ISI KANDUNGAN

Tajuk

Muka Surat

1.0 2.0

Pengenalan Apa Itu Konflik? 2.1 2.2 Jenis Konflik Sifat Konflik

3 5 5 7 7 8 9 11 11 11 12 13 14 15 16 17

3.0 4.0 5.0 6.0

Kumpulan Sosial Yang Terlibat Punca Konflik Tuntutan Yang Timbul Kronologi Masa Berkonflik 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 Konflik Terpendam Konflik Dikesan Konflik Sedar Konflik Manifestasi Kesan Konflik

7.0 8.0

Tahap Perkembangan Konflik Rumusan Rujukan

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 2 1.0 PENGENALAN

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai keunikan yang terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman dan sentosa. Hubungan perkauman di Malaysia telah bermula sejak abad ke-16 lagi iaitu ramai pedagang-pedagang Cina, India, Jawa dan juga Arab datang berdagang dan menetap di Melaka. Dengan hubungan ini jugalah Tanah Malayu mendapat kemerdekaan daripada British tanggal 31 Ogos 1957 tanpa berlaku sebarang tumpahan darah. Menurut Kamus Inggeris Oxford perkauman ditakrifkan sebagai “kepercayaan dalam keunggulan kaum tertentu”. Black aktivis hak sivil WEB DU BOIS (1960-an) memperkenalkan perkauman sebagai membawa makna yang sama sebagai perkauman yang telah atau sebelum Perang Dunia Kedua iaitu kepercayaan falsafah bahawa perbezaan wujud di antara bangsa-bangsa manusia, biologi, sosial, dan psikologi. Namun, konflik akan berlaku apabila wujudnya pertentangan, perbezaan dan percanggahan dalam mencapai matlamat termasuklah perbezaan nilai, keperluan dan kepentingan serta persaingan dalam memperoleh sumber yang terhad. Konflik yang biasa berlaku di Malaysia ialah konflik budaya, kelas sosial, agama, perkauman serta ketidaksamarataan dan ketidakimbangan taraf sosio-ekonomi seperti peristiwa 13 Mei 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak konflik masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihanraya Umum 1969” yang merupakan titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Konflik dapat ditafsirkan sebagai diekspresikan dengan kesungguhan antara paling kurang terdiri daripada dua buah parti yang berdiri teguh yang tidak menyedari mempunyai matlamat yang tidak serasi, sumber yang terhad, dan berasingan antara satu sama lain dalam mencapai matlamat mereka. Konsep penting dalam definisi ini termasuklah menunjukkan kesungguhan yang bermaksud kedua-dua pihak mesti berhubung tentang masalah untuk menjadi konflik. Konflik juga biasanya melibatkan persepsi yang berlainan, mempunyai pilihan mereka sendiri namun, konflik bukan sahaja menggambarkan perkara negatif, ia cuma menunjukkan perbezaan pandangan seseorang. Konflik dipengaruhi oleh pengaruh luar dan diri sendiri serta dituruti oleh nilai-nilai emosi.

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 3 Menurut M. Afzalur Rahim (1985) konflik ialah proses interaktif yang nyata tentang ketidaksesuaian, tiada persetujuan dengan atau diantara entiti sosial seperti individu, kumpulan, organisasi dan sebagainya. Maksud konflik sosial dalam bidang sosiologi ialah satu bentuk interaksi sosial yang melibatkan persaingan antara kumpulan-kumpulan sosial atau pelakon kolektif dengan sumber yang terhad seperti status, kuasa, keistimewaan, ekonomi dan fizikal dan sebagainya (Kim. 2005). Konflik menjadi pemusnah (destructive) apabila sesuatu kelompok itu mengalihkan perhatian kepada aktiviti-aktiviti lain iaitu tidak memberikan perhatian terhadap perkara-perkara yang penting serta sentiasa mencari kelemahan antara satu sama lain, suka memporak-porandakan orang lain terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai kerjasama akan mudah terpengaruh dengan situasi yang ditimbulkan dan sentiasa mencari perbezaan dalam kumpulan sosial sehinggalah kepada perkara yang remah-temeh. Sebab konflik yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei 1969 ialah komunikasi yang lemah antara kaum Malayu, Cina, dan India. Kaum Cina dan Melayu ingin mencari kuasa yang besar serta rakyat mempunyai rasa yang tidak puas hati dengan gaya pengurusan negara ketika itu iaitu kaum Melayu ditempatkan di kawasan pendalaman manakala kaum Cina dipusatkan di pusat bandar.

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 4 2.0 APA ITU KONFLIK?

Konflik adalah sebahagian penting dalam menguruskan diri. Konflik boleh wujud dalam keadaan situasi konflik sedar mahupun separa sedar. Konflik berlaku antara individu dan antara kumpulan-kumpulan yang boleh diramal dan menjadi sebahagian penting dalam hidup. Konflik akan „membina‟ (constructive) apabila wujudnya perbahasan dan perbincangan mengenai isu yang berbangkit atau tidak jelas seterusnya boleh meningkatkan tahap kesedaran peribadi dan sosial. Namun, konflik juga boleh menjadi musnah (destructive) apabila ia merendahkan maruah dan mempersendakan nilai-nilai, etika dan prinsip hidup orang lain. Oleh itu, konflik sosial yang ingin dibincangkan di sini adalah berkaitan isu perkauman yang berlaku ketika 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam sejarah Malaysia kerana berlaku pertumpahan darah yang tragis. Konflik 13 Mei 1969 berkait rapat dengan kepentingan atau idea yang secara peribadi yang bermakna kepada salah satu atau kedua-dua pihak iaitu antara kaum Melayu dengan Cina dan dalam Kaum yang berkonflik itu sendiri. “Konflik adalah satu tindak balas emosi seperti ketakutan, kesedihan, kepahitan, kemarahan atau putus asa kepada situasi atau interaksi bahawa isyarat perselisihan pendapat” (Bernard, 2000). Konflik sebenarnya adalah satu proses semulajadi organisma namun, ia bergantung atas individu atau kumpulan sosial itu untuk mencorakkan konflik itu konflik yang „membina‟ ataupun sebaliknya.

2.1

Jenis Konflik

Konflik sosial perkauman 13 Mei 1969 berlaku dapat dibezakan kepada tiga jenis konflik iaitu :-

2.1.1

Tingkat Konflik

Permulaan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 ini konflik hanya berlaku dalam bentuk tingkat intrakumpulan iaitu berlaku pertentangan antara individu dalam sesebuah kumpulan itu sendiri iaitu pertentangan antara kaum cina terhadap parti politiknya iaitu MCA (Malaysian Chinese Association) dengan menuduh MCA menggadaikan „kepentingan Cina kepada Melayu sementara kaum

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 5 Melayu pula menuduh UMNO (United Malays National Organisation) menjualkan „kepentingan Melayu kepada Cina‟ kerana penggabungan UMNO dan MCA dalam Pembentukan Perikatan pada tahun 1952 yang dianggap istimewa untuk mencapai kemerdekaan ketika itu. Selain itu, konflik yang paling teruk adalah apabila berlaku konflik dalam bentuk tingkat interkumpulan iaitu konflik antara kumpulan Parti Gagasan Malaysia yang diwakili oleh parti PAS (Parti Islam Semalaysia), Parti Negara dan UMNO bagi kaum Melayu dengan PPP (Parti Progresif Penduduk) dan PAP (People‟s Action Party) mengenai konsep yang dibawa oleh PAP iaitu parti daripada Singapura yang mempertikaikan bangsa Melayu. Kemuncak konflik ini apabila Singapura terpaksa dikeluarkan daripada Gagasan pada 9 Ogos 1965 namun, perjuangan PAP masih diteruskan oleh DAP (Democratic Action Party).

2.1.2

Situasi Konflik

Konflik perkauman 13 Mei 1969 apabila dilihat dari sudut situasi berkonflik ialah dalam bentuk konflik horizontal iaitu berlaku konflik antara hierarki yang sama seperti kuasa, budaya, personal, dan nilai yang sama. Konflik horizontal yang berlaku ialah antara wakil rakyat itu sendiri, apabila ketidakpuasan hati berlaku dalam diri Ahli Parlimen dalam perbahasan di parlimen menyebabkan mereka terbawa ke luar dari parlimen melalui pentas-pentas politik serta kempen-kempen pilihanraya. Justeru, keadaan ini semestinya telah membakar semangat rakyat seterusnya menyebabkan berlaku beberapa rusuhan kecil seperti perarakan pada 2 Mei 1957 di Pulau Pinang sempena sambutan menjadi bandaraya dengan kematian sebanyak 4 orang dan rusuhan ini berakhir pada 8 Jun 1957.

2.1.3

Ciri Hubungan dalam berkonflik

Rusuhan perkauman berlaku adalah berpunca daripada perbezaan persepsi yang negatif oleh bangsa Melayu yang di bawa oleh bangsa Cina iaitu ketika mereka melakukan perarakan atas kemenangan Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah menang besar di kawasan

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 6 Batu Selangor di sekitar Kuala Lumpur setelah DAP menang 50:50 di Selangor dengan berarak membawa penyapu yang diikat kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka yang menyapu bersih kerusi namun, apabila keadaan ini dilihat oleh orang Melayu mereka berpendapat penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (“menyingkir”) orang Melayu ke laut.

2.2

Sifat Konflik

Amat penting dalam memahami setiap konflik agar kita dapat membuat peramalan, perubahan, memperoleh manfaat daripada kesan konflik yang berlaku namun, dari keseluruhan mengenai isu yang dibincangkan jelaslah bahawa sifat konflik yang ditonjolkan adalah bersifat konflik pemusnah atau distruktif kerana apabila wujudnya sesuatu konflik itu setiap ahli yang terlibat dalam konflik sentiasa mencari perbezaan antara mereka seperti bangsa, pertuturan, dan pemahaman mereka yang berlainan.

3.0

KUMPULAN SOSIAL YANG TERLIBAT

Kumpulan sosial yang terlibat secara langsung dalam konflik 13 Mei 1969 adalah antara kumpulan yang berpengaruh iaitu Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan MCA yang diketuai oleh Tan Siew Sin dan pada tahun 1955 penggabungan dengan MIC (Malaysian Indian Congress) presidennya ialah Tun V.T Sambanthan telah dianggap oleh kerajaan kolonial sebagai langkah positif ke arah pembentukan bengsa Tanah Melayu yang bersatu padu. Selain itu, DAP yang diketuai oleh Chen Man Hin juga membina pakatan bagi menghadapi Perikatan dalam menghadapi Pilihanraya Umum Malaysia 1969. Oleh itu, DAP telah bekerjasama dengan parti Gerakan yang diketuai oleh Yeoh Tech Chye, PPP dan PAS yang diketuai oleh Dato‟ Mohd Asri. Hasil pakatan DAP dan PAS ini menyebabkan Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor. Selain itu, pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam kemelut konflik ini antaranya terdiri daripada Parti Buruh yang telah

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 7 memboikot pilihanraya, Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British mewakili Melayu menyuarakan rasa tidak puas hati bangsa Melayu dan wakil-wakil rakyat.

4.0

PUNCA KONFLIK

Anggapan umum yang menjadi punca konflik adalah apabila persepsi dan analisis mengenai konflik yang berbeza. Punca berlaku konflik 13 Mei adalah kerana wujudnya syak wasangka dan kesangsian yang ditimbulkan dalam Pilihanraya Umum 1969 iaitu isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen yang telah menaikkan semangat pelbagai kaum di Malaysia. Semasa kempen pilihanraya beberapa calon pilihanraya serta ahli politik terutamanya daripada pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Sebenarnya punca utama yang berlaku dalam kemelut konflik 13 Mei dapat dilihat dalam faktor biologi iaitu berasaskan sentimen perkauman. Dalam Teori Rasialist iaitu perkauman adalah penekanan kepada pertimbangan bangsa atau kaum. Rasialist biasanya menolak beberapa tuntutan keunggulan kaum seperti “ketuanan kaum” tetapi dengan jelas atau secara tersirat boleh merujuk kepada orang lain seperti kaum-kaum yang telah bertindak dari segi moral unggul atau lebih rendah dalam sesuatu tempoh seperti yang dilakukan oleh kaum Melayu terhadap Cina ketika peristiwa 13 Mei iaitu orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan lengkap membawa senjata pedang dan parang panjang. Rasialist dianggap oleh kebanyakkan kumpulan sosial “perkauman” adalah penindasan atau melibatkan aktiviti-aktiviti pelampau atau perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti xenofobia disebarkan, eksploitasi, separatisme, ketuanan kaum, vigilantism (jenayah keganasan) dan sebagainya. Dalam penulisan Tunku (2007), menjelaskan pandangan peribadi beliau dalam faktor berlakunya kejadian darurat 13 Mei adalah disebabkan rentetan daripada wujudnya golongan daripada penghasut daripada golongan komunis yang mahu memporak-perandakan negara. Golongan ini merupakan golongan Chauvinist dan

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 8 gemar mengapi-apikan semangat Mao Zedong dan komunisme dalam kalangan masyarakat cina. Ketika itu Melayu pula mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh PAS yang sentiasa memainkan sentimen orang Melayu. Selain itu, Mahathir (2003) pula berpendapat sebab-sebab berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur adalah disebabkan Melayu ketika itu ingin menuntut supaya pendatang-pendatang yang menjadi rakyat Malaysia harus bertutur hanya dalam Bahasa Melayu seperti mana pendatang-pendatang di Australia bertutur dalam Bahasa Inggeris. Comber (2007) mengemukakan teorinya berdasarkan kronologi peristiwa 13 Mei adalah sistematik, menurut beliau faktor pendesak menyebabkan berlakunya peristiwa tersebut adalah kerana ketidakseimbangan dari sudut ekonomi yang berlaku sejak daripada zaman penjajahan lagi telah menyebabkan golongan yang tertindas sekian lama terus menerus menyimpan perasaan tidak puas hati terutamanya kepada kaum pendatang yang hidup kaya-raya di tanah tumpah darah mereka sendiri seperti Cina dan India khususnya. Namun pandangan Kua Kia Soong (2007) iaitu seorang ahli sains sosial berbeza daripada orang lain, katanya bahawa rusuhan yang berlaku adalah bukan keganasan yang spontan antara orang Melayu dan Cina, malah ia adalah satu pakatan yang telah dirancang oleh kelas pemerintah kapitalis untuk menentang kelas aristokrat yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Menurutnya lagi gerakan yang ingin menjatuhkan kepimpinan Tunku adalah diketuai oleh timbalan beliau sendiri iaitu Tun Abdul Razak serta rakannya yang lain antaranya Dato‟ Ghazali Sopiee dan Dato‟ Haron idris.

5.0

TUNTUTAN YANG TIMBUL

Punca berlaku konflik sosial perkauman 13 Mei adalah disebabkan setiap kumpulan sosial yang terlibat mempunyai tuntutan atau matlamat mereka masing-masing untuk diperjuangkan. Menurut Sherif (1966) melalui teori konflik kumpulan realistik (realistic Group Conflic Theory) yang diperkenalkannya menyatakan konflik sudah boleh wujud dengan hanya adanya matlamat yang tidak sama. Dalam situasi ini, tuntutan yang diperjuangkan oleh PAP dari Singapura yang bercanggah dengan konsep perlembagaan dengan membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 9 soal bahasa, serta taraf Bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan perasaan orang Melayu, sedangkan segala-galanya telah

dipersetujuinya semasa PAP menyertai Malaysia pada 16 September 1963 . Namun, setelah gagal dalam pilihanraya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh PPP dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Selain itu, KPM juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysian hak orang Malaysia” (Malaysian Malaysia) denga tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau Bumiputera dihapuskan. Selain itu, tuntutan daripada bangsa Melayu yang timbul adalah wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi malah polarisasi kaum. Keadaan ini wujud setelah berlakunya konsep Dasar Pecah dan Perintah oleh Penjajahan Inggeris, bangsa Melayu terasa tertindas di tanah tumpah darahnya sendiri apabila orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar dengan menjalankan perniagaan dan di kawasan perlombongan yang memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu hanya tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja estet. Jika dilihat kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India hanyala bercorak sara diri menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat Bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Oleh itu, orang Melayu inginkan hak keistimewaan di tanahnya sendiri.

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 10 6.0 KRONOLOGI MASA BERKONFLIK

Walaupun konflik 13 Mei berlaku tanpa dirancang namun, apabila dianalisis satu persatu sebelum dan selepas berlakunya kejadian ini saya melihat tragedi ini berlaku mengikut tahap-tahap kronologi masa berkonflik yang teratur. Sesuatu konflik yang berlaku kebanyakkanya mengikut tahap kronologi masa, mengikut Pondy (1967) terdapat 5 tahap konfik yang akan dilalui oleh sesuatu kumpulan yang berkonflik iaitu:-

6.1

Konflik Terpendam Tahap ini adalah tahap permulaan untuk berlakunya sesuatu konflik itu. Konflik 13 Mei ini sebenarnya terjadi tanpa disedari oleh semua pihak yang terlibat walaupun mereka sudah menyedari bahawa mereka sedang berkonflik namun, mereka tidak menyangka bahawa konflik ini akan menjadi konflik yang sangat tragis sehingga berlakunya tumpahan darah di atas tanahnya sendiri. Konflik terpendam sudah berlaku sejak Tanah Malayu dibawah jajahan Jepun lagi, ketika ini penduduk Jepun telah membangkitkan perasaan benci antara kaum Melayu dengan Cina. Lebih-lebih lagi apabila orang-orang Cina tidak dipercayai oleh Jepun kerana Negeri China telah berperang dengan Jepun sejak tahun 1937 menyebabkan kaum Cina merasa terseksa namun, mereka tidak menyangka bahawa akan berlakunya konflik yang lebih besar kerana telah wujudnya Rancangan Malayan Union pada Januari 1946 yang menciptakan sebuah negara kesatuan dengan memindahkan kedaulatan Sultan kepada Mahkota Inggeris. Dalam rancangan ini semua rakyat mempunyai hak yang sama termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam manakala kewarganegaraan Tanah Melayu juga diluaskan kepada semua tidak mengira bangsa atau kepercayaan mereka.

6.2

Konflik Dikesan Pada tahap ini, pihak-pihak yang berkonflik iaitu antara kaum Cina dan Melayu telah menimbulkan perbezaan persepsi, idea dan pendapat

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 11 kerana mereka telah mulai perasan bahawa mereka sedang mengalami konflik yang agak serius. Walaubagaimanapun, kaum-kaum ini masih tidak bertindak dan hanya menyimpan didalam hati. Contoh perbezaan pendapat yang dapat dilihat yang ditonjolkan oleh kedua-dua kaum ini ialah dalam penerimaan Rancangan Malayan Union yang ditentang hebat oleh orang-orang Melayu kerana ia banyak memberi keuntungan kepada bukan Melayu namun, kaum-kaum lain tidak begitu mengambil berat dalam hal ini.

6.3

Konflik Sedar Segala tindakan mula difikirkan dan dilaksanakan oleh Tunku sebagai Perdana Menteri ketika itu yang bertanggungjawab untuk

menyelesaikan konflik yang timbul dalam negaranya setelah merasai ketegangan konflik yang berlaku di antara kaum Melayu dan Cina lebih-lebih lagi dengan kemasukan Singapura ke dalam Gagasan Malaysia pada tahun 1963 dengan memperkenalkan konsep

Malaysian-Malaysia yang dibawa oleh PAP yang mempertikaikan bangsa Melayu dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara yang telah termaktub dalam Persekutuan Tanah Melayu ialah dengan mengembalikan semula hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-raja diberikan kedaulatan semula. Selain itu, kewarganegaraan pula telah diperketatkan dengan syarat pemohon harus tinggal sekurangkurangnya lima belas tahun serta berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu. Menurut Zainuddin yang dipetik daripada Azhar (2007) tindaktanduk Lee Kuan Yew sebagai presiden PAP yang telah mengapiapikan perasaan perkauman di tanah airnya dengan menunjukkan perasaan tidak senangnya berada di bawah pemerintahan orang Melayu semenjak menyertai Malaysia. Lee yang telah mengajak penduduk Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak untuk bersatu dalam menyokong gagasan untuk menubuhkan sebuah negara Malaysia yang mempunyai hak yang sama antara semua kaum. Tunku yang menyedari ancaman PAP yang ingin memecahkan Malaysia kepada

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 12 dua telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura daripada Tanah Melayu pada 9 Ogos 1965.

6.4

Konflik Manifestasi Setelah pelbagai konflik yang timbul dan dilalui oleh kaum Cina dan Melayu dengan perasaan yang tidak puas hati terhadap kaum yang lain telah mencapai tahap klimaks yang sudah tidak dapat dibendung. Kaum Melayu dan Cina yang masih berdendam antara satu sama lain telah menunjukkan kemarahan masing-masing melalui pertengkaran, percakapan, bantahan, desakan, demontrasi malah sehinggalah kepada tahap penggunaan fizikal dan mental. Sememangnya peristiwa 13 Mei telah menonjolkan segala kemarahan antara kaum di Malaysia dan segalanya tercetus selepas berlangsungnya Pilihanraya Umum 1969 yang telah diadakan pada 10 Mei 1969 namun begitu, bibit-bibit ketegangan antara kaum sudah tercetus lebih awal lagi dan keputusan pilihanraya 1969 hanya merupakan kemuncak kepada ketegangan konflik yang berlaku antara kaum Cina dan Melayu. Parti Buruh telah mencetuskan segala ketegangan antara kaum apabila seorang daripada ahlinya yang ditembak mati oleh polis kerana enggan bekerjasama dengan polis kira-kira 10 hari sebelum tarikh pengundian dan sehari sebelum pembuangan undi mereka juga mengadakan perarakan pengebumian di kuala Lumpur yang disertai lebih kurang seramai 10,000 orang peserta sambil melaungkan slogan Maoist dengan menyanyikan lagu “The East is Red” serta memaparkan potrait Mao Tze Tung dan mengibarkan bendera China. Keadaan ini menjadikan sentimen perkauman semakin bertambah apabila golongan belia Cina yang menyertai perarakan itu melontarkan kata-kata provokasi seperti “Malai Si” dan “Hutang darah dibayar darah” sepanjang perarakan itu. 10 Mei, pilihanraya telah berlangsung dalam suasana politik perkauman yang tegang disamping parti-parti yang bertanding telah menggunakan isu-isu hak keistimewaan, taraf kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan sebagai modal untuk meraih undi. Justeru, pilihanraya telah menunjukkan segala-galanya apabila pihak

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 13 pembangkang iaitu Parti Gerakan, DAP, dan PPP menang 25 buah kerusi. DAP merebut 13 kerusi parlimen dan 31 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS menang 12 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan teruk iaitu jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pilihanraya 1969. 13 Mei adalah kemuncak kemarahan ditonjolkan apabila pihak penyokong-penyokong dari Parti Gerakan dan DAP mengadakan perarakan kemenangan di jalan-jalan raya sekitar Kuala Lumpur sambil menghina orang-orang melayu. Hari selasa 13 Mei 1969 UMNO mengadakan perarakan balas pada waktu pagi kerana segala perasaan emosi yang tinggi ingin diluahkan oleh kedua-dua pihak. Walaupun perarakan ini tidak dirancang namun, orang Melayu yang berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur telah membawa senjata tajam dan hanya menunggu lampu hijau daripada Dato‟ Harun Idris untuk mengamuk.

6.5

Kesan Konflik Amat menyedihkan dan sudah dijangka apabila konflik yang dialami yang berlanjutan selama beberapa tahun itu telah menunjukkan kitaran akhir konflik yang negatif. Pada jam 3:00 petang dilaporkan berita pembunuhan yang pertama pada hari itu iaitu orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer sahaja dari rumah Menteri Besar Selangor. Seterusnya pemandu motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Oleh itu, perintah darurat

diisytiharkan jam 7:00 malam 13 Mei 1969 atas rusuhan besar yang terjadi, semua orang tidak boleh keluar dari rumah serta kawasan sekitar Kuala Lumpur telah dikawal ketat oleh pasukan polis dan tentera. Angka korban rasmi menunjukkan seramai 196 mati, 239 cedera, 39 telah hilang dan 9,143 orang ditahan serta 211 buah

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 14 kenderaan telah musnah tetapi spekulaasi mengatakan bahawa 700 orang orang yang mati terbunuh. Manurut sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley telah menganggarkan seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei ini kerana dikatakan angka korban lagi ramai.

7.0

TAHAP PERKEMBANGAN KONFLIK

Konflik 13 Mei tidak terhenti setakat tarikh 13 Mei sahaja kerana konflik ini telah berpanjangan sehinggalah Tunku terpaksa meletakkan jawatannya pada tahun 1970 sebagai Perdana Menteri kerana beliau telah dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya atas peristiwa 13 Mei 1969. Pada 14 mei 1969 Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk sebagai badan pemerintah. Negara juga diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pegarah MAGERAN serta parlimen dibubarkan. Selain itu, konflik 13 Mei akhirnya menjadi pengajaran buat semua rakyat Malaysia dan konflik ini telah berubah ke arah konflik membina. Keadaan telah dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah menubuhkan beberapa badan lain seperti Majlis Perunding Negara, Dasar Ekonomi Baru, dan Rukun Negara ditubuhkan. Oleh itu, pilihanraya tahun 1969 diadakan semula dan ini telah memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional, Wilayah Persekutuan KL juga dibentuk untuk mengurangkan pengundi Cina dalam Dun Selangor. Selain itu, beberapa orang ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihanraya yang lebih sistematik dan seimbang dilaksanakan serta sistem demokrasi, pilihanraya dan agihan hak-hak keistimewaan Bumiputera dibuat tafsiran semula.

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 15 8.0 RUMUSAN

Sesungguhnya peristiwa titik hitam Malaysia 13 Mei 1969 yang telah berlaku adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati, memahami antara satu sama lain walaupun berlainan budaya, percakapan, dan kepercayaan serta memerlukan rakyat yang sentiasa bertolak ansur demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ini serta supaya sejarah hitam itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. “Bersatu teguh, bercerai kita roboh” “Carilah persamaan, bukan perbezaan”

Konflik Perkauman 13 Mei 1969 | 16 RUJUKAN

Abdul Rahman Ibrahim (2011). 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bernard, M. S. (2000). The Dynamics of Conflict Resolution a Practitioner’s Guide (1st ed.). San Francisco: Jossey-Bass Publisher. Comber, L. (1983). 13 May 1969 a Historical Survey of Sino-malay Relation. Kuala Lumpur: Heinemann Asia. Ibrahim bin Saad (2003). Dilema Melayu (Mahathir bin Mohamad, Pentj.) Singapura: Marshall Cavendish Editions. Pondy, L. R. (1967). Organisational Conflict: Conflic and Models. Administrative Science Quartely, 12(2), 296-320. Parti Tindakan Demokratik (2011). Diakses pada 23 Oktober 2011, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/ Kim W. C., Mauborgen, R. (2005). Blue ocean strategy: How to create uncontested market space and make competition irrelevant. Cambridge, MA: Harvard Business School Press. Kua Kia Soong (2007). May 13 Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969. Kuala Lumpur: Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). Kronologi Peristiwa 13 Mei (2010). Diakses pada 23 Oktober 2011, daripada http://berita-harian-online.com Konflik. Diakses pada 23 Oktober 2011, daripada http://id.wikipedia.org/wiki/ Mohd Azhar Zakaria (2007). Info Malaysia 2. Melaka: Pustaka Ilham. M. Afzalur Rahim (1985). A Strategi for Managing Conflic in Complex Organisation. Human Relations. 38(1), 81-89. Omardin Haji Ashaari (2007). Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan-Cina (Comber, L., Pentj.) Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd. Tunku Abdul Rahman (2007). 13 Mei: Sebelum dan Selepas. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful