You are on page 1of 24

BAB 3 : APRESIASI SENI VISUAL - PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL Ringkasan Bab : (a) Konsep Dan Kaedah

Sejarah Seni Visual i. Maksud Sejarah Seni Visual ii. Tujuan Sejarah Seni Visual iii. Kaedah Sejarah Seni Visual (b) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual i. Pengertian Kritikan seni Visual ii. Tujuan Kritikan Seni Visual iii. Kaedah Kritikan Seni Visual

HURAIAN BAB : (A) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni Visual Pengenalan: Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluankeperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

1

i. Maksud Sejarah Seni Visual
Ringkasan :  MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJAKERJA SENI  MELIBATKAN APA JUA BERKAITAN KERJA SENI: PENGKARYA, PEREKA, PELUKIS, BENTUK, STAIL, PROSES, TEKNIK, BAHAN, MAKNA, PEMILIK, PENAUNG, PERSEPSI, TANGGAPAN, PERANAN, DLL.  MENEROKAI FAKTOR-FAKTOR PENCETUS KARYA, AKIBAT, KESAN, PERANAN, FUNGSI, NILAI, MAKNA, DAN PERSEPSI MASYARAKAT  BERKAIT DENGAN BIDANG, ILMU DAN PROFESION LAIN: BUDAYA, SASTERA, SAINS, POLITIK, DLL.  PERJELAS PERANAN SENI DALAM KEHIDUPAN

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

ii. Tujuan Sejarah Seni Visual
RINGKASAN:  MEMAHAMI MASA LALU MENERUSI KERJA-KERJA SENI

2

iii. makna. sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Kaedah Sejarah Seni Visual RINGKASAN:  MENGHAYATI SENI DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN ASAS TENTANG 3 . fungsi. 1994. karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya.  KARYA SENI SEBAGAI DOKUMEN SEJARAH APRESIASI/PENGHAYATAN SEBAGAI DASAR/ASAS SEJARAH SENI Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Dalam konteks ini. Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi. contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon. 1996). Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk. sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Tansey dan Kleiner. dan fungsi sesuatu karya. mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu.

untuk siapa ia dibuat?. Hauser menulis: ”We do not go straight towards them. Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Atau. but circle around them. apakah yang cuba disampaikan?. 1959 in Fernie. which cannot be anticipated or prolonged. adakah ia satu-satunya objek sedemikian?. for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations. Each aspect comes into sight in its own time. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye. bila ia sampai di tempatnya kini?. bagaimana ia berada di tempatnya kini?. nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. mengapa?. di mana ia sekarang?.” (Hauser. Pengkajian Sejarah Seni Mengambilkira Aspek Berikut : 4 . ia dibuat daripada apa?. siapa yang mendapatkannya?. siapa pemilik asalnya?. berapakah harganya?. Misalnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. and yet its significance is not lost. dan siapakah yang menghayatinya?.        KARYA APAKAH OBJEK ITU? UNTUK SIAPA DIBUAT? BAGAIMANA KEADAANNYA SEKARANG? ADAKAH IA SATU-SATUNYA? APAKAH MAKSUDNYA? BAGAIMANA DIPERSEMBAHKAN? SIAPA MENGHAYATINYA? (ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI KARYA: MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KARYA SENI) Dalam bidang Sejarah Seni Visual. ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?. sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya. bahawa dalam usaha memahami karya seni. Berbicara tentang karya seni. 1994: 61). siapa yang menghayatinya? (Pointon. bagaimana keadaannya sekarang?. kita tidak terus menerangkannya. apakah maksudnya?. ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?. tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. bagaimanakah ia dipersembahkan?. 2001: 205).

ABSTRAK  PERIOD/ASPEK MASA: SEJARAH DAN KEBUDAYAAN  MAKNA: TERSURAT.Sesuai atau tidak gambar yang digunakan 5 -motif batik . Aspek Formal Pengolahan karya : Idealisasi . termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). -Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan -imej dibuat dengan menekankan aspek bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan. -unsur exaggeration juga dibuat pada imej.keserasian bahan dengan imej. misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan. TERSIRAT Secara umumnya.Exageration bermaksud imej utama dilebih-lebihkan terutama dari segi saiznya.Ia lebih kepada masalah rekaan contohnya penggunaan gambar dalam motif. wayang kulit Contoh -contoh dalam karya Leonardo da Vinci . Stailisasi -Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan -Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan -Representasi merujuk kepada perlambangan Pengolahan Idealisasi Ciri-ciri/maksud -Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan -gaya ini banyak diguna pada imej agama.Contohnya imej Tuhan dibesarkan saiznya hampir 3 Stailisasi kali ganda saiz orang biasa.Representasi . dimana orang yang penting diletakkan di bahagian atas. -ia dibuat begitu untuk menyampaikan rasa keunggulan dan ketinggian serta kemuliaan. Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya.Olahan dibuat menggunakan formula dan perkiraan. SEPARA REALISTIK . STAILISASI  GAYA PENAMPILAN : REALISTIK . pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal. -susunan secara hieratic iaitu satu system susunan bertingkat. REPRESENTASI . -ia biasa dibuat dalam susunan segitiga(hieratic) dan saiz figura berbeza mengikut kepentingan. .Biasanya dibuat dalam susunan segitiga. El – Greco.RINGKASAN: MENGAMBIL KIRA ASPEK:  PENGOLAHAN KARYA : IDEALISASI . a.

Aspek Formal Gaya Penampilan : Realistik . Abstrak Gaya Penampilan Ciri-ciri/maksud 6 Contoh . draftsman. and engineer Tajuk:The Virgin of the Rocks Tahun:1503-06 Media: Oil on wood Saiz: 189. -Representasi merujuk kepada perlambangan -perlambangan untuk tujuan abstrak/mujarad bagi menerangkan perkara bukan objek contoh tentang asal usul atau ketuhanan.pada motif tersebut. -juga disebut penggayaan imej dimana imej diringkaskan atau Representasi dimudahkan. Separa Abstrak . arabesque(corak hiasan pada dinding masjid yang bersifat geometric) Contoh pengolahan idealisasi : Contoh pengolahan idealisasi bentuk hieraki segitiga Pengkarya :Leonardo DA VINCI (14521519) Italian painter. -menekankan aspek elemental(unsur-unsur) dan primeval(asas). -ukiran tradisi Melayu .cth motif pada kain batik.Contoh imej kartun.Tumbuhan tersebut diringkaskan atau diabstrakkan.5 x 120 cm (6 x 4 ft) Contoh pengolahan idealisasi bentuk hieraki segitiga Contoh pengolahan idealisasi bentuk saiz b. -corak pada ukiran misalnya boleh menyatakan tentang unsure asas pada alam kalau ukiran itu bermotifkan tumbuhan. sculptor. architect.

Pandangan sendiri ini pula perlu berasaskan peraturan menilai karya seni kerana terdapat aspek-aspek tertentu yang perlu diberi perhatian semasa membuat penilaian. -superealisme adalah pendekatan pengkaryaan yang hampir menyamai gambar foto atau seperti foto. Dengan itu 7 . hal benda . tema . -Kebudayaan merujuk kepada ketamadunan. Period : Sejarah . sebab ia dapat menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi (penghargaan) seni visual yang lebih berkesan. -karya Leonardo da Vinci .Kebolehan mengemukakan pandangan sendiri dalam proses kritikan inilah yang perlu ada pada setiap pelajar seni atau masyarakat sekitar . d. Makna : Tersurat .Realistik -gaya yang menekankan aspek ketepatan dan realistik. justeru itu pemahamannya adalah berlainan antara individu . Separa Abstrak Abstrak c. Kebudayaan -Sejarah merujuk kepada kronologi. Tersirat -Ikonologi .Imej dilukis seperti objek asal atau menyamai objek asal. realisme . -juga disebut aliran naturalisme . superealisme. dan simbol merujuk kepada makna yang tersurat dan tersirat Kesimpulan: • SEJARAH SENI VISUAL: MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJA-KERJA SENI (B) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual Pengenalan Karya seni Visual merupakan sesuatu yang amat subjektif untuk dinilai . Dengan itu individu akan mengemukakan pandangan sendiri (own opinions) tentang sesebuah karya. Constable. ikonografi .

analisis . Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur. Umpamanya dengan inilah yang dimaksudkan sebagai sistem tersebut. Melalui proses ‘pembacaan’ ini juga akan keluarlah pendapat . merangkumi aspek diskripsi. interpretasi dan pertimbangan. analisis. Proses kritikan ini pula mungkin dibuat secara bertulis atau secara lisan dan biasanya ia berlaku secara lisan iaitu secara perbincangan dan sebagainya. i.Strategi . merangkumi aspek diskripsi. Selain Feldman (1994) terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh penulis barat lain tentang maksud kritikan seni visual antaranya : i. (Art Talk) ‘An organized system for studying a work of art’ Dalam konteks ini kritikan seni visual itu dimaksudkan sebagai satu sistem tersusun yang diguna pakai dalam proses mengkaji karya seni visual. interpretasi serta proses pertimbangan. 8 menggunakan strategi tertentu seperti melalui diskripsi . Isinya atau maknanya pula boleh ‘dibaca’ atau dinilai walaupun persembahannya dalam bentuk imej atau visual.Definisi ini lebih menekankan penggunaan satu sistem atau skima yang teratur yang telah ditetapkan oleh pengkaji tersebut atau pengkaji terdahulu atau satu sistem yang telah diiktiraf oleh ramai pengkaji.Ia dihasilkan bukan kerana tujuan yang kosong tetapi berisi. serta ulasan tentang sesuatu karya itu baik secara bertulis atau lisan dan proses atau aktiviti inilah yang disebut sebagai KRITIKAN SENI.kewujudan produk seni visual di sekeliling akan dilihat dengan lebih bermakna dan bukannya sesuatu yang berfungsi sebagai hiasan sahaja.Penulisan pula lebih bertujuan untuk kajian atau lebih ilmiah atau untuk penerbitan. Sesebuah karya seni Visual merupakan suatu produk yang bermakna dan berfungsi. Pengertian Kritikan seni Visual Seorang pensejarah seni iaitu Feldman (1994) menyatakan bahawa kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan(Defined as talk-spoken or written-about art’ ). interpretasi dan pertimbangan. Keseluruhan proses atau aktiviti kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur. analisis. pandangan . ‘Pembacaan’ imej adalah satu proses memahami sesebuah karya itu maka ia disebut PEMAHAMAN SENI. Pemahaman dan kritikan ini adalah berasaskan satu sistem yang teratur dan ia dikaji dari pelbagai sudut yang relevan.

analisis. memahami maksud . seperti bentuk. dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi. Ini termasuklah membuat analisis bentuk karya tersebut .‘Those who cultivate this ability to look at art . Berikut merupakan tujuan kritikan Seni Visual : 1. perbincangan serta ceramah mungkin boleh melibatkan tentang pameran seni . berfikir serta berbincang tentang karya seni adalah kritikan seni. membuat penilaian . makna dan konteksnya. Tujuan Kritikan Seni Visual Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual. diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak. komposisi.PENGKARYA: MEMPERTINGKATKAN MUTU KARYA 9 Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara . pemilik galeri serta promoter seni. stail seni . pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda.Skop penulisan . persepsi dan daya apresiasi khalayak. umumnya. Kesimpulan : Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan. Justeru itu. kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya. sejarah seni atau tentang seseorang pelukis. iii.Setiap sesuatu aktiviti yang dilakukan yang berkaitan pemerhatian terhadap karya seni atau menyentuh karya seni dikatakan adalah proses kritikan seni. interpretasi dan pertimbangan. analyse the forms . menulis . make critical judgements and talk or write about what they see . Dalam kritikan seni. ii. offer multiple interpretations of meaning . Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah.ii. cita rasa dan strategi pengumpul seni. (Michael) ‘Write and talk about art’ Pendapat ini pula menyatakan bahawa kritikan seni itu adalah satu aktiviti atau proses yang melibatkan penulisan dan perbincangan serta ceramah tentang karya seni atau tentang seni itu secara umum. think and feel about art are doing art criticism’(DBAE) Pendapat ini adalah merangkumi definisi yang telah dihuraikan terdahulu.

Menerusi kritikan seni. persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Bagi penghayat pula.Dalam kritikan. poster dan seumpamanya. interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. 2. pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. komik. konsep. Menurut Feldman (1994).MENENTUKAN ARAH PERKEMBANGAN SESEBUAH KEBUDAYAAN:DKK. idea. atau gaya persembahan secara umumnya. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat. teknik. tema. kartun. Dengan kata lain. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu. arca. Menerusi maklum balas itu. pengkritik mempunyai dua peranan besar. analisis. 3. kritikan boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. gaya dan makna.Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi. hal benda. maklum balas. lukisan. pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan. reka bentuk laman web. teknik. serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya. kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya. di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni. berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh pengkritik. sama ada dalam bentuk catan. Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. PENCARIAN IDENTITI NASIONAL SERTA MENYELESAIKAN ISU KEBUDAYAAN 10 . misalnya dari sudut tema. bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi. pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan. pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan.MASYARAKAT/KHALAYAK/PENGHAYAT: PERTINGKAT TAHAP APRESIASI DAN BERI KEFAHAMAN Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea. iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya. periklanan. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman. Bagi pengkarya.

tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk membimbing. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya.PROMOSI SENI. kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Bagi muzium. dan menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya. 4. Di samping itu. kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi. kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan. 6. menganalisis.Oleh kerana kritikan seni mengulas. kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut. Meskipun dalam etika kritikan. di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas. kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. masyarakat mahupun tamadun. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai komersilnya. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli atau khalayak. tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk. baik dan berpotensi. justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Dalam konteks ini. menginterpretasi. pengkritik berupaya memperjelaskan Menerusi ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. galeri seni awam dan swasta. kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya. pertimbangan serta penilaian yang dilakukan.PERTINGKAT NILAI KARYA BAGI PENGUMPUL KARYA SENI Bagi pengumpul karya seni. justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Justeru itu. memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang dikupas. 5. Dalam konteks ini.DOKUMEN SEJARAH SENI 11 . serta yayasan kesenian yang mengumpul seni. GALERI. BAKAT BARU Bagi pemilik galeri dan promoter seni.

Hal ini menunjukkan bahawa.Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang berkaitan dengan seni atau oleh orang /penulis biasa.Dua pendekatan ini adalah lebih kepada bentuk kritikan secara penulisan.Pendekatan ini merupakan penulisan yang tidak menyeluruh dan kurang terperinci. Pendekatan Kritikan Seni Terdapat dua pendekatan asas yang digunakan untuk membuat kritikan terhadap karya seni visual iaitu pendekatan Jurnalistik dan Ilmiah. kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga. Kaedah Kritikan Seni Visual 1. kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. 12 . penerangan dan penulisan secara diskriptif (penerangan ringkas dan tidak terperinci) seperti penulisan berkaitan sesebuah pameran seni di galeri atau isu seni visual yang disiarkan dalam surat khabar atau majalah .Bagi sejarawan dan pengkaji seni. radio dan televisyen untuk bacaan dan makluman umum. iii. selain daripada menjadi wadah pendidikan. a) Pendekatan Jurnalistik (lihat contoh lampiran) Pendekatan ini adalah penulisan dalam bentuk laporan .

Ia meliputi peringkat mudah sehinggalah ke peringkat kompleks iaitu meliputi aspek diskripsi .Tanpa kefahaman atau penguasaan bahasa seni visual ini seseorang pengkritik itu tidak akan berjaya membuat kritikan yang berkesan dan menyeluruh. laporan dalam seminar dan conference berkaitan dengan isu-isu seni visual juga berkaitan dengan sesebuah karya tetapi lebih menyeluruh konteks penganalisaannya. -Biasa disiarkan dalam surat khabar atau majalah .Diskripsi Diskripsi adalah peringkat strategi kritikan yang paling mudah. Terdapat fakta rujukan yang hujahan.Dalam hal ini kefahaman pengkritik tentang aspek asas bahasa seni(rujuk tajuk Bahasa Seni Visual) visual karya iaitu hal benda . misalnya profesor. wajib.b) Pendekatan Ilmiah(lihat contoh lampiran) Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth dibuat secara interpretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah . berkaitan dengan seni atau oleh orang dan penulis. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. dan penulis. /penulis/wartawan biasa yang tiada kaitan dengan seni visual. PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN KRITIKAN SENI SECARA ILMIAH DENGAN JURNALISTIK ILMIAH JURNALISTIK Kaedah/Cara Kaedah/Cara -Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth dibuat -Laporan .buku . subjek/hal benda/objek yang kelihatan/tersurat pada karya 13 . kurator muzium. Berikut merupakan strategi-strategi utama kritikan seni visual mengikut tahap. 2. i.Biasanya seseorang yang buta seni visual hanya akan dapat membuat kritikan sampai peringkat diskripsi sahaja iaitu melihat secara tersurat/luaran sahaja. misalnya profesor.buku . Fakta Rujukan(Nota kaki dll) Fakta Rujukan(Nota kaki dll) Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta Pendekatan jurnalistik tidak begitu memerlukan sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang fakta yang menyokong serta memperkukuhkan menyokong serta memperkukuhkan sesuatu sesuatu hujahan. penyelidik. analisis . penerangan dan penulisan secara secara interpretif diskriptif (penerangan ringkas dan tidak terperinci) Medium Penerbitan/Penyiaran Medium Penerbitan/Penyiaran -Biasa disiarkan dalam jurnal dan majalah . interpretasi dan pertimbangan.Justeru itu untuk menjadi seseorang pengkritik mereka perlu menguasai bahasa seni visual. komposisi(aspek formal/asas seni reka) serta kandungan(makna /fungsi/konteks) amatlah perlu. kurator muzium.ia meliputi satu proses yang melibatkan pemerhatian tentang imej . Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni. laporan dalam seminar dan conference radio dan televisyen Penulis Penulis -Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana -Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang seni. Strategi Kritikan Seni Pengenalan : Strategi kritikan seni adalah satu proses yang sistematik dan teratur dalam membuat kritikan seni visual.Fakta rujukan merupakan sesuatu yang digunakan tetapi tidak wajib. penyelidik.

Juga disebut mengkaji aspek Imitationalisme(Literal Quality). Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya. seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan tanpa perincian. pascamoden mahupun kontemporari. media dan teknik. warna. realistik. iii. moden.saiz/dimensi dan tarikh: jelasnya.Analisis Mengkaji dari segi organisasi atau penyusunan hasil seni umpamanya bagaimana prinsip seni dan elemen rekaan (asas seni reka) digunakan untuk menimbulkan kesan kesatuan(unity) pada karya. cahaya.Ia juga disebut sebagai Emotionalisme (expressive qualities). pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual. ataupun satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. alam persekitaran dan objek buatan manusia. contohnya dari sudut pengolahan komposisi. permukaan.Juga disebut sebagai mengkaji aspek formalistik (formal qualities). Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan kendiri oleh pengkritik. naturalistik. seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni. alam semula jadi. menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak. Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain.Dalam erti kata lain pengkritik mengkaji maksud tersirat yang terdapat dalam karya melalui analisis terhadap kualiti ekspresif pada karya. 14 Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya kerana dia . bentuk. tajuk. Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka. dan separuh abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya.Dalam strategi diskripsi. dan jalinan. medium.sahaja secara ringkas tanpa perincian. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata. perasaan dan idea. baik yang bersifat tradisi.Interpretasi Bahagian ini lebih terperinci di mana ia mengkaji kualiti ekspresif yang melibatkan mood . ii. pengkritik seharusnya berupaya menganalisis serta mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura. Menerusi strategi ini. Pada tahap analisis karya.Tafsiran kualiti ekspresif ini mungkin berbeza antara seorang pengkritik dengan pengkritik yang lain. berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam. garis.

berkualiti atau tidak. Menurut Feldman terdapat tiga bentuk pertimbangan dan penilaian iaitu yang berbentuk ”formalisme. ekspresivisme. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka.Pertimbangan(Judgement) Pada bahagian ini seseorang pengkritik sudah boleh menilai sesebuah karya itu samada ia karya yang berkesan atau sebaliknya . ANALISIS 15 . masyarakat dan negara. analisis dan interpretasi memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya. 1994). seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. kambing . sama ada secara lisan ataupun tulisan. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk ”formalisme. mahupun instrumentalisme” (Feldman. contohnya dalam konteks sesuatu institusi. Dalam hal ini. mahupun instrumentalisme” (Feldman. ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. 1994). ekspresivisme. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas.Rangkuman ketiga-tiga proses di atas iaitu diskripsi .Pengkritik boleh membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan degree of artistic merit dalam hasil karya seni visual. bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak. serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi.Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi. makna. sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat. Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni. pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. CONTOH PENGGUNAAN STRATEGI KRITIKAN SENI VISUAL DISKRIPSI Pengkarya: Abdullah Ariff Tajuk : Coconut Plantation-Dawn(1948) Media: Cat Air Saiz : 15”x22” Hal benda : Ladang kelapa (alam) . buah kelapa . Kesimpulan : Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. pondok . untuk menjadi seorang pengkritik yang baik. peladang . Justeru itu. dan fungsi. iv. seseorang pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema.

Menghargai tanah air tercinta -Kegigihan dan ketekunan mengerjakan sumber alam.Moden INTERPRETASI -Menggambarkan kehidupan kampung masyarakat setempat. objek buatan manusia dan lain-lain) dalam karya seni visual . Sumber Idea : Pemerhatian .wujud cerita di sebalik karya.Merujuk kepada penggunaan imej tertentu seperti figura . Gaya penampilan:-Imitasi (realisma) .sensitiviti. -Pengolahan ruang menggunakan tona warna yg mewujudkan kesan-kesan kekabusan dikenali sebagai atmosphera perspektif. kerusi .Satu karya dokumentasi yang agak berjaya. -Kehidupan sederhana masyarakat kampung sebagai petani kecilan.imej jelas dipersembahkan dalam bentuk nyata. abstrak atau non-objektive) . objek alam . lanskap .Warna-warana gelap memenuhi bhgn latar hadapan sementara cahaya cerah menguasai latar belakang. 1. pengalaman .Kehidupan yang harmoni.Hal Benda /subjek matter Hal benda adalah berkaitan dengan penampilan dan penggunaan imej yang digunakan oleh pelukis dalam sesebuah karya seni tampak. penampilan imej dari segi stail/aliran . komposisi dan kandungan/mesej/isi. Aspek ini meliputi benda/subjek matter (figura . -Imej diolah dgn sapuan yg berhati-hati.Ia menimbulkan kesan ruang yang amat jelas.Aliran:.Stail impresionis. Fungsi/peranan karya : Nasionalisme(sosiologi).Dokumentasi budaya msykt sezaman. Imej :-Naratif .(psikologi) PERTIMBANGAN -karya yang dihasilkan agak bermutu tinggi. Aspek Asas Dalam Strategi Kritikan Seni Visual dan Cara Kritikan dibuat(contoh ayat) Terdapat beberapa aspek asas yang perlu disentuh dalam strategi kritikan seni visual iaitu hal benda/subjek matter/imej . persekitaran . haiwan dan sebagainya. bentuk imej (realistic . Contoh ayat : 16 .Pokok kelapa berfungsi sebagai garisan menegak menampakkan ruang yg jelas.-Perbezaan cahaya yg ketara mewujudkan kesan ruang.Pengaruh aliran realime dan impresionis. -Menghargai unsur alam ciptaan tuhan.

“ unsur lanskap merupakan imej yang diguna oleh pelukis dalam karya ini”.Bentuk imej (realistic . “pelukis merujuk kepada aliran realisme dalam penghasilan karya ini. “objek-objek yang terdapat dalam karya ini ialah perahu nelayan . manusia . Biasanya terdapat banyak objek dalam sesebuah karya seni visual. abstrak atau non-objektive) Aspek ini menjurus kepada bentuk imej yang digunakan oleh pelukis samada imej realistic . 2.Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “pelukis menjadikan imej figura manusia sebagai subjek utama dalam karya”.Penampilan imej dari segi stail/aliran Aspek ini merujuk kepada aliran yang digunakan oleh pelukis umpamanya aliran kiubisme .pokok kelapa”. impressionime . realisme .Komposisi dalam kritikan seni adalah merujuk kepada aspek asas seni reka yang diguna oleh pelukis dalam penghasilan karya. unsure lanskap begitu jelas sekali”. ini bersesuaian dengan aliran yang digunakan oleh pelukis iaitu aliran kiubisme”. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “imej-imej yang digunakan oleh pelukis pada karya bersifat geometric atau dalam bentuk kiub .Komposisi(Bahasa Seni Visual) Dalam membuat kritikan seni visual aspek komposisi adalah sangat penting dan perlu dianalisis secara terperinci kerana setiap karya yang berkualiti adalah dibuat berdasarkan aspek ini. 3. “karya diolah secara realistic oleh pengkarya . abstrak atau non-objektive. pukat . Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “imej diolah oleh pengkarya secara abstrak”.Komposisi juga merangkumi aspek media dan teknik yang digunakan oleh pelukis dalam berkarya. pop-art dan lain-lain. 17 .Berikut adalah huraian tentang aspek berkenaan dan bagaimana aspek ini dianalisis dalam sesebuah karya seni visual. 4.jadi semua imej adalah ditampilkan secara nyata dan jelas”.

bentuk . kepelbagaian . Elemen rekaan termasuklah garisan . imbangan . 18 bercelaru” atau “warna sejuk memberikan suasana tenang pada karya”. Terdapat sesetengah aspek asas seni reka yang digunakan dalam karya berkenaan yang membawa maksud tertentu( bersifat ekspresif) . Seorang sejarawan seni iaitu Giorgio Vasari ada menyatakan bahawa karya akan rosak tanpa hukum dan peraturan. Proses Analisa Aspek Asas Seni Reka Dalam Sesebuah Karya Seni Visual  Kenalpasti asas seni reka yang diguna dalam karya tersebut. “pelukis begitu taksub menggunakan warna yang berjalinan dalam karya”. Elemen dan prinsip ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya seni visual yang bersatu bentuknya. Pengolahan imej dalam karya seni visual adalah terikat dengan hukum aturan aturan. Namun demikian tidak semua aspek asas seni reka berkenaan terdapat dalam karya. penegasan . Kenal pasti unsur-unsur dan prinsip rekaan yang agak dominan digunakan dalam karya berkenaan . jalinan . pergerakan/irama/rentak/pengulangan . ruang dan warna. ekonomi . “ formal order is the expression of a preference for stabillity in art” Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu ELEMEN/UNSUR dan PRINSIP rekaan. kontra . dominan . “pelukis banyak menggunakan pengulangan atau unsur pergerakan dalam karya” . Jadi aspek asas seni reka juga boleh membawa maksud . dan kesatuan.Asas Seni Reka Asas seni reka lebih merujuk kepada hukum atau aturan yang harus digunakan dalam penghasilan karya seni visual. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “jalinan warna yang agak kuat menunjukkan tentang emosi yang memberontak” .  Kaji olahan dan adunan asas seni reka dalam karya tersebut. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “pelukis banyak menggunakan unsur garisan halus pada karya”. rupa .  Kaji dan Kenal pasti maksud asas seni reka (sifat ekspresif) tersebut. Seorang penulis buku seni iaitu Edmund Burke dalam bukunya Varieties of Visual Experience ada menyatakan . atau “penggunaan garisan yang agak kasar menimbulkan kesan perasaan yang tertentu terutama warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni .

“Media arang yang diolah secara bercelaru yang diguna oleh pelukis membantu menimbulkan kesan kemarahan pada karya”.Biasanya unsur-unsur dan prinsip rekaan ini saling membantu dan melengkapi antara satu sama 5. makna . “kesan goresan yang kuat pada warna tebal memberi kesan emosi yang kuat”. jalinan yang kuat di bahagian hadapan menimbulkan kesan ruang yang ketara pada karya”. “Teknik terang gelap pada imej memberi kesan dramatik pada karya”. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “teknik warna tebal atau impasto yang diguna oleh pelukis menimbulkan suasana tegang”. “Besi yang tajam menimbulkan kesan kekuatan pada arca ini”. “warna-warna kabur dan sejuk di bahagian belakang diselang selikan dengan garisan halus menimbulkan kesan ruang yang jelas”. makna . mesej . Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “pelukis mengolah aspek jalinan dengan baik dalam karya . mesej . “Media akrilik yang digunakan oleh pengkarya memberikan kesan ceria pada karya”. “untuk terhadap aspek garisan” menimbulkan pergerakan pelukis menggunakan pengulangan yang ketara lain . “peperangan”. .Terdapat sesetengah pelukis mengolah asas seni reka secara spontan atau tanpa disedari dan ada yang merancang secara sedar. Media dan Teknik Merujuk kepada bahan dan kaedah yang digunakan oleh pengkarya untuk menghasilkan kesan ekspresif.Ini bergantung kepada kebolehan pemerhati untuk membuat analisa.Ia meliputi aspek tema . idea yang digunakan oleh pelukis serta fungsi karya. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : “tema yang digunakan oleh pelukis adalah berkaitan dengan alam sekitar”. Mesej dan makna pula lebih menjurus kepada pengajaran atau isu yang hendak 19 . “flora” dan lain-lain. Kandungan(Tema . idea dan fungsi) Bahagian kandungan biasanya boleh difahami melalui tajuk karya serta imej yang digunakan pada karya.

Pelukis : Mohammed Hoessein Enas 20 . Contoh Kritikan Karya 1.“karya meggambarkan tentang keadaan ekonomi masyarakat setempat ketika itu yang bergantung kepada pertanian”.dibawa oleh pelukis umpamanya “gambaran mangsa perang menimbulkan rasa insaf kepada audien” .

2 . rajin dan menghormati warisan budayanya. 3. Pelukis : Peter Harris Tajuk : Rumah Rakit Kuala Lipis Tahun : 1960 Media : Cat Gouche Ulasan / Kritikan Karya : -Pelukis menggunakan gaya impresionis dalam catannya.Kesan gaya warna yang harmoni kuning kehijauan mengukuhkan gaya tersebut dan kesan suasana serta cahaya. Keluarga Haji Keluarga Baba Pelukis : Redza Piyadasa 21 Malaysian Story No. -tema catan menggambarkan aspek kehidupan masyarakat Melayu dalam bidang pertanian atau ekonomi di Kelantan. -karya ini menonjolkan imej kemelayuan yang bersifat kebangsaan. -sapuan berus yang terkawal dengan sifat gouche yang lebih tebal. -pengolahan komposisinya agak dinamik dan bernyawa.Tajuk Karya : Mengutip Daun Tembakau Tahun : 1963 Media : Cat Minyak Ulasan/Kritikan Karya : -Warna yang cerah dan kontra digunakan untuk menimbulkan suasana yang riang dan sibuk di ladang -gaya catan realistic menonjolkan imej gadis Melayu yang cantik . -tema pemandangan landskap tempatan rumah rakit di Kuala Lipis -pelukis berjaya menonjolkan suasana hidup masyarakat di kawasan persisiran Sungai Pahang.Karya yang berwarna monokromatik kehijauan ini melukiskan keindahan dan ketenangan alam semulajadi tempatan yang belum tercemar oleh arus pemodenan. gembira . 2. lemah lembut .terutamanya pada aliran sungai yang bersifat diagonal.

-karya menggabungjalinkan cetakan sutera saring untuk imej figurative dengan sapuan warna akrilik pada bahagian tertentu untuk menimbulkan penegasan dalam gubahannya. Pengkarya: Patrick Ng Kah Onn Tajuk : Spirit of Earth . tradisi dan warisan . Sumbangan Patrick adalah mengenai dunia benda semulajadinya yang tersendiri dipenuhi dengan daun-daun rimbun yang banyak iaitu di bahagian tepi karya. Keluarga Baba . Malaysian Story No. -kebanyakkan karyanya dibentuk dengan imej frontal(dialog) iaitu gambar foto dengan imej mengadap ke depan. sejarah politik dan social. -pelukis berjaya menonjolkan pakaian Melayu tradisi.Karya mengenai benda semulajadi yang anih dan ganjil . Tajuk : Dua Orang Wanita Melayu Tahun 1984 Media : Cetakan Sutera Saring Ulasan : -bertemakan masyarakat Melayu tradisi -pelukis menggunakan media cetak untuk mendapatkan imej dua orang wanita Melayu yang memakai pakaian tradisional. 4. penuh dengan lambang .Tajuk : Keluarga Haji . tentang penghijrahan dan asimilasi budaya . Water and Air Tahun : 1958 Media: Cat Minyak atas Hardboard (48” x 40”/137 x 122 cm) Sumber Idea : Homages dan imaginasi (unsur keagamaan/spiritual – hinduisme dan animisme) Huraian Karya : Catan penting 50-an.Terdapat 22 . -warna yang digunakan memberi kesan tradisi kepada karya. 1986 . ia mendapat perhatian hingga ke hari ini . 2 Tahun : 1990 . 1999 Media : campuran ( cetakan sutera saring dengan warna akrilik serta foto) Ulasan/Kritikan Karya : -karya menampakkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya .

Patrick Ng membuat percubaan untuk menggabungkan simbolisme mitologi dan metafizik .Unsur garisan juga banyak digunakan oleh pelukis.Teratai merupakan bunga yang dianggap mulia di kalangan orang India atau orang Hindu.Manakala kawasan posisi atas mewakili angin. memberinya ramuan gambaran dalam bidang penglibatan pilihannya. dan jinjang. motif flora dan fauna .Warna perang terhad. Imajan figura manusia yang digayakan dan dipermudahkan .Dengan sengaja menggelakkan rasa antarabangsa dan menumpukan kepada penyelesaian sendiri.Alam semula jadi menghiasi bumi dengan tumbuhan – tumbuhan dan didiami oleh dewa-dewi alam.Pada posisi ini juga elemen pondok dimasukkan oleh pelukis mungkin untuk menggambarkan kehidupan. satu usaha sedar mewujudkan identiti Malaysia.Unsur pergerakan diwujudkan dengan cara membuat ulangan pada elemen tertentu seperti pada imej manusia dan daun pokok palma di belakang.Anehnya angin bertiup dari bawah ! Mungkin pelukis cuba menggambarkan konsep semangat atau roh.Unsur alam digabung jalin dengan baik sekali oleh Patrick.tengah dan belakang nampak jelas dalam posisi menaik. mencadangkan seruan kerohanian. karya ini masih lagi disanjung sebagai sebuah karya utama yang memperolehi sifat-sifat sanjungan kepada Tuhan.kekuatan semangat bumi .Ia digambarkan dengan kesan tiupan angina pada pokok dimana daun-daunnya menghala ke atas seolah-olah ada angin sedang bertiup dari bawah.Dilihat dari skop dan cara persembahanya .juga imej bunga teratai iaitu di bahagian posisi bawah karya. Ciptaan pelukis ini menggambarkan kemesraan Taman Firdausi dalam konteks pemandangan Malaysia.ruang depan . air dan angin! Unsur pergerakan mendominasi keseluruhan karya ini.Langkah ini menegaskan lagi perkaitan karya ini dengan konteks Asia Tenggaranya..Penglibatan beliau dengan mitos tempatan .hijau dan kuning serta merah . Beliau juga meminjam corak susunan bentuk dari tarian ‘kecak’ Bali untuk menghiaskan karyanya dengan bentuk-bentuk manusia lelaki dan perempuan.Air digambarkan di bahagian posisi bawah depan karya dimana bunga teratai hidup. air dan angin . CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL Pendekatan Jurnalistik (Laporan tentang sesuatu pameran di galeri) 23 .Ruang diolah dengan baik oleh pengkarya .Seolah-olah ada tarian sedang dipersembahkan.Manakala posisi tengah mewakili tanah atau bumi dimana segala tumbuhan dan hidupan hidup.Catan ini menampakkan bentuk garis lengkung warna yang terkawal dan implikasi zat alam . Berdasarkan pengaruh lukisan tradisional Bali . Patrick Ng cuba mengabadikan semangat bumi .

CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL Pendekatan Ilmiah (Penulisan terperinci tentang sesuatu isu seni secara interpretif ) 24 .