You are on page 1of 7

TEORI TEORI OTAK DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN Oleh : Zainuddin Bin Mamat Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak

Artikal ini membincangkan sejauh mana kefahaman seseorang guru terhadap teori ot ak boleh meningkatkan kecemerlangan pencapaian pelajar dalam proses perkembangan pembelaj aran. teori otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Te ori Otak Truine yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian in i mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak r eptilia (bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks) . Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus, manakala Dr. Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965, bahawa teori otak kiri dan o tak kanan boleh dipercayai dan digunakan hingga kini. Dr. Roger Sperry dan Dr. Paul D. Maclean m endapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak dan 90% lagi sentiasa menant i untuk dikembangkan. Teori Kecerdasan Pelbagai pula telah diperkenalkan oleh Howard Gar dner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiv ing and understanding life . 1.0 Pengenalan Bagi memahami otak dan bagaimana kita belajar, adakah kita akan merujuk kepada s eseorang pendidik.? Kemungkinan besar, tidak! Namun begitu, setiap tahun, berjuta-juta ib ubapa beranggapan bahawa professional yang mengajar anak-anak mereka berpengetahuan te ntang otak dan proses pembelajaran. Sebenarnya pendidik tidak boleh disalahkan dalam h al ini kerana dalam latihan perguruan, para pendidik hanya mendapat pendedahan dalam pengajian psikologi. Bidang psikologi hanya menyediakan maklumat tidak langsung tentang kelakuan dan cara 2 pelajar belajar. Mereka tidak didedahkan kepada pengetahuan hands-on tentang per kembangan otak dan proses pembelajaran pelajar. Sungguhpun pelbagai cara termasuk janji-ja nji, ganjaran, ugutan, nada suara yang tegas dan kaedah-kaedah lain diperkenalkan dan dilakukan oleh pendidik dalam usaha meningkatkan daya belajar di kalangan pelajar tetapi kenapa masih berlaku kepincangan?. Situasi begini jelas menunjukkan bahawa pendidik sendiri k urang faham tentang otak dan proses pembelajaran yang berkaitan dengannya. Ini bermakna pend idik hari ini

tidak boleh memberi penekanan kepada pendekatan yang tertentu sahaja. Malah pela jar perlu belajar bagaimana untuk belajar (learning how to learn). 2.0 Teori Otak Truine Oleh Paul D. MacLean, Teori Otak Roger Sperry Dan Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Haward Gardner serta perkaitan Perkembangan Pembelajara n. Gambarajah 1 : Paul D. MacLean - The Triune Brain (Illustration from The three units of the human Brain) Teori Otak dalam tahun 1970-an mengatakan bahawa manusia memerlukan lebih banyak pembelajaran otak kanan. Seterusnya, para pendidik telah diperkenalkan kepada Te ori Otak Truine, yang dipelopori oleh Paul D. McLean. Model skema evolusi tiga bahagian i ni mengemukakan bahawa pembelajaran untuk hidup adalah fungsi bahagian bawah otak r eptilia 3 (bahagian medula), emosi pula terletak di bahagian pertengahan otak(otak mamalia atau sistem limbik), manakala pemikiran tinggi adalah fungsi bahagian atas otak (neokorteks) . Setiap bahagian mempunyai struktur neuro yang berkembang pada masa yang berlainan dalam sejarah perkembangan manusia dan mempunyai fungsi-fungsi yang khusus. Otak Reptilia MacLean menjelaskan bahawa otak reptilia terbentuk paling awal dal am evolusi perkembangan manusia iaitu dalam tahun pertama hidup seorang kanak-kanak . Ia digelar otak reptilia disebabkan fungsinya yang mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah. Fungs i utamanya ialah mengawal secara automatik atau tanpa disedari, kelakuan kelima-lima motor deria pancaindera seseorang. Pengawalan fungsi-fungsi utama badan ini mempunyai hubung an dengan kebolehan seseorang bertahan untuk terus hidup atau wujud. Otak reptilia mengger akkan manusia berikhtiar untuk memperolehi makanan , perlindungan, keselamatan dan pen gekalan kewujudan spesies manusia. Umpamanya, apabila kita berdepan dengan seekor ular, otak reptilia akan diaktifkan. Dengan serta merta kita akan membuat keputusan sama ada untuk mempertahankan diri atau melarikan diri dari bahaya tersebut. Respon ini amatlah penting dalam keadaan bahaya dan terancam. Namun begitu, oleh kerana ia hanya berada di tahap kecerdasan paling rendah, manusia tidak dapat menuju ke pemikiran tahap lebih tinggi. Malan gnya, keadaan ini sering berlaku di sekolah sekiranya guru-guru tidak sedar tentang respon rea ktif otak reptilia. Apabila pelajar berasa terancam akibat pelbagai ugutan pelbagai denda dan hukuma n oleh guru, secara automatik, otak reptilianya akan beroperasi dalam modus "melawan guru" at au "mendiamkan diri". Dalam keadaan ini, pelajar tidak mungkin dapat memberi perhat ian kepada pengajaran mahupun menjawab soalan-soalan tahap tinggi yang diajukan oleh guru. Sebaliknya, jika guru sedar tentang kepentingan membentuk keadaan pembelajaran yang relaks, selesa dan tenang, pelajar boleh digalak memikir pada tahap lebih tinggi. Pemprosesan maklu

mat dan pembelajaran boleh diajukan ke bahagian otak mamalia atau sistem limbik yang ter letak di pertengahan otak manusia. Dan ini pastinya pembelajaran yang sampai ke sistem li mbik akan berlaku dengan penuh minat dan keseronokan kerana sistem limbik berkaitan dengan emosi. Menurut Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 pula telah memberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan seperti dalam gambarajah 2 di bawa h. 4 Roger Sperry menemui bahawa otak manusia terdiri dari 2 hemisfer (bagian), iaitu otak kanan dan otak kiri yang mempunyai fungsi yang berbeza. Atas jasanya ini, beliau telah menerima hadiah Nobel pada tahun 1981. Selain itu dia juga menemukan bahawa pada saat ota k kanan sedang bekerja maka otak kiri cenderung lebih tenang, demikian pula sebaliknya. Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreatif, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerosakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya. Otak kiri berfungsi dalam hal perbezaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitunga n dan logika. Daya ingat otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila te rjadi kerosakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan matematika. Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, tetapi setiap individu mempunya i kecenderungan untuk menggunakan sebelah bahagian otak yang lebih dominan dalam menyelesaikan masalah hidup dan pekerjaan. Setiap belahan otak saling mendominas i dalam menjalankan aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran . Selain dari itu, otak juga boleh dikembangkan melalui ransangan bersepadu otak s ecara menyeluruh. Analoginya begini: Apabila kita melihat rakan kita makan aiskrim den gan selera Gambarajah 2 5 sekali hingga menjilat-jilat jari pasti minda dan nafsu kita akan teransang untu k membelinya, walaupun kita tidak mencukupi wang untuk membelinya. Otak juga begitu, otak perl ukan ransangan untuk dikembangkan. Ransangan disini bukan bermaksud tekanan yang berl ebihan sehinggakan tidak termampu diterima, dengan kata lain ransangan yang positif. Je nsen (1998) pula mencadangkan bahawa tekanan berlebihan atau perasaan terancam memberi kesan negatif kepada pemikiran dan ingatan dan seterusnya menyebabkan pembelajaran merosot. Na mun begitu, bukan kesemua jenis dan tahap tekanan membawa kesan yang buruk. Tiada te kanan

langsung juga tidak membawa kesan yang baik. Kesannya nanti, tahap pencapaian pe lajar atau perkembangan adalah rendah. Lazimnya, julat tahap tekanan yang sedikit kepada ya ng sederhana adalah sesuai bagi peningkatan prestasi atau keupayaan pelajar untuk b elajar . Di sini pendidik memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi tahap tekanan yang sesuai di samping mewujudkan keadaan pembelajaran yang selesa dan tenang ya ng boleh menggalakkan pelajar mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi. Melalui cara in i, barulah pemprosesan maklumat dan pembelajaran dapat diajukan ke bahagian otak mamalia at au sistem limbik yang terletak di pertengahan otak manusia. Otak Mamalia atau Sistem Limbik, Sama seperti penjelasan mengenai otak reptilia, otak mamalia digelar "mamalia" memandangkan ia mempunyai persamaan dengan elemen-elem en reaksi pemikiran dalam kesemua haiwan mamalia. Fungsi utamanya ialah kognitif da n emosi iaitu ia mengandungi perasaan, pengalaman yang seronok dan bermakna, ingatan dan kebolehan serta daya belajar. Selain itu, ia juga berfungsi mengawal pola-pola bioritma se perti pola-pola tidur, kelaparan, dahaga, tekanan darah, kadar denyutan jantung, suhu badan, kad ar metabolisma, sistem imuniti dan lain-lain fungsi badan. Oleh kerana bahagian otak ini mengawa l emosi maka dapat dijelaskan mengapa apabila kita sedih, keadaan fizikal kita turut terjejas . Otak mamalia merupakan pusat pemeliharaan atau pengekalan manusia. Ia akan mentafsir kesemua maklumat yang diterima daripada pancaindera kita dan menghanta r maklumat tersebut ke bahagian pemikiran otak iaitu neokorteks. 6 Gambarajah 3 : Neocortex Neokorteks terletak di bahagian atas otak dan terdiri 80% jumlah jirim otak. Bah agian otak ini merupakan pusat pemikiran dan kecerdasan manusia. Antara fungsi utamany a adalah mentafsir, menyusun, menterjemah maklumat melalui proses penaakulan, membuat kep utusan, kelakuan, bahasa dan pemikiran tahap tinggi. Dipercayai kecerdasan tahap tinggi dalam manusialah yang memberi keunikan kepada spesis manusia dan membezakannya daripad a makhluk lain. Sebagai contoh, ahli psikologi, Howard Gardner telah mengenalpasti kecerdasankecerdasan yang khusus yang mungkin diperkembangkan dalam manusia, antaranya: i. kecerdasan linguistik, ii. matematikal, iii. visual/spatial, iv. kinestatik, v. muzik, vi. naturalistik, vii. interpersonal viii. intrapersonal. Perkaitan otak dan proses pembelajaran, keyakinan Gardner bahawa kecerdasan manu sia boleh diperkembangkan. Persoalan ini membawa kita kepada perbicaraan sama ada ke

cerdasan diperturunkan oleh nenek moyang kita atau ia boleh dibangunkan? Ia juga menimbul kan persoalan lain seperti apakah yang boleh mempertingkatkan kecerdasan seseorang. Ramai 7 ibubapa serta pendidik masih "mengukur" kecerdasan seseorang kanak-kanak mengiku t saiz otak. Contoh yang Sering kedengaran, ibubapa memberi komen bahawa anak si Ali tu lebih pandai kerana otaknya besar dan dahinya tinggi. Pada hari ini, bidang sains tela h memperjelaskan bahawa saiz otak ikan lumba-lumba lebih besar berbanding saiz ota k manusia tetapi tidak sepandai manusia. Ada pula yang percaya bahawa kepadatan sel-sel ot ak setiap meter padu turut mempengaruhi kebolehan seseorang itu berfikir. Namun begitu telah dib uktikan bahawa otak tikus mempunyai kepadatan sel otak yang lebih tinggi tetapi kecerdas an jauh lebih rendah daripada kecerdasan manusia. Pandangan Jane M. Healy (1990) pula menyatak an bahawa untuk memahami proses-proses perkembangan mental seseorang, kita harus memahami proses pembelajaran seseorang. Ini bermakna bahawa kunci kepada pemahaman perkembangan kecerdasan otak ialah memahami bagaimana sinaps otak menjalinkan hubungan atau m embina rangkaian antara sel-sel otak tanpa kehilangan rangkaian yang terdahulu dan sedi a wujud. Rangkaian-rangkaian inilah yang membolehkan kita memahami fenomena-fenomena masa lah dan seterusnya mencari penyelesaian kepadanya. 3.0 Proses Neuron, Glia dan implikasi kepada perkembangan Minda. Gambarajah 6 : neurospheres, massa kompak sel prekursor neuron, berasal dari sel -sel induk embrionik manusia, seperti yang digambarkan oleh mikroskop fluorescent. Differen tiated neuron, teras yang dipaparkan dalam warna merah, sudah mula untuk melanjutkan pr oses neuronal (hijau) terhadap satu sama lain, membentuk hubungan. 8 Otak kita mempunyai dua jenis sel otak iaitu neuron dan glia. Walaupun kebanyaka n sel otak terdiri dari glia (90%), yang lebih jelas difahami ialah mengenai sel-sel n euron (yang hanya 10%). Neokorteks menusia mempunyai 12 hingga 15 bilion neuron atau sel saraf. Se tiap neuron terdiri daripada jasad atau badan sel, cabang-cabang halus iaitu dendrit dan aks on. Walalupun setiap neuron mempunyai banyak dendrit, ia hanya mempunyai hanya satu akson. Aks on berbentuk tiub panjang dan menganjur dari sel neuron sehingga hampir bersentuh d engan dendrit neuron lain. Di hujung akson, terdapat terminal akson yang berbentuk butang. Rua ng di antara terminal akson dan dendrit dipanggil sinaps. Semasa proses penghantaran maklumat , apabila dendrit-dendrit sesuatu neuron menerima maklumat maklumat dalam bentuk impuls at au rangsangan elektrikal, ia akan dihantar ke jasad sel neuron dan seterusnya dipin

dahkan secara sehala dari akson ke sinaps. Getaran elektrikal mudah diterima dari jurang sinap s oleh dendritdendrit neuron lain kerana wujudnya neurotransmiter, sejenis bahan kimia yang dikeluarka n oleh terminal akson. Neurotransmitter ini berfungsi sebagai jambatan pada jurang sinaps bagi memboleh kan hubungan dan komunikasi dijalinkan. Mielin, sejenis selaput protein berlemak yan g menutupi akson akan mempercepatkan perpindahan rangsangan elektrikal terutamanya bagi mak lumat baru yang diterima. Contohnya, apabila seseorang baru mempelajari kemahiran komp uter, mielen akan dikeluarkan dan meliputi akson. Sekiranya seseorang membuat latihan berulangan dalam penggunaan komputer, lebih banyak mielen akan dikeluarkan menjadikan lapis an mielen yang sedia ada semakin tebal. Proses ini boleh disamakan dengan usaha melebarkan jalan raya. Lebih lebar sesuatu jalan maka lebih laju dan cekap perjalanan trafik. Perkara y ang sama juga boleh diaplikasikan kepada proses pengmielenan. Semakin tebal lapisan mielan, se makin licin dan cepat perjalinan rangkaian neural. Ini menjelaskan kepada kita mengapa lebih banyak kita mengulangi sesuatu pembelajaran, maka lebih senang bagi kita mengusai dan mengin gatinya. 4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, ketiga-tiga teori ini menggambarkan kehebatan kejadian min da manusia . Selain unik tentang kejadiannya, ianya juga dapat digunakan merentasi pelbagai b idang terutamanya dalam pendidikan. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana kurnianya , jadi untuk 9 menghargai kehebatan yang tidak ternilai ini sama-samalah kita menambah ilmu pen getahuan yang ada dan sentiasa berfikiran secara positif. Rujukan : Dr. Roger Sperry .(1981) Right Side Brain Functions. Rerieved from http://www.ehow.com/facts_5476023_right-side-brain-functions.html Gardner, H. 1993. Multiple Intelligence: The Theory in Practice. New York: Basic Books. Gardner, H. 1999. Intelligence Reframed: Multiple Intelligence for the 21st Cent ury. New York: Basic Books. Kuan Wai Bing & Omar Karim. 2005. Pemikiran & Kreativiti. Aplikasi dalam Latihan dan Pembangunan. Aras Mage (M) Sdn. Bhd. Paul D. MacLean August 12, 1997 (Hardcover - January 31, 1990) The Triune Brain In Evelution : Role In Paleocerebral Function. Rerieved from http://www.kheper.net/ topics/ topics/intelligence/MacLean.htm Triune Brain Theory Motivate. Rerieved from http://www.ehow.com/how_4995005_triu nebraintheory-motivate-students.html Copyright | Disclaimer Copyright ZAINUDDIN MAMAT (D-1033527)

BACHELOR OF EDUCATION (EDUCATION MANAGEMENT) WITH HONOURS Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010, Tanjung Malim, Perak. Malaysia All Rights Reserved

You might also like