You are on page 1of 14

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

TAJUK Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Latar Belakang Sekolah Lencana Sekolah Moto Visi Misi Ikrar Pelajar Lagu Sekolah Bendera Sekolah Infrastruktur Pencapaian dalam Akademik Prestasi dalam Kokurikulum Lampiran Sumber Rumusan

MUKA SURAT 2 3 4 5 6 7 7 7 8 9 10 11 12 13 14 17 18

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat yang lengkap sehingga terhasilnya folio Sekolahku, iaitu :

Cik Khatijah binti Yatim, guru sejarah saya yang telah memberikan banyak panduan dan galakan kepada saya semasa menyiapkan folio Rakan-rakan sekelas saya yang telah sedikit sebanyak membantu Ibu bapa yang telah memberikan sokongan moral dan juga sokongan dari segi kewangan semasa saya menyiapkan folio ini

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota dibuka pada tahun 1973, ianya telah diasaskan oleh Encik Abdul Aziz bin Tapa DKSJ.,AMN.,PJK. Pada Waktu itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Umbai. Sekolah ini ditubuhkan oleh pihak kerajaan sebagai memenuhi hasrat dan aspirasi masyarakat setempat. Ketika sekolah ini dibuka, terdapat dua buah bangunan sahaja iaitu blok A dan blok B, yang menempatkan sebuah pejabat, 12 buah bilik darjah, 3 buah makmal Sains dan sebuah bilik guru. Selain daripada itu terdapat juga 3 buah bengkel Seni Perusahaan, sebuah bilik Sains Rumah Tangga dan sebuah kantin. Pada tahun 1973 itu, jumlah guru adalah seramai 10 orang dengan jumlah murid seramai 226 orang. Mereka adalah di bawah pentadbiran Pengetua pertama iaitu Encik Abdul Aziz bin Tapa DKSJ.,AMN.,PJK. Oleh kerana bangunan sekolah ini belum begitu sempurna untuk digunakan pada masa awal pembukaannya, murid-murid terpaksa menumpang belajar pada waktu petang di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Umbai. Bermula pada penggal persekolahan yang kedua tahun 1973, barulah muridmurid dipindahkan untuk belajar pada waktu pagi di Sekolah Menengah Umbai. Sekolah ini telah dirasmikan pada 23 Julai 1983 bersamaan 12 Syawal 1403H oleh TYT Tun Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan SMN, PSN, DUNM, SPMP, JMN, PJK. Pada tahun 1976, SM umbai telah ditukar menjadi Sekolah Menengah Seri Mahkota. Nama sekolah ini dicadangkan oleh Tuan Hj. Mohammad bin Hj. Md. Tain, Guru Penolong Kanan pada masa itu. Pertukaran nama ini dilakukan sebagai reakti ekoran daripada rungutan penduduk di sekitar Kg. Umbai dan Kg. Pulai. Nama Seri Mahkota dipilih melambangkan darjah ketinggian ilmu pengetahuan yang diharapkan akan sentiasa berkembang di sekolah ini serta kecermelangan dalam semua bidang. Kini, SMKSM telah membangun pesat. Terdapat 9 blok bangunan, 2 buah kantin, sebuah dewan besar dan 2 buah surau.

MELAKA MAJU JAYA

SMKSM menjadi sebuah sekolah pilihan di kawasan Merlimau menjelang tahun 2015.

Ke arah merealisasikan visi, kami warga SMK Seri Mahkota: Mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang Menghasilkan murid yang bersahsiah mulia Melahirkan murid yang berkualiti dalam bidang kurikulum dan kokurikulum Mewujudkan persekitaran yang kondusif

Bahawasanya saya,pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dengan penuh kesedaran mengaku bahawa saya akan sentiasa : Menumpukan taat setia kepada Raja,Negara dan Pembangunan Negara Malaysia Bertanggungjawab meninggikan imej Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Bertanggungjawab menjadi pelajar yang berdisiplin tinggi Bertanggungjawab mencapai objektif Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota iaitu : Kecemerlangan akademik Kecemerlangan kokurikulum Kecemerlangan sahsiah terpuji Dengan ini saya berikrar akan : Mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara Mematuhi dan menghayati peraturan dan undang-undang sekolah Belajar dengan bersungguh-sungguh Sentiasa aktif dalam kegiatan sekolah Menghormati kedua-dua ibu dan bapa Menghormati guru-guru, rakan-rakan serta warga sekolah

1. Keadah menemu bual orang sumber Saya telah menemu bual dua orang sumber yang mempunyai pengatuhuan tentang sejarah sekolah.Beliau sudi berkongsi maklumat dengan saya

2. Kaedah buku/majalah teras sekolah Saya telah membuat rujukan dari majalah rasmi sekolah dan bahanbahan bercetak yang lain yang pernah diterbitkan oleh pihak sekolah 3. Kaedah analisis Semua data dan maklumat yang diperolehi daripada orang sumber dan segala bahan akan dianalisis terlebih dahulu.segala maklumat adalah tepat ,tidak berlaku percanggahan dan pemalsuan fakta tentang fakta sekolah

Saya dapat mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah sekarang. Saya dapat mengenali nama,lambang,logo,lagu,visi,misi dan sebagainya yang ada kaitan dengan sekolah. Selain itu,saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalis maklumat mengenai sekolah. Melalui kajian ini, saya dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.

Internet. Antara laman web yang saya layari ialah : - http://sekolah.mmu.edu.my/smksrimahkota/ - http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=smk%20seri%20mahkota%20melaka&bav= on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&biw=1024&bih=634&ie=UTF-8&sa=N&tab=il - http://ubksmkserimahkota.blogspot.com/ Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota Edisi ke-14 Papan kenyataan Unit Bimbingan Kaunseling

Tiga jalur yang sama besar Keseimbangan dalam mengejar kemajuan dunia dan akhirat Jalur hijau Keislaman dan keimanan Jalur kuning Kesetiaan kepada sekolah,negeri dan negera SMKSM Segala usaha yang dibuat adalah bertujuan untuk mengangkut nama sekolah ke mercu kejayaan

Maju jaya lambang cita kami Kata pendorong sakti Menghadapi cabaran dunia Satu tekad ke muka Perintah agama ditaati Hormat tertib berbudi Berbakti untuk pertiwi Menjadi prinsip kami. Harapan ayah dan bonda Tidakkan dipersia Doa dan restunya dipinta Teman ke medan jaya. Sujud diri pada yang Esa Mohon limpah kurnia Semangat waja dan berwibawa Majulah Seri Mahkota.

Diadaptasi dari bentuk Gasing Labu. Ia menggambarkan dunia yang sentiasa berpusing, berputar dan berubah dari masa ke semasa. Namun ia tidak lari dari paksinya sebagai suatu pegangan dan kehidupan. Warna hijau Melambangkan kesuburan fizikal dan mental Warna kuning Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara Buku Kepentingan ilmu dunia dan akhirat Roda Kepentinagn teknologi Bintang Kemajuan sains Tiga gelung Kepentingan sukan

Pelajar terbaik PMR 2011 8A 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 7A 1. 2. 3. 4. 5. 6. Nurshahila Jaafar Nur Azilah Md Daud Thiveeya A/P Mohan Muhd Hafizuddin Abd Samat Muhd Safuan Anuar Muhd Raziden Ibrahim Nur Sakinah Abu Hassan Nur Saihah Safwan Nur Syamimi Ramli Nur Aqilah Rusli Nurizzati Maisarah Mohd Hanafi Nurul Amira Muzamri Suhairy Othman

Pelajar Terbaik SPM 1. Siti Alijah Mohd 9A 2. Siti Zulaikha Yaakob 7A 3. Zaleha Md Zin 6A

Pelajar Terbaik STPM 1. Siti Aisyah Ismail 3A1B 2. Siti Zulaikha Ahmad 3A1B

Pelan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota dari atas.

Para atlet sekolah bersama barisan pentadbir sekolah.

Kedudukan SMK Seri Mahkota daripada Google Maps