You are on page 1of 100

KATA PENGHANTAR

Modul pengajaran ini disediakan sebagai rujukan lengkap kepada pengajaran Kontrak dan Taksiran. Kursus kontrak dan Taksiran merupakan subjek wajib pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang proses di peringkat awal pembentukan kontrak serta kaedah-kaedah membuat anggaran dalam sesuatu projek pembinaan. Secara amnya nota pengajaran ini merangkumi topik-topik Industri Pembinaan Pengenalan dan Proses, Pengenalan kepada kontrak, Kontrak projek pembinaan, Jenis Tender, Tatacara tender, Penilaian tender dan Pentadbiran Kontrak. Bahagian ini disediakan oleh Prof Madya Dr Aminah Md Yusof. Di bahagian akhir konsep dan pengiraan taksiran diperkenalkan. Bahagian ini disediakan oleh Ir. Dr. Rosli Mohamad Zin membincangkan beberapa mengganggar kos binaan yang termasuk dalam kurikulum kursus ini. Adalah diharapkan modul pengajaran ini akan memberi manafat kepada semua pihak yang terlibat dan menjadi pendorong kepada kedua-dua penulis kearah penerbitan karya asli bagi topik yang sama.

Prof Madya Dr Aminah Md Yusof Ir. Dr. Rosli Mohamad Zin

Kandungan

Bahagian A Bahagian B Bahagian C Bahagian D Bahagian E

3 18 33 70 98

BAHAGIAN A PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PEMBINAAN

BAB 1.0

INDUSTRI PEMBINAAN DI MALAYSIA

1.1

Definisi jenis

The International Standard Classification of All Economic Activities (1968) sebagai: ...constructing, altering, repairing and demolishing building; constructing, altering and repairing highways and streets and bridges; viaducts, culverts, sewers, and water, gas and electricity mains, railways road beds, sub-ways and harbour and water ways; piers, airports and parking areas; dams, drainage, irrigation, flood control and water power projects and hydroelectric plants; pipe lines; water wells; athletic fields, golf courses, swimming pools and tennis courts; communication systems such as telephone and telegraph lines; marine construction, such as dredging and under water rock removal; pile driving, land draining and reclamation; and other types of heavy construction...mining services such as preparing and constructing mining sites and drilling crude oil and natural gas wells...specialist trade contractors....activities... The assembly and installation on site prefabricated, integral parts into bridges, water tanks, storage and warehouse facilities, railroad and elevated right-of-way, lift and escalator, plumbing, sprinkler, central heating, ventilating and air-conditioning, lighting and electrical wiring, etc., systems of buildings and all kinds of structures...Departments or other units of the manufacturers of the prefabricated parts and equipment which specialise in this work and which is feasible to treat as separate establishments, as well as businesses primarily engaged in the activity, are classified in this group

Industri binaan meliputi pelbagai aktiviti yang meluas sehubungan dengan itu The Asian Productivity Organisation (1983) mentakrifkan industri binaan sebagai aktiviti pengeluaran yang mana menghasilkan produk secara fizikal. Daripada definisi di atas dapat disimpulkan bahawa industri binaan mempunyai kepentingan bagi perkara berikut:-

Menyediakan kemudahan untuk kegunaan orang ramai Menyediakan peluang pekerjaan Mengeluarkan hasil keluaran pembangunan fizikal Menjana ekonomi negara Menghasilkan penemuan teknologi terkini Meningkatkan nilai tanah.

1.2

Klasifikasi

Industri pembinaan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori tertentu. Terdapat berbagai kategori yang dicadangkan dalam beberapa buku atau artikel. Namun begitu dua kategori akan dibincangkan dengan lebih lanjut iaitu Kategori bangunan Infrastruktur

A)

Pembinaan Bangunan

Kediaman:

Kategori

ini

biasanya

merangkumi

pembinaan

rumah

serta

kondominium untuk tujuan kediaman. Tujuan penghasilan bangunan kediaman adalah untuk diduduki atau sesetengah pelabur menjadikan sebagai suatu pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan berkala dengan cara menyewakan. Sektor atau kategori pembinaan kediaman, merupakan komponen penting industri binaan memandangkan keperluan rumah untuk penduduk bagi setiap negara adalah sentiasa di bawah paras yang tidak mencukupi. Pembinaan sektor perumahan, menjalani evolusi berterusan dan merupakan sektor yang paling aktif biarpun di zaman kemelesetan ekonomi. Sehubungan dengan itu inisiatif telah diambil oleh kerajaan bagi menggerakkan sektor ini seterusnya menjana perkembangan industri binaan di Malaysia. Bangunan kediaman juga merupakan sektor yang luas memandangkan terdapat pelbagai jenis rumah di serata dunia. Beberapa jenis rumah yang biasa terdapat di Malaysia adalah seperti berikut; 1. Rumah teres (setingkat atau dua) 2. Rumah berangkai (setingkat atau dua) 3. Rumah berbandung (setingkat atau dua) 4. Rumah sesebuah 5. Rumah kos rendah 6. Kondominium/apartmen

Selain daripada itu, rumah di Malaysia juga dikelaskan mengikut kos iaitu: Rumah Kos Rendah Rumah Kos Sederhana Rendah Rumah kos Sederhana Rumah Kos tinggi

Di Malaysia, rumah kos rendah lebih banyak diberi perhatian. Rumah kos rendah dibina untuk menyediakan perumahan yang lebih selesa dan sempurna kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Terdapat beberapa tabung yang di lancar bertujuan untuk memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah seperti Tabung Perumahan Kos Rendah (Special Low-Cost Housing Programme-1986), Tabung Projek Terbengkalai, Low-cost Housing Revolving Development Plan pembelian tanah untuk pembinaan rumah kos rendah (1994). Bangunan Perdagangan Kategori ini melibatkan pembinaan bangunan untuk tujuan komersial seperti kompleks membeli belah, pejabat, hotel dan bangunan untuk perusahaan ringan. Kadar pembangunan bangunan lazim nya bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Bangunan industri Pembangunan jenis ini biasanya tertumpu di kawasan perindustrian seperti Zon Perindustrian Pasir Gudang. Bangunan kilang akan dibina oleh pemilik kilang atau pemilik tanah dan disewakan kepada pengusaha. Seperti juga bangunan perdagangan, permintaan kepada pembinaan bangunan industri amat bergantung kepada keadaan ekonomi serta insentif yang di beri oleh kerajaan.

B)

Pembinaan Kejuruteraan Awam

Pembinaan Kejuruteraan Awam biasanya melibatkan pembinaan jalan raya/lebuh raya, pembinaan jambatan serta kadang-kadang merangkumi kerja-kerja pembinaan kemudahan awam seperti sekolah. Pembinaan lebuh raya merupakan peratusan terbesar kerja-kerja kejuruteraan awam di Malaysia bermula pada tahun 1980an sehingga alaf baru ini. Beberapa contoh ialah Lebuh raya Utara-Selatan, Timur-Barat, Lembah Klang Expressway. Menyedari hakikat penting nya kemudahan infrastruktur yang baik dan teratur, kerajaan telah mempercepat pembinaan kemudahan-kemudahan ini. Pembinaan Lebuh raya diswastakan bagi tujuan mempercepat pembinaan di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada kontraktor tempatan yang berkelayakan. Penglibatan kontraktor antarabangsa dalam beberapa projek tertentu bertujuan mendapatkan teknologi terkini dari negara tersebut, contohnya Projek Menara Kuala Lumpur. Perpindahan teknologi dari negara maju menjadi agenda yang diharapkan dapat dimanfaatkan oleh industri tempatan. Antara kerja-kerja kejuruteraan awam yang besar ialah projek memasang paip Gas Semenanjung (l) dan (II). Sesetengah projek mega lain seperti KLIA, memperlihatkan konsep mengindustrikan sistem pembinaan. Pembinaan struktur keluli membuktikan kemampuan bahan itu menggantikan struktur konkrit tetulang yang memberi faedah kepada industri binaan seperti penyiapan yang lebih cepat. Antara projek mega lain ialah Kompleks Sukan Komanwel, Sistem Aliran Ringan Transit, Cyber City serta pembangunan pelabuhan, contohnya Tanjung Pelepas. Pembinaan sektor awam membantu menjana ekonomi semasa kegawatan. Ini di sebabkan perbelanjaan untuk sektor ini datang daripada pihak kerajaan. Untuk
8

mengerakkan industri binaan, kerajaan boleh membelanjakan wang untuk menyediakan kemudahan awam. Selain daripada mendefinisikan industri pembinaan dan membincangkan kelas-kelas, aktor-aktor dalam industri pembinaan dan proses pembangunan juga perlu diketahui oleh pelajar. Ini dibincangkan di Bahagian 1.3 dan 1.4.

1.3

Aktor Industri Pembinaan

Industri pembinaan melibatkan pelbagai pihak. Antara pihak yang terlibat dalam industri pembinaan adalah:Tuanpunya/klien: Kadangkala di sebut pemaju dalam mengadakan projek dan pihak yang paling banyak menanggung risiko. Bagi projek sektor awam, klien merujuk kepada kerajaan melalui jabatan atau kementerian yang mana pembangunan dijalankan. Kumpulan Profesional: Kumpulan ini bertanggung jawab menterjemahkan ide dan kehendak tuan punya/klien dan menjadikan rekabentuk dan seterusnya menguruskan pembinaan. Antara profesion yang terlibat adalah Perunding Pengurusan projek, Perancang, Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan, Jurukur Tanah dan Pereka bentuk Dalaman Kontraktor: Jenis-jenis kontraktor adalah;

Kontraktor Utama Specialist Contractor/Nominated Sub-contractor Labour Sub-kontraktor

Pembekal Bahan dan Peralatan : Pembekal, Pengedar dan Pengimport

Buruh: Buruh mahir, Separa mahir dan Tidak Mahir Pembiaya: Bank dan Insitutusi kewangan Pihak Berkuasa o Tempatan o Negeri o Persekutuan

1.4

Proses Pembangunan/perlaksanaan projek

Sepertimana yang dibincangkan terdahulu, perlaksanaan projek pembinaan agak berbeza bagi sektor awam dan swasta. Ini berlaku kerana perlaksanaan sektor swasta tidak tertakluk kepada prosedur perolehan perbendaharaan sebagaimana yang perlu diikuti disektor awam. Proses utama yang terlibat dalam perlaksanaan projek pembinaan disektor awam adalah seperti berikut: Penyediaan ringkasan projek

Ringkasan disediakan oleh Kementerian/Jabatan Pelanggan. Ringkasan perlu mengandungi keperluan projek secara kasar seperti hasil yang dikehendaki (bil katil, bilangan bilik darjah dsbnya) tairkh penyiapan dan reka bentuk serta jumlah peruntukan bagi kontrak tersebut.

10

Pengambilan Tanah

Kementerian/Jabatan pelanggan mestilah mendapatkan tanah dan memastikan terdapat akses yang munasabah ketapak bina. Memandangkan proses pengambilan tanah biasanya melibatkan banyak pihak, ia biasa memakan masa yang lama dan boleh menjejaskan permulaan projek, kementerian atau dengan tindakan JKR mestilah menyegerakan proses persetujuan pembayaran pampasan pengambilan.

Pengukuran Tapak Bina, dan penyelidikan tapak bina

Penyelidikan oleh kementerian/jabatan pelanggan (melalui JKR) perlu dibuat untuk melihat andainya terdapat halangan kepada pembangunan tanah tersebut. Keupayaan galas dan sifat tanah bagi penyediaan rekabentuk asas tapak akan diperolehi melalui penyelidikan yang dijalankan. Ini amat penting kerana penyelidikan tapak akan memberi gambaran kepada jurutera/arkitek dalam menyediakan rekabentuk bangunan. Banyak berlaku peristiwa dimana kesilapan dalam penyelidikan tapak menyebabkan kelancaran projek terjejas dimana rekabentuk perlu disemak dan diubahsuai.

Penyediaan rekabentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina

Cawangan Portfolio berkenaan akan menyediakan rekabentuk permulaan dan pelan susun atur tapak bina berdasarkan ringkasan projek dan maklumat dari pengukuran dan penyelidikan tapak bina. Walaubagimana pun apabila projek dijalankan mengikut kaedah Reka dan Bina, kerja-kerja ini diserahkan kepada kontraktor yang diberikan projek.

11

Rekabentuk perincian arkitek dan/atau kejuruteraan

Pelan terperinci disediakan dan perkara yang perlu diambil kira termasuk memastikan tugas pereka bentuk daripada pelbagai disiplin dapat diseleraskan dan kehendak-kehendak perancangan, kemudahan dan tempatan dimasukkan kedalam reka bentuk dan reka bentuk tersebut lengkap.

Penyediaan anggaran awal dan pengamalan kawalan kos

Anggaran awal dibuat berdasarkan rekabentuk dan susunatur tapak bina kepada kementerian/jabatan pelanggan. Penyediaan rekabentuk terperinci perlulah mengambil kira peruntukan asal jabatan/kementeria pelanggan. Penyediaan dokumen tender

Satu set dokumen tender perlu disediakan/dijual bagi mereka yang ingin memasuki tender. Tujuan dokumen tender adalah sebagai asas untuk meletakkan harga tender oleh kontraktor. Perbincangan tentang dokumen tender dibuat dalam bahagian lain. Pelawaan dan penerimaan tender

Diperingkat ini kontraktor akan menawarkan perkhidmatan mereka bagi kerja-kerja yang biasanya diiklankan. Hanya kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dalam kelas pendaftaran dan mempunyai kepala dan sub-kepala pendaftaran yang tertentu sahaja layak menyertai sesuatu tender. Bahagian Kontrak JKR akan menentukan criteria kelayakan menender sesuatu projek.

12

Penilaian dan setuju terima tender

Pejabat yang mempelawa tender akan mengkaji dan menilai tender dan membuat perakuan kepada Lembaga Tender diperingkat Negeri atau Persekutuan (bergantung kepada harga tender) Surat setuju terima akan dikeluarkan setelah kelulusan Lembaga Tender diperolehi.

Penyediaan dan menandatangani Dokumen Kontrak

Dokumen Kontrak disediakan oleh pejabat yang mempelawa tender. Dokumen kontrak adalah sama seperti dokumen tender tetapi kesediaan dokumen menandatangani kontrak bergantung kepada bila kontraktor mengembalikan Surat Setuju terima dan mengemukakan Bon Perlaksanaan dan Insurans tertentu.

Penyeliaan dan pengesanan kemajuan kerja

Pengawai penguasa akan dilantik untuk mengawasi projek. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kontrak dan perlaksanaan kerja adalah dirujuk kepada PP.

Lanjutan masa untuk penyiapan

Seandainya projek tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh sebab-sebab yang dibenarkan dalam kontrak, kontraktor boleh mendapat perlanjutan masa.

13

Pengenaan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan

Sekiranya projek lewat disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dibenarkan perlanjutan masa, kontraktor akan dikenakan denda ganti Rugi Tertentu dan diTetapkan di peringkat awal kontrak.

Penamatan pengambilan kerja Kontraktor

Apabila kontraktor telah diberi peluang secukupnya untuk menyiapkan projek yang ditawarkan, tetapi beliau masih tidak berupaya untuk meneruskan kerjanya, beliau tidak berupaya atau memperlihatkan niatnya enggan menyiapkan kerja, pengambilan kerja kontraktor hendaklah ditamatkan. Kerja akan diserahkan kepada kontraktor lain.

Penyiapan dan penyerahan kerja siap dan pembaikan kecacatan

Apabila Perkauan Siap Kerja dikeluarkan, kerja yang siap akan diserahkan oleh kontraktor kepada JKR dan seterusnya diserahkan kepada Kementerian/Jabatan Pelanggan. Dengan itu bermulalah Tempoh Liabiliti Kecacatan.

14

Pengurusan pembayaran

Bayaran pendahuluan dibayar kepada kontraktor untuk memulakan kerja sebik sahaja surat setuju terima, bon perlaksanaan dan gerenti insurans dikemukakan. Bayaran interim dibuat bagi nilai kerja yang terlaksana dan bahan-bahan atau barang-barang yang dibawa masuk ketapak. Penyediaan nilaian dan akaun muktamad

Akaun Muktamad disediakan secepat mungkin setelah kontraktor memenuhi obligasi di bawah kontrak.

Bagi projek

yang memerlukan kelulusan pemajuan pembangunan harta tanah

contohnya pemaju perumahan, pemaju atau pemohon perlu mengikuti proses seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.0

15

Pembelian Tanah

Pembiayaan

Mendapatkan lesen Pemaju

Permohonan tukar syarat dan pecah sempadan

Penyediaan Pelan(Pecah sempadan, tata atur, bangunan, kejuruteraan dan lanskap)

Kelulusan Pelan

Mengeluarkan penyewa tapak atau setinggan

Mendapatkan permit pengiklanan

Pembinaan perumahan

Memohon Sijil Layak Menduduki (CFO)

RAJAH 2.1

Proses Utama Dalam Pembangunan Projek Perumahan

16

Daripada rajah di atas, dapat dilihat proses untuk mendapatkan kelulusan bagi memajukan harta tanah di Malaysia mengalami proses yang panjang dan sering dikaitkan dengan masa yang amat panjang diambil sebelum pembangunan dapat dijalankan. Sehubungan dengan itu, perkembangan terbaru dalam industri pembinaan adalah usaha kerajaan memperkenalkan inisiatif baru seperti permohonan pemajuan di Pusat Setempat (OSC). Dengan adanya pusat setempat disemua Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan dapat diproses dengan cepat dan pemohon boleh mengetahui keputusan permohonan tanpa menunggu dengan lebih lama.

1.5

Penutup

Daripada perbincangan di atas, jelas membuktikan bahawa apa jua jenis pembangunan yang dijalankan, penglibatan banyak pihak adalah perlu dan proses pembangunan juga akan mengambil masa yang lama dan panjang serta melibatkan pelbagai jabatan dan agensi dan ini tentunya mengundang karenah birokrasi yang sememangnya telah sinonim dengan pembangunan di Malaysia.

17

BAHAGIAN B PENGENALAN KEPADA KONTRAK

18

BAB 2.0 KONTRAK PEMBINAAN 2.1 Pengenalan

Kontrak merupakan satu yang perlu dalam menjalankan sesuatu urusan perniagaan. Keadaan yang sama terpakai kepada hubungan pihak yang menjalankan projek pembinaan. Memandangkan pelajar kejuruteraan awam akan terlibat banyak dalam menjalankan kerja-kerja-pembinaan, pendedahan kepada kontrak adalah perlu sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Bahagian ini akan membincangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan kontrak dan keperluan kontrak dalam pembinaan. Konsep kontrak dikupas di awal bahagian sebagai persediaan untuk memahami kedudukan kontrak dalam menjalankan projek pembinaan. Perkara-perkara yang akan dibincnagkan dalam Bahagian ini ditunjukkan dalam Rajah 2.0

19

APA DAN KENAPA KONTRAK?

KONTRAK SAH

KONTRAK BOLEH BATAL

KONTRAK BATAL

ELEMEN KENAPA?

PENTADBIRAN KONTRAK

PERLEPASAN KONTRAK

RAJAH 2.0

PERKARA-PERKARA BERKAITAN KONTRAK

2.2

Apakah kontrak?

Kontrak dua pihak adalah suatu kontrak di mana satu pihak berjanji untuk berbuat sesuatu sebagai balasan kepada janji pihak yang lain untuk berbuat sesuatu. Kontrak dua pihak melibatkan janji-janji yang dibuat oleh dua pihak. Kontrak satu pihak berlaku hanya satu pihak membuat janji kepada pihak yang lain.

20

Kontrak ialah sesuatu perjanjian untuk melakukan sesuatu perbuatan atau kerja atau tidak melakukan yang boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Di Malaysia, Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa: sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah suatu kontrak. Semua kontrak adalah perjanjian tetapi bukan semua perjanjian adalah kontrak. Bagi membolehkan sesuatu perjanjian menjadi kontrak (sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang), sesuatu kontrak perlu mempunyai beberapa unsur penting yang dibincangkan dalam bahagian berikut. Apakah bentuk kontrak?. Kontrak boleh terbentuk dalam dua cara iaitu: Kontrak bertulis / nyata Kontrak lisan / tersirat

2:3

Perbezaan antara kontrak sah, kontrak boleh batal dan kontrak Batal i) Kontrak sah: Kontrak sah merujuk kepada perjanjian yang boleh diteruskan dan dikuatkuasakan di sisi undang-undang setelah tidak terdapat perkara yang menyebabkan ia batal. Kontrak sah akan mengikat kedua-dua pihak sehingga kontrak ini dilepaskan. ii) Kontrak boleh batal: Dalam hal ini satu pihak dalam kontrak terainaya oleh pihak satu lagi contohnya ditipu. Dalam keadaan ini, apabila pihak yang teraniaya boleh memilih untuk meneruskan kontrak atau keluar daripada kontrak
21

iii)

Kontrak

batal:

Ia

merupakan

perjanjian

yang

tidak

boleh

dikuatkuasakan di sisi undang-undang kerana balasannya adalah dilarang oleh undang-undang, tujuannya adalah tidak sah dan tidak hadir unsur-unsur perlu ada dalam sesuatu kontrak

2.4

UNSUR-UNSUR KONTRAK

Kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang adalah sesuatu perjanjian yang mempunyai unsur-unsur yang akan dibincangkan di bawah. Sekiranya salah satu daripada unsur-unsur ini tidak wujud, kontrak adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Perjanjian tersebut mungkin hanya akan terbatal. Sebelum sesuatu kontrak itu boleh dikuatkuasakan dan di katakan sah, ia mesti mengandungi unsur-unsur yang berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Ada tawaran (cadangan) yang dibuat oleh satu pihak Ada penerimaan cadangan oleh pihak satu lagi Wujudnya balasan di kedua-dua pihak Ada niat untuk mengujudkan hubungan di sisi undang-undang Keupayaan di sisi undang-undang bagi pihak yang berkontrak Kerelaan penuh pihak-pihak yang memasuki kontrak Tujuan kontrak mestilah sah Kontrak merupakan sesuatu yang boleh dilaksanakan.

22

i.

Tawaran

Tawaran, iaitu, satu pihak membuat tawaran yang ditujukan kepada pihak yang lain ataupun khalayak ramai. Definisi: Sek 2(a) AKTA KONTRAK 1950 apabila seseorang itu telah menunjukkan kepada orang lain akan kesanggupannya untuk membuat sesuatu atau menahan diri membuat sesuatu dengan tujuan untuk mendapat persetujuan orang lain itu tentang perbuatan atau penahanan tersebut, maka ia di katakan telah membuat cadangan. Jenis-jenis tawaran: Suatu tawaran boleh berbentuk: nyata atau tersirat Nyata : Suatu tawaran dibuat secara lisan atau bertulis. Tersirat: Tawaran yang dianggap atau disifatkan ada dari tingkah seseorang itu. Walau bagaimanapun tawaran adalah berbeza daripada Pelawaan untuk membuat tawaran: Pelawaan untuk membuat tawaran ialah langkah pertama dalam rundinganrundingan yang mungkin atau tidak berakhir dengan tawaran yang muktamad. Bentuk-bentuk pelawaan untuk membuat tawaran, Iklan Barang-barang dagangan yang dipamerkan Iklan tender Sebut harga

23

ii)

Penerimaan

Pihak yang menerima tawaran mesti sanggup mematuhi semua syarat yang telah ditentukan oleh pihak yang membuat tawaran. Sek 2(b) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan penerimaan sebagai, apabila cadangan dipersetujui bermakna ianya diterima: cadangan bila diterima, adalah menjadi janji. Bagaimanapun penerima cadangan mesti mengetahui terlebih dahulu. Prinsip-prinsip penerimaan: 1. Penerimaan mesti tanpa syarat dan selaras dengan terma-terma tawaran. Sek 7(a) menyatakan bahawa suatu penerimaan itu hendaklah mutlak dan tidak bersyarat sebelum suatu tawaran itu boleh dijadikan kontrak yang berkesan dan mengikat pembuat tawaran. 2 Penerimaan mestilah dibuat seperti mana yang ditentukan oleh

pembuat tawaran. Sek 7(b) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa penerimaan itu hendaklah dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika pembuat tawaran itu menetapkan suatu cara atau kaedah tertentu. 3 Komunikasi penerimaan

Kaedah am: penerimaan mestilah dikomunikasikan. Pembuat tawaran mestilah menyatakan penerimaannya dan ianya sah dan mula berkuat kuasa dari saat ianya dikomunikasikan.

24

Pengecualian kepada kaedah am: Ini meliputi kes-kes di mana terdapat peruntukan yang menyatakan kaedah am komunikasi tidak lagi perlu. Komunikasi melalui telegram atau pos:

iii)

Balasan

Balasan yang sah, iaitu sebarang faedah atau manfaat daripada satu pihak ke pihak yang lain. Sek 2(d) Akta Kontrak 1950 memperuntukkan apabila, atas kehendak seorang pembuat janji, seorang penerima janji atau orang lain telah membuat sesuatu atau berjanji akan menahan diri dari membuat sesuatu atau berjanji akan membuat sesuatu atau berjanji untuk menahan diri dari membuat sesuatu, perbuatan atau penahanan diri atau janji sedemikian dinamakan balasan untuk janji itu. Di bawah Akta Kontrak 1950, mana-mana balasan di atas adalah memadai untuk menguatkan sesuatu janji. Sek 26 Akta Kontrak 1950, mana-mana perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal dan oleh itu tidak mengikat pihak-pihak yang berkontrak. Pengecualian kepada kaedah am balasan: Sek 26 menyatakan dengan khusus pengecualian ini, iaitu; perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah sah jika dibuat secara bertulis dan didaftar di bawah undang-undang (jika ada) yang pada masa itu dikuatkuasakan bagi pendaftaran dokumen dan dibuat berdasarkan kasih sayang semula jadi di antara pihak-pihak yang ada hubungan yang karib antara satu sama lain. Prinsip-prinsip balasan:

25

Balasan lepas: suatu balasan yang berdasarkan kepada suatu perbuatan yang lepas. Kecukupan balasan- tidak cukup tidak boleh dijadikan alasan untuk membatalkan janji Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji

iv Niat Pihak-pihak yang berkenaan mestilah telah berniat atau dianggap sebagai mempunyai niat untuk mengujudkan suatu hubungan yang mengikat di sisi undang-undang

keupayaan Berkontrak

Pihak-pihak itu hendaklah mempunyai keupayaan untuk berkontrak. Pihak yang berkontrak mestilah terdiri daripada mereka yang dewasa mengikut undang-undang. Kanak-kanak boleh berkontrak biasiswa, insurans dan keperluan sendiri berakal waras dan tidak hilang kelayakan untuk berkontrak (bankrap dsbnya).

vi Kerelaan sebenar atau kerelaan penuh Kerelaan sebenar adalah keadaan di mana tidak berlaku perkara-perkara berikut: Paksaan

26

o Apa-apa perbuatan atau ancaman untuk melakukan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undnag jenayah atau menahan secara tidak sah atau mengancam untuk menahan sebarang harta atau untuk memudaratkan man-mana orang dengan maksud menyebabkan seseorang itu membuat perjanjian.

pengaruh tidak wajar, o pertalian antara kedua pihak sedemikian menjadikan satu piahk dalm kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak lain dan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan faedah tak saksama ke atas pihak lain

fraud atau tipu o niat untuk memperdaya dengan mengenai suatu fakta menyarankan sesuatu tidak benar oleh seseorang yang tidak mempercayai bahawa sesuatu itu benar menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oelhs eseorang yang mengetahui nya benar membuat janji tanpa sebarang niat untuk menunaikannya mana-mana perbuatan lain yang berniat untuk memperdaya

salah nyata, atau o ketegasan positif sesuatu yang tidak benar tetapi dipercayai benar silap fakta. o Kesilapan tentang fakta kontrak yang boleh menjadikan kontrak batal. Ini termasuk Silap tentang pengenalan perkara pokok dalam kontrak Silap tentang kewujudan perkara poko dalam kontrak Silap tentang penegnalan pihak satu lagi Silap fakta tentang perkara pokok, dan
27

vii Tujuan

Silap fakta tentang bentuk dokumen

Tujuan atau matlamat kontrak mestilah sesuatu yang sah dan memenuhi syarat. Tujuan tidak sah adalah merujuk kepada Yang dilarang oleh undang-undang Akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang Merupakan fraud Mendatangkan atau melibatkan bencana kepada diri atau harat orang lain Tak bermoral dan bertentangan dengan muslihat awam

viii Terma jelas dan boleh dilaksanakan Kontrak mestilah mempunyai terma-terma yang boleh ditentukan atau dipastikan. Mana-mana kontrak yang mempunyai terma yang kabur dan sukar ditentukan atau dilaksanakan dianggap boleh mencabar kesahihan kontrak. 2.5. PERLEPASAN KONTRAK

Pihak-pihak dalam kontark akan terikat kepada terma dan syarat kontrak selagi kontrak tidak dilepaskan. Sesuatu boleh dilepaskan dengan beberapa cara seperti berikut: Dengan persetujuan semua pihak Dengan melaksanakan syarat-syarat kontrak Dengan kemungkiran
28

Dengan kekecewaan kontrak (tidak mungkin dapat dilaksankan) Dengan kuatkuasa undang-undang.

29

2.6

KONTRAK PROJEK PEMBINAAN

Kontrak berfungsi sebagai: a) b) Bukti wujudnya hubungan dari segi undang-undang antara pihak-pihak terlibat Rujukan di mana segala butiran berkaitan dengan projek dinyatakan dengan jelas bagi memudahkan pihak-pihak berkontrak memahami keperluan masing-masing. c) d) Memberi penjelasan tentang tanggungjawab dan bidang kuasa pihak yang terlibat dalam kontrak memastikan kontraktor menyiapkan kerja dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta reka bentuk seperti yang dikehendaki oleh pelanggan dalam masa yang telah ditetapkan. Secara amnya kontrak dapat dijelaskan sebagai: Ikatan yang dimeterai oleh dua (2) atau lebih pihak untuk melakukan sesuatu atau beberapa perkara secara lisan atau bertulis Dalam kontrak pembinaan, satu pihak (kontraktor) berjanji menyiapkan binaan hingga siap dan satu pihak lain (pelanggan) berjanji membayar bagi kerja yang disiapkan Apabila kontraktor memasuki tender berdasarkan syarat-syarat terkandung dalam dokumen tender dan pihak kerajaan menyetujui syarat ditawarkan maka ikatan terbentuk Kontrak bermula apabila surat setuju terima diberikan dan berakhir apabila Perakuan Muktamad dikeluarkan Kontraktor bersetuju menerima risiko apabila beliau mengisi borang tender dan memasukkannya dalam peti tender
30

Penender berjaya tidak boleh menolak tawarannya setelah surat setuju terima dikeluarkan dalam tempoh sah laku tender.

Kontrak swasta: Kontrak sektor swasta lazim melibatkan kontraktor dan klien. Kontrak di sektor swasta tidak terikat kepada prosedur yang ditetapkan oleh kementerian kewangan. Dengan itu proses pembentukan biasanya lebih cepat. Namun penggunaan borang kontrak seperti Borang Kontrak IEM, PAM, CIDB dan FIDIC masih diperlukan. Kontrak awam melibatkan JKR (pelaksana), Jabatan/kementerian Pelanggan (pemula dan pengguna akhir) dan kontraktor. JKR penasihat teknikal, merancang dan mereka bentuk, membina dan menyelenggarakan projek kerajaan dan juga kementerian dan kerajaan lain. JKR mempunyai cawangan pelanggan untuk kementerian/jabatan tertentu. Jabatan/kementerian pelanggan menyediakan pelan kasar, ringkasan projek, mendapatkan peruntukan dan mendapatkan tapak. Pentadbiran kontrak di sektor awam biasanya berpandukan Borang Kontrak Setara/Piawai/ Standard JKR 203/203A/203N.

31

2.7

Peringkat pembentukan kontrak projek pembinaan

Proses Kontrak Pembinaan dapat dirumuskan seperti dalam Rajah 2.2.


Kenyataan Keperluan Pelanggan Tatacara tender Iklan/tawaran ---- khas Bumi, Terbuka, Terpilih & Rundingan - Laporan - Surat Setuju terima Dokumen Tender - Semakan surat setuju terima - Insurans/bon dikemukakan - T/tangan pegawai diberi kuasa
-

Pematuhan Keperluan

Pelawaan/penerimaan Tender

Penilaian/Setuju Terima

Penyediaan & Tandatangan Kontrak - Lantikan subkon -Pengurusan Pembayaran

Penyeliaan dan Pengesahan Kemajuan Kerja Perakuan Siap kerja Senarai Baiki Kecacatan Perakuan Siap Pembaikan

Lanjutan Masa Perakuan Tak Siap Penamatan Kontrak

Penyiapan/Pengesahan Kerja

- Dibenarkan - Tidak - LAD

Penyediaan Nilaian Perubahan Kerja

Permohonan Perubahan Kerja Perlarasan Kerja

Akaun Muktamad Perakuan Mukatmad selepas 3 bulan Tempoh Tanggungan Kecacatan

RAJAH 2.2 PROSES KONTRAK PEMBINAAN

32

2.8

PENUTUP

Bab ini telah melihat dengan terperinci pengenalan kepada kontrak, unsur Kontrak dan cara melepaskan kontrak. Prose pembentukan kontrak dalam pembinaan dilihat dan daripada Rajah di atas dapat diringkaskan bahawa proses kontrak pembinaan boleh dibahagikan tiga (3) fasa seperti berikut: A) Peringkat Tender :- Di peringkat ini membabitkan pengenalpastian kehendak pelanggan proses menender, jenis-jenis tender dan pemilihan kontraktor. Perincian bagi proses menender dan pemilihan kontraktor akan dibuat di Bahagian C, nota pengajaran ini. B) Peringkat Kontrak:- Di peringkat ini, beberapa perkara yang akan dibincangkan adalah jenis-jenis kontrak, mekanisme pentadbiran kontrak dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut di Bahagian D. C) Peringkat Pentadbiran Kontrak:- Bahagian E Nota ini akan melihat perkara berkaitan pentadbiran kontrak dengan lebih mendalam.

33

BAHAGIAN C PROSES TENDER BAGI PEROLEHAN KERJA DALAM SEKTOR AWAM

34

BAB 3.0 TENDER DALAM PEROLEHAN KERJA

3.0 PENGENALAN

Bab ini akan melihat peringkat tender dalam perolehan kerja disektor awam. Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, jenis perolehan kerja akan dibincangkan terlebih dahulu. Ini akan diikuti oleh perbincangan tentang keperluan perbendaharaan tentang proses dan prosedur tender dan akhir sekali jenis-jenis tender dan pemakaian nya dibincangkan dengan terperinci.

3.1 Jenis-jenis Perolehan Kerajaan Perolehan merujuk kepada beberapa kaedah perolehan yang dijalankan. Mengikut Kementerian Kewangan jenis perolehan dapat dikelaskan seperti berikut:-

Kerja

Kerja merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil seperti bangunan, lapangan terbang, pelabuhan, jalan raya, tapak kawasan dan empangan air serta kerja perparitan. Ia juga merangkumi kerja-kerja mekanikal dan elektrik.

35

Bekalan

Bekalan adalah dimaksudkan sebagai barangan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek agensi Kerajaan. Ia juga merupakan input kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan. Bekalan dimaksudkan adalah seperti bahan binaan, makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan pejabat.

Perkhidmatan

Perkhidmatan adalah ditakrifkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran/kemahiran yang diperoleh untuk melak sana dan menyiapkan sesuatu kerja tertentu. Bidang perkhidmatan terbahagi kepada dua seperti berikut :-

Perkhidmatan Perunding

Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan, pengurusan, pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti seni bina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhidmatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti alam sekitar dan pertanian Perkhidmatan Bukan Perunding

Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyenggaraan dan pembaikan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan

3.2

Jenis dan cara perolehan kerajaan


36

i)

.Pembelian Terus (sehingga RM50,000) Bagi bekalan dan perkhidmatan yang tidak melebihi RM10,000 setahun bagi setiap jenis item, agensi Kerajaan dibenarkan membuat pembelian terus dari mana-mana pembekal, sama ada berdaftar atau tidak, yang menawarkan harga yang berpatutan. Bagi pembelian yang bernilai di antara RM10,000 hingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis item, agensi Kerajaan dibenarkan membuat pembelian terus daripada pembekal bumiputera yang berdaftar dalam bidang yang berkenaan yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan.

ii)

Lantikan Terus (sehingga RM20,000)

Bagi kerja yang tidak melebihi RM20,000, agensi dibenarkan melantik terus kontraktor kelas F dari daerah yang berkaitan iii) Sebut Harga (melebihi RM50,000 hingga RM200,000)

Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM50,000 RM100,000 setahun, agensi kerajaan dikehendaki mempelawa sebut harga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan. Bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan melebihi RM100,000 RM200,000 setahun, agensi Kerajaan dikehendaki mempelawa sebut
37

harga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkaitan. Bagi perolehan kerja yang bernilai melebihi RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 Awam dan dan tidak menggunakan hendaklah Jadual dibuat Kadar dengan Kejuruteraan Bangunan

mempelawa sebut harga.

iv)

Kerja-kerja yang menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan

Bagi kerja-kerja yang menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan, agensi adalah dibenarkan melantik kontraktor secara undian, giliran/pusingan atau sebut harga.

v)

Tender (melebihi RM200,000)

Bagi perolehan melebihi RM200,000 setahun hendaklah dipelawa secara tender. Ini termasuk menggunakan kaedah berikut:

Tender Terbuka Tender ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan
38

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dan Pusat Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.

1.

Tender Terbuka Yang Dikhaskan Kepada Kontraktor Bumiputera Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktorkontraktor Bumiputera untuk mengambil bahagian.

2.

Tender Terbuka Berasaskan Pra-kelayakan Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktorkontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia.

3. Tender Terhad Tender terhad bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja tidak melebihi RM5 juta boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan Lembaga Perolehan Agensi. Tender terhad melebihi nilai tersebut perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia. 3.3 TENDER Bahagian ini akan membincangkan proses tender yang lazim dipraktikkan dalam perolehan kerja-kerja kerajaan. 3.3.1 PELAWAAN TENDER/TAWARAN:
39

Definisi: Suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk mendapatkan persetujuan melakukan sesuatu. Tawaran merupakan proses utama yang dilakukan oleh klien untuk memilih kontraktor yang layak. Pemilihan biasanya dibuat berdasarkan pertandingan yang berasaskan harga dan masa pembinaan. Panggilan biasanya dilakukan oleh klien, JKR, Jabatan Kerajaan, Majlis Tempatan dsbnya. Lazatnya disiarkan dalam dua akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Sila lihat Rajah 3.1 bagi aliran proses menender yang biasa berlaku bagi pemberian kerja oleh JKR atau mana-mana pihak awam yang tertakluk Negara Malaysia. Iklan biasanya menyatakan jenis kerja yang ditawarkan, kelas kontraktor dan pecahan perkara lain yang berkaitan dengan tawaran. Sila rujuk iklan tender untuk mengetahui apakah perkara yang dimasukkan dalam sesuatu iklan tender. kepada prosedur perolehan oleh Perbendaharaan

40

3.3.2

Proses Tender

Perancangan Kementerian dan agensi dikehendaki merancang perolehan. Bagi maksud ini jenis item/perolehan hendaklah ditentukan, carta/jadual proses disediakan, peruntukan dilakukan. kewangan disemak, kontraktor/pembekal dan kepala/sub kepala/gred dan kod bidang pendaftaran dikenal pasti dan kajian pasaran

Spesifikasi Kementerian dan Jabatan dikehendaki menyediakan spesifikasi tender. Bagi maksud ini, Jawatankuasa Spesifikasi perlu ditubuhkan. Spesifikasi hendaklah secara terperinci bagi memberi gambaran secara jelas kepada penender akan apa yang diperlukan atau yang dikehendaki. Spesifikasi tersebut hendaklah berdasarkan kepada fungsi dan performance dengan kepatuhan kepada standard antarabangsa or equivalent boleh dimasukkan ke dalam spesifikasi tersebut. Spesifikasi yang menjurus kepada sesuatu jenama atau negara ditegah sama sekali. Penender boleh membantah di dalam 14 hari dari tarikh tender diiklankan jika spesifikasi tersebut menjurus kepada sesuatu jenama bagi tender tempatan dan 28 hari bagi tender antarabangsa.

41

Dokumen Tender Dokumen Tender dikenakan bayaran dengan harga minimum sebanyak RM50. Kandungan Dokumen Tender akan meliputi syarat-syarat dan terma am, spesifikasi, salinan perjanjian, jadual harga, tempoh penghantaran, tempoh bantahan dan skop kerja yang diperlukan.

Iklan Tender Setiap tender tempatan yang dikeluarkan hendaklah diiklankan di dalam sekurang-kurangnya sebuah akhbar tempatan bahasa Melayu, bagi tender antarabangsa, iklan tersebut akan diiklankan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris serta pemberitahuan juga dihantar kepada Embassy dan High Commission negara-negara yang sesuai dan boleh mengambil bahagian di dalam tender tersebut. Bagi tender yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan, iklan tender juga akan dipaparkan di dalam homepage BPPK. Penender diberi tempoh tidak kurang dari 21 hari untuk mengemukakan tawaran bagi tender tempatan dan tidak kurang dari 56 hari bagi tender antarabangsa.

Jualan Dokumen Tender Dokumen Tender akan dijual mulai tarikh iklan tender tersebut dibuat di dalam akhbar tempatan. Hanya kontraktor/pembekal yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dalam bidang yang berkenaan dibenarkan membeli Dokumen Tender tersebut. Bagi tender antarabangsa, pengecualian diberikan dari syarat-syarat keperluan pendaftaran.

42

Deposit Tender Pembekal/kontraktor tempatan yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan/Pusat Khidmat Kontraktor dikecualikan dari mengemukakan deposit tender. Bagi tender antarabangsa, penender asing diperlukan mengemukakan deposit tender bernilai antara RM62,500 bagi tawaran kurang dari RM5 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi tawaran bernilai RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender kerja, penender dikehendaki mengemukakan deposit tender bernilai RM50,000 bagi kontrak di bawah RM10 juta sehingga deposit bernilai RM1 juta bagi kontrak kerja bernilai RM100 juta.

Masa Tutup Tender Agensi mestilah menetapkan jam 12.00 tengah hari pada hari tawaran ditutup sebagai waktu akhir untuk menerima dokumen tender daripada penender. Tender lewat tidak boleh diterima.

Jawatankuasa Pembuka Tender Jawatankuasa Pembuka Tender hendaklah terdiri dari sekurang-kurangnya dua pegawai di mana seorang daripada hendaklah pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh Ketua Jabatan untuk membuka peti tawaran dan tawaran yang diterima.

Penilaian Tender Bagi tender bekalan dan perkhidmatan, penilaian tender hendaklah dibuat oleh dua (2) Jawatankuasa yang berasingan iaitu Jawatankuasa Penilaian
43

Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga. Jawatankuasa Penilaian Teknikal hendaklah terdiri daripada pegawai yang mempunyai kemahiran, pengalaman serta kelayakan mengenai barangan/perkhidmatan tersebut. Bagi penilaian harga, penilaian boleh dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Harga atau oleh Pegawai Penilai yang terdiri daripada pegawai yang mahir serta berpengalaman dalam bidang tersebut. Bagi penilaian tender kerja ianya hendaklah dilakukan oleh satu Jawatankuasa yang dianggotai oleh tidak kurang daripada dua (2) orang pegawai. Salah seorang daripada hendaklah terdiri daripada juruukur bahan atau pegawai teknikal dalam bidang berkenaan. Laporan Penilaian hendaklah ditandatangani oleh semua ahli jawatankuasa.

Pemilihan Penender Yang Berjaya Laporan daripada Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga hendaklah dirangkumkan untuk mendapatkan syor dan perakuan berasaskan tawaran terendah yang dinilai dan boleh diterima (the lowest evaluated and acceptable tender). Pegawai yang memproses tender adalah bertanggungjawab menyediakan perakuan kepada Lembaga Perolehan berdasarkan tender yang paling menguntungkan Kerajaan. Faktor-faktor seperti harga, latar belakang syarikat, tempoh siap/penghantaran, kualiti, rekod-rekod yang lalu hendaklah dijadikan asas pemilihan.

44

Lembaga Perolehan/Tender

Lembaga Perolehan/Tender Kementerian atau Jabatan adalah diberi kuasa menimbang serta menyetujukan tender sehingga RM50 juta bagi tender kerja dan RM30 juta bagi tender bekalan dan perkhidmatan. Bagi tender yang melebihi had nilai yang dibenarkan atau tender yang keputusannya tidak sebulat suara atau bagi Jabatan-jabatan yang tidak mempunyai Lembaga Perolehan sendiri, perakuan tender hendaklah dikemukakan ke Kementerian Kewangan untuk keputusan muktamad.

Semua tender bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai tidak melebihi RM30 juta dan sehingga RM50 juta bagi tender kerja adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perolehan Kementerian atau Jabatan.

Surat Niat

Surat Niat akan dikeluarkan kepada penender yang berjaya jika perlu. Surat tersebut boleh mengandungi syarat dan terma tambahan bagi memastikan kontrak tersebut berjaya dilaksanakan dan bagi memenuhi dasar-dasar dan aspirasi Kerajaan. Surat Niat tidak legally binding. Apabila Surat Niat dikeluarkan, perubahan. rundingan Keputusan boleh diadakan bagi dengan penender tender untuk adalah membincangkan syarat dan terma tambahan atau apa-apa perubahanmuktamad penerimaan berdasarkan kepada rundingan yang berjaya dengan/atau setuju terima syarat dan terma tambahan.

45

Surat Setuju Terima Jika tawaran penender diterima tanpa apa-apa perubahan Surat Setuju terima boleh dikeluarkan. Jika Surat Niat dikeluarkan dahulu maka selepas rundingan diadakan dan persetujuan dicapai atas apa-apa perubahan, Surat Setuju Terima hendaklah dikeluarkan. Surat Setuju Terima tersebut hendaklah ditandatangani dan dikembalikan kepada agensi bagi penyediaan kontrak. Surat Setuju Terima merupakan dokumen legal dan ianya merupakan sebahagian daripada kontrak.

Kontrak Kontrak secara formal akan dibuat selepas diterima Surat Setuju Terima dari penender yang berjaya. Penender tersebut dikehendaki mengemukakan

Syarat-syarat Penyertaan Tender

Pendaftaran Kontraktor Semua Perolehan Kerajaan hendaklah dibuat daripada Kontraktor yang pendaftarannya masih berkuat kuasa. Pihak berkuasa bagi pendaftaran pembekal dalam bidang bekalan dan perkhidmatan ialah Kementerian Kewangan manakala bagi kontraktor kerja ialah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM). Pengecualian hanya dibenarkan bagi perolehan yang tidak melebihi RM10,000 setahun bagi bekalan dan perkhidmatan mengikut AP 184.2(a).

46

Kontrak Pusat

Perbendaharaan akan menguruskan kontrak pusat bagi barangan guna sama dari semasa ke semasa. Semua Jabatan hendaklah menggunakan kontrak pusat apabila membeli barangan guna sama yang terdapat di dalam kontrak pusat yang diuruskan oleh Perbendaharaan, melainkan mendapat pengecualian Perbendaharaan terlebih dahulu.

3.4

APAKAH YANG PENTING DALAM PROSES MENENDER

3.4.1

Dokumen Tender:

Dokumen yang disediakan adalah untuk kegunaan kontraktor binaan bagi meletak harga tawarannya. (Kaedah penentuan Harga akan dipelajari di Bahagian (Taksiran)] Objektif: menyampaikan gambaran yang paling jelas mengenai sifat dan kuantiti kerja, tapak dan keadaan tanah, tanggungjawab kontraktor, syarat pembayaran dan keadaan lain, pengaruh teknikal dan komersial dalam perlaksanaan kerja. Keperluan asas dokumen tender: Peruntukan dalam dokumen tender mestilah menjadi asas kepada kontrak dan boleh dilaksanakan oleh kontraktor. Peruntukan dalam dokumen tender mestilah menggambarkan perolehan mengikut tatacara yang dibenarkan oleh Perbendaharaan.
47

3.4.2

Kerja untuk dilaksanakan mestilah didefinisikan dengan jelas dan tepat. Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak nyata dan kehendak lain Jabatan/Kementerian Pelanggan. Kerja yang ditentukan mestilah memenuhi kehendak-kehendak JKR Penyediaan Dokumen Tender

Dokumen tender yang dikeluarkan mengandungi perkara berikut: Kontrak berdasarkan Senarai Kuantiti Surat pelawaan menender Surat semakan mengemukakan tender Borang tender JKR203B Sem 1/82 Borang latar belakang kontraktor dan butir-butir sepuluh kerja kontrak yang terah disiapkan dan sedang dilaksanakan Spesifikasi Senarai Kuantiti Lukisan-lukisan.

Kontrak Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi Surat pelawaan menender Senarai semakan mengemukakan tender Borang tender JKR203C- sem 1/82 Borang latar belakang kontraktor Spesifikasi Ringkasan tender Jadual kadar Harga Lukisan-lukisan.

48

Borang tawaran : Borang yang digunakan oleh pihak yang membuat tawaran serta penender. Harga tawaran serta tempoh penyiapan pembinaan perlu dinyatakan oleh penender. Penentuan Kerja (Spesifikasi) :Penentuan kerja yang menerangkan dan menghuraikan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kontrak. Di antaranya ialah: Kerja-kerja yang termasuk dalam tawaran Mutu minimum bahan binaan yang diperlukan termasuk kerja-kerja pembinaan Menerangkan bagaimana sesuatu kerja patut dilakukan Menetapkan mutu minimum penghasilan kerja.

Jadual Kadar Harga: Jadual yang disediakan oleh klien biasanya mengandungi senarai harga dalam membuat sesuatu elemen binaan. Harga ini termasuk harga bahan dan upah tetapi tidak termasuk keuntungan. Ianya digunakan jika terdapat perubahan kerja semasa kontrak masih berkuat kuasa. Ia juga membantu kontraktor dalam menentukan harga. Lukisan : Ia menggambarkan sesuatu kerja yang perlu dibuat dan disudahkan oleh kontraktor. Ia menjadi penerangan kepada kontraktor. Senarai bahan (BQ): Senarai kuantiti disediakan untuk projek yang lebih rumit. Selain daripada berasaskan keluasan lantai, BQ membolehkan kontraktor membuat anggaran lebih tepat bagi projek yang dicadangkan.

49

3.4.3

Dokumen Meja Tender

Naskah/Dokumen Meja Tawaran: Untuk rujukan dan pemeriksaan kontraktor. Naskah ini biasanya terkandung beberapa dokumen tertentu yang berkaitan dengan projek yang ditawarkan. Ini termasuklah syarat-syarat kontrak borang tawaran, lukisan, penentuan kerja dan lain-lain lagi. Dokumen Meja Tender mengandungi dokumen tender dan dokumen-dokumen lain mengikut susunan seperti berikut: Kontrak Berdasarkan Senarai Kuantiti Surat pelawaan menender Senarai semakan Perkara-perkara perjanjian dan syarat-syarat kontrak dan Lampiran berkembar (JKR203A Sem10/83) Borang tender Borang Latar belakang kontraktor Borang Setuju Terima Borang Gerenti bank dan Insurans untuk Bon perlaksanaan Spesifikasi Senarai Kuantiti Lukisan-lukisan

Kontrak Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi semua seperti di atas dan ditambah dengan Ringkasan Tender dan Jadual kadar harga.

50

Naskah meja tawaran (T.T.D) biasanya akan dipamerkan di tempat-tempat berikut; 1.Sekiranya tawaran dipanggil Pengarah Negeri, akan dipamerkan di pejabat pengarah atau pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan. 2. Sekira nnya Persekutuan, naskah meja tawaran akan dipamerkan di Bahagian Kontrak Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur.

3.5

JENIS-JENIS TENDER

Beberapa jenis tawaran yang biasa diamalkan di negara kita termasuk; Tender/tawaran Terbuka Tender/tawaran Terhad atau Tender Terpilih Tender/tawaran Perundingan Tender/tawaran Pra Kelayakan

Jenis-jenis tawaran yang lazim diamalkan di negara kita sama ada melalui persaingan, perundingan atau kombinasi termasuk;

51

Tender Terbuka

Pelbagai

Tender terpilih satu peringkat Prosedur tender

Usahasama Tender terpilih dua peringkat

Perundingan

TENDER

PERTANDINGAN

PERUNDINGAN

HYBRID

Rajah 3.2

KAEDAH-KAEDAH TENDER

52

3.5.1

Tender/tawaran Terbuka:

Tender ini terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM -CIDB) dan Pusat Khidmat kontraktor (PKK) bagi kerja.

Tender TerbukaYang Dikhaskan Kepada Kontraktor Bumiputera Tender ini dilaksanakan dengan mempelawa hanya kontraktor-kontraktor Bumiputera untuk mengambil bahagian.

Tender Terbuka Berasaskan Pra-kelayakan - Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-kontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia

Tawaran ini biasanya digunakan oleh kerajaan dan badan berkanun. Kaedah ini membolehkan pihak klien mendapat harga yang munasabah untuk sesuatu projek. Pihak Klien akan mengeluarkan iklan tawaran di akhbar-akhbar utama tempatan menjemput kontraktor yang berkelayakan untuk membuat tawaran harga bagi projek yang dicadangkan.

53

Rajah 3.3 Aliran Proses Tender Terbuka

54

Harga yang ditawarkan oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran kasar pembinaan sesebuah bangunan (yang mana termasuk kos langsung dan tidak langsung) {Kaedah Menganggar akan ditunjukkan dalam Taksiran} Pemilihan biasanya akan bergantung kepada harga yang terendah. Walau bagaimana pun terdapat beberapa kriteria lain yang juga diambil kira dalam pemilihan kontraktor. Kriteri ini akan dibincang dengan lebih terperinci dalam bahagian penilaian tender. Kebaikan: i) ii) iii) memberi peluang kepada kontraktor yang baru berdaftar Tawaran lebih kompetitif Klien dapat memilih harga yang terendah Jenis tawaran ini lebih sesuai untuk pembinaan yang rendah atau sederhana hartanya Keburukan ii) Proses penyediaan tawaran mengambil masa yang lama. Masa yang panjang diperlukan untuk pengiklanan, penyediaan lukisan lakar, senarai bahan dokumen yang berkaitan. Kaedah ini tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera iii) Penerimaan sebut harga yang terendah adalah merbahaya. Ini mungkin menghasilkan mutu kerja yang rendah atau bahan yang tidak berkualiti. iv) v) Pemilihan harga terendah tidak menggalakkan penggunaan peralatan serta teknologi terkini di dalam projek tersebut. Kesukaran timbul di dalam pemilihan kontraktor kerana banyak penyertaan. Ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan kewangan.

55

3.5.2

Tender/tawaran Terhad atau Tawaran Terpilih

Tender Terhad

Tender terhad bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja tidak melebihi RM5 juta boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan Lembaga Perolehan Agensi. Tender terhad melebihi nilai tersebut perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia. Tawaran Terhad adalah tawaran yang dibuka kepada semua kontraktor yang telah ditetapkan di dalam kategori yang dinyatakan dalam notis tawaran. Contohnya, tawaran dibuka kepada Kontraktor bumiputera atau Kelas tertentu. Tawaran Terpilih: Tawaran hanya dikemukakan kepada pemborong yang telah dipilih oleh klien. Pertandingan merebut tawaran ini hanya di kalangan mereka yang terpilih. Kebiasaannya kontraktor dipilih berdasarkan kebolehan serta pengalaman di dalam projek yang ditawarkan.

56

Rajah 3.4

Aliran Proses Tender Terhad

57

Pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan lukisan lakar, senarai bahan dan juga penyediaan senarai pemborong bahan binaan. Dua kaedah yang lazim digunakan untuk menyenaraikan nama-nama kontraktor ialah; a) Perunding yang mewakili klien akan mengambil dan menyenaraikan nama kontraktor yang layak. Apa kontraktor memasuki tawaran, pihak klien akan memilih seorang kontraktor yang meletakkan harga yang munasabah; biasanya yang terendah. b) Proses yang diterangkan di dalam Kod Peraturan Pemilihan. Kelebihan Tawaran Terhad/Terpilih Kontraktor yang mahir dan terpilih sahaja memasuki tawaran. Oleh itu hasil kerja yang berkualiti akan dapat diperoleh. Tawaran jenis ini sesuai untuk kerja khas yang memerlukan kecekapan dan pengalaman yang jarang terdapat pada kontraktor utama. Keburukan Tawaran Terhad/Terpilih

Kebanyakan kontraktor Yang disenaraikan terdiri daripada yang mahir dan berpengalaman. Kemungkinan berlaku pakatan di antara kontraktor; pakatan harga. Risiko sekiranya perubahan keupayaan kontraktor yang dipilih. Tawaran tidak begitu meluas kerana hanya beberapa kontraktor sahaja terpilih.

58

3.5.3

Tender/tawaran Perundingan

Klien akan mangenalpasti kontraktor dan menghantar surat kepada kontraktor tertentu menjemput membuat rangka belanjawan bagi projek yang dirancakkan. Kebiasaannya latar belakang kontraktor diketahui oleh klien. Kos yang terlibat juga lebih rendah. Dua jenis tawaran perundingan yang biasa dijalankan ialah; 1 Tawaran yang diambil oleh kontraktor Antarabangsa.

Tawaran ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar dan kerja-kerja kejuruteraan yang bermutu tinggi. Notis akan diberi kepada kontraktor yang terlibat. Dengan itu kontraktor boleh menyediakan perkara yang perlu untuk projek yang dicadangkan. Selepas klien menilai kontraktor-kontraktor, borang tawaran akan dikeluarkan dan diberikan kepada kontraktor yang terpilih. 2 Tawaran oleh Firma Arkitek.

Borang tawaran dikeluarkan kepada sebilangan kecil kontraktor yang terpilih ataupun yang telah menjadi anak syarikat atau ahli firma, contohnya PKENJ dan anak-anak syarikatnya. Segala keperluan dan perbelanjaan dibincangkan bersama. Pemilihan tawaran dibuat oleh arkitek yang bertanggungjawab.

59

Rajah 3.5 Carta Aliran Secara Rundingan Terus Bagi Perolehan Kerja

60

3.4.4

Tender/tawaran Pra kelayakan

Tawaran pra kelayakan ini dilaksanakan bagi projek yang tertentu sahaja. Tujuan nya adalah untuk mendapatkan maklumat atau latar belakang pengalaman, kemahiran, modal pusingan yang tinggi dan penggunaan teknik model kontraktor. Tawaran pra kelayakan akan diiklankan bagi mendapatkan pemborong yang berkelayakan bagi memasuki tender. Perjalanan tender pra kelayakan lebih mirip kepada sistem tawaran terbuka. Penilaian dibuat berdasarkan kedudukan kewangan dsbnya.

Langkah seterusnya ialah mungkin berupa tender terpilih atau terbuka atau perundingan.

Carta Aliran Tender Kerja Bagi Pra-Kelayakan (Pre-Q) ditunjukkan dalam Rajah 3.6

61

Rajah 3.6

Carta aliran tender pra kelayakan

62

63

3.5

STRATEGI MENENDER

o Adakah tawaran/bida cukup rendah untuk memenangi tender o Jika diterima, apakah kedudukan kewangan apabila projek siap sama (lebih kurang sama) dengan belanjawan. Apakah risiko?. Akibat negatif, apa yang diramalkan tidak tercapai. Ketakpastian: tiada maklumat atau tidak diketahui. Antara risiko dan ketidaktentuan dalam menender. o Pembuat keputusan emosional, teknik yang digunakan o Risiko projek maklumat tidak lengkap, perubahan harga barangan, teknologi dan kaedah perolehan kontrak. o Risiko daripada klien/ profesional kelewatan, pembayaran, pertelingkahan. o Risiko menggunakan teknik menganggar/menender yang tidak praktikal. STRATEGI MENENDER Menender atau tidak?.. cubaan atau betul-betul?.. Faktor yang diambil kira apabila membuat keputusan untuk membida. o Klien o Jenis-jenis kerja o Nilai projek o Beban kerja semasa o Lokasi projek o Syarat-syarat kontrak o Sumber-sumber yang diperlukan untuk menjalankan kerja o Masa untuk menender
64

3.6 PENILAIAN TENDER Selepas tender dibuka dan disenaraikan ia akan dikembalikan ke pejabat yang memanggil tender tersebut untuk dibuat penilaian dan pengesyoran kepada Lembaga Tender. Surat Setuju terima akan dikeluarkan setelah peruntukan dan kelulusan daripada Perbendaharaan diterima.

Beberapa syarat mesti dipatuhi semasa penilaian tender: Tender yang perlu dipertimbangkan adalah terhad kepada tender yang telah dibuka dan disenaraikan dalam jadual tender sahaja. Tiada pindaan boleh dibuat setelah diserahkan Tiada tender alternatif dibenarkan sekiranya tidak diperuntukkan dalam dokumen tender. Tiada perhubungan antara penender boleh dibuat.

Penilaian dibuat ke atas aspek: Kecukupan dokumen. Tender Harga Munasabah Kemunasabahan tempoh siap kerja Keupayaan penender

Perincian dalam bahagian seterusnya.

65

3.6.1

Kriteria pemilihan kontraktor

Pemilihan akan dijalankan oleh Lembaga Tawaran. Faktor yang diambil kira ialah:
Faktor-faktor A Kesempurnaan tender Ulasan dokumen Ini bagi memastikan semua maklumat yang dikehendaki oleh klien akan didapati seterusnya memenuhi syarat-syarat tawaran untuk mendapatkan kerja/projek Harga terendah berkemungkinan menarik minat klien dan mungkin di utama berbanding faktor lain Kedudukan dan kekukuhan kewangan kontraktor akan di nilai bagi memastikan kontraktor boleh menjalankan dan menyiapkan projek yang bakal di anugerahkan. Rujukan bank biasanya untuk memastikan prestasi kewangan kontraktor. Kemajuan yang lepas perlu untuk menilai keupayaan kontraktor dalam menyiapkan kerja /projek

B C

Harga Keupayaan Kewangan -Kedudukan Kewangan -Rujukan Kewangan

Kemajuan Yang lepas -Kegagalan menyempurnakan kontrak -Kelewatan -Pertambahan kos -Kualiti yang di capai Pengalaman yang lalu -skala projek yang pernah di siapkan -Jenis projek yang pernah di siapkan -berpengalaman dengan lokasi projek Sumber -sumber fizikal -sumber tenaga manusia Beban kerja semasa Hubungan Kontraktor klien dan

Pengalaman teknikal, imej dan prestasi kontraktor boleh di lihat daripada projek-projek yang pernah di siapkan.

F G H I

Kontraktor harus mempunyai sumber mencukupi untuk menjalankan projek Menganalisis sekiranya projek membolehkan kerja baru di ambil di

yang tangan

Prestasi Keselamatan

66

3.6.2

Punca utama kegagalan kontraktor

1. TIDAK CUKUP MODAL MINIMA Penender perlu mengemukakan bukti sokongan bukti sokongan yang menunjukkan mereka mempunyai modal dalam bentuk aset cair sekurang-kurangnya nya 3% daripada anggaran Jabatan. Aset mudah cair adalah seperti berikut: Modal Pusingan Nilai positif purata bagi 3 bulan terakhir Saham Amanah Kemudahan Kredit Deposit Tetap

Kesilapan yang sering dilakukan oleh penender yang menyebabkan tender yang dikemukakan tidak dipertimbangkan Tidak mengemukakan sebarang dokumen kewangan, oleh itu keupayaan minimum kewangan tidak dapat dinilai Mengemukakan dokumen kewangan tetapi keupayaan modal minimum tidak mencukupi berbanding 3% daripada anggaran Jabatan yang ditetapkan Tidak mengemukakan penyata bulanan akaun bank bagi tiga bulan terakhir Mengemukakan penyata akaun bank 3 bulan tetapi bernilai negatif Kemudahan Kredit dikemukakan adalah outdated ataupun diragui Laporan bank (CA) yang dikemukakan tidak menyatakan sebarang nilai kemudahan kredit yang diberikan atau tiada komitmen. mengemukakan saham yang tidak boleh terima seperti ASNM, saham syarikat dan simpanan Tabung Haji
67

Deposit Tetap tempoh matang telah berakhir Lambaran imbangan yang dikemukakan tidak diaudit atau bukan terkini

2. HARGA TENDER SANGAT RENDAH BERBANDING DENGAN ANGGARAN JABATAN DAN TIDAK MEMPUNYAI KRITERIA YANG DIPERLUKAN UNTUK DIPERTIMBANGKAN Harga Kompetitif, tiada kesilapan pengiraan yang serius dan status rendahnya adalah marginal. Berpengalaman menjalankan 2 projek serupa dalam masa 5 tahun lepas dengan cemerlang Prestasi kerja semasa cemerlang Mempunyai kakitangan teknikal atau loji

Kegagalan kontraktor Punca-punca Harga tawaran sangat rendah, tidak marginal dan tidak kompetitif Tiada pengalaman cemerlang, prestasi kerja semasa tidak cemerlang dan tiada kakitangan teknikal. 3. DOKUMEN TENDER TIDAK SEMPURNA Kriteria kesempurnaan tender adalah seperti berikut: Borang Tender di tanda tangani oleh penender Penanda tangan ditauliahkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor(PKK ) Harga tender tercatat di borang tender Pendaftaran PKK masih sah dan tiada tindakan tatatertib.

68

Mengembalikan dokumen asas seperti Borang tender, senarai kuantiti/ringkasan, adenda reka bentuk projek turnkey)

Kegagalan kontraktor Borang tender tidak di tanda tangan Penanda tangan tidak ditauliahkan oleh PKK Harga tawaran tidak tercatat di Borang Tender Pendaftaran luput /batal Gagal mengemukakan dokumen asas

4. PRETASI KERJA KURANG MEMUASKAN Kriteria yang diambil kira ialah tiada projek sakit (ie 30%/ terkebelakang dari jadual Kerjanya) atau menghadapi tindakan untuk penamatan kerjanya . Terdapat ulasan dari Pegawai penguasa / penyelia projek bahawa prestasi adalah lembap serta tidak memuaskan e.g. Surat amaran daripada JKR, Notis Penamatan Kerja, Perakuan kerja tidak siap dan laporan jurutera projek Kegagalan kontraktor Penender mempunyai projek yang sakit Kemajuan projek semasa adalah lembap dan kurang memuaskan Mempunyai rekod buruk seperti. Projek ditamatkan.

5. TAHAP KEUPAYAAN WANGAN KURANG 6. TAHAP KEUPAYAAN TEKNIKAL KURANG

69

3.7

Penutup

Bab ini telah membincangkan definisi, jenis tender dan proses yang dilalui dalam perolehan kerja sektor awam. Perlu diingatkan bahawa dipihak swasta keadaan banyak berbeza kerana perolehan kerja disektor swasta tidak tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan sebagaimana sektor awam. Bahagian seterusnya akan melihat kontrak pembinaan dengan lebih dekat.

70

BAHAGIAN D KONTRAK PEMBINAAN

71

BAB 4.0 KONTRAK PEMBINAAN 4.1. Pengenalan

Setelah membincangkan jenis, proses dan prosedur tender, bahagian ini akan membincangkan dengan lebih lanjut kontrak dalam pembinaan yang lazim di praktiskan di Malaysia.

4.2

Makluman penerimaan

JKR/klien akan memaklumkan penerimaan ini kepada kontraktor yang berjaya. Dengan itu kontrak terjalin di antara klien dan kontraktor. Jenis Kontrak yang akan digunakan bergantung kepada jenis yang ditentukan diperingkat awal sebelum tender dikeluarkan. Terdapat beberapa jenis kontrak yang biasa diamalkan dan dibincangkan dalam bahagian seterusnya. Borang Penerimaan Tawaran: Borang ini biasanya mengandungi butir-butir seperti berikut: Butir-butir mengenai kontrak Harga tawaran diterima Tarikh permulaan kerja Jumlah wang cagaran prestasi (performance bond) Polisi-polisi insurans yang perlu diambil.

72

Kontraktor yang berjaya menerima surat penerimaan tawaran, hanya boleh memulakan kerja setelah perkara berikut dilaksanakan; Surat penerimaan tawaran itu hendaklah ditandatangani dan dipulangkan kepada JKR. Mengemukakan jaminan perlaksanaan PERKESO Menyediakan polisi-polisi insurans yang dikehendaki Mengemukakan resit-resit bagi polisi-polisi insurans yang dibeli.

Insurans yang diperlukan II melindungi kecederaan kepada manusia dan harta Menyediakan ganti rugi kepada pekerja perlindungan daripada kecurian, kebakaran dsb. Menentukan harga tawaran Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan untuk menentukan harga tawaran. Ini akan di lihat di bahagian 2 subjek ini. III Memastikan syarat tawaran/tender dipenuhi.

Apabila pihak JKR, contohnya, mengeluarkan surat penerimaan tawaran kepada kontraktor yang berjaya, maka kontrak terjalin. Apabila kontraktor menarik diri selepas surat setuju terima dikeluarkan dan enggan memulakan kerja, maka kontrak akan terbatal. Kontrak yang di mansuh akan dipanggil semula. Wang cagaran kontraktor akan dirampas.

73

Kebiasaannya tawaran kontraktor dikira laku di dalam tempoh 60 hari. Sekiranya tawaran telah dimasukkan ke dalam peti tawaran,penarikan diri boleh mengakibatkan pendaftaran digantung. 4.3 KONTRAK PEMBINAAN

Definisi: Satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. 1. Penyediaan Dokumen Kontrak Dokumen kontrak perlu disediakan oleh orang yang berpengalaman, kerana ia menjadi asas yang utama untuk pasukan pengurusan projek mengenakan kawalan semasa fasa pembinaan. Kontrak itu sendiri akan didefinisikan dalam dokumen undang-undang yang menerangkan tugas dan tanggungjawab peserta yang terlibat di dalam kontrak. Untuk kerja-kerja pembinaan, borang kontrak yang piawai telah direncanakan dan pihak yang terlibat diminta menggunakannya. Dokumen kontrak yang lain ialah dokumen yang diperlukan untuk mendefinisikan dengan terperinci bangunan yang dikehendaki oleh klien: lukisan, spesifikasi, jadual, bil kuantiti, skala waktu, dan disediakan semasa peringkat reka bentuk. Dokumen kontrak hendaklah mengandungi dokumen tender dan dokumendokumen lain yang disusun mengikut aturan tertentu. Borang kontrak piawai(setara) yang lazim digunakan di Malaysia ialah Projek Sektor awam: Bangunan dan Kerja Kejuruteraan

74

o JKR 203A (semakan 10/83)-BQ daripada kontrak

merupakan sebahagian

o JKR 203 (semakan 10/83)- kontrak berasaskan Lukisan dan sepesifikasi o JKR 203N (semakan 10/83)- digunakan untuk sub-kontraktor dinamakan dan kontraktor utama menggunakan 203 dan 203A. o JKR 203P (semakan 10/83)- digunakan untuk pembekal dinamakan dan kontraktor utama menggunakan 203 dan 203A. Projek Sektor swasta kerja bangunan o PAM 1998 (untuk kontraktor utama) o PAM 1998 (tanpa Kuantiti) o PAM 1998 digunakan untuk subkontraktor dinamakan. Projek sektor swasta kerja kejuruteraan - IEM International/foreign Forms: FIDIC JCT Forms CIDB (Standard Form of Contract for Building, Civil Engineering Works, Design and Build, etc) Putrajaya Standard Form of Contract ICE

Penggunaan borang kontrak yang piawai disyorkan keranao o o o isi kandungan akan mudah dimaklumi dan difahami oleh terma yang digunakan mudah difahami dapat menyelesaikan ia telah diuji di sisi undang-undang penyediaan borang baru adalah mahal dan memakan masa.
75

pihak yang terlibat kesukaran pentafsiran

Jenis, Bentuk Kontrak Pembinaan atau kejuruteraan terbahagi kepada; kontrak berasaskan kaedah pengendalian projek kontrak berasaskan harga atau pembayaran o harga tetap o bayar ganti kos, dan o kontrak pelbagai kontrak pelbagai seperti Bina Kendali dan Pindah

Pemilihan kontrak yang akan digunakan bergantung kepada beberapa faktor seperti: 4.4 penglibatan klien dalam proses pembinaan (minimum, langsung) pemisahan reka bentuk daripada pengurusan memelihara hak klien untuk meminda spesifikasi Remedi kontraktual Tempoh Masa projek Ketentuan Harga

Kontrak berasaskan Kaedah Pengendalian Projek

Bagi meminimumkan risiko yang disebut di atas, kaedah pengendalian projek yang sesuai perlu dipilih. Empat kaedah yang dipraktikkan iaitu;
76

a) b) c) d)

Kaedah tradisional Kaedah reka bentuk dan bina Kaedah pengurusan pembinaan Kaedah lain-lain: Build, Operate and Transfer

Secara amnya jenis kontrak berdasarkan kaedah perolehan kontrak ditunjukkan dalam Rajah 4.1. Setiap kaedah mempunyai atur cara kontrak tersendiri. Atur cara kontrak akan dibincangkan di dalam bahagian seterusnya.

a)

Kaedah Tradisional

Klien

terlebih

dahulu

perlu

memilih

pereka

bentuk

profesional

yang

bertanggungjawab mereka bentuk dan menyiapkan dokumen kontrak. Perunding akan menyelaraskan semua kumpulan terlibat dalam pembinaan.. Arkitek atau

77

profesional lain akan dilantik untuk mentadbirkan kontrak yang dijalin. Rajah 4.2 menunjukkan secara ringkas hubungan pihak dalam kaedah pengurusan tradisional. Bayaran fee biasanya merupakan bayaran secara pukal lump-sum atau merupakan peratusan daripada nilai kontrak projek. Pemilihan kontrak akan dibuat berdasarkan harga terendah yang ditawarkan. Kontraktor boleh menjalankan pembinaan sendiri atau melantik subkontraktor.

EMPLOYER

Contractual Link Responsibility

PROFESSIONAL -REKABENTUK DAN PENTDABIRAN KONTRAK KONTRAKTOR UTAMA

DOMESTIC SUB-CON

NOM SUB-CON

SUB-SUB CON

SUPPLIERS

SUB-CON

SUPPLIERS

Rajah 4.2

Kaedah Tradisional

Kebaikan kaedah: kaedah ini lebih mudah kerana semua pihak yang terlibat telah memahami tanggungjawab masing-masing. Dengan itu ketidaktentuan diminimumkan seterusnya risiko dikurangkan.

78

risiko dalam pembinaan terletak sepenuhnya di tangan kontraktor. Oleh itu tuan punya di lindung daripada lebihan kos yang timbul akibat kelewatan. kaedah ini membolehkan klien mendapat harga yang terendah dalam pasaran (lebih ekonomik). Penglibatan klien atau tuan punya boleh diminimumkan kerana kerja-kerja pembinaan serta pengurusan akan dilakukan oleh pihak lain. Klien hanya mendapat laporan dari masa ke semasa.

Keburukan: Pakar pembinaan tidak terlibat sehingga peringkat reka bentuk siap. masa sukar dikurangkan bagi kerja-kerja mereka bentuk dan pembinaan. Turutan kerja yang linear, menyukarkan pertindihan kerja untuk mengurangkan tempoh pembinaan. Ini menyebabkan pertambahan kos . Interaksi di antara pasukan juga sukar seterusnya boleh menyebabkan perbalahan. b) Kaedah Reka dan Bina (Build and Design) (kombinasi pereka bentuk-kontraktor). Kaedah ini menyediakan satu kontrak dan tanggungjawab sepanjang hayat projek. Kontraktor diberi tawaran untuk mereka bentuk dan membina projek dengan memperuntukkan sejumlah kos termasuk kos mereka bentuk dan pembinaan. Kaedah ini digunakan secara meluas di sesetengah pembangunan terutamanya bangunan industri: kilang. Klien akan mendapatkan kontraktor utama yang mereka bentuk projek , mendapatkan bahan, mengupah dan menyelia pekerja di tapak.

79

EMPLOYER/ KLIEN

PENASIHAT PROFESIONAL

KONTRAKTOR

PROFESIONAL

SUB-KON

SUB-KON

Sub-sub Kon

Pembekal

Sub-sub Kon

Pembekal

Hubungan Kontrak Tanggungjawab

Rajah 4.3 Kebaikan kaedah:

Kaedah Reka dan Bina

Komunikasi di antara pasukan reka bentuk dan pembinaan lebih teratur. Kerjasama yang wujud memudahkan penjadualan dan pengawalan projek. Membolehkan input seperti analisis constructability, value engineering dan sub-contractor pricing digunakan di peringkat reka bentuk. Sebarang perubahan lebih mudah diuruskan kerana di tadbir di bawah kontrak yang sama. Tuan punya/klien tidak terlibat dengan urusan harian dengan itu kurang guna tenaga diperlukan.

80

Keburukan: c) Harga sebenar tidak dapat ditentukan kerana firma dilantik sebelum reka bentuk dimulakan. Harga ditetapkan terlalu awal dengan itu risiko mengorbankan kualiti bagi menimbal untung. Penglibatan minimu klien boleh menjadikan klien tidak dapat mengikuti perkembangan projek dengan baiknya. Kurang check and balances kerana kontraktor dan pereka bentuk bekerja di syarikat yang sama. Persaingan tidak berlaku Management Contracting (Kontrak Pengurusan) Kaedah ini melibatkan pihak lain yang akan bertindak menguruskan projek. Kaedah ini lebih sesuai untuk projek yang besar. pengurusan ke atas profesional lain. Kontraktor dilantik sebagai Perunding tambahan. Kontraktor Pengurusan tidak terlibat untuk membina secara langsung Kontraktor Pengurusan memberikan perkhidmatan dan menerima yuran. Kontraktor pengurusan menyatukan proses pengurusan dan pembinaan. Pertindihan aktiviti semasa design dan pembinaan dapat dibuat, dengan itu masa dapat dijimatkan. Pemilihan kontraktor adalah berdasarkan kriteria seperti yuran pengurusan yang dikenakan, anggaran kos pengurusan tapak, belanjawan kos prima, sumber buruh kontraktor, asas bayaran buruh dan draf atur cara. Pengurus Projek Eksekutif mempunyai kuasa eksekutif dan mengambil alih tugas

81

Kebaikan Kerjasama antara semua pihak yang terlibat dapat dijalin dengan adanya kontraktor pengurusan. Penglibatan kontraktor di peringkat awal membolehkan penganalisisan dan langkah penting diambil seperti mengimplementasikan value engineering. Perubahan dapat di uruskan dengan lebih mudah berbanding dengan kaedah tradisional. Perubahan lebih mudah dikesan dan langkah perlu dapat diambil. Keburukan: Sekiranya ada pihak yang tidak memberi kerjasama, amat sukar bagi pengurusan menjalankan tugasannya. Penglibatan klien yang menyeluruh perlu. Sekiranya klien/tuan punya tidak mampu menjalankan tugasnya, pengurus projek dilantik.

KLIEN

PASUKAN PROFESSIONAL

KONTRAKTOR PENGURUSAN

KONTRAKTOR

KONTRAKTOR

KONTRAKTOR

Hubungan kontrak Tanggung jawab

82

Rajah 4.4

Bina Kendali dan Pindah

d) Pengurusan Projek

Kuasa pemilik diberikan kepada pengurus projek. Pengurus Projek akan memberi nasihat dan panduan kepada pemilik ketika membuat keputusan untuk membina (memaju), bentuk pembiayaan, perolehan tanah, lantikan perunding serta kontraktor. Perancangan, kawalan dan arahan bagi projek dibuat mengikut kehendak pemilik. Pengurus projek bertanggungjawab menyatukan semua yang terlibat bagi memastikan projek disiapkan dalam kos dan masa yang ditetapkan. Pengurus projek menjadi wakil pemilik/klien. Mengambil kira nasihat profesional dari pihak lain serta memanfaatkan untuk pemilik.

e)

Built, Operate and Transfer

BOT merupakan sebahagian daripada program menswatakan pembangunan projek pembinaan. Di bawah skim ini, kontraktor bertanggungjawab kepada; Membiayai projek di setiap peringkat Menjalankan kerja mereka bentuk dan pembinaan Menjalankan operasi dan penyenggaraan bagi projek Memindahkan projek kembali kepada klien apabila tamat tempoh konsesi.

83

Pembinaan projek infrastruktur banyak melibatkan penggunaan BOT terutama dalam projek yang boleh menjana pendapatan setelah disiapkan. Contoh projek adalah Projek Lebuh raya Utara Selatan.
PENAJA

PEMBIAYA

PEMEGANG KONSESI

PELABUR SWASTA

KONTRAKTOR: PEMBINAAN

KONTRAKTOR: PENYENGGARAAN

KONTRAKTOR: OPERASI

Sub-kontraktor Pengurus Projek dlln

Sub-kontraktor Penyenggaran Pengurus Fasiliti

Pentadbir Kewangan Pembekal

Rajah 4.5 BOT 4.4 Kontrak - pembayaran

Jenis-jenis kontrak yang biasa digunakan adalah; Kontrak Harga tetap Ukur dan Nilai Kontrak Bayar Ganti Kos Kontrak Kos Sasaran

84

KONTRAK BERASASKAN PEMBAYARAN

HARGA TETAP

BAYAR GANTI KOS

JENIS HYBRID

KONTRAK PUKAL

KONTRAK UKUR & NILAI KUANTITI

KONTRAK TURNKEY

KONTRAK KOS SASARAN

DGN BQ LUKISAN DAN SPEK

KONTRAK KOS NILAI JADUAL

KOS + FI TETAP

KOS + % FI

KOS + FI BERUBAH

Rajah 4.6

Kontrak Berasaskan Pembayaran

a.

Kontrak Tetap (Lump Sum) Kontrak di mana kontraktor menyatakan suatu harga bagi semua kerja-kerja yang dilakukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam pelan dan penentuan kerja. Kontrak harga muktamad digunakan dalam kontrak harga tetap yang tidak membenarkan naik turun harga itu dengan kos buruh dan bahan.

85

Senario Kontrak harga tetap Kontraktor menjalankan kerja pada harga yang telah dianggarnya Ia biasanya digunakan bagi pembinaan bangunan yang mana tidak banyak melibatkan perubahan. Harga kontrak tida boleh diubah atau dilaras Harga hanya boleh berubah dengan perubahan kerja yang dibuat atas arahan klien. Kontrak ini boleh dilaksanakan dalam tiga cara Kontrak Harga Tetap yang berdasarkan kepada lukisan yang disertakan dengan penentuan kerja. Kontrak Tetap yang berdasarkan kepada lukisan dan senarai bahan Kontrak Tetap yang berdasarkan kepada lukisan dan Jadual kadar Harga.

b)

Ukur dan Nilai

Sejenis kontrak yang tidaK melibatkan kontrak tetap tetapi kerj-kerja diukur dan dinilai sebaik sahaja kerja berjalan dan menunjukkan kemajuan. Pembayaran merupakan jumlah atau kuantiti kerja yang dibuat oleh kontraktor. Juga dikenali sebagai kontrak berjadual atau kontrak ukuran, adalah kontrak yang digunakan apabila tidak terdapat jumlah kontrak tetap dinyatakan tetapi apabila kerja diukur dan dinilai sepanjang projek dijalankan bagi menentukan jumlah bayaran kepada kontraktor.

86

Kontrak jenis ini digunakan apabila, kualiti dan skop kerja tidak dapat dipastikan dengan tepat pada masa tender dikeluarkan. Bagi membolehkan kontraktor meletakkan harga, asas disediakan oleh klien dalam pelawaan tender. Projek yang lazim menggunakan kaedah ini adalah projek kejuruteraan dan infrastruktur. Dua jenis kontrak ukur dan nilai adalah; Kontrak berasaskan kuantiti tepat Kontrak berasaskan jadual harga

c)

Kontrak Bayar Ganti Kos (Cost reinbursement)

Kontraktor mendapat kesemua kos dan fi dan kontrak di mana kontraktor mendapat kos sebenar yang dikeluarkan berserta fi. Kontrak bayar ganti kos digunakan untuk membayar kepada kontraktor kos asas sebenar bagi buruh, bahan, penggunaan loji, mengikut kos bersih dan ditambah suatu yuran. Yuran/fi mungkin sejumlah wang keseluruhan nya atau sejumlah peratusan kos asas yang ditetapkan terlebih awal. Tujuan yuran/fi ialah untuk membayar kontraktor bagi kos pengurusan, perbelanjaan asas dan keuntungan. (Sekiranya terdapat banyak perubahan, kontrak jenis ini mungkin menjadi kontrak ukur dan nilai yang menggunakan senarai kuantiti)

87

Kontrak jenis bayar ganti kos terdiri daripada dua bahagian utama: e) Kos Asas yang meliputi semua kos yang ditanggung oleh kontraktor yang boleh diperuntukkan secara langsung kepada kerja kontrak (kos buruh, kos bahan dan kos loji) f) Yuran merupakan bayaran keuntungan dan kos tidak langsung yang tidak dapat diperuntukkan kepada sesuatu kontrak tetapi perlu diagihkan.

c.

Kontrak Kos Sasaran

Kontrak di mana jumlah kontrak dikira dengan membandingkan kos prima sebenar dengan anggaran kos yang dibuat terlebih dahulu, perbezaan antara kedua-duanya dikongsi bersama kedua-dua pihak. Ciri-ciri kontrak ini adalah Mengadaungi elemen harga tetap dan bayar ganti kos. Dengan membahagikan perbezaan diantara kos sebenar dan kos anggaran antara klien dan konrtaktor, membahagikan risiko untuk mengalakkan kontraktor menjalankan kerja dengan cepat dan dan efisien. Pentadbiran kontrak rumit dan mahal kerana memerlukan penelitian tentang kos dan penilaian bagi pihak klien. Kontrak ini melibatkan anggaran kerja yang dipersetujui sebagai harga sasaran. Kos asas sebenar juga dicatat dan suatu yuran dipersetujui bagi perkhidmatan pengurusan seperti dalam kontrak bayar ganti kos.

88

Amaun sebenar dibayar kepada kontraktor bergantung kepada perbezaan antara harga sasaran dengan kos sebenar. Kaedah yang biasa digunakan ialah kaedah bayaran kos asas kepada kontraktor dan ditambah dengan yuran yang dipersetujui. Perbezaan di antara harga sasaran dengan kos asas ialah sama ada penjimatan atau lebihan yang akan dikongsi oleh klien dan kontraktor mengikut kadar yang dipersetujui. Kaedah yang lain ialah kaedah membayar sama ada harga sasaran atau kos asas dan ditambah dengan yuran yang dipersetujui, iaitu yang mana kurang. Kontrak ini bercirikan kedua-dua harga tetap dan bayar ganti kos. Kontrak ini mempunyai ciri kedua-dua kontrak jenis harga tetap dan bayar ganti kos. Naik turun sesuatu yuran yang menyebabkan perbezaan antara kos sasaran dengan kos sebenar menjadikannya bonus kepada kontraktor atau menjadi penalti jika sebaliknya. Ciri terpenting dalam kontrak kos sasaran ialah perbezaan antara kos sebenar dan kos yang di anggar yang dibahagikan antara kontraktor dan majikan. Sekiranya kontraktor gagal menyiapkan mengikut kos yang dianggarkan, maka majikan tidak perlu membayar keseluruhan kos sebenar kerana ia mungkin disebabkan oleh kesilapan kontraktor.

89

4.5

PENTADBIRAN KONTRAK

Pentadbiran kontrak (merujuk Panduan Pentadbiran Kontrak JKR) Di Malaysia, kontrak pembinaan biasanya ditandatangani oleh tuan punya dan juga kontraktor. Pentadbir kontraktor biasanya adalah Arkitek, Jurutera atau Pegawai Penguat kuasa. Mereka ini diberi kuasa untuk meluluskan bahan dan mutu kerja, mengesahkan pembayaran dan membenarkan perlanjutan tempoh kerja. Pentadbiran kontrak biasanya tertumpu kepada beberapa perkara utama seperti Syarat-syarat utama Penyeliaan, pengesanan kemajuan dan rekod tapak Kelambatan dan Perlanjutan masa Tak siap Penamatan pengambilan kerja kontraktor Penyiapan kerja, penyerahan kerja dan kecacatan. Bayaran pendahuluan dan perakuan interim Perubahan kerja.

Di dalam semua borang kontrak piawai, terdapat Klausa timbang tara yang membolehkan penyelesaian sebarang pertelingkahan menggunakan timbang tara. Walau bagaimanapun prosedurnya biasanya memakan masa yang panjang.

90

4.5.1

Syarat-syarat Utama

Bon Perlaksanaan dan Insurans. Antara syarat lain, kontraktor dikehendaki mengemukakan Bon Perlaksanaan dan polisi insurans yang juga mesti dipastikan menepati kehendak kontrak.

Bon Perlaksanaan. Kontraktor perlu menyerahkan wang berjumlah 5% daripada jumlah kontrak sebelum melaksanakan kerja. Ini dinamakan wang cagaran. Untuk membolehkan kerja dijalankan, wang cagaran ini perlu diserahkan. Borang piawai gerenti (jaminan) bank perlulah dikeluarkan oleh bank atau syarikat insurans yang diluluskan oleh kerajaan. Bon Pelaksanaan daripada bank-bank, institusi kewangan atau syarikat insurans berdasarkan kepada nilai kontrak seperti berikut: 2.5% nilai kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000 hingga RM500,000; 5.0% nilai kontrak bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang melebihi RM500,000; dan 5.0% nilai kontrak bagi kontrak kerja. yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Nilai Bon Pelaksanaan adalah

Insurans kerja: Kontraktor mestilah menginsuranskan kerja terhadap kerugian dan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan, dlln bencana alam. Insurans perlu diambil daripada pihak syarikat yang diluluskan oleh kerajaan.

Insurans Liabiliti Awam: Kontraktor perlu menginsuranskan liabiliti yang mungkin wujud dari common law. Ini adalah berkaitan dengan kecederaan, kematian atau kerosakan harta akibat tindakan kontraktor.

Insurans Semua Risiko Kontraktor (CAR) Sumbangan PERKESO/Insurans Pampasan Pekerja.


91

4.5.2

Penyeliaan, pengesanan kemajuan dan rekod tapak

Perlaksanaan kerja diawasi oleh wakil PP. P.P akan diberi kuasa untuk membuat keputusan atas semua perkara berhubung dengan kontrak kecuali dalam hal berikut; Ganti rugi kerana tidak siap Kelambatan dan lanjutan masa Penamatan pengambilan kerja kontraktor Penerusan, pergantungan dan penamatan kontrak akibat perang atau gempa bumi Timbang tara.

Walaupun kuasanya terbatas, P.P hendaklah, Memastikan kualiti bahan dan mutu kerja mematuhi apa yang disyaratkan di dalam kontrak. Memastikan peraturan dan halangan kerajaan tempatan dan pihak lain yang mempengaruhi kerja tersebut dipatuhi. Memastikan kontraktor tidak mengabaikan kebajikan pekerja, khususnya berkaitan dengan keselamatan dan insurans serta gaji. Memastikan tempoh insurans tidak luput Mengesan kemajuan kerja kontraktor - Program Kerja Kontraktor - menjalankan mesyuarat tapak di tapak bina - menyimpan rekod Tapak Bina Bertindak sebagai agen kerajaan untuk menjalankan kontrak dengan kontraktor

92

4.5.3

Kelambatan dan Perlanjutan masa

Untuk mengelakkan kelambatan, kerja-kerja seperti penyiasatan, reka bentuk dan penyediaan dokumen tender perlu dilakukan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. P.P. hendaklah memastikan Program Kerja Kontraktor dipatuhi dan semua kerja berjalan mengikut program yang disediakan. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat keadaan di mana kontraktor perlukan perlanjutan masa, ianya boleh diberikan oleh kerajaan. Kontraktor berhak mendapatkan lanjutan masa berdasarkan alasan-alasan atau sebab-sebab kelambatan di luar kawalannya mengikut peruntukan-peruntukan berkenaan di dalam syarat-syarat kontrak seperti: a) b) c) d) Force majeure Keburukan cuaca yang luar biasa Arahan-arahan yang diberikan oleh P.P berbangkit Kerosakan atau kerugian kepada kerja yang

dari pertikaian dengan tuan-tuan punya berjiran disebabkan oleh kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, tanah runtuh, objek jatuh dari langit, rusuhan atau kekacauan awam. e) Arahan-arahan P.P yang dikeluarkan bersabit dengan perubahan kerja, percanggahan dalam atau antara Dokumendokumen Kontrak dsbnya f) Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar daripada P.P., arahan-arahan pelan, aras-aras yang diperlukan dsbnya mengenai penamaan sub-kon atau pembekal.
93

g) h) i)

Kelambatan memberi milik Tapak Bina Kelambatan yang disebabkan oleh mogok atau Kelambatan oleh pihak artisan atau pihak lain yang

penyatuan kerja-kerja setempat ditugaskan oleh kerajaan untuk melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak j) k) Kontraktor tidak berupaya untuk mendapat bahanbahan binaan yang diperlukan olehnya. Kelambatan oleh sub-kontraktor atau pembekal yang

dinamakan. 4.5.4 Tak siap

Sekiranya penyiapan kerja telah terlambat dan sebab-sebab kelewatan tidak melayakkan Kontraktor mendapat lanjutan masa, kerugian atau ganti rugi yang dialami oleh kerajaan (projek kerajaan) akibat kelewatan perlu ditanggung oleh kontraktor. Apabila kerja tidak dapat disiapkan, Perakuan Kerja Tidak Siap dikeluarkan.

Perakuan Kerja Tidak Siap hanya dikeluarkan setelah kerajaan membuat pertimbangan yang wajar dan berpuas hati, kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya. Tujuan ganti rugi ini ialah untuk memberi pengajaran kepada kontraktor supaya lebih cepat menyiapkan kerja pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, sekiranya tindakan ganti rugi tidak dapat menyelesaikan masalah ini, dan seterusnya mengujudkan deraan kepada kontraktor, tindakan untuk menamatkan khidmat kontraktor perlu diambil. Contoh deraan ialah ganti rugi terkumpul untuk beberapa tempoh.

94

4.5.5

Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

Syarat-syarat kontrak dengan khusus memperuntukkan kepada kerajaan hak untuk menamatkan pengambilan kerja kontraktor di mana kontraktor telah melakukan kemungkiran dalam melaksanakan tanggungjawabnya atau menyebabkan dirinya tidak berupaya untuk menyiapkan kerja. Hak-hak yang diberikan untuk menamatkan khidmat kontraktor sekiranya kontraktor mungkir adalah seperti berikut: a) Kontraktor melakukan kemungkiran di dalam melaksanakan tugas dengan Menggantung perjalanan kerja tanpa sebab munasabah Gagal meneruskan kerja mengikut aturan dan tekun Gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak dan cuai Mungkir dan berulang cuai mematuhi arahan bertulis P.P Mensubkontrakkan seluruh atau mana-mana bahagian kerja tanpa pengetahuan P.P terlebih dahulu. b) Kontraktor menyebabkan dirinya tidak berupaya untuk meneruskan dan menyiapkan kerja dengan: melakukan perkara kebankrapan Syarikat berada di bawah tanggungan kerana berhutang.

c) Kemungkiran oleh kontraktor kerana; tidak mengemukakan Bon Perlaksanaan dan/atau polisi/polisi insurans yang perlu tidak memulakan kerja, tidak menjalankan kerja dengan tekun menggantung perjalanan kerja
95

Amaran perlu diberikan dan kemungkinan bayaran ganti rugi dikenakan.

Apabila satu-satu kontrak telah dimansuhkan, JKR akan mengambil langkah untuk menyiapkan kerja yang terbengkalai berikut: JKR akan menyudahkan kerja-kerja yang terbengkalai itu dengan mengambil tawaran semula dan kontraktor ini akan menggunakan semua barang, rumah kongsi, dan alat-alat yang dipunyai oleh kontraktor yang gagal itu. JKR boleh menyudahkan kerja-kerja yang terbengkalai dengan kakitangan sendiri. Kos-kos kerja-kerja ini perlu diselesaikan oleh kontraktor yang gagal itu. 4.5.6 Penyiapan Kerja, penyerahan kerja dan kecacatan

Satu Perakuan Siap Kerja akan dikeluarkan apabila kerja siap. P.P akan menentukan sama ada kerja telah mencapai penyiapan praktikal yang mana di rujuk sebagai boleh berfungsi bagi tujuan ianya dibina walaupun terdapat sedikit ketidak siapan dan kecacatan yang perlu dibaiki. Dalam menentukan penyiapan praktikal, PP mestilah berpuas hati dengan jawapan kepada beberapa persoalan berikut;

Adakah kerja tersebut telah siap sehingga tahap ianya memenuhi fungsi pembinaan atau boleh diduduki dan digunakan? Adakah kerja yang masih belum siap atau kerja yang cacat masih banyak? Adakah perlaksanaan kerja yang belum siap atau pembaikan kerja yang cacat akan menjejaskan keselesaan penghuni atau penggunanya?.

96

Pemeriksaan perlu dilakukan dan sekiranya kriteria penyiapan ditentukan di dalam Para 13.2.1, dipenuhi Perakuan Siap Kerja, Borang JKR 203S boleh dikeluarkan. Tempoh Liabiliti Kecacatan bermula dari tarikh siap Kerja yang praktikal yang dinyatakan di dalam perakuan Siap Kerja. Kecacatan yang dapat dikesan semasa tempoh Liabiliti mestilah dibaiki oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri.

4.5.7

Bayaran pendahuluan dan perakuan interim

Peruntukan bayaran pendahuluan dan bayaran interim untuk dibayar kepada kontraktor ada dimasukkan di dalam kontrak. Bayaran pendahuluan, bertujuan untuk membantu kontraktor membiayai kos operasi. Dalam tahun 1981, kerajaan memutuskan untuk membayar kontraktor pendahuluan berjumlah 15% daripada nilai kerja pembina (jumlah Harga Kontrak ditolak Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan sementara) tertakluk kepada nilai maksimum sebanyak RM1.5 juta (kemudian dinaikkan kepada RM5 juta). Bayaran pendahuluan dibuat apabila dokumen berikut dikemukakan: Surat setuju terima Tender yang telah ditandatangani dan disaksikan Bon perlaksanaan Polisi insurans Gerenti bank

97

Bayaran interim melibatkan penilaian kerja yang telah dilaksanakan dan stok bahan yang terdapat di tapak.

4.5.8

Perubahan kerja dan Akaun Muktamad

Perubahan kerja (variation order, change order atau construction modification order) akan di keluarkan apabila terdapat perubahan daripada apa yang tertunjuk pada pelan-pelan atau apa yang telah ditetapkan bawak spesifikasi. Perubahan kerja boleh di keluarkan atas permintaan klien, perunding atau kontraktor. Sebab-sebab perubahan kerja adalah a) b) c) d) e) Perubahan dalam skop Perubahan dalam bahan, Kaedah atau Jentera Perubahan Keadaan keabaian dalam kontrak komunikasi dalam pengurusan projek pembinaan.

Perubahan kerja yang melibatkan kos boleh di buat pelarasan dalam akaun akhir. Tuntutan Kontraktor dan pelarasan Jumlah Harga yang di kecualikan daripada syarat daripada kelulusan terlebih dahulu adalah seperti berikut: Tuntutan Kontraktor bagi kerugian dan/atau perbelanjaan yang berpunca daripada Mematuhi arahan Pegawai Penguasa Kelambatan yang di sebabkan oleh kerajaan; dan Percanggahan dalam atau di antara dokumen-dokumen kontrak

98

Tuntutan Kontraktor bagi fi dan caj untuk memasangkan sambungan kepada betung awam dan bekalan air dan elektrik tetap, dan bagi pemindahan pembetungan, dan bekalan air dan elektrik.

Tuntutan-tuntutan lain yang di benarkan secara khusus dalam kontrak Pelarasan Jumlah Harga Kontrak bagi atau disebabkan olehPelarasan wang Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara Pengukuran Semula Kerja yang di ukur sementara; dan Turun Naik Harga

Perubahan yang mengakibatkan kekurangan kepada Jumlah Harga Kontrak

99

BAHAGIAN E TAKSIRAN (ESTIMATING)

100