1.

0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan kajian ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran untuk menyiapkan kajian ini. Kesampaaian di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kapada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Ahmad Hakimi Khairuddin pensyarah kursus Pengurusan Sumber Sejarah dan Budaya (JCEA2316) yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang kajian dijalankan. Tidak lupa, rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan tidak kira agama dan bangsa. Saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden iaitu tenaga kerja Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana sudi ditemubual. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Wassalam….

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah atas dasar keperluan kursus iaitu Kursus Pengurusan Sumber Sejarah dan Kedudayaan (JCEA2316). Dalam kursus tersebut berkehendakkan pelajar membuat kajian lapangan mengenai sebuah institusi yang telibat dalam pengurusan sumber sejarah dan budaya. Untuk memenuhi tuntutan tersebut saya telah memilih Majlis Perbandaran Kota Bharu sebagai bahan kajian saya dalam mengetahui pengurusan sumber sejarah yang terdapat dan yang diuruskan oleh institusi tersebut. Hal ini adalah sesuatu yang amat penting kerana MPKB berkait rapat dengan pengurusan sumber kebudayaan masyarakat Kota sekurang-kurangnya lima dekad. Baru Kelantan selama

3.0 KAEDAH KAJIAN • Kaedah Temubual

Kerana kurangnya hasil-hasil penulisan berkaitan Majlis Perbandaran Kota Bharu Kelantan, kaedah temubual telah di gunakan. Temubual dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan pandangan beberapa pihak mengenai sejarah

kewujudan dan kebudayaannya. Kaedah ini didapati paling berkesan kerana ianya melibatkan pengalaman pihak-pihak yang ditemubual semasa berkhidmat dalam agensi tersebut. Tambah lagi responden-responden yang ditemubual telah mengetahui tentang subjek kajian dari awal pembentukan hinggalah ke hari ini.

Kaedah Kajian Keperpustakaan

Untuk mendapatkan maklumat mengenai hal-hal berkaitan pengurusan, penulis telah membuat rujukan dari bahan-bahan dan hasil-hasil akademik. Oleh kerana, kaedah pengurusan itu sendiri adalah pelbagai, oleh itu penulis tidak

mengecilkan skop carian bahan kepada hanya pengurusan kerajaan tempatan tetapi melihat dari skop yang holistik. Hal ini kerana, pengurusan budaya itu melibatkan pelbagai aspek dalam masyarakat.

4.0 Konsep Pengurusan Kebudayaan Untuk mendalami dan memahami konsep kebudayaan, penulis mendapati makna “ kebudayaan” itu mempunyai pelbagai takrif dan definisi tersendiri mengikut pengkaji. Untuk tujuan penulisan tugasan ini, penulis memilih untuk membuat takrifan mengikut perspektif bidang antropologi kebudayaan. Memetik takrifan yang dibuat oleh Garrick Bailey (1999 : hal 15), Kebudayaan mempunyai 3 ciri utama iaitu;
I.

dipelajari dalam satu-satu masyarakat atau kumpulan,

II. III.

dikongsi secara meluas dalam masyarakat atau kumpulan kebudayaan membentuk keperibadian seseorang iaitu member kesan kepada pemikiran, perlakuan dan perasaan.

Namun begitu, menurut mereka lagi tidak ada satu definisi yang mutlak kepada takrifan ‘kebudayaan’ kerana setiap ahli antropologi dan setiap bidang antropologi mempunyai takrifan yang tersendiri dan sebarang definisi bergantung kepada bagaimana penggunaan istilah “kebudayaan” itu sendiri. Daripada takrifan yang telah dikemukakan oleh sarjana barat diatas iaiatu Bailey dan People, penulis berpendapat bahawa “kebudayaan” adalah merujuk kepada hal-hal yang berkaitan adalah dengan masyarakat. teguh Kehidupan dan perlakuan

masyarakat

perpegang

kepada

amalan

kebudayaan

masyarakatnya sesebuah masyarakat. Salah satu definisi kebudayaan dalam Antropologi dibuat seorang ahli bernama Ralph Linton yang memberikan defenisi kebudayaan yang berbeza pengertian kebudayaan dalam kehidupan sehari-hari: dengan

“Kebudayaan adalah seluruh cara kehidupan dari masyarakat dan tidak hanya mengenai sebagian tata cara hidup saja yang dianggap lebih tinggi “ Jadi, kebudayaan menunjuk pada berbagai aspek kehidupan. Istilah ini meliputi cara-cara berlaku, kepercayaan-kepercayaan dan sikap-sikap, dan juga hasil dari kegiatan manusia yang khas untuk suatu masyarakat atau kelompok penduduk tertentu.

5.0 Pengenalan Kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu

Kota Bharu merupakan sebuah pusat bandar utama bagi Negeri Kelantan. Perkembangan bandar Kota Bharu bermula pada tahun 1844 iaitu sebagai sebuah penempatan DiRaja kini berfungsi sebagai pusat utama bagi pentadbiran, itu, Majlis

perdagangan, kewangan, kebudayaan dan pendidikan. Sehubungan

Perbandaran Kota Bharu (MPKB) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi mengendalikan pentadbiran bandar Kota Bharu. Keluasan Bandar Kota Bharu adalah seluas 115.64 km persegi dengan jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang. Kuasa pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu telah diperluaskan kepada 195 kilometer persegi dengan anggaran penduduk seramai 400000 orang mengikut bancian tahun 2000. Lampiran A (Che Gayah Bt Jaafar, MPKB 2005) Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf

Stan di sebelah timur dan di sebelah barat Sungai Kelantan. Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi Pendidikan. (Buku Edisi Khas Sempena Penyistiharan Kota Bharu Bandaraya Islam, 2005)

Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978. Pada tahun 1990, kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menerapkan dasar ”Membangun Bersama Islam” dalam semua pentadbiran termasuk MPKB. Tahun1992, Tuan Guru telah mencadangkan ke arah menjadikan Kota Bharu sebagai Sebuah Bandaraya Islam. Tahun 2000, Tuan Guru telah mencadangkan kewujudan Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam pada tahun 2005 yang akan melaksanakan sistem pentadbiran secara Islam, pembangunan bandar dan masyarakat selari dengan kehendak Islam. Setelah melalui pelbagai persidangan

dengan jawatankuasa kecil kerajaan tempatan akhirnya pada 20 Februari 2005, YAB Dato’ Tuan Guru telah merasmikan Majlis Pelancaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di Dewan Jubli Perak MPKB. Peristiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu sebagai sebuah bandar raya Islam telah di ishtiharkan oleh KDYMM AL-Sultan Kelantan pada 1 Oktober 2005. Majlis penyistiharan tersebut diadakan dengan gilang-gemilang. (Buku Edisi Khas Sempena Penyistiharan Kota Bharu Bandaraya Islam, 2005) Di sediakan Oleh: Raziman Bin Mohamed, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful