You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON 71760 SEREMBAN

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN BAHARU SK LB JOHNSON DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2011
0LEH YB DR HAJI MOHD PUAD BIN ZARKASHI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA PADA 31 MAC 2011 JAM 2.00 PETANG

TEKS PENGACARA MAJLIS
PENGACARA: EN SULAIMAN BIN ADNAN PN HJH NATAPAH BINTI HJ HARON

ATURCARA MAJLIS
1. Ketibaan YB Dr.Haji Mohd Puad bin Zarkashi

2. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis 3. Negaraku 4. Bacaan Doa 5. Ucapan Pengarah Pelajaran Negeri 6. Ucapan Dato’ Hasim bin Rusdi 7. Ucapan Perasmian YB Dr.Haji Mohd. Puad Zarkashi 8. Aturcara Menandatangani Plak Perasmian 9. Penyampaian Sumbangan/Cenderamata 10. Lawatan ke Bilik PPKI 11. Sidang Media 12. Jamuan 13. Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2011

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN SK LB JOHNSON DAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 TAHUN 2011 TEKS PENGACARA MAJLIS Housekeeping: (1.30 – 2.00 ptg) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Beberapa pengumuman penting untuk makluman para hadirin yang dimuliakan.
-

Overview perjalanan majlis … Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG

-

Minta kerjasama semua hadirin agar dapat berdiri sebaik pengumuman kehadiran tetamu kehormat Timbalan Menteri Pelajaran dan ketika nyanyian Lagu Negaraku. Para ibu-bapa dipersilakan mengambil tempat semula di dalam dewan selepas tamat majlis perasmian oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu selepas jamuan bagi menjalankan Mesyuarat Agung PIBG SK LB Johnson Kali ke-39. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran akan mengadakan sidang media bertempat di bilik media selepas lawatan beliau ke bilik PPKI. Mohon kerjasama, seeloknya-eloknya sepanjang majlis sila ‘silentmood’kan telefon bimbit tuan-tuan dan puan-puan supaya majlis berjalan lancar. Tuan-tuan, dan puan-puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan di khemah jamuan bersama-sama Timbalan Menteri Pelajaran dan Dif-dif kehormat selepas tamat sidang media. Sekian, terima kasih.

-

-

-

-

1. Pengumuman Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dengan diiringi oleh dif-dif kehormat dan tetamu khas ke dewan Sekolah Kebangsaan LB Johnson.
2. Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera, Salam Ceria dan salam penuh kemesraan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam. Yang Berbahagia, Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Yang Berusaha, En. Hasnul bin Mohamed Pegawai Daerah dan Tanah Seremban Tuan Haji Musa bin Abdullah Pegawai Pelajaran Daerah Seremban Tuan Haji Isahak bin Manap Guru Besar SK LB Johnson En Kamal bin Kamit Yang DiPertua PIBG SK LB Johnson

Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah Para Pengetua dan Guru Besar Dato’-dato, datin-datin, pemimpin-pemimpin masyarakat, tuantuan dan puan-puan, para ibu bapa dan para pelajar sekalian. Alhamdulillah kami panjatkan, Setulus hati, seikhlas nurani, semurni jiwa, Dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana, Ke atas segala ciptaanNya di langit dan di bumi. Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian majlis PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN BAHARU DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON KALI KE-39, TAHUN 2011 Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Pihak majlis mengambil ruang seawalnya untuk merakamkan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran tetamu kehormat Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia juga dif-dif kehormat dan tetamu khas ke majlis perasmian bangunan tambahan dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39, Tahun 2011 pada petang yang berbahagia ini. Terima kasih dan Selamat Datang kami ucapkan. 3. Bacaan Doa Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Demi memberkati acara dan majlis kita, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.. Yang Berbahagia Ustaz Zailani bin Mohd Nor

Tampil ke pentas untuk memimpin bacaan doa pada petang ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Aamin, Ya Robbal ’Aalamiinn.. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Ustaz Zailani bin Mohd Nor atas pimpinan doa sebentar tadi. 4. Ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Majils diteruskan dengan menjemput Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hotmatnya mempersilakan… Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kepada Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri atas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi.
5. Ucapan YB Dato’ Hasim bin Rusdi ADUN Labu

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan.. Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi ADUN Kawasan Labu merangkap Pengerusi Jawatankuasa bertindak Pembangunan Luar Bandar,Hal Ehwal Pengguna dan kemudahan Awam Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan… Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi atas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi.
6. Ucapan Perasmian YB Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan…

Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur salam diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Kini tibalah saat yang dinanti-nanti Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Baharu dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan LB Johnson 2011 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis dengan sukacitanya menjemput dif-dif kehormat bersama-sama mengiringi Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia untuk menandatangani plak perasmian. Dipersilakan. Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Seterusnya, pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran serta dif-dif kehormat mengambil tempat di hadapan pentas
7. Persembahan Murid (Selingan)

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati Sebagai menyerikan lagi majlis, kami mempersilakan kumpulan murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan LB Johnson yang akan mempersembahkan dua buah tarian iaitu, “Tarian Piring” dan “Awallah Dondang”. Dipersilakan. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas persembahan tadi.
8. Penyampaian Sumbangan dan Cenderamata

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’,datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dimuliakan... Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dengan diiringi Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan dan Tuan Hj. Isahak bin Manap Guru Besar SK LB Johnson bagi menyampaiakan sumbangan kepada murid-murid miskin dan seterusnya Cenderamata Ahli Jawatankuasa PIBG SK LB Johnson Sesi 2010. Dengan hormatnya dipersilakan - Rujuk Senarai nama: - Murid miskin - AJK PIBG Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Isahak b. Manap, Guru Besar, SK LB Johnson untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.
9. Lawatan ke bilik PPKI

Yang Berhormat Dr, Dato’-dato’, Datin-datin, dif-dif kehormat, tuan-tuan, puan-puan yang dimuliakan… Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi Timbalan menteri Pelajaran dengan diiringi oleh Yang Berhormat Dato’ Hasim Rusdi, Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran , PPD, Tuan Guru besar, dif-dif kehormat untuk melawat bilik PPKI. 10. Penutup

Dengan ini, berakhirlah Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Baharu dan Mesyuarat Agung PIBG SK LB Johnson kali ke-39, Tahun 2011.

Kami bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu, Yang Berbahagia Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Dif-dif Kehormat, Tetamu-tetamu khas Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian, tuan-tuan, puan-puan yang terlibat secara langsung bagi menjayakan majlis ini. Sekian, wassalam wbt.

MESYUARAT AGUNG PIBG SK LB JOHNSON KALI KE-39, TAHUN 2011 TEKS PENGACARA MAJLIS 1. Alu-aluan Pengacara Yang Berusaha Tuan Hj Isahak b. Manap, Guru Besar SK LB Johnson, Yang Berusaha En. Kamal b. Kamit, Yang Dipertua PIBG, SK LB Johnson, AJK PIBG, Guru-guru, Tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dimuliakan… Alhamdulillah, dengan Kudrat dan IradatNya pada petang ini kita dapat berhimpun bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG SK LB Johnson Kali Ke-39, tahun 2011. Insya Allah , kita berharap dalam masa yang terhad ini kita selaku stake holder dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap organisasi PIBG khususnya, terhadap anak-anak murid dan SK LB Johnson keseluruhannya. 2. Mempersilakan pencatat minit mengambil tempat Sebelum mesyuarat dimulakan sukalah saya mempersilakan pencatat minit untuk mengambil tempat. Terima kasih. 3. Ucapan GB Seterusnya, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn. Hj. Isahak b. Manap, Guru Besar SK LB Johnson untuk menyampaikan amanatnya. Dipersilakan. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar. 4. Ucapan YDP PIBG

Seterusnya pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan En. Kamal b. Kamit, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada YDP di atas ucapan itu tadi.
5. YDP Mengendalikan Mesyuarat

Tuan-tuan dan puan-puan, Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan En. Kamal b. Kamit untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Dan dengan itu, setakat di sini sahaja peranan kami mengendalikan majlis, Segala kekurangan mohon kemaafan. Saya serahkan pembesar suara kepada YDP. Dipersilakan. 6. Mesyuarat dijalankan 7. Cabutan bertuah 8. Penutup dan bersurai

Lampiran 1 SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2010 1. TN HJ ISAHAK BIN MANAP 2. EN KAMAL BIN KAMIT 3. EN BUKHARI BIN HJ OTHMAN 4. EN ZAKARIA BIN OMAR 5. PN NUR AISAH BINTI RAHIM 6. EN ROHAIMI BIN ISHAK 7. EN SULAIMAN BIN ADNAN 8. EN RASHID BIN SUKOR 9. EN ROSLI BIN SIDEK 10. EN MOHD ZIN BIN BIDIN 11. PN HAMZARINA BINTI ABD HAMID 12. PN HJH KAMIZAN BINTI KASIM 13. PN HJH FAZILAH BINTI BORHAN 14. EN RUHAIZAT BIN A RAZAK 15. EN HAMIZON BIN MOHD ARIS 16. PN SHARIFAH FITRY BINTI SYED RASHID 17. PN HJH NATAPAH BINTI HJ HARON 18. EN MOHD SHAZALI BIN MOHAMAD 19. EN KAMARUDIN BIN KHAMIS