAT PATOGENESITI HDN UJIAN MAKMAL DAN KEPUTUSAN RAWATAN KESIMPULAN RUJUKAN

MUKA SURAT

Pendahuluan

Hemolytic Disease Newborn (HDN) merupakan keadaan hemolitik yang menyerang fetus dan neonat yang baru lahir atau yang masih berada dalam kandungan disebabkan oleh pemecahan sel darah merah akibat tindakan alloantibodi maternal terhadap antigen pada permukaan sel darah merah anak yang dikandung (diperolehi daripada ayah).Keadaan ini disebabkan oleh perbezaan jenis berlaku) atau Rhesus (paling kerap). HDN juga dikenali sebagai Erythroblastosis fetalis dimana erythroblastosis bermaksud pembentukkan sel darah merah baru yang tidak matang manakala fetalis ialah fetus. HDN sering dikaitkan dengan perbezaan rhesus antara maternal dan anak ini kerana antibodi rhesus adalah yang paling imunogenik dan ianya antibody IgG.Justeru itu ianya boleh melintasi plasenta.Tindakan antibodi ini akan mengenalpasti kehadiran antigen rhesus lalu menyerangnya dan menyebabkan SDM pecah. darah anak dan ibu samada kumpulan darah ( jarang

KAJIAN KES
Kajian kes ini melibatkan; Ibu Rhesus negatif ( kehadiran antibodi-D) Anak Rhesus positif(kehadiran antigen D ) Pada peringkat awal kehamilan,ujian makmal mengenalpasti perbezaan Rhesus ibu dan anak.Setelah dilahirkan sampel tali pusat diambil untuk ujian lanjutan. HDN boleh berlaku samada dalam kehamilan pertama dimana ibu yang mempunyai Rhesus negatif telah mempunyai antibodi rhesus akibat ransangan antigen terdahulu (cth: Transfusi darah rhesus +ve ) atau semasa kehamilan kedua akibat pendedahan kepada fetus Rhesus +ve (cth :Hemoraj fetomaternal) Antara simptom yang dialami bagi bayi yang mengalami HDN setelah kelahiran -Pucat -Jaundis

-Hepatosplenomegali -Hydrops fetalis

Patogenesiti HDN
Semasa dalam kandungan,fetus yang mempunyai rhesus +ve ini akan mula menghasilkan antigen D selain Ag ABO pada permukaan sel darah merah dan pengkodan antigen ini diperolehi daripada gen yang diturunkan oleh ayah. Akibat ransangan daripada Ag-D,alloantibodi akan dihasilkan oleh maternal terhadapnya dan menyerang Ag pada SDM fetus dan menyebabkan SDM lisis.Antibodi yang dihasilkan ialah antibodi dari jenis IgG dan mampu melintasi plasenta. Dalam kes diatas,Pengesanan awal terhadap rhesus ibu telah membolehkan langkah pencegahan diambil dengan suntikan rhogam. Berikut merupakan ringkasan patogenesiti HDN; Berlaku hemoraj fetomaternal

Antibodi maternal terhadap paternal mula terbentuk

Kehamilan seterusnya,Antibodi melintasi plasenta

Antibodi maternal serang Ag pada SDM

Hemolisis SDM fetus

Untuk mengesan HDN,Sampel darah tali pusat bayi tersebut disimpan sekurang-kurangnya 7 hari.Antara ujian yang dijalankan ialah ABO (forward) , Rh ( Du ) , Direct Antibody test , dan Identifikasi antibody (UPA tidak lansung).

Ujian makmal yang dilakukan.


1) ABO dan Rhesus Grouping Kesan kumpulan darah bayi tersebut dan Rhesus. (Positif untuk Anti-D ,Rh+ve) 2) Du Kesan Antigen D yang lemah sekiranya keputusan negatif dicatatkan pada ujian pengumpulan ABO dan Rhesus bayi tersebut. 3) DAT (UPA lansung) kesan kehadiran antibody yang tersensitasi pada SDM secara in vivo.Antibodi yang dimaksudkan disini ialah antibody rhesus.(Keputusan-Positif) 4) UPA Tidak Lansung - dijalankan untuk mengenalpasti antibodi yang menyerang,kemungkinan terdapat kehadiran antibody lain yang menyebabkan HDN

RAWATAN
Rawatan selepas kelahiran yang boleh diberikan kepada bayi tersebut antaranya, Transfusi darah sekiranya anemia teruk Intravenous Fluid Tekanan darah rendah Mesin bantuan pernafasan Sekirany mengalami respiratory distress Fototerapi (jaundis) pendedahan kepada cahaya UV 24 jam selepas lahir. Prosedur : 1. Mata bayi ditutup,Pakaian ditanggalkan 2. Cahaya UV bergantung kepada Total bilirubin yang hadir. 3. Suhu bayi di monitor dengan teliti.

KESIMPULAN
HDN merupakan patologi yang berlaku kepada fetus ataupun neonatal akibat ketidakserasian darah mahupun Rhesus.Dalam kes ini,ianya melibatkan Perbezaan dari segi Rhesus.Ibu yang Rhesus ve akan menghasilkan antibodi terhadap Ag Rhesus pada SDM paternal dan meyebabkan lisis.Pencegahan boleh diambil dengan mengambil suntikan Rhogam oleh Maternal.

RUJUKAN
1.Modul Imunohematologi klinikal III,Edisi Keempat 2010, Noor Azura Zun. 2.Pengenalan kepada Imunoheatologi Klinikal I (HBD 1282),Izatul Fariza Binti Mohd Yusof.

LAMPIRAN

Gambarajah diatas menunjukkan fetus yang mengalami HDN

Rawatan : Fototerapi

You might also like