LAPORAN AJK MAKANAN BIG SEMESTER 4 Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). BIG pada semester ini merupakan perkhemahan program anak angkat. Program ini telah dijalankan di Perkampungan Semula Kampung Tersusun Kuala Gula selama tiga hari dua malam bermula dari 13 Julai hingga 15 Julai. Unit J3 dan J17 merupakan unit yang terlibat dalam proram di Kuala Gula ini. Jawatankuasa makanan yang diketuai oleh saudara Muhammad Nur Hasif bin Mohd Padzil dan dianggotai oleh saudari Fathin Husna Bte Mohd Arif serta Nur Na’ilah Bte Samsor dipertanggungjawabkan bagi menyediakan makanan sewaktu program BIG dijalankan. Pada hari pertama, kami selaku AJK makanan telah diamanahkan untuk menyediakan sarapan untuk semua peserta berjumlah seramai 38 orang. Kami telah menyediakan nasi lemak dan air kotak. Sampai sahaja di sana, sarapan diagihkan kepada semua pelatih unit J3 dan J17. Kesemua peserta berpuas hati dengan sarapa yang disediakan. Pada hari kedua pula, AJK makanan ditugaskan untuk menyediakan makanan pada waktu gotong-royong di surau dan ketika malam kebudayaan. Kami telah menempah makanan dengan penduduk tempatan atau lebih dikenali sebagai “Kak Long Teh”. Beliau sememangnya seorang tukang masak kampung dan sering kali menerima tempahan untuk apa-apa majlis. Bagi gotong-royong di surau, kami menempah mee hoon dan air teh O’ sebanyak 70 bungkus, ia termasuk penduduk kampung yang hadir membantu pada hari itu. Makanan telah dihantar oleh Kak Long Teh sendiri ke surau. Alhamdulillah, kuantiti makanan yang ditempah lebih daripada cukup. Juadah yang sedap dan lazat kerana mee hoon dimasak bersama ketam goreng.

Seusai penyediaan makanan untuk gotong-royong. Kami menyediakan makanan untuk malam kebudayaan pula. Untuk malam kebudayaan tersebut, kami menempah kuih dua jenis dan air teh. Kuantiti yang ditempah ialah sebanyak 100 orang mengambil kira penduduk kampung yang hadir pada malam tersebut. Ternyata sambutan malam kebudayaan tersebut amatlah menggalakkan. Alhamdulillah semua makanan habis dan mencukupi. Seterusnya, ialah pada hari terakhir. Penyediaan makanan untuk Pengarah IPG Kampus Ipoh dan tetamu-tetamu yang lain. Kami telah menyediakan makanan tersebut di resort yang berdekatan. Jumlah kesemua VIP yang hadir ialah 10 orang. Makanan adalah salah suatu organisasi yang penting dalam sesebuah agen atau persatuan. Ia merupakan asas kepada tenaga dan keperluan kepada manusia.