You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBML 4203 KESUSASTERAAN MELAYU

PORTFOLIO A SAMAD SAID 1935 - 2012

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN: NO. TELEFON E-MEL

: : : :

MASLINA BT MISIRAN@BAKUN 730809015042002 0125195504 masamin7372@gmail.com

730809015042

HBML 4203

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH

BAB 1
BIODATA SASTERAWAN NEGARA A SAMAD SAID

HBML 4203

PROFIL RINGKAS A SAMAD SAID

Nama: Datuk Abdul Samad Muhammad Said. Nama Pena: A Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana. Tarikh/Tempat Lahir: Pada 9.4.1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Alamat : 10, Jalan 15/5C, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.Pendidikan: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (194046), Sekolah Jepun (3 bulan), Victoria Institution sehingga Senior Cambridge, 1956). Kerjaya: Kerani hospital, Pengrang Utusan Melayu, Pengarang Warta Tebrau, Pengarang Berita Harian. Anugerah: Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Sasterawan Negara (1985), Sasterawan Nusantara (1999). Karya: Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku, Warkah Eropah, Al-Amin, Suara Dari Dinding Dewan. 3

HBML 4203

1.0

PENDAHULUAN Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa

Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956). Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya. Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulan puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu 4

HBML 4203

yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999). Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003) 1.1 KELUARGA

Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar cerita rakyat seperti cerita Batu Belah batu Bertangkup.

1.2 Novel

HASIL KARYA

- Salina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1961, 495 hlm. - Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm. - Sungai Mengalir Lesu, Kuala Lumpur: Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. Diterbitkan kembali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 137 hlm. - Di Hadapan Pulau, Kuala Lumpur : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm. - Adik Datang, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm. - Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 143 hlm. - Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm. - Hujan Pagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 418 hlm. - Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm. Novel Remaja Kanak-kanak - Bendera Merah di Atas Bukit, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm. - Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm. - Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm. - Mengejar Tetamu di Waktu Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm. - Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm. - Keledang, Kuala Lumpur; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm. - Antara Kabus ke Kabus, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 67 hlm. - Di Simpang Jalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 95 hlm. - Jalan Retak, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm. 5

HBML 4203

Cerpen - Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm. - Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm. - Debar Pertama, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm. - Panorama (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm. - Bunga Gunung (Peny.) Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm. - Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm. - Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm. - Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm. - Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 1992 (Peny. Othman Puteh), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993,495 hlm. Puisi - Liar di Api, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm. - Puisi Baru Melayu 1942 1960 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1961, 26 hlm. - Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm. - Sajak-sajak Melayu Baru 1946 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963. - Benih Harapan, Kuala Lumpur: Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm. - Daun Semalu Pucuk Paku, Kuala Lumpur: Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.; - Kuala Lumpur (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPENA, 1975, 57 hlm. - Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm. - Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm. - Benih Semalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku). Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75

hlm. - 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm. Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm. 6

HBML 4203

- Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm. - Malaysia dalam Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 316 hlm. - An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm. - Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 1985) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 167 hlm. - Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm. - Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 69 hlm. - Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm. Drama - Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm. - Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm. - Wira Bukit, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 92 hlm. - Lantai T. Pinkie, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 137 hlm. - Lazri Meon Daerah Zeni, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 138 hlm. Esei/Kritikan - Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1963, 199 hlm. - Damai (kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm. - Laungan (Kata pengantar), Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm. - Tangan yang Simpatik, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm. Between Art and Reality (Selected Essays), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 479 hlm. Autobiografi - Dari Salina ke Langit Petang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 83 hlm. Umum - Warkah kepada Salmi Manja, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm. - Antara Bulan dan Wira, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 632 hlm. - Warkah Eropah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 235 hlm. - Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 510 hlm.

1.3

PENGANUGERAHAN Pada 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera. 1979,Panel Anugerah Sastera 7

HBML 4203

1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards) Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan. 1993- Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam. 1997 gelaran `Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka.

BAB 2
KEDUDUKAN SEMASA SASTERAWAN NEGARA
8

HBML 4203

A SAMAD SAID

2.0

IKON KESUSASTERAAN MALAYSIA Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said ialah nama besar yang

dianggap ikon dalam kesusasteraan Malaysia. Beliau, pengarang yang sangat mencintai sastera dalam bahasa Melayu dan kecintaan itu terserlah di dalam karyakaryanya. Beliau seorang pengarang serba boleh dan menghasilkan karya sastera semenjak tahun 1950-an dalam genre cerpen, sajak, novel dewasa dan kanak-kanak, drama, esei kritikan, autobiografi dan warkah. Bagi beliau, pengarang dan seniman mempunyai tanggungjawab untuk memerhatikan kepincangan dan mencipta karya untuk memartabatkan insan (A. samad Said, 2006:8) Menurutnya, seniman berpijak pada hati nurani lebih daripada bumi ideologi kerana hati nurani akan sentiasa menang jika ia jujur. Hati nurani pengarang adalah penderitaannya dalam kebahagiaannya dalam penderitaan (A. Samad Said,2006:9). Secara sedar semua karyanya mengangkat kisah manusia dan kemanusiaan. Dari segi kepengarangan, A. Samad Said merupakan pengarang yang menulis berdasarkan pengalaman dan menambah pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Aktiviti ini berterusan malah sudah menjadi darah dagingnya semenjak remaja sehingga kini. Pengalaman membesar di kota kosmopolitan Singapura semenjak 9

HBML 4203

dibawa ke pulau itu semasa berumur enam bulan sehinggalah dewasa dan bekerja di sana sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1959, telah memberikan warna tersendiri kepada karya-karyanya. Ini termasuklah pengalaman keperitan hidup pada zaman pemerintahan tentera Jepun antara tahun 1941-1945 yang digarapnya dalam beberapa novelnya seperti Sungai Mengalir Lesu (1967), Di Hadapan Pulau (1978) dan Keledang

http://www.edidik.com/?p=2481 (1978).

10

HBML 4203

ARAHAN Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN (ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan kursus berkenaan. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK termasuk rujukan. Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda. Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar. Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.

11

HBML 4203

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

12