P. 1
Assigment de Bono

Assigment de Bono

|Views: 68|Likes:
Published by Faizah Azizan

More info:

Published by: Faizah Azizan on Aug 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/29/2013

pdf

text

original

Pendahuluan : Edward de Bono telah dilahirkan di Malta. Beliau mendapat pendidikan awal di St.

Edwards College, Malta dan Royal University of Malta dan mendapat ijazah dalam bidang kedoktoran. Beliau melanjutkan pelajaran sebagai seorang Rhodes Scholar kepada Chirst Church, Oxford di mana beliau memperolehi ijazah kepujian dalam bidang psikologi dan fisiologi serta doktor falsafah dalam bidang perubatan. Beliau juga mendapat doktor falsafah dari Cambrigde dan pernah menjawat jawatan di beberapa buah university termasuk Oxford, London, Cambrigde dan Harvard. Edward de Bono pernah mengendalikan program kurikulum terbesar untuk mengajar berfikir secara langsung di sekolah-sekolah. Beberapa buah Negara seperti Venezuela telah mewajibkan pembelajarannya di semua sekolah dan penggunaannya terus meningkat di negaranegara lain seperti Kanada, Amerika Syarikat, Cina, dan lain-lain. Petunjuk Edward de Bono dalam kaedah berfikir juga dikehendaki oleh syarikat-sayarikat terkenal seperti NTT (Jepun), Du Pont, Ericsson, United Technologies, American Standard, Exxon dan Shell. Kaedah „Six hats‟ atau Enam Topi kini digunakan di beberapa buah syarikat besar seperti Prudential dan IBM. Beliau juga pernah berkhidmat untuk pihak kerajaan untuk beberapa buah negara termasuklah Kerajaan California mengenai sisa toksik. Beliau mungkin pernah mengajar eksekutif-eksekutif kanan pada hari ini dan pada keesokannya beliau mungkin mengajar kanak-kanak berusia sembilan tahun di sebuah sekolah rendah. Edward de Bono juga pernah dijemput untuk berucap di mesyuarat- mesyuarat seperti The Institute of Institutional Investors, The Commonwelth Law of Conference, The American Bar Association, The World Congress and Emergency and Disaster Medicine, The World Economic Forum (Davos) dan The Society of Information Managers. Pada tahun 1989 beliau mempengerusikan mesyuarat Anugerah Nobel di Seoul, Korea Selatan. Beliau adalah pengasas dan pengarah Cognitive Research Trust (1969) dan The Centre for Study of Thinking serta pengasas SITO (Supernatural Independent Thinking Organisation) yang telah ditubuhkan selaku menyediakan cara berfikir kreatif dan tambahan mengenai masalah-masalah dan isu-isu Persatuan Bulan Sabit Merah Intelek. Beliau juga menubuhkan sebuah Task Force on Thinking di Washington.
Edward de Bono

1

Edward de Bono telah dijemput untuk memberi ceramah dan bekerja di lebih empat puluh buah Negara. Beliau telah menulis lebih daripada tiga puluh buah buku dan telah diterjemahkan ke dalam dua puluh empat bahasa termasuklah bahasa Cina, Korea, Jepun, Russia, Arab, Hebrew (Yahudi), Urdu, Indonesia dan semua bahasa utama dunia. Beliau telah membuat dua siri televisyen iaitu „De Bono‟s Course in Thinking‟ untuk BBC dan „The Greatest Thinkers untuk WDR, Jerman. Beliau juga telah menerbitkan risalah berita yang diterbitkan sepuluh kali setahun serta mencipta satu permainan klasik L-Game (Permainan L) yang dianggap sebagai permainan termudah pernah dicipta. Beliau mungkin lebih dikenali sebagai pencipta kata-kata „Literal Thinking‟ yang dimasukkan ke dalam kamus Oxford English. Kesimpulannya Edward de Bono merupakan seorang tokoh ahli fikir yang sangat terkenal di dunia. Beliau memperkenalkan beberapa jenis pemikiran dan menjadi rujukan utama ahli fikir masa kini. Beliau adalah pengasas pemikiran literal yang menganggap kreativiti adalah tingkah laku yang menghasilkan maklumat dalam sistem otak dan diterjemahkan melalui pergerakan dan tingkah laku seseorang individu menggunakan rangkaian neural dalam otak. Daripada pertimbangan sedemikian wujudlah pemikiran literal, pemikiran selari dan sebagainya. Edward de Bono(1993) telah menggunakan menggunakan pendekatan CoRT Thinking Program dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teori ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward de Bono, kreativiti seseorang individu wujud dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu itu sendiri. Pengenalan: Pemikiran: Sistem pemikiran seringkali disebut sebagai pemikiran saintifik atau sistem pemikiran bersepadu merupakan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik (Mohd. Yusof Hasan, 2000, hal. 1). Begitulah juga apabila kita berdepan dengan kata pemikiran (bahasa Inggeris think, thinking) pastinya kita tidak menemui suatu makna konkrit bagi kata itu (Lihat Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid dan Syd. Abdul Rahman Syd. Zin, 2001, hal. 12-14). Gove (1986, hal. 2376 – 2377), misalnya menyatakan bahawa think/ thinking ialah “to have in one‟s mind as an intention or desire,” “to have as an opinion,” “the
Edward de Bono

2

Selain daripada bernafas . organisasi dan masyarakat.” Manakala de Bono. Berfikir seolah-olah merupakan satu proses semula jadi dan seseorang itu berpuas hati dengan tahap pencapaian masing-masing. selagi kita berada dalam keadaan yang sedar.berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang biasa dilakukan oleh manusia. Akan tetapi. Pemeringkatan Prinsip Pemikiran Edward de Bono: Berlaku satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif dan bahagian kiri berfikir secara kritis.sebab.action of using one‟s mind to produce thoughts. tedapat satu perbezaan yang ketara antara individu-individu menunjukkan bahawa berfikir mungkin adalah satu kemahiran. Kebolehan berfikir secara abstrak mempunyai dan menjana idea membezakan manusia daripada makhluk lain. Edward de Bono 3 .John Dewey mendefinasikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Walaubagaimanapun.” “the kind of thought that belongs. Beyer mendefinasikan berfikir sebagai manipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk pemikiran. Sebagai rumusan. Antaranya ialah:  Untuk perubahan dan pembaikan. Konsep Pemikiran: Berfikir bertujuan mencari makna. Ramai orang tidak mengendahkan cara dirinya berfikir berbanding mereka mengambil berat mengenai cara mereka berjalan atau bernafas. kita tidak berhenti berfikir. Edward de Bono (1995) menyatakan.” “having or using the ability to think. hal.tidur. atau keputusan.Kita makan.berjalan dan bercakap hanya pada masa-masa tertentu.  Untuk menyelesaikan masalah. sarjana pemikiran lateral menyatakan bahawa pemikiran (thinking) adalah kebijaksanaan atau kecerdasan manusia (1997. 11). pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar. terdapat 5 premis yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu.

 Untuk motivasi.Edward de Bono telah mencipta cara untuk mengesan kebolehan kanak-kanak melalui beberapa teori tertentu.  Untuk masa depan. Bagi peringkat kanak-kanak.Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan. Menurut Edward De Bono . Dari segi definisi pemikiran lateral membawa maksud cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi (bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak luar biasa sedikit) tetapi amat berkesan.Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Edward de Bono telah mempopularkan teori beliau berasaskan kepada dua asas pemikiran utama iaitu :  Lateral Thinking  Six Thinking Hats  CoRT thinking for teaching thinking in schools Pemikiran Literal: Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh Edward De Bono. Ia adalah pemikiran yang menitikberatberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru. Untuk memberi nilai dan peluang baharu. Edward de Bono 4 .

2. Pemikirannya dapat dirumuskan dalam kata-kata di bawah: “ Kita tidak akan dapat menggali lubang-lubang baru di tempattempat lain kalau kita asyik menggali lubang yang ada supaya lebih dalam lagi” (Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran yang sedia ada tetapi ia merupakan satu corak pemikiran yang cuba mencari jalan terpantas dan sememangnya dia berjaya menyelesaikan masalah bukan sahaja menepati kriteria yang dikehendaki tetapi ia amat berkesan.1996). 2. argument. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran. 4. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia. CoRT 1: Keluasan dan persepsi. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna.Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Edward de Bono yang juga merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Program CoRT (Cognitive Research Trust) iaitu salah satu teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Edward de Bono. pemikiran kritis 4. CoRT 6: Tindakan Edward de Bono 5 . CoRT 2 : Organisasi proses berfikir. Pembinaan Idea Baru.Terdapat beberapa banyak kepentingan pemikiran lateral antaranya ialah: 1. CoRT 5: Maklumat dan perasaan 6.Program yang dicipta merangkumi pemikiran kreatif. Beliau telah memperkenalkan 6 bahagian CoRT iaitu: 1. Beliau memperkenalkan corak berfikir jenis ini setelah mendapati terdapat banyak halangan pada corak pemikiran konvensional. CoRT ( Cognitive Research Trust ): Edward de Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan pemikiran lateral. 5. CoRT 3 : Interkasi. CoRT 4: Kreativiti 5. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. 3. 3. Beliau juga menyarankan banyak alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahan dengan lebih cekap dan efisien lagi. konstruktif dan kritis.

CoRT 1: KELUASAN DAN PERSEPSI CoRT 1 terdiri daripada tujuh teknik asas dan tiga teknik panduan 1. Ramai individu yang pintar. itu salah. Dalam aktiviti menajamkan kemahiran berfikir kepada murid. guru atau pendidik perlu menerangkan kaedah PMI ini dengan jelas supaya mereka faham. tapi menarik Untuk difikirkan semula. Alat ini berfungsi sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa dimana seseorang terdorong untuk membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. P : Senaraikan semua yang baik.keburukan (Minus). Minus . I : Senaraikan semua yang tidak „buruk‟ dan tidak pula „ baik „. apabila mereka berfikir mereka menggunakan oatak dan pengetahuan mereka dan mempertahankan apa-apa yang mereka percaya adalah benar dan betul. PMI adalah bertujuan untuk meluaskan sudut pandangan kita. Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan semua kebaikan (Plus). Biasanya mereka lakukan dengan membuktikan pandangan dan pendapat orang lain sebagai salah. PMI ialah satu kaedah untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu. PMI ( Plus . PMI digunakan sebelum kita membuat sebarang keputusan. dan lain-lain. PMI menghendaki kita supaya memikirkan dahulu situasi yang ada di depan kita sebelum membuat sebarang pendapat atau keputusan. buruk dan menarik. dan menarik (Intresting) pada sesuatu idea. PMI membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting. Interesting ) PMI ialah perkara-perkara yang baik .ini betul. Pengunaan kaedah PMI membuatkan murid luas pandangan. Kedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat penilaian ke atas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar. Penilaian mereka berdasarkan apa yang mereka tahu.PMI ini adalah alat yang kita gunakan supaya otak kita janagn berfikir satu hala Edward de Bono 6 .PMI memaksa kita supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. Tujuan alat ini ialah supaya pelajar melaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi. M : Senaraikan semua yang buruk.

sahaja. fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. 2.     Apa tujuan kita mula berfikir tadi? Apa matlamat yang hendak kita capai? Apa hasil yang kita rancangkan? Mengapa ini pula kita fikirkan sekarang? Edward de Bono 7 . Hasilnya persepsi kita menjadi luas. AGO dapat membantu dalam mengingatkan tujuan asal. kadang-kadang menyeleweng adakalanya fikiran kita menghadapi jalan buntu. bermatlamat (Goals) dan objektif ( Objective) atau dikenali sebagai AGO. Goals . Sebelum pelajar-pelajar hendak membuat sesuatu perbincangan. ini dapat memperluaskan sudut pandangan kita dan menolong kita focus perkara yang betul semasa berfikir serta menolong kita sentiasa ingat tujuan asal kita berfikir supaya kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. Kerap kali kita berfikir berputar-putar. Adakalanya fikiran kita lari menyeleweng. Pelajar dikehendaki menyorot „oleh sebab‟ dan „supaya‟ untuk menjuruskan mereka berfikir cara menfokuskan persoalan yang hendak diselesaikan. Objectives ) AGO adalah matlamat .AGO menekankan pentingnya matlamat. AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Jadikan AGO itu fokus perbincangan. Dalam keadaan begitu. PMI adalah alat yang mudah diguanakan oleh murid. berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangan itu. AGO membantu kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO ( Aims . AGO juga dapat membantu seseorang berfikir secara terfokus. Kerap kali kita berfikir berputar-putar. kita terlupa objektif kita berfikir. kita terlupa objektif asal kita mula-mula berfikir. AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Menurut Edward de Bono. Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims). jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu. Biasa pula fikiran kita menghadapi jalan buntu. tujuan dan objektif . AGO dapat meluaskan sudut pandangan . Dalam keadaan begitu. Ia sangat sesuai dengan kehidupan sehari-hari. alat ini amat digemar oleh murid-murid sekolah.

fikirkan juga kemungkinan-kemungkian yang lain. APC membolehkan seseorang mencari cara lain bagi menyelesaikan masalah yang sama. kemungkinan dan pilihan . Alat kemahiran APC menggunakan kaedah alternative (alternatives). Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain.       APC membolehkan seseorang melihat perkara yang sama dari pelbagai sudut pandangan. pilihan (choices). kemungkinan (possibilities). Apabila berfikir. APC ( Alternatives . Ada banyak jenis alternative yang boleh membantu kita membuat pilihan. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternative dan fikiran yang luar daripada kebiasaan. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti seketika sebelum otak maju ke depan. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti sejenak sebelum otak maju ke depan. APC juga juga digunakan untuk mencipta pelbagai alternative. Apakah AGO hidup kamu? 2. Edward de Bono 8 . APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Possibilities . Jadikan AGO itu focus perbincangan. Choice ) APC merupakan alternatif . Alat ini digunakan supaya kiat dapat berfikir secara selari.kemungkinan dan pilihan. otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apakah AGO kamu datang ke sekolah Sebelum memulakan perbincangan berbincang dahulu berkenaan AGO perbincangan itu. APC membuatkan seseorang memikirkan beberapa tindakan yang patut dibuat . Biasanya kita berfikir mara ke depan. Apakah AGO kita belajar Pendidikan Keselamatan Jalan Raya? 3. Jangan lari atau menyeleweng. 3. otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. Ia digunakan untuk melawan reaksi yang beku dan reaksi emosional. Nantikan dulu. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara serentak.Contoh soalan perbincangan: 1. Apabila berfikir.

CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan factor-faktor berkenaan sesuatau situasi. sebuah cawan. Di dalam kaedah ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea.Kita tidak menoleh ke kiri. ada berapa cara kita menyelesaikan masalah tersebut. Adakalanya kita dipaksa oleh keadaan untuk mencipta alternative-alternatif lain. PENDEKATAN: Apabila berhadapan dengan masalah. Ada idea baru untuk tujuan yang baru.contoh: Ada berapa cara kita boleh menimbang gajah hidup? PENYELESAIAN: Apabila berhadapan dengan masalah.Dalam Edward de Bono 9 . Biasanya apabila kita berfikir terus menuju ke depan. adalah satu alat yang diperkenalkan oleh Edward de Bono untuk melatih kita berfikir cara melihat atau mengambil semua factor untuk memperluaskan semua sudut pandangan kita. TINDAKAN: Dalam sesuatu situasi . sebuah enjin dan lain-lain. mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting. Idea-idea berbeza untukmelakukan perkara-perkara yang sama. ada berapa cara pendekatan yang dapat kita gunakan bagi mencipta penyelesaiannya. CAF ( Consider All Factors ) CAF atau mengambil kira semua factor. Ada idea baru untuk tujuan yang sama. Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.Jenis alternatif:  IDEA: Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama. ada beberapa perkara yang dapat kita buat bagi menghadapinya. 4. PENJELASAN: Mengapakah sesuatu itu terjadi? Mengapakah remaja mudah terpengaruh menggunakan dadah? REKA CIPTA: Ada pelbagai reka cipta bagi sebuah paying.ke kanan dank e belakang.CAF membuat kita luas pandangan.       PERSEPSI: Benda atau perkara yang sama boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Tiap-tiap satu daripada reka cipta itu tetap memenuhi tujuan asal ciptaan tersebut. Idea-idea juga berbeza Untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza.

Contoh: Siapakah mereka itu? Apa pendapat mereka? Apakah nilai-nilai mereka berkenaan perkara ini? Edward de Bono 10 . dengan cara Ini. kita akan bertindak. Latihan ini mengarahkan pemikiran pelajar supaya mengambil kira pendapat dan pandangan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam sesuatu situasi.konteks kehidupan sehari-harian. Kaedah ini memberi tekanan pada perbezaan-perbezaan antara pandangan pelajar dengan pihak-pihak lain. Oleh itu ia menolong persepsi kita menjadi luas supaya pendapat an keputusankeputusan yang kita buat menjadi lebih baik. Senaraikan orang-orang lain yang terlibat dalam idea kita serta fikirkan apa yang mereka fikirkan tentang idea kita. kita mestilah positif. semua faktor kita mesti cari sebelum membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah.Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah alat berfikir yang mudah dipelajari. Setelah berfikir. OPV menolong dan membantu kita befikir serta memahami dari sudut pandangan orang lain. Kita berfikir dan membuat sesuatu keputusan. Untuk melatih pelajar membuat OPV . Hasil pemikiran kita akan ada kesannya kepada manusiamanusia lain. OPV ( Other People’s Views ) OPV alat ini digunakan untuk meluaskan lagi sudut pandangan kita. CAF ialah alat yang menjuruskan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Apa yang kita fikir ada kesannya pada orang lain. Selepas itu cuba bayangkan apa pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun secara berkumpulan. mula-mula senaraikan orang-orang Lain yang kena-mengena dan terlibat dalam perkara tersebut. Pelajar perlu sedar bahawa berfikir dilakukan oleh manusia. 5. diingat dan digunakan dalam hidup sehari-hari. mereka dapat memperluaskan lagi sudut pandangan mereka dan kesan atau Implikasinya terhadap oaring lain. Alat ini menimbangkan alat-alat yang lain yang ditumpukan pada pandangan peribadi pelajar. Apabila memikirkan pendapat-pendapat orang lain. Pelajar didedahkan dengan melihat pandangan orang lain.

Lihat alternative mana yang lebih baik dan selamat. Kesan jangka masa pendek: dalam tempoh satu minggu 11 Edward de Bono . selalu disebut „C‟ dan „S‟. Buat „C‟ dan „S‟. Kesan-kesan dan akibat keputusan itu tersebut diramalkan secara sistematik. Apakah hasil yang paling baik? 5. C&S ( Consequence and Sequel ) C&S ialah kesan dan akibatnya . jangka seerhana dan jangka panjang. kita akan membuat keputusan. Kaedah ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Setelah kita berfikir. Keputusan yang kita buat hari ini akan menimbulkan kesan pada hari esok dan masa depan. Adakah rancangan ini akan berhasil? 2. Sebagai guru atau pendidik kemahiran berfikir ini perlu ditekankan. Kesan dan akibat daripada kesan ini. FIP dan PMI bersama-sama. rancangan. Buat C&S sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan.6.membantu kita melihat jauh ke hadapan. Apakah yang boleh menyebabkan kita gagal? 3. 1. sebelum membuat sebarang keputusan dan pilihan. dan tindakan. „C‟ dan „S‟ amat berguna dalam kehidupan seharian. C&S digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depandan untuk membuat penilaian. Begitu juga ke atas semua alternative yang ada di depan kita. pilihan. gunakan „C‟ dan „S‟ ini untuk mendapat pilihan yang tepat. „C‟ dan „S‟ boleh digunakanuntuk membuat sebarang keputusan atau tindakan. „C‟ dan „S‟ merupakan satu alat untuk melihat jauh ke depan. iaitu kesan jangka pendek. C&S digunakan untuk seseorang membuat penilaian . Alat-alat ini akan menolong pelajar membuat pilihan terbaik. Apakah yang mungkin berlaku? Kelompok kesan:   Kesan serta-merta. C&S dapat membantu seseorang melihat jauh ke hadapan . ke masa akan datang. Kaedah ini membantu kita berfikir jauh ke masa depan sebelum membuat sebarang keputusan. Di manakah risikonya? 4. Murid perlu ditekankan juga . membantu.

kita akan membuat keputusan. ialah satu alat untuk membuat pelajar focus apa yang penting.rancangan dan tindakkan. PMI digunakan untuk melihat peraturan sedia ada atau yang baru dicipta untuk mengambil sesuatu keputusan. yang buruk dan yang menarik (PMI). 8. pilihan. Ada perkara yang sangat penting. bukan semua perkara serupa pentingnya. Selalunya setelah kita habis berfikir. Edward de Bono 12 . C&S. FIP dapat membantu seseorang untuk berfikir secara terfokus.CAF. FIP juga mengingatkan seseorang mengambil kira perkara-perkara yang penting.Peraturan (Rules) Latihan ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat satu krangka persoalan yanmg difikirkan untuk menyelesaikan masalah atau mengambil keputusan setelah mengambil kira semua factor-faktor (CAF) dan mana yang baik. Kaedah ini juga membantu kita berfikir secara terfokus dan ia mengambil kira perkara yang penting sahaja. Kita gunakan FID kerana kita hendak menentukan apa perkara yang paling penting untuk difikirkan. C&S boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara penting yang menjadi keutamaan. 7. FID mengingatkan kita apa yang menjadi keutamaan mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak penting.  Kesan jangka sederhana: antara dua minggu dan enam minggu Kesan jangka panjang: selepas enam bulan. C&S membantu kita melihat jauh ke hadapan. Kita selalu teringat macam-macam perkara apabila sedang berfikir. Pelajar akan menggunakan CAF untuk mencipta peraturan-peraturan baru. C&S membantu kita dalam kehidupan sehari-hari. C&S ialah alat berfikir yang paling berguna. Ada perkara yang tidak penting langsung. dan AGO) barulah mereka menggunakan FID. Setelah pelajar-pelajar menggunakan alat-alat lain (PMI. FIP ( First Important Periorities ) FIP perkara-perkara penting yang menjadi prioriti .

Guru akan melihat akan kemahiran-kemahiran yang ada pada pelajarpelajar menguasai kaedah-kaedah berkenaan. disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Alat-alat CoRT 2: 1.9. Beberapa pengajaran pada separuh kedua merujuk kepada proses yang dipelajari dalam CoRT (keluasan) tetapi pengajaran masih boleh digunakan walaupun CoRT 1 tidak pernah diajar. Dalam tempoh lima kaedah ini berurusan dengan lima organisasi keseluruhan pemikiran supaya ia boleh digunakan dalam cara yang sengaja dan produktif. Keputusan (Decisions) Latihan ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah kemahiran berfikir FIP dan ACP. Kaedah ini sengaja dibuat supaya pelajar boleh menggunakan dengan cara paling tersusun. Menyedari: Usaha sengaja untuk mengenal pasti keadaan untuk menjadikannya lebih mudah untuk memahami atau menangani. 2. 10.PMI dan CAF. AGO. Pelajar akan mendapat satu kemahiran menggunakan keempat-empat kaedah untuk mereka menaplikasi ketika proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Di sini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik. CoRT 2: ORGANISASI PROSES BERFIKIR: Terdapat lima kedah dalam CoRT 2 dengan lima operasi pemikiran biasa. Pelajar boleh bertanya soalan-soalan khusus dan mencari jawapan tertentu. Membincangkandan membahagikan sehingga keadaan memerlukan untuk memikirkan dengan lebih berkesan. Perbandingan: Edward de Bono 13 . 3. Analisis: Dua jenis analisis. Perancangan (Planning) Latihan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berlatih melakukan C&S. Tujuannya adalah untuk merawat pemikiran sebagai satu operasi yang tersusun.

meraka juga digalakkan untuk mengambil pendekatan yang konstruktif untuk menyelesaikan hujah. percanggahan pendapat. Mencari Cara Lain: Alat ini digunakan untuk mencari jalan alternatif untuk melihat sesuatu. kaedah ini tidak lagi memikirkan secara langsung pada apa yang difikirkan tetapi pada apa yang difikirkan oleh orang lain. Edward de Bono 14 . CoRT 3: INTERAKSI Kedah yang ketiga ialah interaksi. 6. Kaedah ini berdasarkan hujah. Memilih: Alat ini digunakan untuk mencari sesuatu yang memenuhi sesuatu keperluan. 9. Fokus: Melihat kepada aspek-aspek yang berbeza keadaan. ketidaktetapan (ADI). 5.Menggunakan perbandingan untuk memahami situasi. 10. Dua prosedur praktikal untuk membantu menyelesaikan konflik yang ditawarkan ialah memeriksa kedua-dua belah (EBS) dan perjanjian. Memeriksa persamaan dan perbezaan dalam perbandingan yang ditawarkan. debat. 4. Tujuan CoRT 3 adalah menggalakkan murid apa yang diperkatakan dan untuk menilai. percanggahan pendapat dan sebagainya. Rundingan: Keputusan atau kesimpulan yang pasti. 8. Memilih dari kemungkinan yang berbeza. Teratur: Kedah yang praktikal mengajurkan cara situasi yang perlu ditangani. Mula: Apakah perkara pertama yang perlu digunakan? 7. terutama yang bukan sahaja jelas tentang apa aspek di dalam pertimbangan pada masa ini. Dalam kaedah ini strategi yang berlainan digunakan untuk membuktikan titik dan dua kelas keutamaan kesilapan. Memperkukuh: Apa yang telah dicapai setakat ini? Jelas apa yang telah dilakukan dan apa yang telah ditinggalkan.

Alat-alat CoRt 3: 1. KETERANGAN –STRUKTUR Meneliti keterangan. 10. 5. implikasi dan kesan 2) Merujuk kepada fakta. Membuat kesimpulan di atas hanya sebahagian daripada keadaan. MENJADI HAK-2 Dua cara lain sebagai hak. 1) Penggunaan nama. MENJADI HAK – 1 Dua cara utama yang hak. 1) Meneliti idea itu sendiri. klasifikasi 2) Penghakiman. termasuk dua penggunaan perkataan nilai. HASIL Apa yang telah dicapai pada akhir hujah? Edward de Bono 15 . label. MENJADI SALAH Baki dua kesilapan yang salah iaitu kesilapan dan prajudis. perasaan. Bukan semua bukti yang mempunyai nilai yang sama. 9. 2. SEBAGAI SALAH Melakukan sesuatu sebagai keterlaluan. 8. 6. ADI Pemetaan kawasan-kawasan ini untuk meningkatkan bidang perjanjian dan mengurangkan kawasan yang tidak bersetuju. 7. Membezakan antar fakta dan pendapat. KETERANGAN-NILAI Amalan dalam penilaian keterangan. Adaka ia berdiri dengan sendiri. 4. EBS Membincangkan amalan dalam memeriksa kedua-dua bela hujah dan tidak membuta tuli menyokong satu pihak. ia bergantung kepada keterangan lain yang seterusnya bergantung kepada sesuatu yang lain. KETERANGAN Jenis keterangan yang digunakan dalam hujah. 3. pihak berkuasa.

ii. Yes-No-Po (Ya. kita menilai sama ada sesuatu itu betul atau salah. CoRT 4 lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral.Po merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi di luar system penilaian. Po) Stepping stone ( Batu loncatan) Random Input (Input rawak) Consept Challenge ( Cabaran Konsep) Dominant Idea (Idea Dominan) Define The Problem (Takrifkan Masalah) Remove Faults (Singkirkan kecatatan) Combinations (Kombinasi) Requirements (Keperluan) Evaluations (Penilaian) CoRT 5:MAKLUMAT DAN PERASAAN Pemikiran yang bergantung kepada maklumat dan dipengaruhi oleh perasaan. CoRT 4 memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil po. x.benar atau palsu. Po juga berkaitan dengan supposition (andaian) dan hipotesis. sesuai atau tidak. Po digunakan secara kreatif untuk mencari idea baru atau cara baru untuk mengkaji sesuatu. tidak. iii. pendapat yang siap dan menyalahgunakan maklumat. berguna atau tidak. petunjuk. kepercayaan. CoRT 4 terdiri daripada 10 teknik. di mana idea-idea yang belum dibuktikan.CoRT 4: KREATIVITI CoRT 4 membantu meningkatkan kreativiti. dimana idea-idea yang ganjil dicantum untuk mencapai kesan tertentu. v. vi. ix. digunkan untuk merangsang pemikiran selanjutnya. Komponen CoRT 4: i. viii.iaitu menghasilkan persepsi yang baru. istilah yang dicipta oleh Edward de Bono. meneka. iv. iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara. CoRT 5 memperkatakan tentang proses maklumat seperti soalan. Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi. Biasanya. vii. Po berasal daripada perkataan poetry (puisi). Ia juga berkaitan dengan emosi dan nilaiEdward de Bono 16 .

prasangka. Emosi biasa dan ego emosi. NILAI Nilai menentukan pemikiran dan penerimaan keputusan. kepastian. Alat-alat CoRT 5: 1. SOALAN Mahir menggunakan soalan. 9. MAKLUMAT Analisis maklumat dan penilaian kesempurnaannya. Apakah maklumat yang diigini hilang? 2. Teknik yang digunakan dalam setiap pelajaran untuk membangunkan data dan pemerhatian. implikasi. Tekaan yang baik dan tekaan yang buruk. 3. 5. persetujuan. KEPERCAYAAN Kreadibiliti. 4. MENEKA Meneka penggunaan meneka apabila maklumat tidak lengkap.nilai. Tujuan dan hala tuju soalan. PERCANGGAHAN Kesimpulan palsu dan lain-lain kegunaan yang salah maklumat. pendapat standard. kepercayaan. Matlamat CoRT 5 adalah untuk menggalakkan kesedaran tetapi bukan untuk menukarnya. READY MADES Pengganti sedia ada untuk pemikiran peribadi. Bagaimana kita menghargai maklumat. apa yang mereka masih perlukan dan bagaimana untuk menggunakan maklumat. Bukti. 8. 6. potongan. 10. EMOSI DAN EGO Cara ini emosi terlibat dalampemikiran. dan lain-lain. MEMUDAHKAN DAN MENJELASKAN Edward de Bono 17 . ekstrapolasi maksimum maklumat yang diberikan. Murid juga dilatih untuk mengenali apa maklumat yang ada pada mereka. 7. Meletakkan sesuatu bersama-sama. PETUNJUK Klu.

setiap yang boleh ditangani dan seterusnya. terdapat satu tugas pemikiran yang jelas akan dijalankan dan matlamat yang jelas bagi pemikiran. mata utama. Alat CoRT 6: 1. dalam merancang beberapa alternatif. Jumlah rangka kerja dipanggil TEC-Pisco yang berdiri untuk T Xpand arget E-C ontarct P-Purpose-Input S-olutions hoice-O. Pada setiap peringkat dalam rangka kerja keseluruhan. Ini memudahkan pemikiran dengan mengeluarkan kerumitan dan kekeliruan. di kedalaman. kesimpulannya. 2. Hasilnya adalah bahawa pemikir yang mengambil cara yang paling mudah dan menggunakan slogan. klise atau menjejaskan pemikiran. CoRT 6:TINDAKAN Tujuan rangka kerja ini adalah untuk membahagikan jumlah proses pemikiran ke peringkat yang pasti. Kepentingan memilih „sasaran pemikiran‟ seperti yang pasti dan menumpukan cara yang mungkin. Peringkat setiap pemikr tumpuan kepada menjlankan tugas yang ditakrifkan oleh peringkat itu. Edward de Bono 18 .SASARAN Perkara dalam pemikiran. Tanpa semua rangka kerja orang ramai dan pemikir yang cenderung untuk ditenggelami oleh semua aspek dan keadaan. 3. mengarahkan perhatian kepada perkara tertentu yang menjadi subjek pemikiran.Apakah? Bagaimanakah? Sesuatu itu terjadi.lebar.ringkasan. KEMBANGKAN Setelah memilih sasaran langkah seterusnya adalah untuk mengembangkan atasnya. KONTRAK Langkah ketiga adalah untuk mengecilkan pemikiran yang dibelanjakan untuk sesuatu yang lebih mudah untuk digunakan. pilihan.

5. meneroka subjek dan merapatkan hasil yang boleh digunakan. jumlah input yang masuk ke dalam pemikiran. 8. maklumat yang ada. 10.TEC-Pisco Menggunakan urutan Pisco keseluruhan. Penyatuan rangka kerja TEC-Pisco di mana tiga alat pertama (TEC) digunakan untuk mentakrif dan menghuraikan setiap lima peringkat prosedur Pisco. Keutamaan dan kriteria untuk pilihan.4.(bagi objektif Input-Penyelesaian-Pilihan-Operasi). Memilih antara penyelesaian yang alternatif. keputusan.PENYELESAIAN Kaedah untuk menjana penyelesaian dan mengisi jurang. Dengan apa yang seseorang itu mahu menjadi. Akibat dan mengkaji semula keputusan itu.INPUT Keadaan. penyelesaian maslah.tetapan. Amalan dalam mentakrifkan satu sasaran.TEC Penggunaan tiga alat sebelumnya adalah satu urutan. Edward de Bono 19 . pelaksanaan menjalankan melalui keputusan berfikir. tempat kejadian.PILIHAN Proses membuat keputusan.OPERASI Operasi. 6. 9. Menetapkan langkah-langkah tindakan khusus yang akan membawa hasil yang diingini. satu pelan tindakan atau pendapat? Tujuan umum pemikiran dan juga ojektif tertentu. Meletakkan pemikiran berkuat kuasa. 7.factor dan orang-orang yang boleh dipertimbangkan.TUJUAN Jelas tentang tujuan sebenar pemikiran.

Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat. melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan . Pengenalan Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono. Ia juga digunakan untuk berfikir secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif. Topi Putih Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan dengan apa yang sedang kita amati. Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. 2. Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Edward de Bono 20 .Kaedah Berfikir 6 Topi Selain alat-alat berfikir yang dibincangkan tadi . Edward de Bono juga telah memperkenalkan atau mencipta satu kaedah yang membolehkan seseorang itu melakukan satu cara berfikir sahaja pada suatu waktu . Gaya pemikiran menggunakan topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencari nilai-nilai positif sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitu menarik. Topi kuning Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. 1. Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah dikumpulkan. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan. seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat. menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.

keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan diambil. 6. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam. Topi hitam Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang-undang. Topi biru Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir.3. Kebiasaannya. Edward de Bono 21 . Topi merah Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. 5. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan. Ia boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi. 4.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut. Topi hijau Topi hijau pula mewakili kreativiti. ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.

sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya. Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi. Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan. justeru menghasilkan idea yang lebih berstruktur dan sistematik. Contohnya enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidakdinilaikan. dibandingbezakan. dipertikaikan. merah. Bagaimana enam topi berfungsi Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono. Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada. Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk : 1. Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan. 1991/1985). kelemahan dan kecacatan. Edward de Bono 22 . setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu. serta tidak dibuktikan benar atau salah. iaitu putih. sama ada secara logik atau sebaliknya. keistimewaan dan manfaat. hijau dan biru. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir. kuning. Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata. Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain.Berfikir Secara Paralel Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari. hitam. teratur dan sistematik.

Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan. Alat-alat ini digunakan untuk melatih kemahiran berfikir.2. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa. Edward de Bono 23 . Apabila kita sudah mahir berfikir. 5. 6. 4. 3. Inilah tujuan utama kita belajar menggunakan alat-alat berfikir. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan. Berfikir dengan lebih kritikal. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru. kita tidak perlu bergantung sangat pada alat-alat ini lagi kerana kaedah berfikir sudah dibantinkan dan boleh dikesan secara mental dan automatic apabila diperlukan. Kesimpulannya alat-alat pemikiran berfungsi membantu kita berfikir.

8. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. 11. de Bono. 3. (2011). 7. Pemikiran Keseluruhan Otak. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE). 2. (2000). Pemikiran saintifik SPB4L. Kemahiran Berfikir. Pengantar pemikiran.Universiti Utara Malaysia. Pemikiran saintifik (SP4L). Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. de Bono. Dr Rosnanaini Sulaiman. Harmondsworth. Haji Abdul Fatah Hasan. Kamus dewan edisi keempat. Sintok: Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik.Maimun Aziz. 9. Lima Hari Berfikir. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. (1996). Mohd. (1997). E. (2001). Yusof Hasan. . Middlesex. Abdul Rahman Syd. Poh Swee Hiang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. (2006). CoRT Thinking.Bibliografi: 1. Yusof Hasan. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.Bhd.Teaching Thinking. Yusof Hasan. E. England: Peguin Books. Bhd. Mohd. P. Bhd.Bhd. Kuala Lumpur: Golden Book Centre Sdn. de Bono. E. Gove. de Bono. 5. Universiti Utara Malaysia. (1973). Ghazali Hamid & Syd. de Bono’s thinking course revised.Mohd. Zin. (1998). London: BBC Book. ( 1991). 6. E. (1998). (1986). 10. & Mok Soon Sang. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.B. Rahman. Pergamon Press. Bhd. Edward de Bono 24 . (1994). Mohamad Azmi Ab.

Edward de Bono 25 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->